Cara Hidupkan Sim Yang Sudah Mati

Macam mana cara hidupkan sim yang sudah mati? Artikel pada kali ini, saya nak tunjuk sebenarnya senang sahaja kalau nak hidupkan simkad yang sudah mati. Cuma ada satu syarat lah, iaitu simkad expired atau mati tu taklah terlalu lama. Maksudnya simkad tu baru mati dalam seminggu macam tu pastilah boleh recover lagi. Cuma, bila dah expired lebih setahun tu, memang tak bolehlah nak diselamatkan.

Sayang seribu kali sayang bila nombor yang kita dah beli dan dah guna untuk satu jangka masa yang lama, akibat terlupa nak topup, terus tak boleh nak guna akibat dari expired ni. Kalau ini terjadi nak buat macam mana.

Cara Hidupkan Sim Yang Sudah Mati

Pengalaman Saya Bila Simkad Expired Ni

Biasanyalah, kalau tak perasan simkad yang dah expired ini, sama ada gunakan sebagai nombor kedua ataupun bagi pada anak untuk guna. Saya pun memang ada satu nombor yang saya gunakan untuk business dan jarang topup sebab biasanya akan gunakan wifi di rumah ataupun pakai je hotspot. Kalau nak call pula biasanya akan pakai whatsapp, jadi ada hari tu, tiba-tiba line coverage dah tak ada. 

Bila coverage dah tak ada tu, memang sah-sah lah dah expired kan. Jadi, apa yang saya buat adalah, saya cuba hubungi beberapa pegawai berdekatan dan juga customer servis untuk bantu dapatkan semula nombor yang dah expired tersebut.

Alhamdulillah semua dah selesai. Cuma bezanya sekarang ini, saya merupakan seorang dealer Tune Talk, dan khas untuk telco Tune Talk, saya boleh tolong anda untuk periksa sama ada nombor anda boleh lagi untuk recover ataupun langsung tiada harapan nak recover. Boleh tengok step by step seperti di bawah ini.

Kepada anda yang datang ke artikel ini dan bukan pelanggan Tune Talk, tak ada masalah pun untuk anda kekalkan no lama anda dan beralih ke Tune Talk. Ataupun nak beli satu lagi nombor baru dari Tune Talk. Nak tahu apa pelan terkini dari Tune Talk, boleh baca artikel kami di Tune Talk Epik sini.

Cara Hidupkan Sim Yang Sudah Mati – Tune Talk Sahaja

Disebabkan saya seorang dealer Tune Talk, saya bagi step by step apa yang anda perlu lakukan kalau simkad Tune Talk anda expired. Pertama sekali anda perlu whatsapp saya untuk saya periksa sama ada simkad ini masih boleh recover ataupun sebaliknya. Boleh whatsapp saya di nombor bawah ini.

Biasanya saya akan bagi step by step direction kalau boleh recover lagi dalam whatsapp tersebut. Apapun, saya akan terangkan kat sini juga apa langkah yang anda perlu lakukan kalau simkad atuapun nombor tersebut masih boleh recover lagi. Boleh ikut step by step ini.

Kalau masih boleh recover, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda beli 1 lagi simkad Tune Talk. Ya, anda perlu untuk beli simkad Tune Talk ini dan daftar no baru. No baru perlulah mempunyai nombor IC dan nama seperti nombor yang telahpun expired tadi. Nak beli simkad yang dah expired ini, boleh terus beli seperti di bawah ini.

Dah beli dan simkad dah sampai, daftar macam biasa. Seterusnya apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda buat pendaftaran dan tambah nilai (baca : topup) RM50 dalam no baru tu. Dah buat macam ini pm saya semula.

Lepas pm saya di whatsapp, proses biasanya tak akan memakan masa yang terlalu lama. Kalau ikut customer servis, akan ambil masa 24 hingga ke 48 jam. Akan tetapi, ikut pengalaman saya, mungkin akan ambil masa 1 jam dah selesai. Selepas itu, bolehlah langgan data (sebab dah tambah nilai RM50 kan) dan jangan lupa untuk tambah nilai dan langgan data pada masa akan datang.

Habis Tu Telco Lain Macam Mana?

Kalau Tune Talk memang saya boleh tolong, sebab saya kan dealer Tune Talk. Kalau telco lain macam mana?

Kalau telco lain macam Celcom ke Maxis, Umobile dan lain-lain, memang tak dinafikan, boleh je dapat semual nombor tersebut, cuma, kena hubungi customer servis terdekat. Ada sesetengah nombor, untuk dapat semula nombor tu kena langgan postpaid dulu (kan leceh tu) dan bermacam lagi syarat yang anda perlu ikut.

Ataupun untuk telco lain, anda boleh tengok penerangan lanjut seperti dalam video di bawah ini. Ianya akan sedikit sebanyak membantu.

Kalau anda tak nak pening, kepala, nombor yang dah lama berlalu itu, biarkan sahaja ianya berlalu dan dapatkan sahaja nombor baru daripada Tune Talk.

Pelan Tune Talk pun memang sangat kompetetif dan antara yang bagus untuk anda guna sama ada anda seorang “heavey user” yang memang nak gunakan data banyak. Ataupun anda seorang pengguna yang biasa-biasa pun boleh gunakan pelan ini. Pelan terkini dan cara nak dapatkan pelan ini saya ada tulis dalam artikel di SINI.

Jadi, tak susahpun nak hidupakn sim yang sudah mati ataupun sudah expired. Yang penting adalah anda anda hubungi je customer servis berdekatan dengan tempat anda. InsyaAllah boleh membantu.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *