Port Out Umobile Berbaloi Ke?

Berbaloi ke nak buat port out Umobile ke syarikat telekomunikasi lain? Jawapan kepada persoalan ini adalah ikut kepada keperluan dan banyak faktor. Boleh jadi ianya berbaloi kalau umobile di kawasan anda ada masalah coverage, boleh jadi tak berbaloi jika di kawasan anda itu, hanya coverage umobile sahaja yang OK, coverage syarikat telco lain semua tak OK.

Dalam artikel ini, kami nak tunjukkan step by step macam mana nak lakukan proses port out ini dan alternatif syarikat telekomunikasi yang sesuai untuk anda buat proses port out ini. Kalau anda sekarang ini tak berapa OK dengan company ini, dan cuba nak buat port out, boleh consider beberapa pilihan antaranya adalah syarikat Tune Talk yang menggunakan coverage Celcom.

Sekarang ini teknologi makin berkembang, teknologi 5G teknologi esim dan lain-lain lagi. Saya pun percaya, coverage umobile semakin lama semakin baik dan capaian pun makin bagus. Cumanya, kalau memang anda dah buat keputusan untuk buat port out tiada masalah, boleh baca artikel ini sampai habis.

port out umobile

Kenapa Kekal Nombor Lama Umobile?

Nama Umobile memang tak asing lagi di Malaysia terutama dalam syarikat telekomunikasi. Mereka menawarkan pakej prepaid yang bagus dan juga pakej postpaid pada harga yang berpatutan. Data untuk pakej internet mereka pun pada saya antara yang terbaik dan setanding dengan gergasi syarikat telekomunikasi lain seperti Celcom dan Maxis.

Akan tetapi, dalam pemerhatian saya sendiri, kenapa nak bertukar ke Umobile ni? Biasanya ada 2 sebab utama dan ianya antara sebab utama saya sendiri bertukar daripada Umobile kepada syarikat telekomunikasi lain.

Masalah Coverage

Faktor ini tidak berlaku untuk saya dan coverage Umobile di tempat saya agak bagus walaupun saya tinggal di kawasan pinggir bandar. Akan tetapi, buat anda yang datang ke artikel ini dan nak dapatkan info lanjut. Masalah coverage ini agak subjektif dan ianya tak mustahil juga boleh berlaku kepada syarikat gergasi telekomunikasi lain seperti Celcom dan Digi.

Boleh jadi juga apabila pengguna Umobile di sesuatu kawasan ini terlalu ramai dan menyebabkan masalah “congested” berlaku. Apabila pengguna terlalu ramai, memang akan menyebabkan masalah coverage ataupun penggunaan data akan menjadi semakin lambat.

Better Offer

Saya tinggalkan Umobile kepada syarikat telco Tune Talk kerana better offer yang mereka tawarkan. Dengan harga yang sama yang saya bayar kepada pihak Umobile, berikut adalah antara beberapa kelebihan yang saya dapat apabila menggunakan syarikat telekomunikasi Tune Talk;

  • Manfaat khairat kematian sebanyak RM800 hingga RM1500 ikut pelan
  • Manfaat takaful kemalangan sebanyak RM5000 
  • Boleh tambah income dengan menjadi dealer di Tune Talk, boleh hubungi kami untuk isu ini.

Baiklah, kalau anda nak bertukar ke Tune Talk, boleh cuba dapatkan simkad ini di kedai Shopee kami di bawah ini. 

Dapatkan sahaja simkad ini, nanti kami akan bagi step by step macam mana caranya nak bertukar ataupun kekal nombor lama di Tune Talk ini.

Umobile Agak Kompetatif

Saya memang agak berminat dengan syarikat telekomunikasi Umobile kerana harga dan pakej yang mereka tawarkan ini agak kompetatif. Nak buat port out daripada Umobile ke syarikat lain seperti Tune Talk ini, bukan satu perkara yang mudah dan perlu untuk difikirkan. 

Cuma, bila anda rasa dah tiba masanya nak bertukar daripada syarikat telekomunikasi lain kepada syarikat lain, boleh cuba untuk bertukar dan dapatkan info lanjut.

Berapa Lama Port Out Umobile

Soalan ini agak subjektif dan saya juga, sebelum menulis artikel ini, ada juga mendapatkan feedback daripada pelanggan yang cuba bertukar dari Umobile ke syarikat telekomunikasi lain. Termasuklah kepada rakan-rakan dealer Tune Talk yang lain.

Saya nampak, kalau tiada apa-apa masalah dan isu seperti tunggakan, isu seperti salah bagi no IC, proses akan lancar dan mudah. Cumanya, bila ada isu seperti tunggakan, memang proses akan jadi lebih panjang dan akan ambil masa yang lebih lama. Perlu untuk selesaikan tunggakan tersebut dan perlu untuk resubmit semula permohonan untuk buat ataupun lakukan proses port out ini.

Port Out Rejected

Ini merupakan salah satu perkara biasa yang berlaku kepada mereka yang nak cuba lakukan proses port out daripada syarikat telekomunikasi yang mereka sedang gunakan, kepada syarikat telekomunikasi yang lain.

Kalau tak mahu kes port out rejected tak kiralah samada syarikat telekomunikasi Umobile, YES, Onexox dan lain-lain, boleh ikut beberapa guideline di bawah ini;

Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Port Out

  • Pastikan simkad nombor asal tu didaftarkan atas nama sendiri. Atau atas nama orang yang anda boleh dapatkan kad pengenalannya.
  • Pastikan sim yang nak ditukar taliannya tu aktif. Boleh buat panggilan keluar dan boleh terima panggilan.
  • Pastikan ada kredit sekurang-kurangnya RM2. Sekiranya nombor tu adalah postpaid, pastikan bill telah dibayar mengikut jumlah current bill dan lebihkan RM2 dari jumlah itu.
  • Pastikan simkad asal tiada hutang. Sama ada hutang SOS, credit advance, atau bil tertunggak.
  • Pastikan simkad asal berada di dalam phone semasa proses MNP dilakukan oleh dealer telco.

Jika anda dapat lakukan semua ini, insyaAllah proses nak lakukan port out dari syarikat Umobile akan sukses dan bukan rejected.

Sekali lagi, kalau anda nak dapatkan simkad Tune Talk sama ada nak kekal no yang anda gunakan sekarang ataupun nak nombor baru, boleh dapatkan di bawah ini. Syarikat telekomunikasi selain daripada Umobile pun tiada masalah untuk anda lakukan proses port out dan yang lebih menarik, semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan applikasi Tune Talk sahaja.

Boleh dapatkan simkad tersebut di atas. Nak dapatkan esim pun tiada masalah.

Reply SMS Umobile

Selepas anda menghantar permohonan untuk port out daripada syarikat Umobile ataupun proses port in kepada syarikat Tune Talk menggunakan applikasi Tune Talk, apa yang anda perlu lakukan adalah, anda kena sentiasa memeriksa SMS anda. Verifikasi ataupun pengesahan untuk keluar daripada syarikat tersebut adalah melalui SMS.

Anda pun boleh memeriksa status permohonan proses “port out” tersebut dalam applikasi Tune Talk anda. Mudah dan simple sahaja sebenarnya, asalkan anda ikut sahaja perkara-perkara yang anda perlu lakukan sebelum proses port out seperti di atas ini.

Ada Counter Offer

Semasa saya cuba buat port out, biasa memang akan ada counter offer daripada pihak syarikat telekomunikasi. Kalau Celcom dalam bentuk SMS. Kalau syarikat seperti Umobile ini, mungkina akan ada panggilan telefon. Kalau tiada apa-apa panggilan dan anda lihat sendiri yang simkad lama terus tak boleh digunakan, anggap sahaja proses port out sudah selesai dan boleh terus gunakan nombor ataupun simkad dari Tune Talk.

Sampai sini sahaja sedikit info berkenaan dengan port out Umobile. Bagi saya Umobile antara syarikat yang bagus, akan tetapi, sudah tiba masanya untuk saya berhijrah kepada syarikat lain. Anda nak buat port out? Boleh cuba Tune Talk sebagai salah satu alternatif yang baik kepada Umobile.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *