Bolehkah Jual Rumah Yang Baru Dibeli?

Ada persoalan, boleh ke jual rumah yang baru dibeli? Dalam artikel ini kami akan cuba menjawab persoalan ini dan perkara yang anda perlu ambil kira kalau anda nak jual rumah anda yang baru dibeli terutama rumah yang dibawah 5 tahun.

Jawapan mudah kepada persoalan di atas adalah, boleh. Ya, anda boleh sahaja jual rumah yang baru anda beli akan tetapi, persoalan berikut anda kena pastikan betul-betul kerana jika tersalah dan tersilap langkah, tak berbaloi pun anda nak jual rumah. Kos-kos ini adalah antara kos yang anda perlu fahami kalau anda nak jual rumah yang anda baru sahaja beli.

jual rumah yang baru dibeli

Berapa Baki Hutang Dan Harga Pasaran Semasa Rumah

Anda baru sahaja membeli rumah pada harga RM250k pada tahun 2023. Katalah anda dapat pinjaman 100% melalui skim SJKP yang memang tak mustahil pun untuk dapat pinjaman macam ni. Pinjaman 100% akan termasuk sekali dengan pakej insurans dalam anggaran RM5k(umur masih muda) dan juga valuation dan lawyer fee include dalam loan. Jumlah pinjaman adalah sebanyak RM265k sebagai satu anggaran.

Pada tahun 2024, anda cuba nak menjual semula rumah ini, akan timbul persoalan, berbaloi ke kalau nak jual semula? Pada tahun 2024 iaitu setahun selepas anda membeli rumah ini, anda bercadang nak jual semuladan pada masa itu, katalah harga pasaran tak naik banyak, hanyalah naik RM260k naik cuma 10k sahaja. Baki hutang anda adalah RM265k, anda perlu tambah RM5k di sini.

Ini kalau kes ada kenaikan dan harga pasaran naik tak tinggi mana. Bagaimana dengan keadaan yang harga pasaran tak naik pun? Ianya sama tahun lepas dan tahun ini, berbaloi ke untuk jual.

Ada kes, harga pasaran makin turun dan ini sangat banyak kes seperti ini di kawasan Cyberjaya dan sekitar terutama pasaran “high rise”. Sekali lagi, berbaloi ke kalau nak jual dalam keadaan seperti ini.

Apapun keadaan anda, kalau anda merasakan anda nak jual rumah anda, boleh terus berhubung dengan kami melalui borang di bawah ini.

Kami perlukan sedikit maklumat dari anda untuk kami menghubungi anda dan kemudian kami akan lihat dan berikan nasihat sama ada berbaloi untuk anda jual ataupun sebaliknya. Kawasan rumah untuk anda jual terhad untuk Johor (fokus area saya, sebab saya tinggal di Johor) Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Kami akan cuba sedaya upaya membantu anda untuk menjual dan meringankan beban anda.

Boleh juga follow kami di Tiktok di mana, kami banyak berkongsi info berkenaan dengan tips dan strategi menjual rumah dan lain-lain. 

Channel Tiktok di atas adalah tempat saya berkongsi info dan input berkenaan dengan harga rumah. Jangan lupa follow.

Real Property Gain Tax – Cukai Keuntungan Harta Tanah

Tahukah anda yang anda bakal dikenakan cukai atas keuntungan penjualan rumah anda. Nama cukai yang bakal dikenakan adalah cukai keuntungan harta tanah. Contoh macam ini, katakan anda beli sebuah rumah pada harga Rm200k dan kemudian anda menjual rumah tersebut RM300k. Anda untung 100k betul? Untung RM100k ini akan dicukai mengikut tahun seperti di bawah ini.

  • Tahun pertama hingga tahun ketiga: 30%
  • Tahun keempat: 20%
  • Tahun kelima: 15%
  • Tahun keenam dan seterusnya: 5%

Tapi jangan risau, kalau anda menjual rumah anda untuk kali pertama, anda boleh memohon kepada pihak LHDN untuk tidak kenakan anda cukai ini. Boleh untuk pertama kali sahaja. Dan boleh juga untuk masa dan faktor tertentu. 

Faktor tertentu ini, saya menjual rumah kedua saya semasa musim Covid sekitar tahun 2021 macam tu. Ketika itu, saya tidak dikenakan cukai ini dan saya pun terkejut. Menurut lawyer, kerajaan pada masa itu “waived” cukai ini untuk menggalakkan transaksi hartanah di Malaysia. Saya pun bersyukur alhamdulillah. Akan tetapi, event seperti ini mungkin sukar untuk ada lagi pada masa akan datang. Anda mungkin cuma boleh memohon untuk kali pertama sahaja.

Cara lain adalah jual selepas 5 tahun. Ini kerana lepas 5 tahun, cukai RPGT ini akan menjadi lebih rendah dan sesuatu kawasan ini akan jadi lebih matang. Apabila kawasan perumahan ini matang, sudah mula banyak transaksi jual dan beli hartanah dan rumah, ada kemungkinan untuk harga pasaran rumah anda naik lebih cepat. Kalau langsung tiada transaksi ini yang menyebabkan harga rumah kadangkala suam-suam kuku je.

Lock In Period Ada Ke?

Istilah ini biasanya ada pada peminjam yang beri anda pinjaman perumahan. Kebanyakan loan islamik tiada kenakan “lock in period” ini akan tetapi masih ada lagi beberapa bank yang offer (baca : paksa) lock ini period jika anda nak buat pinjaman dengan mereka. Layan sahajalah kan, yang penting loan lulus. Betul tak?

Untuk yang tiada “lock in period” ini, mudahlah kalau anda nak jual. Boleh terus jual tanpa perlukan sebarang bayaran dan caj tertentu. Kalau anda ikatan ini, memang ada beberapa kira kira yang anda perlu lakukan.

Untuk tahu berapa jumlah “lock in period” ini, anda kena periksa kembali letter offer ataupun surat tawaran daripada pihak bank. Dari situ baru anda boleh nampak berapa penalti yang dikenakan.

Rumah Kos Rendah – Tak Boleh Jual Bawah 5 Tahun

Point terakhir, anda kena tahu yang rumah kos rendah ini, anda tak boleh nak jual di bawah 5 tahun. Nak cuba boleh sahaja, cuma biasanya kena ada alasan yang kuat seperti sakit, perceraian, masalah kewangan dan lain-lain. Untuk kes seperti ini, biasanya runner yang dah biasa berurusan dengan pejabat tanah pasti lebih tahu ataupun pihak peguam yang memang dah biasa uruskan perkara ini.

Nak lebih selamat, kalau anda nak jual rumah kos rendah, cuba sahaja jual selepas 5 tahun. Anda boleh jual pada harga yang mungkin lebih tinggi sedikit dan tanpa ada banyak halangan-halangan seperti yang saya nyatakan dalam artikel ini.

Cuba Sahaja Jual

Anda yang faham keadaan kewangan diri anda. Kalau memang terpaksa nak jual, boleh terus jual sahaja rumah anda. Nak jual rumah, boleh terus berhubung dengan kami di bawah ini.

Tak salah pun jual awal dan selepas anda beli, cuma beberapa perkara di atas ini adalah antara faktor yang anda perlu untuk ambil kira kalau nak jual rumah yang anda baru je beli. Untuk artikel ini, harap persoalan bolehkah jual rumah yang baru dibeli? Harap terjawab dalam artikel ini. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *