5 Keburukan Menjadi Agen Takaful – Baca Dahulu

Apa dia keburukan menjadi agen takaful dan insurans yang anda perlu tahu. Ianya bukan sesuatu yang menjadi rahsia dan kerjaya sebagai agen takaful memang boleh memberikan anda fleksibility dan income yang menarik. Akan tetapi, ianya tidaklah semudah yang anda sangkakan, masih ada beberapa cabaran yang anda perlu lalui kalau anda nak jadi seorang perunding takaful yang berjaya.

Apa yang anda perlu tahu sebelum anda menceburkan diri dalam dunia takaful ini? Adakah ianya seperti bulan dan bintang, janji-janji manis seperti ini yang anda perlu korbankan. Harapnya, perkongsian bagaimana nak jadi agen takaful dan keburukan menjadi agen takful ini akan sedikit sebanyak membuka mata anda.

keburukan jadi agen takaful

Bagaiman Nak Jadi Agen Jualan Takaful di Malysia?

Nak jadi agen jualan Takaful dan Insurans di Malaysia ni tak susah pun. Berikut adalah apa yang anda perlu lakukan;

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM
  • Lulus Basic Takaful Exam

Secara asasnya, ini adalah apa yang anda perlu lakukan kalau nak jadi agen takaful.

Terlibat Dalam Bidang Jualan – Tak Semudah Yang Anda Sangkakan

“Untung la awak dapat komisyen dari jualan ni. Banyak lak tu, sampai boleh beli kereta mewah, rumah besar, cuti sana sini. Senangnya awak dapat duit banyak, saya client awak ini hidup macam ni saja, kerja dapat gaji, then bayar takaful ‘untuk’ awak dapat komisyen.”

Inilah skrip yang biasa kami rakan-rakan yang terlibat dalam industri jualan/ perkhidmatan dengar dari bakal pelanggan/ kawan-kawan. 

Kita mungkin kira komisyen yang dia dapat, tapi pernah tak kita kira berapa banyak wang, masa, tenaga yang mereka telah gunakan untuk closed satu kes? 

Jual rumah, bukan bawa satu buyer terus closed deal, ada ketika, seorang buyer, bawa view tiga kali, last tak jadi beli sebab nenek tak setuju. Ada juga listing bawa buyer yang ke 18 pun belum boleh jual lagi. Setiap kali viewing, minyak dan tol kena bayar juga. 

Promosi takaful, nak dapat satu appointment kena contact berpuluh-puluh orang, dari puluhan dapat satu appointment, belum tentu closed lagi, sebab nak tanya dulu pasangan ok ke tak masuk takaful ini. 

Inilah kehidupan kita, antara kita saling bergantungan. Dia dapat komisyen sebab dia kerja, dan bukan kata senang untuk jalankan kerja macam dia lakukan sekarang. 

Tiada yang senang dan simple dalam pencarian rezeki, orang yang berjaya kerana ada usaha yang dia lakukan yang jarang kita nampak kesusahan yang dilaluinya selama ini. Masa kita nampak dia telah bawak Mercedes, BMW, Audi dan ada Semi D atau Banglo. 

Sewaktu dia menangis sendirian kita tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu pun. 

Nak berjaya? Kenalah berkorban, Belajar dari kesusahan yang pernah orang berjaya lalui, dan nekadkan hati juga aku harus lalui kesusahan ini untuk menjadi seorang yang lebih bersyukur apabila berjaya nanti. 

Ahmad Humaizi

16 December 2023

Kebaikan Dan Keburukan Menjadi Agen Takaful

Adalah normal leader takaful/insurance dok ‘cucuk’ suruh buat full time. Maknanya berhenti kerja sedia ada dan buat full time. Di-conditon minda kita bahawa kerja ini adalah path of financial freedom dan be your own boss. 

Saya nak bagi tahu, tak payah percaya sangat cakap leader itu. Dia bukan sincere pun ( hmm…nampak buruk sangka kan? ) , dia ada overiding. Dia nak lagi ramai join dia fulltime, supaya lagi banyak overiding dia.

Leader akan beri harapan kebebasan masa, melancong percuma, perniagaan boleh diwarisi dengan mudah, boleh pakai kereta besar ( hang pa jangan tak tau, leader pun ada yang tercungap-cungap bayar installment kereta. Tutup roadtax expired dengan flyer, takut anak buah nampak )

Saya cuma nak ajak agent / bakal agent, agar jangan terburu-buru berhenti kerja yang ada income yang stabil. Kalau ada wang reserve gaji bersamaan 2 tahun atau lebih, kalau tiba-tiba income tiada pun masih mampu bertahan ( tanpa berpeluh sejuk ), boleh la try buat full time.

Agent baru, pada peringkat awal adalah normal dia punya mementum agak tinggi kerana masih ada circle of friends dan family untuk support dia. Maka, syiok la dok submit cases. Kalau pool of friends sudah habis, masa itu barulah cabaran sebenar bermula.

Dalam kontrak agent, anda hanyalah agent / wakil. Sekadar itu sahaja. Bukannya employee. Jika anda tak met requirement persistency 85% dan lain-lain requirement syarikat dan BNM, company berhak terminate anda tanpa perlu bagi apa-apa penjelasan atau pampasan. Jika anda di terminate, dan nak bermula balik. Anda akan bermula dengan pendapatan KOSONG balik. 

Tahu siapa boleh rekemen company terminate kontrak anda? Jawapan : Leader yang sama yang dok baik, rapat, belanja makan ( kalau ada la ye ), lembut gigi dari gusi selama ini. Anda mungkin anggap dia kawan, tapi mungkin dia anggap anda sebagai tool / kuda sahaja. Company akan utamakan leader berbanding agent, walaupun agent struggle dengan pelbagai masalahg menggunung. Ini bukan masalah mereka. Masing-masing jaga periuk nasi sendiri sahaja. 

Leader boleh assign agen lain ambil alih semua pelanggan lama anda. Mereka tak mahu simpan agent tak tiada performance / persistency rendah. Virus katanya.

Mungkin ada pernah tengok kawan-kawan nampak succesful dalam bidang ini, kadang-kadang mereka hanya malu mengaku masalah yang dihadapi. Ye la, dulu cerita pasal own boss, kereta besar, freedom, tiba-tiba sekarang ada masalah…siapa nak mengaku kan. Ini realiti. Bukannya menghina.

Adakah saya dengki kawan-kawan join tafakul ? Nak perjatuh semangat ? Tak, saya sekadar nak gunakan bahasa terus terang, agar kawan-kawan nampak sisi gelap dan risiko ‘karier’ ini.

Kawan-kawan nak cerita di ruangan komen, boleh la. Cuma saya rasa elok saya share pandangan ini, mudah-mudahan ada kebaikan. Insya Allah.

Disclaimer : saya tak la kata semua leader macam tu. Memang ada yang baik sungguh, rezeki masing-masing la.

Muhammad Ooi – Facebook

Dah Bersedia Ke?

Dah bersedia ke dengan persistency? Nampak mudah tapi sukar sebenarnya. Ramai rakan-rakan saya dalam bidang takaful mengeluh yang mereka mempunyai masalah dengan persistency. Apapun, anda boleh cuba dahulu dan yang lebih penting sekali adalah, cuba dulu sebagai agen part time sebelum anda menceburkan diri dalam bidang ini.

Dari situ anda boleh nampak sukar ataupun mudah bidang ini.

Masa fleksible betul ke?

Ada yang nak jadi agen takaful ini sebab dijanjikan dengan masa yang fleksible. Betul ke anda boleh dapat masa yang yang fleksible? Jawapannya bukan mudah. Terutama jika anda masih lagi agen baru dalam bidang ini. 

Anda masih perlukan sedikit masa untuk call pelanggan, marketing dan lain-lain. Ianya saya tahu tak mudah akan tetapi, perlukan konsisten yang tinggi dalam melakukan kerja-kerja yang anda perlu lakukan.

Berbaloi Ke Dengan Semua KPI Ini?

Ada beberapa KPI yang anda perlu capai antaranya adalah KPI persistency dan KPI jualan. Anda anggap macam seolah-olah anda bekerja sendiri, akan tetapi apa yang anda lakukan macam kerja dengan syarikat yang duduk dalam bahagian jualan.

Dari segi masa, mungkin anda tak perlu nak clock in seperti mereka yang duduk dalam pejabat, tetapi ada KPI yang anda perlu perolehi.

Side Income Yang Tak Perlu KPI

Ada tak side income yang tiada KPI yang memang dan boleh lakukan tanpa tekanan yang banyak. Saya cuma boleh rekemen Tune Talk dealer. Anda boleh jadi seorang agen jualan Tune Talk.

Ianya menarik kerana seperti mana yang saya nyatakan, tiada KPi jualan dan tiada syarat yang pelik-pelik. Berminat nak jadi agen jualan Tune Talk, boleh baca lebih lanjut dalam artikel di SINI.

Apapun, ini adalah antara beberapa keburukan menjadi agen takaful yang anda perlu tahu. Tak semua orang boleh jadi agen takaful dan memang tak dinafikan, ada beberapa agen yang boleh pergi jauh dalam bidang ini.

Tak salah untuk anda cuba terutama kalau anda nak cuba sebagai seorang agen secara part time. Nampak dah ada jalan, boleh jadi seorang agen full time.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *