Cara Nak Ambil Kereta Kena Tarik

Biasalah ada yang diuji dengan masalah kewangan dan kali ini, saya nak kongsikan cara nak ambil kereta kena tarik. Kereta betul penting akan tetapi ada sesetengah kawasan mungkin anda boleh sahaja hidup tanpa ada kereta dan cukup dengan motosikal. Kadankala, ada kereta pun tak selalu guna, naik grab ataupun naik motosikal pun dah berbaloi.

Biasalah, kalau ada masalah kereta tak boleh nak bayar sehingga tertunggak 3 bulan, ini adalah cara yang anda boleh lakukan untuk elak daripada masalah ini berlarutan. Boleh baca artikel ini sampai habis dan harap artikel ini membantu anda untuk anda selesaikan masalah hutang yang anda sedang alami.

Cara Nak Ambil Kereta Kena Tarik

Cerita Pengalaman Kena Tarik Kereta – Pak Cik Saya

Dalam tahun lepas bulan November, pak cik saya didatangi dengan 2 orang lelaki yang menggelarkan diri dia sebagai agen tarik kereta dan nak tarik kereta. Bila dah sampai agen tarik kereta ni, memang dah tak ada negosiasi dah, terus kena tarik dan apa-apa boleh bincang dengan pegawai bank katanya.

Kenapa kena tarik kereta? Sebab dah tertunggak sampai 4 bulan disebabkan tiada OT dan syarikat tak ada banyak job sangat. Ye lah, kerja ikut job ni memang banyak sebab akan jadi macam ni. Dijadikan cerita, tertunggaklah selama 4 bulan.

Sebab kena tarik, tiada cara lain melainkan berhubung dengan pegawai bank ataupun khidmat pelanggan. Setelah berhubung pegawai bank beritahu yang pak cik saya ini perlu untuk jelaskan RM2k, sebulan bayaran RM500, 4 bulan tertunggak jadi lah RM2000. Kos untuk tarik kereta pula dalam RM600 jadi kesemuanya adalah Rm2600 yang dia kena jelaskan hari itu juga.

Nak elak daripada jadi makin teruk, pakcik saya pun mintak tolong beberapa rakan lain, sebab dia memang tak mampu nak bagi cash RM2600 tu, jadi dia cuba ikhtiar beberapa cara untuk dapatkan cash dan pergi selesaikan dengan pegawai bank. Pakcik saya pun pergilah ke Maybank Auto Finance di JB dan cuba untuk nego berdasarakan kepada keadaan kewangan dia. 

Walaupun dah ada cash, dia cuba juga nego dengan pegawai bank, awalnya pegawai bank tak bagi, tapi bila bincang dan pegawai bank pun tanya pihak atasan, akhirnya bolehla sikit bincang dan selesaikan masalah yang pakcik saya hadapi ini.

Dah dapat kereta, alhamdulillah semua OK. Sebab dia pun tahu kereta sangkut bayar dan bakal kena tarik, jadi dia pun tak tinggal barang berharga dalam kereta. Kepada korang yang baca, boleh cuba ambil iktibar dalam kisah ini. Ini beberapa langkah yang korang sendiri boleh gunakan untuk elak masalah seperti ini berlaku pada diri korang.

Cuba Berhubung Dengan Pegawai Bank

Sebenarnya, kalau dah tertunggak sampai 3 bulan, mesti ada pegawai bank ataupun operetor akan call untuk beritahu kereta dah tertunggak. Sebagai peminjam pun mesti kita tahu keadaan kewangan kita sendiri. 

Kalau ada call daripada pegawai bank, jangan letak call, cuba angkat dan bincang. Cerita masalah sebab pegawai bank ini pun pening sebenarnya kalau kereta kena lelong. Bincang baik-baik dan ianya akan selesaikan masalah. Taklah semua masalah akan selesai, akan tetapi, banyak yang akan selesai nanti.

Tak percaya, boleh cuba cara ini.

Serah Diri Dengan AKPK

AKPK memang memainkan peranan penting kalau anda ada masalah kewangan. Ada banyak artikel saya berkenaan dengan AKPK yang anda boleh baca dan fahami apa itu fungsi AKPK dan yang lebih penting sekali adalah, macam mana AKPK boleh bantu anda sebagai cara nak ambil balik kereta anda kena tarik ataupun sebelum kena tarik.

Boleh baca beberapa artikel di bawah ini;

KUALA LUMPUR: Pengguna yang masih mempunyai hutang sewa beli kereta yang terjejas akibat banjir atau tamat tempoh moratorium dinasihat tidak melarikan diri daripada bank, sebaliknya mendapatkan khidmat nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kesukaran dihadapi pengguna terjejas juga sepatutnya tidak dibebani terus oleh pihak bank, sebaliknya memberi peluang mereka membuat penstrukturan semula dengan AKPK.

“Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 memberi banyak kesan kepada rakyat. Ada yang kehilangan pekerjaan dan tidak kurang juga gaji dipotong.

“Bank sudah memberi moratorium, tetapi memasuki 2022, ia ditamatkan. Ditambah pula bencana banjir baru-baru ini, kita lihat banyak kereta tersadai ditenggelami air dan keadaan ini cukup membebankan pengguna,” katanya kepada BH, hari ini. [sumber]

Anda boleh manfaatkan AKPK ini kalau betul anda dah tak ada cara lain nak selesaikan hutang anda. AKPK memang boleh membantu akan tetapi, ada info lain yang anda perlu tahu. Kalau dah guna khidmat AKPK ni, susah sikit kalau anda nak buat pinjaman lain terutama pinjaman rumah.

Bayangkan seseorang itu ada masalah kewangan, nak pinjam lagi memang susah peminjam nak bagi. Kalau dah tak ada cara lain, boleh gunakan khidmat AKPK tak ada masalah.

Kurangkan Belanja – Tingkatkan Pendapatan

Kebanyakn isu kalau kereta kena tarik ini, tak ada lain isu kewanganlah yang paling utama. Mungkin adalah kot orang yang terlupa bayar tapi taklah terlupa sampai 4 bulan kan. Kalau ada masalah kewangan cuba ikhtiar untuk kurangkan perbelanjaan bulanan anda dan pada masa yang sama, cuba tambah pendapatan anda. Sama ada secara part time ataupun secara full time.

Untuk idea tambah pendapatan sampingan, saya paling rekemen Tune Talk ini. Ada banyak idea lain macam jadi penjual di Shopee dan lain-lain, tapi Tune Talk adalah antara yang paling simple dan paling berbaloi untuk anda cuba.

Cube Refinance Kereta Anda

Ya boleh sahaja nak buat pembiayaan semula kereta anda. Bukan sahaja pembiayaan rumah, anda boleh sahaja buat pembiayaan semula kereta untuk elak daripada anda membayar terlebih. Ianya boleh jadi salah satu pilihan yang anda ada untuk elak daripada anda terlalu membayar banyak untuk interest.

Konsep pembiayaan semula kereta ini, anda boleh baca dalam artikel kami panjang lebar di pembiyaan semula kereta.

Elak Kereta Kena Tarik

Memang sebaiknya elak daripada kereta anda kena tarik. Kalau kereta anda kena tarik, ini adalah antara cara nak ambil kereta kena tarik. Ataupun sebelum kena tarik tu, serah diri pada AKPK siap-siap. Hubungi je AKPK untuk dapatkan khidmat nasihat. 

Apapun, harap anda dipermudahkan urusan dan dapat elak daripada masalah ini terus berlarutan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *