Berapa Lama Proses Pengeluaran KWSP Kematian

Berapa lama proses pengeluaran KWSP kalau berlaku kematian? Ianya bergantung kepada keadaan dan dokumen yang sesuai. Jika si mati ada meninggalkan waris dan penama untuk KWSP miliknya, maka proses pengeluaran akan jadi lebih mudah dan cepat. Jika tiada penama, maka waris boleh membuat tuntutan dan ianya akan menjadi satu tempoh masa yang sedikit lama.

Jadi, dalam artikel ini, kami akan perincikan satu persatu apa yang perlu anda tahu kalau anda nak buat pengeluaran KWSP jika berlaku kematian. Boleh baca artikel ini sampai habis untuk anda dapatkan info apa yang anda perlukan.

Pengeluaran KWSP Kematian

Jika Berlaku Kematian – Ini Adalah Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Step by step ini adalah lebih mudah untuk anda faham.

Dapatkan Sijil Kematian

Pertama, anda perlu mendapatkan salinan sijil kematian yang sah. Sijil ini dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara atau pihak berkuasa yang berkaitan. Dah ada sijil kematian, mudahlah proses seterusnya dan tidak terhad kepada KWSP sahaja.

Isi Borang KWSP

Borang KWSP anda boleh dapatkan secara online di laman web berdekatan ataupun anda boleh pergi ke mana-mana cawangan KWSP terdekat. Pergi ke cawangan pun antara salah satu langkah yang baik sebab anda boleh berbual dan bertanya dengan pegawai terdekat berkenaan dengan isu pengeluaran ini.

Sertakan Dokumen Sokongan

Pastikan untuk melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan bersama-sama dengan borang permohonan. Dokumen sokongan termasuk sijil kematian, kad pengenalan penerima manfaat, dan dokumen lain yang mungkin diperlukan oleh KWSP. Penting langkah ini bagi memudahkan pengeluaran untuk pihak KWSP. Anda mudahkan kerja pegawai yang mengurus, akan mudah dan cepatlah anda boleh dapat wang si mati.

Serahkan Permohonan

Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan kepada pejabat KWSP yang berdekatan atau mengikut prosedur yang ditetapkan oleh KWSP.

Tunggu Proses Kelulusan

Selepas permohonan diserahkan, anda perlu menunggu proses kelulusan dari pihak KWSP. Pihak KWSP akan menilai permohonan dan menyemak dokumen yang dikemukakan sebelum membuat pembayaran. Tak susah pun dan biasa tak akan ambil masa yang terlalu lama kalau semua dokumen mencukupi. 

Penerimaan Wang

Apabila permohonan diluluskan, pihak KWSP akan membuat pembayaran wang simpanan kepada penerima manfaat yang sah. Simple sahaja kan proses permohonan di KWSP ini, ini kalau, ini kalau semua dokumen lengkap, mudahlah proses permohonan ini.

Kes di atas ini jika tiada masalah dan si mati ada meletakkan penama ataupun waris dalam KWSP milik mereka. Jika ada meletakkan waris, maka mudahlah proses penerimaan ini. Bagaimana kalau kes yang tiada letak waris ataupun waris yang sudah meninggal dunia?  Kita cuba hadam satu persatu dan kita mulakan dengan kes yang mudah dahulu.

Ahli Yang Sudah Ada Penamaan

Bagi ahli yang sudah ada penamaan, ini adalah antara syarat mudah dan syarat sah untuk melayakkan anda membuat pengeluaran.

  • Penama mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. Jika belum cukup umur masih boleh buat rayuan akan tetapi, biasanya akan tertangguh sehingga waris cukup umur 18 tahun barulah boleh dibuat pengeluaran. Untuk rayuan, ianya akan terpulang kepada budi bicara pihak KWSP.
  • Jika penerima ataupun penama meninggal dunia, saya lebih galakkan anda hubungi kwsp terdekat untuk info lanjut yang lebih tepat kerana ianya membabitkan hukum faraid. Ada beberapa jawapan dalam kes ini dan adalah lebih tepat anda merujuk kepada mereka yang sepatutnya.
  • Ahli beragama Islam – Jika penama meninggal dunia, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian.
  • Ahli bukan beragama Islam – Jika penama meninggal dunia sebelum kematian ahli, waris terdekat ahli layak untuk memohon bagi Pengeluaran Kematian. Tetapi jika penama meninggal dunia selepas kematian ahli, waris terdekat penama layak untuk memohon.

Oh ya, untuk lebih detail berkenaan dengan isu pewarisan, harta pusaka dan faraid ini, adalah lebih baik anda cuba dapatkan satu buku berkaitan dengan topik ini di kedai INI. 

Ahli Yang Tiada Penamaan

Jika simpanan ahli tidak mempunyai penamaan, maka wasi iaitu pentadbir pusaka, atau waris terdekat boleh membuat permohonan kepada pihak KWSP. Terdapat sedikit perbezaan antara simpanan yang mempunyai penama dan yang tidak. Hanya perlu menyampaikan salah satu daripada perkara berikut:

  • Surat Kuasa Pentadbiran;
  • Surat Probet;
  • Perintah Pembahagian;
  • Sijil Faraid.

Nampak mudah, akan tetapi, untuk kes yang tiada penamaan ini, faktor utama yang membezakan dengan kes yang mempunyai penamaan ini adalah faktor masa. 

Proses akan jadi jauh lebih mudah kalau si mati sudah ada penama. Untuk info, proses penamaa ini memang boleh dilakukan secara online sahaja. Boleh ikut step by step di bawah nanti.

Dokumen Berkaitan Dengan Pengeluaran

Untuk dokumen yang berkaitan dengan pengeluaran, anda boleh buat semakan di laman web KWSP bagi memudahkan anda untuk membuat pengeluaran. https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/full/death

Apa yang penting adalah untuk membahagikan wang yang telah dituntut kepada mereka yang layak dan berhak. Penerima wang hanyalah pemegang amanah sahaja dan yang lebih penting adalah pembahagian wang mengikut jumlah yang sepatutnya. Pembahagian wang dalam akaun KWSP si mati ini bukannya hibah dan perlu untuk dibahagikan mengikut jumlah yang betul kepada pihak yang sepatutnya. Untuk topik ini, anda perlu dapatkan pandangan pihak bertauliah ataupun boleh membaca beberapa info dalam buku yang saya rekemen di atas.

Ianya sesuai dengan kenyataan KWSP sendiri seperti yang saya petik dalam laporan akhbar di bawah.

Sehingga 31 Disember 2018, hanya 4.43 juta daripada 14.19 juta ahli KWSP atau 31 peratus yang membuat penamaan akaun mereka, sekali gus menjelaskan ketidakfahaman masyarakat terhadap kepentingan penamaan waris khususnya dalam aspek agama.

Menurut kenyataan daripada KWSP, dua senario terpakai untuk ahli beragama Islam, iaitu jika menamakan individu, penama bukan penerima mutlak, tetapi bertindak sebagai wasi atau pentadbir yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan si mati kepada waris yang berhak mengikut undang-undang Islam.

“Jika akaun memang langsung tiada penama, waris terdekat atau pentadbir pusaka ahli layak membuat permohonan mengeluarkan simpanan ahli.

Sementara itu, pendakwah, Imran Angullia, berkata wang KWSP ialah harta pusaka yang perlu ditadbir mengikut hukum faraid.

Beliau berkata, ia disebut secara jelas dalam keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-49 pada 19 September 2000, iaitu wang KWSP dan yang disimpan ialah pusaka mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.

Fatwa sama turut menyebut penama KWSP ialah wasi atau pentadbir harta sebelum ia dibahagikan mengikut hukum faraid.

Selain wang KWSP, bentuk harta lain yang boleh dibahagikan mengikut hukum faraid ialah tanah, bangunan seperti rumah atau kilang, barang kemas, insuran, saham dan wang tunai serta binatang ternakan.

“Justeru, wang KWSP tidak boleh diwarisi sesuka hati, sebaliknya mesti dibahagikan kepada waris yang berhak.

“Misalnya jika ibu dijadikan penama, dia perlu memegang amanah untuk membahagikan mengikut pembahagian yang sepatutnya,” katanya. [sumber]

Jadi bahagikan kepada mereka yang layak dan jangan atau elakkan daripada memakan harta anak yatim dan menzalimi hak mereka yang sepatutnya. Harap artikel ini berapa lama proses pengeluaran KWSP kematian membantu anda untuk mendapatkan info yang sebaiknya berhubung dengan isu pengeluaran anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *