Antara prepaid vs postpaid di Malaysia ini, mana yang lebih berbaloi untuk anda gunakan dan berikan lebih fleksibiliti untuk anda sebagai pengguna. Mana yang lebih berbaloi? Jawapan kepada persoalan ini bergantung kepada anda sendiri. Apapun, pada artikel ini, kami akan berikan penerangan berkenaan dengan kelebihan dan kekurangan prepaid dan juga postpaid.
Keadaan sekarang ini sudah berbeza dengan beberapa tahun lalu di mana, banyak pakej menarik yang ditawarkan untuk pengguna prepaid dan juga postpaid. Kalau dulu, banyak pakej yang hanya ada dalam postpaid, kini sudah ada dalam prepaid. Seterusnya membolehkan anda untuk merancang perbelanjaan anda agar menjadi lebih berhemah dan pada masa yang sama, boleh tambah pendapatan anda.

Pakej Prepaid Sekarang Memang Menarik
Pakej yang ditawarkan untuk prepaid sekarang ini sudah menarik dan lebih fleksible. Kalau dahulu, nak dapatkan pakej yang guna banyak call dan internet yang stabil, mesti dan wajib gunakan postpaid. Tetapi sekarang tidak lagi.
Pengguna prepaid iaitu yang sering topup setiap bulan juga boleh mendapatkan pelbagai pakej menarik sebagai satu alternatif kepada postpaid. Sebagai contoh, dengan hanya RM35 sebulan, anda sudah boleh mendapatkan pakej unlimited call dan unlimited internet melalui pakej yang ditawarkan oleh Halo Go. Boleh tengok seperti dalam gambar di bawah.

Nak dapatkan simkad Halo Telco Tune talk ini tak ada masalah, anda boleh dapatkan terus daripada kedai Shopee kami. Terus je beli di Shopee lebih mudah. KLIK je link di bawah ini.
Untuk port in no lama ataupun nak dapatkan no baru, anda boleh lakukan dalam applikasi sahaja. Mudah dan tak perlu nak pening kepala. Apapun, kami akan bagi step by step guide nanti.
Nak baca review kami lebih detail berkenaan dengan Halo Telco, boleh baca di SINI.
Prepaid Lebih Murah Dari Postpaid
Saya suka prepaid kerana tiada caj cukai SST ataupun GST yang dikenakan buat pengguna prepaid. Kalau pengguna postpaid, ya, memang anda akan dikenakan caj SST ini dalam bil anda. Tak nak bayar lebih untuk cukai, tak ada masalah untuk beralih menggunakan prepaid.
Menurut statistik, pengguna yang menggunakan prepaid membayar sehingga RM30 ke RM40 untuk pakej langganan selama sebulan. Tak la terlalu murah dan tak terlalu mahal dan sesuai untuk mereka yang nak berjimat setiap bulan.
Pengguna postpaid pula membayar sehingga RM50 sehingga RM60 setiap bulan. Itu tak termasuk lagi cukai SST dan caj-caj lain seperti surat dan lain-lain. Jadi kenapa bayar lebih untuk bil telefon anda.
Sebagai contoh sekali lagi, kalau anda menggunakan Halogo dan mengambil pelan Hi 35, anda sudah mendapat banyak manfaat yang bagus jika nak dibandingkan dengan pelan daripada postpaid. Apapun, pilihan di tangan anda dan anda harus tentukan yang mana bagus dan yang mana tidak.
Tiada Komitmen Tiada Kontrak
Pengguna prepaid ada lebih flexibility kerana tiada apa-apa komitmen setiap bulan dan tidak terikat dengan mana-mana kontrak. Dah tak nak guna nombor tersebut, biarkan sahaja expired. Kalau memang tak aktif, biasanya akan ambil masa sehingga 60 hari untuk no tersebut dah tak boleh nak digunakan.
Postpaid, bergantung kepada syarikat telko khususnya kalau nak terminate no ataupun line anda. Mungkin kena call ataupun kena ke center terdekat, apapun ianya bergantung kepada syarikat telko terlibat. Lebih baik anda hubungi customer servis dahulu sebelum membuat apa-apa termination. Ianya lebih mudah.
Longest Validity Prepaid Malaysia – 1 Tahun
Anda nak kekalkan no anda untuk satu tempoh masa, misalkata sehingga setahun atas sebab-sebab tertentu seperti travel ke luar negara. Ataupun nak berikan no tel kepada anak-anak agak mudah untuk terima panggilan dan kekalkan no lama tersebut. Salah satu kepada solusi tersebut adalah memilih prepaid yang mempunyai validity agak lama. Di Halo Go, anda mempunyai pilihan untuk memilih prepaid validity 1 tahun.
Ada rakan saya yang bekerja di Oversea menggunakan prepaid dengan validity 1 tahun ini gak mudah menerima SMS dan tak perlu nak top up ataupun bayar bil setiap bulan. Pun boleh berikan kepada anak-anak terutama kalau ada wifi di rumah. Ini adalah antara pilihan yang berbaloi dan jimat.
Info lanjut dan kalau berminat nak dapatkan simkad Halo Go, boleh beli dengan kami di link DISINI dan Nanti pihak kami akan terus hubungi anda. InsyaAllah berbaloi dan sangat berbaloi.
Boleh Tukar Pelan Setiap Bulan Sahaja
Setiap telco prepaid mempunyai benyak pelan yang mereka tawarkan. Bergantung kepada penggunaan anda, anda boleh bertukar pelan tersebut setiap bulan kerana setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza,
Sebagai contoh, seorang yang sudah mempunyai wifi di rumah, tidak perlu untuk mendapatkan pakej unimited internet, cukup memadai dengan pakej data yang simple sahaja.
Seorang yang tidak mempunyai wifi di rumah pula, memang memerlukan internet unlimited dan agak laju. Boleh subscribe pelan ataupun pakej yang mempunyai ataupun membolehkan anda untuk dapatkan internet yang unlimited.
Seorang agen hartanah ataupun agen unit trust pula perlukan call unlimited terutama untuk call client dan bermacam-macam lagi.
Adapun seorang suri rumah perlukan pakej talian yang membolehkan mereka mendapat income dari situ seperti di Halo Go. Ya, dengan Halo Go, anda boleh mendapatkan pendapatan sambilan sambil anda menggunakan telefona anda. Yang penting, anda kena subscribe Halo Go dahulu.
Sekali lagi, prepaid vs postpaid, anda pilih mana?
Ataupun anda boleh tengok penerangan lebih detail dalam video di bawah;
Mudah Untuk Bertukar Ke Operator Berbeza
Nak port out ke telco berbeza pun tak susah. Maksudnya sekarang ini anda menggunakan line daripada jenama X dan kemudian nak bertukar ke Halo Go, pun boleh tak ada masalah. Cuma beli je simkad dan kemudian anda boleh lakukan semua proses itu sendiri sahaja. Tak susah dan simple sahaja proses tersebut.
Berbanding kalau anda menggunakan postpaid, nak bertukar line telco boleh sahaja tidak dapat kerana ada hutang tertunggak ataupun bil tertunggak. Jika ada bil tertunggak, memang pihak telco tidak akan benarkan anda untuk membuat pertukaran. Akan tetapi, jika anda sekarang adalah pengguna postpaid dan nak bertukar ke prepaid, kami rekemen anda memilih Halo Go. Pelan yang fleksible dan menarik, agak kompetatif dan yang paling best adalah, anda boleh mendapatkan income sambilan dengan Halo Go. beli je simkad dari kedai Shopee ini.
Anda Pilih Yang Mana?
Anda pilih yang mana antara prepaid vs postpaid ini. Kalau saya, saya akan lebih memilih prepaid berbanding dengan postpaid kerana lebih jimat, lebih murah dan lebih flexibility.
Jika anda pengguna postpaid, dan ingin bertukar ke prepaid, anda boleh cuba Halo Go. Nak tukar no lama ataupun nak kekalkan no baru, semuanya anda boleh lakukan dalam applikasi sahaja. Mudah dan cepat, nak pilih no baru pun anda boleh pilih dalam applikasi sahaja, pilih sahaja 4 no terakhir dan sistem akan berikan anda beberapa pilihan no untuk anda pilih.
Sampai sini sahaja, ini pandangan saya dan apapun, anda harus buat pilihan anda sendiri kerana setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza.
Menarik betul ye penerangan ini. Rawlins awalnya guna prepaid tapi makin lama makin banyak online, terus tukar postpaid dan sekalikan keluarga dalam plan. Terasa la murah sikit.
postpaid pun ok, saya guna prepaid je.
Honestly I have been using postpaid for around 15 years…but I do feel that prepaid gives more value for sure.
yeah, can try prepaid also after this.
Hmm… postpaid vs prepaid eh? Hmm… this is hard for me to answer. It depends on the users lol. However, thank you for sharing this information.
Dua Dua pun ada pro contra. Setuju dengan pendapat awak, prepaid bagus lebih kelebihan cuma nya risau lupa top up Naya laaa hilang nombor kesayangan
hahaha, kalau setakat lupa sehari ke dua hari ok je, tak terus hilang no.
yeah, really depend on user.
prepaid mcm menarik juga kan.. tapi kita mmg guna postpaid skrg ni.. ungkin sebab selalu call org so yg ni lebih jimat
sekarang pun byk pakej unlimited call prepaid. Boleh survey2 dlu.
Tak tau mana satu sesuai sebab apkai dua-dua..hahaha. Tapi keperluanlebih pada postpaid. prepaid dekat telefon yang jarang guna
pun boleh tak ada masalah. Mana yang terbaik.
pun boleh tak ada masalah. Apa2 pun boleh consider guna prepaid lepas ni sebab murah dan mudah.
Kami sekeluarga guna postpaid untuk telefon utama. Telefon kedua pula guna prepaid. Kami guna postpaid sebab ada pakej keluarga dan ambil pakej yang paling jimat. Basically, postpaid dan prepaid ada pro and cons. Walaupun begitu, saya agak tertarik dengan part pelan boleh ditukar setiap bulan kalau menggunakan Halo prepaid. Will definitely check through.
Valid juga kan the comparison between prepaid and postpaid… More flexible to use prepaid sebenarnya… kena discuss balik with my parent la.. end of last year baru suggest them to move to postpaid actually 🙂
Dulu masa zaman bujang dan belajar, mak bagi prepaid aje. tapi memang stress la kan. asyik kena pergi kedai top up je. dah le zaman dulu takda online top up. haha. bila dah melalui zaman tu, saya plan untuk anak-anak untuk guna postpaid aje. boleh trace rekod panggilan dan langganan. boleh ajar mereka berjimat. hehehe.
Saya dah lama guna postpaid sbb xnak pening kepala klu tiber2 Kredit dah hbs
Wah thanks for sharing these comparisons, i am using post paid but i also plan to get an extra pre paid line.