Wahed Invest Tipu? 7 Info Terkini

Betul ke Wahed Invest tipu? Anda yang datang ke artikel ini tentu sekali nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan Wahed Invest dan nak pastikan sama ada ianya betul ataupun hanyalah satu lagi skim penipuan. Pada kali ini, kami nak berikan pencerahan berkenaan dengan wahed invest yang anda perlu tahu.

Juga, artikel pada kali ini adalah sedikit update terkini berkenaan dengan apa itu pelaburan daripada Wahed Invest yang anda perlu tahu. Walaupun anda sudah mempunyai beberapa pilihan pelaburan lain, saya tetap rekemen untuk anda manfaatkan platform daripada Wahed Invest ini. Ya betul, setiap pelaburan pasti akan ada untung dan rugi, begitu juga Wahed Invest ini.

Saya ada membuat pelaburan dalam Wahed Invest ini beberapa bulan lepas dan ianya menunjukkan jumlah ataupun pelaburan yang memberangsangkan. Boleh tengok update terkini pelaburan ini.

Nak tahu sama ada Wahed ini scam ataupun sebaliknya, boleh baca artikel ini sehingga habis dan dapatkan info lanjut ya. Kalau anda rasa bukan scam, boleh mula mendaftar hari ini juga.

wahed invest tipu

Pengenalan Apa Itu Wahed Invest

Apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan Wahed Invest. Sedikit info dan pengenalan untuk Wahed Invest ini yang anda perlu tahu;

Modal Permulaan Hanyalah RM100

Untuk bermula hanyalah RM100 sahaja. Kami rekemen untuk tahu sendiri sama ada pelaburan ini betul ataupun sebaliknya, boleh bermula dengan RM100 dahulu, ataupun RM1000. Dah nampak ianya memberikan pulangan yang baik, boleh teruskan ataupun tambah modal yang sedia ada. Jadikan ianya satu tempat terbaik untuk melakukan pelaburan.

Hanya Menggunakan Aplikasi

Untuk urusan pelaburan dan lain-lain, hanyalah menggunakan aplikasi sahaja. Lebih menarik, ianya disokong oleh telefon pintar Android dan juga Apple IOS. Urusan pengeluaran duit, bank in dan lain-lain hanyalah menggunakan app sahaja. Mudah, pantas dan cepat. 

Berkaitan dengan pengenalan App Wahed Invest ini, saya ada tulis pada artikel sebelum ini. Jemput baca dulu artikel tersebut bagi mendapatkan gambaran yang lebih detail berkenaan dengan aplikasi Wahed Invest ini.

Juga anda boleh dapatkan penerangan ringkas berkenaan dengan info pelaburan Wahed ini di dalam video di bawah ini.

Berdaftar Dengan Suruhanjaya Sekuriti

Wahed Invest ini adalah salah satu platform yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan semua aktiviti berkaitan dengan kewangan adalah dipantau di bawah bank negara. Apabila dipantau oleh bank negara, semua transaksi adalah selamat dan terjaga. Anda tidak perlu risau kalau-kalau syarikat ini membawa lari duit anda kerana ianya dikawal selia oleh bank negara dan tertakluk kepada akta kewangan di Malaysia.

Kami sempat untuk melihat dan cuba mengesahkan sendiri sama ada ianya berdaftar ataupun sebaliknya. Boleh tengok screenshot di bawah ini untuk kepastian anda sendiri.

Penting untuk anda membuat carian berdasarkan syarikat ye.

Carian yang sama boleh dilakukan di LINK INI.

https://ers.seccom.com.my/public/Default.aspx?menu=1&

Adakah wahed invest tipu? Kalau dah ada di suruhanjaya sekuriti, insyaAllah anda boleh melabur dengan tenang.

Antara Syarikat Yang Menawarkan Khidmat Robo Advisor

Wahed Invest ini adalah antara beberapa syarikat yang menawarkan khidmat Robo Advisor. Apa itu Robo Advisor? 

Wahed Invest menggunakan robot dalam membuat analisa berkaitan dengan palaburan yang telah disetkan untuk anda. Ataupun dalam istilah pelaburan, ianya diberi nama, Robo – Advisor. 

Robo advisor ini yang akan buat kerja-kerja pelaburan yang anda mahukan. Bila tiada campur tangan manusia, adakalanya, pelaburan itu akan jauh lebih untung kerana tidak melibatkan perasaan dan lain-lain.

Malaysia sudah mempunyai 3 robot penasihat yang berlesen dan dikawal selia iaitu;

  • StashAway
  • My THEO
  • Wahed Invest

Daripada 3 ini, hanya Wahed sahaja yang patuh syariah dan untuk beragama Islam, sangatlah digalakkan untuk anda memilih yang patuh syariah.

Sekarang juga sudah ada alternatif lain yang anda boleh lihat. Boleh dapatkan info lanjut dalam artikel di bawah ini;

Berapa Pulangan Pelaburan

Wahed menawarkan pulangan pelaburan yang baik. Pernah rugi dan juga banyak kali ianya membuat keuntungan. Melabur di dalam Wahed ini memang mempunyai risiko yang tersendiri. Ianya tidak seperti ASB yang seolah-olah tidak mempunyai apa-apa risiko. 

Wahed Invest tetap mempunyai risiko dan pulangan pelaburannya, kalau kena gaya, boleh jadi jauh lebih tinggi daripada ASB. Iaitu sehingga 10% ke 15%. Kalau rugi pula boleh jadi -5% daripada pelaburan yang anda laburkan. 

Nasihat saya, anda cuba sendiri App ini dan lihat berapa banyak pulangan yang bakal anda dapat. Caranya mudah sahaja, “search” Wahed Invest di dalam Android ataupun Apple IOS anda. 

Jangan lupa untuk masukkan referal code “MOHSAN3” bagi mendapatkan pulangan ataupun rebate sebanyak RM10. Sama seperti dalam gambar di bawah ini.

Wahed invest tipu? Harap anda boleh nilaikan sendiri.

Wahed Invest VS ASB

Sedikit perbandingan antara ASB dan Wahed. Nasihat saya, invest sahaja dalam kedua-dua platform ini. ASB mempunyai risiko yang sangat rendah dan hampir tidak akan rugi. Pulangan pelaburan ASB adalah dalam lingkungan 6% – 8% setahun. Tidaklah terlalu tinggi, yang menarik, tidak akan rugi.

Wahed Invest masih ada risiko, saya pernah alami dan lihat sendiri apabila “portfolio” pelaburan menjadi -10%. Ianya ada sedikit risiko dan saya rekemen anda bahagikan pelaburan anda dalam kadar 60% di ASB, 40% di Wahed ataupun sebaliknya. Ianya bergantung kepada kesesuaian anda. Kalau anda seorang yang agresif, tiada masalah untuk bahagikan portfolio 40% di ASB, 60% di Wahed dan tengok hasilnya nanti.

Wahed Invest VS Unit Trust

Unit Amanah juga adalah salah satu jenis pelaburan dan sangat terdedah kepada risiko. Dana untuk unit amanah ini juga terbahagi kepada banyak dana yang ada di pasaran Malaysia dan pasaran dunia. Sedikit info berkaitan dengan dana dalam unit amanah, anda boleh tengok beberapa artikel di bawah ini;

Penting juga anda tahu cara untuk memanfaatkan pulangan untuk dana unit amanah ini. Boleh tengok di SINI.

Untuk unit amanah, saya rekemen, pembahagian adalah seperti berikut. 60% di ASB, 20% dalam Wahed, dan 20% dalam Unit Trust.

Pun tiada masalah untuk bahagian ikut kesesuaian anda. 

Bila Dah Mahir, Laburkan Duit Anda Sendiri

Apabila anda sudah mahir dalam dunia pelaburan, cuba untuk ambil masa belajar sendiri cara untuk berdagang saham. Untuk info, kebanyakan dana dalam ASB, Unit Trust, dan juga Wahed Invest ini dilaburkan dalam pasaran saham. Saham tersebut adalah saham Malaysia dan saham global. Untuk pelaburan saham, boleh tengok beberapa artikel yang kami rekemen di bawah ini;

Ini adalah antara info yang anda boleh dapat tentang saham. Apapun, mulakan dari sekarang untuk tambah ilmu berkaitan dengan pelaburan terutamanya pelaburan saham.

Harap artikel wahed invest tipu ini memberikan anda pencerahan dan menjawab semua persoalan anda berkaitan dengan pelaburan ini. Jangan lupa ya, gunakan referal code “MOHSAN3” bagi mendapatkan rebate RM10.

MOHSAN3

Dan tidak lupa untuk follow kami di dalam channel Telegram kami di bawah;

Akan ada banyak lagi perkongsian berkaitan dengan ilmu pelaburan dan peluang perniagaan di Malaysia.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *