Keburukan Menggunakan Loan LPPSA – 2024

Ada ke keburukan menggunakan loan LPPSA? Pada artikel kali ini, kami akan nyatakan sekali kelebihan dan keburukan menggunakan loan LPPSA. Sekiranya anda seorang penjawat awam ataupun pegawai kerajaan, ada anda mempunyai pilihan untuk menggunakan pinjaman dari loan LPPSA ini.

Sama ada nak gunakan loan LPPSA ataupun pinjaman bank, semuanya terpulang kepada anda. Apapun, sebagai penjawat awam, anda boleh buat pilihan daripada kedua-dua ini dan tidak semua orang mempunyai pilihan yang sama. 

Berbaloi ke nak gunakan loan LPPS? Apa keburukan kalau anda gunakan loan LPPSA, boleh baca artikel ini sehingga habis. Kami akan cuba buat kupasan secara lebih terperinci berkenaan dengan topik ini.

keburukan loan lppsa

Keburukan Menggunakan Pinjaman LPPSA

Sebelum pergi kepada apa kebaikan menggunakan loan dari LPPSA ini, adalah lebih baik untuk anda tahu apa keburukan menggunakan pinjaman menggunakan skim dari LPPSA ini.

Interest Rate Kadar Tetap 4%

Untuk pengetahuan anda, interest rate ataupun kadar keuntungan bagi pinjaman LPPSA adalah tetap sebanyak 4% setahun. Ianya sedikit tinggi jika nak dibandingkan dengan pinjaman daripada bank-bank tempatan yang menawarkan sehingga 3.75%, malahan ada yang lebih rendah lagi.

Jika anda nak buat pinjaman dari pihak LPPSA, anda sememangnya perlu untuk lihat semula perkara ini.

Penstrukturan Semula Yang Lebih Sukar

Jika di bank lain, anda boleh lakukan penstrukturan semula dengan lebih mudah dengan melakukan pembayaran lebih daripada jumlah yang dipinjam. Sebagai contoh, jika sepatutnya pinjaman ada adalah sebanyak rm1500, anda bayar lebih iaitu rm2000, lebihan rm500, ianya membolehkan anda untuk mengurangkan baki pokok pinjaman anda.

Di LPPSA tidak begitu, untuk membolehkan anda membayar lebih, anda perlu untuk buat penstrukturan semula pinjaman anda. Caranya adalah dengan menghubungi LPPSA bagi mendapatkan ataupun berbincang berkenaan dengan jumlah pinjaman yang anda pohon.

Untuk pembayaran ataupun jumlah yang lebih fleksible, pinjaman di bank adalah di galakkan. Apapun, berikut adalah antara beberapa kebaikan kalau anda menggunakan pinjaman dari LPPSA.

Untuk istilah yang lebih tepat lagi, iaitu refinance rumah, saya tak galakkan untuk anda refinance rumah menggunakan LPPSA. Berdasarkan info yang saya terima daripada pihak LPPSA (boleh betulkan kalau saya silap), refinance hanya terpakai untuk pinjaman yang masih ada hutang dengan bank sahaja. Kalau dah habis bayar dan nak buat refinance rumah, memang tak boleh.

Refinance Tiada Cashback

Pembiayaan semula LPPSA juga tiada cashback yang anda boleh terima. Berbaza dengan kalau anda nak buat refinance dengan bank lain, anda boleh dapat cashback, akan tetapi, tidak untuk LPPSA. Kalau nak buat refinance, saya cadangkan anda gunakan bank tempatan dan tidak gunakan LPPSA.

Harga Pasaran Yang Tak Tinggi

Harga pasaran ataupun market value untuk LPPSA biasanya tak setinggi harga yang diberikan oleh penilai bank. LPPSA menggunakan penilaian JPPH manakala pihak bank menggunakan penilaian swasta yang biasanya lebih fleksible. Sebab itu, antara komen biasa mereka yang menggunakan loan LPPSA adalah, harga pasaran tak boleh nak terlalu tinggi. Kalau rumah yang anda beli (terutama kes subsale) harga pasaran agak tinggi, boleh gunakan bank sebagai alternatif.

Keburukan Paling Utama Pinjaman LPPSA

Selain daripada 4 keburukan di atas, point ke 3 adalah sangat penting. Anda perlu tahu dahulu point ke 3 ini sebelum buat pinjaman dengan pihak LPPSA.

Penerangan berkenaan dengan point ke 3 keburukan pinjaman rumah kerajaan ini ada kami nyatakan dalam video di bawah ini.

Kelebihan Menggunakan Pinjaman Dari LPPSA

  • Kadar pinjaman sehingga 100% dengan kadar faedah yang lebih rendah (4%).
  • Penilaian semakan kelayakan hanya dibuat berdasarkan apa yang tercatat di dalam penyata gaji tanpa mengambil kira sebarang komitmen luar seperti pinjaman bank.
  • Mereka yang berdepan masalah kadar keberhutangan yang tinggi juga masih layak untuk memohon.
  • Layak memohon pembiayaan kedua, dengan syarat baki hutang pembiayaan pertama selesai sepenuhnya. Kelayakan tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok semasa.
  • Tempoh pinjaman untuk pinjaman pertama adalah selama 30 tahun, manakala untuk pinjaman kedua adalah selama 25 tahun. Tempoh ini juga bergantung kepada usia peminjam.
  • Pakej perumahan sehingga usia 90 tahun.
  • Faedah atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan bagi setiap bulan. Ini bermakna faedah bagi bulan seterusnya akan berkurangan.
  • Biarpun disenaraihitamkan apabila nama dimasukkan sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan CTOS Data Systems Sdn Bhd (Ctos), mereka masih lagi layak membuat pinjaman menerusi LPPSA

Pembiayaan Semula Dengan LPPSA

Anda boleh membuat pembiayaan semula dengan LPPSA. Ataupun jika sekarang ini anda mempunyai rumah di bawah pembiayaan LPPSA dan ingin refinance ke bank lain, pun tiada masalah. Info berkenaan dengan topik ini saya sudah ceritakan secara detail dalam video di bawah. Anda boleh tengok video di bawah sampai habis jika ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan topik refinance LPPSA.

Info berkenaan dengan topik refinance ataupun pembiayaan semula ini anda boleh tengok juga dalam beberapa artikel kami di ;

Syarat Pinjaman Perumahan Kerajaan

Apa dia syarat yang penting anda perlu tahu kalau nak buat pinjaman perumahan kerajaan. Khusus kepada yang belum tahu apa syarat penting kalau nak buat pinjaman perumahan kerajaan, anda boleh tengok dan dapatkan info lanjut dalam video di bawah ini;

LPPSA Lagi Banyak Kebaikan Berbanding Keburukan?

Keburukan menggunakan loan LPPSA betul ke? Ataupun ianya lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada peminjam. Jika anda merupakan seorang pegawai kerajaan, memang baik dan bagus jika anda dapat memanfaatkan pinjaman LPPSA dan juga pinjaman dari bank ini.

Gunakan kedua-duanya. Pinjaman LPPSA tidak mempunyai syarat tertentu dan tak tengok pun laporan CCRIS anda. Boleh manfaatkan pinjaman ini untuk pinjaman rumah ke 3 dan seterusnya.

Strategi Nak Jadi Pelabur Hartanah, Manfaatkan LPPSA

Mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan memang mempunyai kelebihan tersendiri. Ianya membolehkan anda untuk membuat pinjaman daripada LPPSA. 

Sangat digalakkan untuk anda manfaatkan pinjaman dari LPPSA ini. Antara yang dicadangkan jika anda seorang pekerja dalam sektor kerajaan dan ingin memanfaatkan pinjaman LPPSA adalah seperti berikut;

1 Pinjaman rumah pertama – 100% loan dari bank

2 Pinjaman rumah kedua – 90%, loan dari bank

3 Pinjaman rumah ketiga – 100% loan dari LPPSA

Ini adalah antara beberapa cara dan kaedah untuk memanfaatkan pinjaman perumahan dari LPPSA. Walaupun ianya mempunyai kadar interest rate yang agak tinggi, tetapi, banyak lagi kebaikan lain yang anda boleh manfaatkan terutama kalau anda nak beli rumah menggunakan pinjaman dari LPPSA.

Betul Ke LPPSA Mendatangkan Keburukan, Anda Tentukan Sendiri

Sekali lagi, adakah ianya mendatangkan kebaikan ataupun keburukan, anda tentukan sendiri mana yang betul ataupun sebaliknya. Jika anda mempunyai peluang, memang sangat sesuai untuk anda manfaatkan pinjaman dari LPPSA ini. Rugi kalau tak manfaatkan kerana pinjaman ini tidak terhad kepada pinjaman rumah sahaja, anda juga boleh membeli tanah dan juga boleh membina rumah atas tanah.

  • Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
  • Membina rumah di atas tanah sendiri
  • Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
  • Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
  • Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
  • Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSA
  • Membuat kerja ubahsuai atas rumah atau petak rumah kediaman

Apapun harapnya artikel keburukan menggunakan Loan ataupun pinjaman dari LPPSA ini menjawab banyak persoalan anda berkenaan dengan pinjaman daripada kerajaan ini. Ada banyak lagi topik yang kami sendiri tak sempat nak sampaikan dalam artikel ataupun post ini. Apapun, jika anda nak tahu dengan lebih lanjut boleh tanya di ruangan komen di bawah;

Boleh juga ke Borang INI untuk kami bantu anda terutama jika nak dapatkan maklumat yang lebih detail berkenaan dengan pinjaman ini. 

https://www.hmetro.com.my/PnP/2020/10/633748/ramai-tak-tahu-kelebihan-lppsa

https://www.iproperty.com.my/guides/refinance-pinjaman-lppsa-adakah-ia-pilihan-yang-menguntungkan/

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/lppsa-pinjaman-perumahan-kerajaan-malaysia-18819

Related Posts

3 thoughts on “Keburukan Menggunakan Loan LPPSA – 2024

  1. Minta maaf tuan, rasanya bank nampak rendah sebab time covid tu, lppsa nampak tinggi sebab 4%. nanti bila covid dah tak ada, mesti bank rate naik punya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *