6 Info Pengalaman Melabur Saham 2021

Pada kali ini adalah nukilan pengalaman melabur saham saya sendiri. Apapun, harap ianya menjadi panduan dan tips kepada anda untuk berjaya dalam pasaran saham. Perlu diingatkan yang perjalanan untuk betul-betul sukses dan menjadi seorang yang mempunyai pendapatan yang konsisten dalam saham memerlukan masa bertahun-tahun lamanya. 

Jika anda baru sahaja mula melabur dalam saham, jangan letak harapan yang terlalu tinggi dalam pelaburan saham tersebut. Ambil masa untuk anda betul-betul sukses dalam pelaburan tersebut. Yang paling penting adalah untuk tidak menyerah kalah, cuba trade secara konsisten dan yang paling penting sekali adalah teruskan menimba ilmu kerana ilmu analisis saham ini adalah sangat luas.

Pengalaman Bermula Dalam Pelaburan Saham

Segalanya bermula pada tahun 2012 selepas tamat belajar. Pada masa itu, saya cuba explore ruang dan peluang pelaburan yang ada dalam saham. Terutama sekali berkaitan dengan teknikal analisis dan fundemantal analisis dalam saham. Pada waktu tersebut, tidak banyak kelas-kelas berkaitan dengan pelaburan saham yang ada.

Perkara pertama yang saya lakukan pda waktu itu adalah untuk buka akaun CDS. Nak buka akaun tak susah, cuma perlu pergi ke mana-mana investment bank dan boleh terus buka akaun saham. Setelah membuka akaun CDS, saya boleh terus trade saham dan kaunter pada waktu tersebut, ada yang menunjukkan kenaikan yang memberangsangkan dan ada juga yang menunjukkan kerugian. 

Ada juga kaunter yang mengalami kerugian yang sangat teruk pada waktu tersebut. Kenapa rugi teruk? Kerana lambat nak “cut loss” dan ianya biasa terjadi kepada pelabur yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah, semasa anda masuk dalam mana-mana kaunter saham dan membuat pembelian. Sebaiknya adalah untuk anda sudah “target” tempat untuk take profit dan tempat untuk cut loss. Ini adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada anda mengalami kerugian yang ketara akibat lambat nak cut loss.

Apa Yang Penting Dalam Pelaburan Saham

Kalau tanya saya, apa yang penting dalam pengalaman melabur saham ini? Kebiasaanya adalah berkenaan dengan topik fundemantal analisis dan teknikal analisis. Akan tetapi, ada faktor yang lebih daripada itu yang anda perlu tahu dan ambil kira. Ianya adalah “trading psikologi” dan “money menagement”.

Anda mungkin jumpa “setup” yang baik, tetapi apabila nak tekan butang “buy” tu akan teragak-agak. Mungkin sebab terlalu banyak “loss” dalam saham sebelum ini membuatkan anda teragak-agak. Faktor ini adalah sangat berkaitan dengan “trading psikologi” dalam pelaburan saha,. Jika anda mengalami masalah yang sama, anda bukan keseorangan kerana saya sendiri pernah mengalami situasi ini.

Jika anda tidak mengalami masalah ini. Alhamdulillah dan boleh teruskan melabur saham seperti biasa.

Setelah sekian lama melabur dalam saham

Perlu mencari mentor ataupun orang yang boleh guide anda dalam pelaburan saham. Mentor tersebut bukanlah mereka yang hanya “jual air liur” tapi tak “trade” dalam saham pun. Sebaiknya, carilah mentor yang boleh tolong guide anda untuk buat keputusan dalam pelaburan saham. Ini adalah antara faktor penting untuk sukses dalam saham.

Kalaupun tak ada mentor, boleh cuba masuk mana-mana group berkaitan dengan saham. Dari situ bolehlah anda berinteraksi dan dapatkan tips penting untuk pelaburan saham. InsyaAllah smartinvest101 akan cuba buat komuniti sendiri berkaitan dengan pelaburan saham dan juga servis untuk buka akaun CDS. 

Buka akaun CDS Saham

Untuk melabur dalam saham, adalah wajib untuk anda membuka akaun CDS dahulu. Bila dah ada akaun CDS, barulah anda boleh mula membeli kaunter-kaunter saham yang ada di Bursa Malaysia.

InsyaAllah, rancangan akan datang, smartinvest101 akan mempunyai servis membuka akan CDS dan semuanya boleh dilakukan secara online sahaja. Walau di mana pun anda berada, anda boleh terus buka akaun CDS saham. Apapun, boleh tengok video berkaitan di atas berkenaan dengan tips dan cara untuk buka akaun CDS.

Sukses Story – Pelaburan Saham

Ada trader yang saya kenal dapat jana income konsisten dengan trade 6% setiap kali masuk dalam kaunter-kaunter tertentu. Kaunter yang macam mana? Kaunter yang berada dalam keadaan oversold. Iaitu kaunter yang mempunyai Relative Strength Index 30 ke bawah adalah kaunter yang termasuk dalam kategori ini.

Ada juga trader lain yang saya kenal menggunakan teknik support dan resistant untuk jana secara konsisten 7% untuk setiap kaunter yang dia masuk. Memang akan ada macam-macam teknik dan strategi pelaburan saham yang anda boleh gunakan. Apapun, sedikit sukses story ini akan sedikit sebanyak memberikan anda info dan tips untuk anda cuba mempelajari pelaburan saham.

Kalau tak tahu nak bermula belajar pelaburan saham di mana, boleh tengok panduan di bawah ini;

Alternatif Lain Selain Daripada Pelaburan Saham

Saham bukanlah satu-satunya pelaburan yang ada di Malaysia ini. Ada banyak lagi pelaburan lain yang ada di Malaysia yang anda boleh cuba.Berikut adalah antara beberapa senarai alternatif lain kepada pelaburan saham yang anda perlu tahu. 

Wahed Invest

Antara pelaburan alternatif selain daripada saham yang bagus untuk anda cuba. Semua pelaburan adalah menggunakan applikasi sama ada android ataupun Apple IOS. Pulangan pelaburan untuk tahun lepas juga agak tinggi dan boleh menandingi pulangan di dalam Tabung Haji, ASB dan juga KWSP.

Info lanjut berkenaan dengan Wahed Invest ini anda boleh dapatkan lebih lanjut melalui 2 link di bawah ini;

Unit Trust

Kebanyakan dana yang dilaburkan dalam Unit Trust di Malaysia ini adalah dalam pasaran saham Malaysia. Setiap dana mempunyai “Fund Manager” yang menguruskan pelaburan tersebut. Jika anda tidak mempunayi masa untuk melaburkan duit anda dalam pasaran saham, boleh membuat pelaburan dalam Unit Trust ini.

Untuk membantu anda, ada beberapa info yang boleh membantu anda dalam membuat pelaburan Unit Trus ini seperti di bawah;

Forex

Forex adalah pasaran kewanga ataupun dalam bahasa Inggeris adalah Foreign Exchange. Dalam ini, anda lebih menjadi seorang spekulasi pelaburan dan mengambil untung untuk setiap transaksi.

Forex mempunyai hukum dan pandangan berbeza berkenaan dengan status halal dan haramnya menurut pendapat cendikiawan Islam. Ada yang mengatakan harus dan ada juga yang mengatakan ianya haram. Berkenaan dengan topik halal dan haram dalam Forex ini anda boleh tengok dalam artikel di SINI.

Juga, artikel lain berkaitan dengan Forex di bawah;

Anda Pun Masih Boleh Sukses Dalam Saham

Ini adalah sedikit sebanyak pengalaman melabur saham yang anda perlu tahu. Banyak yang akan dilalui dan yang lebih penting adalah untuk jangan menyerah dan teruskan mempelajari ilmu baru terutama yang berkaitan dengan teknikal analisis dalam saham. Apapun, semoga berjaya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest