Apa itu unit trust? Pada artikel kali ini, kami akan berikan kepada anda informasi berkenaan dengan unit trust. Ianya merupakan antara pelaburan yang mempunyai risiko rendah dan sangat berbaloi untuk anda bermula. Nasihat, saya, sebelum mula melabur dalam saham tu, cuba kenali apa itu unit amanah ini agar lebih mudah untuk anda faham.
Salah satu sebab kenapa kami menulis artikel ini adalah kerana, ramai yang bertanya,
“Bagus tak melabur dalam Public Mutual?”
“CWA Bagus tak?”
Apabila sangat kerap menerima soalan seperti ini, saya ingin berikan sedikit informasi kepada anda agar tidak keliru dan faham bagaimana konsep Unit Trust ini berfungsi.
Apabila dah tahu tu, lebih mudah untuk anda membuat pilihan pelaburan yang betul untuk masa depan anda. Jadi, apa yang anda perlu tahu?

Apa Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Unit Trust
Unit Amanah ini adalah satu bentuk pelaburan secara kolektif. Apa tu? Wang daripada sekumpulan pelabur dikumpulkan oleh syarikat tertentu. Kemudian dilaburkan dalam satu portfolio pelaburan.
Perlu diingat yang, sebenarnya anda tidak melaburkan wang anda dalam syarikat, akan tetapi anda melaburkan wang anda dalam dana yang diuruskan oleh syarikat Unit Amanah ini. Kalau nak melaburkan wang dalam syarikat secara terus, anda boleh melabur dalam saham. Akan tetapi, saham mempunyai disiplin dan pembelajaran yang lama bagi membolehkan anda untuk menjadi bagus dalam pelaburan saham. Boleh baca artikel ini kalau anda nak membuat pelaburan dalam saham.
Jenis-Jenis Dana Unit Trust
Wang yang dikumpulkan oleh dana Unit Amanah ini kadangkala mencecah jutaan ringgit. Kebanyakan dana-dana ini dilaburkan dalam pasaran saham Malaysia dan kadangkala juga dilaburkan dalam pasaran saham luar negara dan juga komoditi seperti FCPO. Pun begitu, berikut adalah jenis-jenis dana bagi pelaburan Unit Amanah ini;
- Ekuiti
- Bond / sukuk
- Tunai
- Hartanah
- Komoditi
Kelebihan Unit Trust
Dana Unit Trust ini merupakan satu pelaburan yang berisiko rendah. Anda masih mempunyai potensi untuk rugi, ya potensi itu masih ada, tetapi ianya tidaklah tinggi. Ianya diuruskan oleh mereka yang pakar dalam pelaburan dan wang anda dilaburkan dalam pasaran yang kami sebutkan di atas.
Selain mempunyai risiko rendah, ianya satu pelaburan yang mampu milik dan mempunyai kos yang murah. Rm500 pun sudah boleh bermula untuk pelaburan jenis ini. Kalau pelaburan ataupun modal anda rendah, return in investment (ROI) pun tidaklah tinggi dan tidak boleh nak expect ianya akan menjadi tinggi.
Kalau anda tidak mempunyai masa untuk melabur dalam saham yang lebih “direct” dengan pasaran, dana amanah ini adalah antara tempat yang sesuai untuk bermula. Sekali lagi saya ulangi, sebelum ke pelaburan saham, cuba dalami apa itu Dana Unit Amanah ini.
Kami telahpun menukar link di atas ini untuk mereka yang ingin membuka akaun saham. Kenapa saham? Kerana anda boleh gandakan wang anda dan “take control of your own finances” dengan saham. Kerana kebanyakan dana Unit Trust dilaburkan semula dalam saham.
Keburukan Unit Trust
Tidak hanya yang baik-baik sahaja, ada juga beberapa kekurangan kalau anda melabur dalam UT ini. Berdasarkan kepada pengalaman saya, berikut adalah antara beberapa isu bersangkutan dengan mereka yang dah subscribe UT ini.
Dah Melabur 8 Tahun – Tak Nampak Hasil
Pernah jumpa keluhan peserta sendiri yang mengatakan mereka sudah melabur selama 8 tahun. Jumlah pelaburan RM8000. Selepas 10 tahun pun, pulangan masih lagi tak seperti yang diharapkan. Masih lagi RM8000.
Untuk ini, anda perlu tahu ada masa Dana Amanah ini mencatatkan kerugian dan dicampur dengan fee pengurusan menjadikan ianya tidak memberikan pulangan yang tinggi. Untuk itu, sangat digalakkan untuk anda tengok tips dan cara memaksimumkan pulangan dalam Dana Amanah ini seperti dalam perenggan bawah.
Agen UT “Misleading”
Ini memang biasa dan mana-mana pun ada. Demi mendapatkan jualan, agen memberikan maklumat yang salah kepada penjual. Antara info salah yang sering diucapkan adalah;
“ASB 7% je setahun, kalau company saya ni boleh bagi 15% setahun, haaa, nak mana?”
Kenapa “misleading” kerana pengiraan 7% ASB dan 15% Unit Amanah ini adalah berbeza. Untuk ini, anda perlukan confirmation daripada agen berdekatan.
Tips Maksimumkan Pelaburan Unit Trust
Alang-alang dah buat pelaburan, biarlah pelaburan ini memberikan pulangan yang baik. Takpun, jadikan sebagai portfolio untuk diversification. Macam mana nak dapatkan pulangan dana yang terbaik, kenalah kaji dana apa yang sesuai untuk anda. Untuk mendapatkan jumlah maksimum unit amanah ini, boleh tengok tips di link bawah ini.
Pilih Dana Terbaik Unit Trust
Unit memilih dana Unit Trust Terbaik, kami rekemen untuk anda baca panduan di atas ini. Jika tidak, boleh baca lebih lanjut berkenaan dengan topik ini di dalam artikel INI. Dana yang bagus mencerminkan pelaburan anda untuk 5 ke 10 tahun yang akan datang. Anda juga boleh ikuti penerangan apa itu unit trust di bawah ini.
Ianya adalah penerangan ringkas berkenaan dengan bagaimana Unit Trust berfungsi.
Alternatif Pelaburan Unit Trust
Anda juga boleh memilih pelaburan lain yang mempunyai pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan dana unit amanah ini. “High risk high return”. Pulangan yang tinggi menyebabkan pelaburan anda juga terdedah kepada risiko yang lebih tinggi. Jadi, berikut adalah antara informasi berkaitan dengan pelaburan yang anda boleh dapatkan info lanjut.
Harap anda faham apa itu unit trust dan ini adalah antara alternatif selain daripada Unit Trust.
Pelaburan Saham
Siapa yang tak kenal pelaburan saham. Mesti pernah dengar kan pasal pelaburan saham ni. Kalau saham, anda lebih membuat pelaburan secara langsung kepada syarikat tertentu. Untuk mendalami tips dan teknik pelaburan saham, berikut adalah antara beberapa artikel untuk bermula.
Wahed Invest
Ini adalah antara pelaburan yang baik untuk anda bermula dan alternatif yang bagus kepada Unit Trust. Berbeza dengan UT, Wahed Invest menggunakan robo advisor bagi membuat keputusan pelaburan anda dan semuanya dilakukan menggunakan smartphone. Asalkan anda mempunyai smartphone Android seperti Huawei ataupun Apple tak mengapa dan boleh daftar di Wahed Invest ini.
Info lanjut dan artikel berkaitan dengan pelaburan Wahed invest ini, boleh tengok pilihan artikel di bawah ini;
Pelaburan FCPO
Antara jenis pelaburan yang agresif dan berbaloi untuk anda cuba. Futures Crude Palm Oil (FCPO) adalah pelaburan hadapan kelapa sawit di Malaysia. Kalau saham, anda membuat pelaburan dalam syarikat, tetapi ianya berbeza untuk FCPO. Anda membuat pelaburan ataupun dalam istilah yang lebih tepat, “speaculate” harga Kelapa Sawit di Malaysia. Boleh tengok video di bawah berkenaan dengan penerangan ringkas berkaitan dengan pelaburan FCPO di Malaysia.
Info lanjut berkenaan dengan tips dan teknik untuk membuat pelaburan FCPO pula anda boleh tengok dalam artikel di SINI.
Antara Syarikat Dana Unit Amanah di Malaysia
Kalau sebut sahaja Unit Amanah, pasti anda terbayang syarikat seperti Public Mutual, CWA dan lain-lain lagi. Sebenarnya, ada banyak syarikat ataupun dana unit amanah di Malaysia ini. Berikut adalah antara beberapa dana yang ada;
- Aberdeen Standard Islamic Investments (Malaysia) Sdn. Bhd.
- Affin Hwang Asset Management Berhad
- Aiiman Asset Management Sdn Bhd
- Amanah Mutual Berhad
- Amanah Saham Nasional Berhad
- Amanah Saham Sarawak Berhad
- Amanahraya Investment Management Sdn Bhd
- Amfunds Management Berhad
- Apex Investment Services Berhad
- Areca Capital Sdn Bhd
- BIMB Investment Management Berhad
Apapun, buat pilihan pelaburan yang baik. Syarikat yang terkenal tak semestinya menjamin pulangan yang baik dalam pelaburan anda. Sebab itu saya rekemen untuk anda dalami ilmu berkaitan dengan dana Unit Trust di SINI.
Harap artikel apa itu unit trust ini dapat membantu anda membuat keputusan pelaburan terbaik. Jangan lupa untuk follow channel telegram kami bagi mendapatkan lebih banyak tips dan update terkini berkaitan dengan tips kewangan di Malaysia.