5 Cara Jual Rumah LPPSA

Macam mana cara jual rumah LPPSA? Nak jual rumah yang masih lagi dalam pinjaman loan LPPSA ni tak susah pun sebenarnya. Ada banyak persoalan yang mungkin masih lagi dalam pemikiran anda berkenaan dengan proses jual beli, boleh ke jual kan ada baki pinjaman lagi? Siapa yang akan membayar baki pinjaman dan sebagainya.

Boleh ikuti artikel ini dan boleh baca sampai habis. Kami juga akan sediakan versi video di youtube dan mungkin versi yang lebih kurang sama di tiktok sebagai tontonan dan panduan yang lebih kemprehensif untuk anda. Boleh ikuti artikel ini sampai habis ye.

cara jual rumah lppsa

Boleh Ke Jual Rumah Loan LPPSA Dah Habis Bayar?

Tak ada masalah sebenarnya nak jual rumah yang dah habis bayar. Lagi bagus sebab kalau rumah yang dah habis bayar ini, tempoh masa untuk dapatkan baki pinjaman ini akan jadi jauh lebih cepat berbanding dengan rumah yang belum habis bayar. Kenapa lebih cepat?

Kerana pihak bank peminjam hanya perlu buat pembayaran sekali sahaja. Ini agak teknikal untuk saya terangkan dalam artikel ini. Tapi ringkasannya, anda boleh dapat duit lebih cepat tanpa perlu lalui proses birokrasi yang lebih panjang.

Step by step macam mana nak jual tu, saya akan terangkan dalam artikel ini, step by step ini agak panjang, akan tetapi, saya akan terangkan secara ringkas untuk memudahkan urusan anda. Anda boleh sama ada cuba jual sendiri ataupun mintak perunding hartanah (Baca : Real Estate Negotiator REN) macam saya untuk tolong jualkan rumah anda bagi pihak anda. Nek beritahu siap-siap yang biasanya, khidmat perunding macam saya akan kenakan caj sehingga 3% daripada harga rumah.

Sebagai contoh, jika harga rumah anda terjual RM300k, komisyen agen 3% adalah RM9k. Mana-mana perunding pun akan tawarkan harga yang lebih kurang sama dan tak jauh beza.

Macam Mana Nak Jual Rumah Loan LPPSA Belum Habis Bayar?

Perkara pertama kalau anda nak jual rumah LPPSA ataupun rumah lain sama ada masih dalam pinjaman ataupun sudah habis bayar, anda kena tahu berapa harga pasaran rumah anda. Nak tahu berapa harga pasaran rumah anda tak susah pun, apa yang anda perlu lakukan adalah tengok sahaja taman tempat anda tinggal ataupun apartment yang anda tinggal, berapa penjual lain jual di kawasan tersebut.

Daripada situ kadang-kadang, anda sudah boleh agak berapa harga yang anda patut letak dalam iklan untuk anda jual rumah. Terlalu tinggi, pembeli memang tak akan beli, terlalu rendah, nanti susah pula.

Nak lebih mudah sebenarnya, anda lantik je perunding hartanah. Mereka kenakan caj sehingga 3% daripada harga rumah. Boleh berurusan dengan kami dengan mengisi borang di bawah ini.

Agen biasanya sudah mempunyai networking yang bagus di kalangan pegawai bank, peguam dan lain-lain. Jika anda tersalah memilih pegawai bank dan hanya bergantung kepada pegawai bank yang ada di branch rumah terdekat anda, ada kemungkinan kelulusan pinjaman akan jadi lebih lambat kerana pegawai bank yang sesetengahnya tak biasa dengan proses untuk pinjaman rumah.

Mula Cari Pembeli

Proses ini yang paling penting sekali kerana, tanpa pembeli, macam mana urusan rumah anda akan berjalan lancar. Nak cari pembeli ini biasanya akan memakan masa sedikit dan mencari pembeli yang berkualiti akan memakan masa yang lebih lama. 

Di sini peranan marketing adalah sangat penting, Anda boleh cuba iklankan di semua platform yang percuma dan berbayar untuk dapatkan pembeli. Kalau tak biasa, memang lagi lama proses nak dapatkan pembeli. Untuk ini, melantik perunding yang dah biasa dengan proses ini adalah lebih baik dan lebih memudahkan urusan anda. 

Anda boleh tengok video di bawah ini untuk memudahkan anda menjual rumah LPPSA terutama yang masih belum habis bayar. Boleh tengok step by step seperti di bawah.

Uruskan Pinjaman Loan Pembeli – Siapa Yang Akan Uruskan?

Katakan dah dapat pembeli, sebagai tuan rumah anda dah dapat pembeli, macam mana dengan pinjaman rumah? Siapa yang akan uruskan. Biasanyalah, kalau tuan rumah yang uruskan, dia akan minta pembeli uruskan sendiri pembiayaan rumah dengan berhubung dengan pegawai bank. Di situ tak tentu lagi pegawai bank tersebut boleh uruskan pinjaman tersebut yang biasanya akan memakan masa yang agak lama.

Bagaimana dengan harga pasaran? Ada masa harga pasaran yang bank tawarkan ini tidaklah terlalu tinggi dan paling teruk tak dapat match dengan harga yang penjual mahukan. Minta pembeli uruskan sendiri pembiayaan selalunya bukanlah cara yang terbaik.

Pihak agen pula biasanya dah ada beberapa pegawai bank yang dah dia biasa dan boleh buat proses dengan laju akibat daripada sudah terlalu lama dalam industri macam saya. Ada beberapa pegawai bank yang saya kenal yang boleh proses pinjaman rumah dengan pantas dan begitu juga sebaliknya.

Urusan Dengan Peguam Dan Serah Kunci

Urusan dengan peguam adalah antara perkara yang anda perlu ambil kira. Apa jadi kalau tersalah pilih peguam, boleh sahaja jadi seperti dalam kisah di bawah ini.

ASSALAMUALAIKOM SAYA SEORANG PENJUAL RUMAH ( REN ) DALAM BLN 4 TAHUN NIE SAYA ADE JUAL SEBIJI RUMAH,DAH BUYER SY MEMBELI SECARA CASH.DAN JUGA SY ADE LANTIK SATU SYARIKAT GUAM UNTUK URUSAN JUAL BELI , URUSAN PEJ TANAH.SELESAI URUSAN PEJ TANAH.

PEMBELI TELAH MEMBAYAR DUIT (HARGA RUMAH SEBAB BELI CASH) KEPADA PEGUAM YANG DILANTIK.TP SAMPAI SEKARANG URUSAN FULLSETELMENT KEPADA BANK PEGUAM TAK BUAT.SEDANGKAN DA HAMPIR 7BULAN.BILA CALL ACCOUNT CAKAP TGGU BOS DIA SIGN CEK.TP SMPAI KE HRI NIE TAK SETTEL LG.

OWNER LAMA DAH BISING2.SEBAGAI REN TUGASAN SY SELESAI.TP SY SENDRI MCM KNE FOLLOW UP AVERY DAY..APA  PERLU SY BUAT YA..

*COVER REPORT UNTUK SY TELAH SY BUAT.* [sumber]

Ini antara kes yang terjadi untuk perunding sendiri dan boleh terjadi kalau anda tak ada networking dengan peguam yang bagus. Kalau anda mempunyai kenalan ataupun sanak saudara peguam lebih baik, jika tiada lebih baik serahkan kepada agen.

Oh ya, jika anda ada akaun Tiktok, boleh follow akaun saya, saya banyak share berkenaan dengan tips hartanah, jual beli rumah di sana dan harap ianya memberikan manfaat kepada anda.

Ini Cara Jual Rumah LPPSA Dengan Betul

Tak susah pun sebenarnya nak jual rumah walaupun masih ada lagi pinjaman dengan LPPSA. Yang penting sekali anda tahu berapa harga yang anda patut jual, lepas tu boleh mulakan untuk cari pembeli untuk beli rumah anda. Ianya adalah sangat penting. Dah ada pembeli mudahkan untuk proses seterusnya iaitu untuk cari pinjaman bank kebiasanya dan akhir sekali urusan dengan peguam.

Kalau memang anda ada niat nak jual rumah, tak ada masalah pun untuk anda jual rumah tersebut dan boleh gunakan cash yang anda dapat untuk tujuan lain seperti perniagaan, nak buat rumah sewa dan pelbagai lagi. Harap artikel ini membantu anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *