Refinance Rumah LPPSA Ke Bank – Tips 3 Penting

Boleh ke nak refinance rumah LPPSA ke bank? Jawapan mudah adalah boleh tetapi, ianya bergantung kepada banyak perkara juga seperti komitmen bulanan, baki yang tinggal pada slip gaji dan lain-lain. Tiada masalah nak buat pembiayaan semula asalkan anda tahu apa yang anda lakukan dan juga, boleh gunakan cash tersebut untuk pelbagai kegunaan lain.

Walauapapun tujuan anda, saya harap ianya bermanfaat dan anggaplah refinance ini sebagai satu alat untuk capai matlamat kewangan anda. Mungkin hutang dah terlalu banyak, boleh manfaatkan refinance ini untuk kecilkan komitmen bulanan anda. Ada rancangan untuk bina rumah ataupun lain-lain, boleh manfaatkan refinance ini. Cuma jangan gunakan duit daripada refinance ini untuk masuk dalam pelaburan yang pelik-pelik sudahlah.

refinance rumah lppsa ke bank

Apa Itu Refinance Rumah?

Anda biaya semula rumah anda!

Kenapa perlu nak buat pembiayaan semula? Ada kemungkinan, setelah beberapa tahun, harga pasaran rumah anda telahpun meningkat naik. Jika beli pada tahun 2012, pada harga Rm200k, tak mustahil, pada 2022, harga rumah sudah menjadi 350k dan anda boleh manfaatkan kenaikan harga pasaran ini untuk buat pembiayaan semula rumah anda.

Secara mudahnya, inilah refinance rumah, anda buat pinjaman semula dengan mencagarkan rumah anda untuk mendapat sedikit cash. 

Anda Nak Cash Ataupun Nak Debt Consolidation?

Kalau refinance ini, anda boleh pilih sama ada nak cash ataupun nak buat penyatuan hutang atau dalam istilah moden, debt consolidation. Ada juga jenis refinance yang membolehkan anda untuk dapatkan overdraft, untuk itu, kami tak nak sentuh pada kali ini. 

Refinance Untuk Cash

  • Anda beli rumah RM200k pada tahun 2012
  • 10 tahun kemudian, harga pasaran meningkat naik sehingga RM350k
  • Anda boleh membuat pembiayaan semula rumah pada harga RM350k, ditolak dengan jumlah baki pinjaman pada ketika itu, itulah cash yang anda boleh dapat dan masuk ke dalam akaun bank anda.

Refinance Untuk Debt Consolidation

Situasi yang sama, cuma pada kali ini, hutang terlalu banyak. Boleh gunakan sedikit lebihan untuk bayar hutang-hutang yang anda ingin lupuskan. Untuk strategi ini, anda perlu kira sendiri sama ada ianya berbaloi ataupun sebaliknya.

Walaupun anda kerja dalam sektor kerajaan, anda boleh manfaatkan strategi ini untuk kurangkan hutang anda dan rangka semula kewangan anda. Jangan buat hutang baru dan kemudian, cuba untuk tambah pendapatan anda sendiri.

Nak pihak kami tolong anda untuk buat pembiayaan semula rumah dari LPPSA ke Bank? Kami perlukan maklumat anda di bawah.

Pengalaman Saya Refinance Rumah Loan Kerajaan

Saya ada pengalaman 2 kali refinance rumah saya sendiri. Untuk pengalaman refinance rumah loan kerajaan ataupun LPPSA, saya nak kongsikan kisah betul seorang akak yang merupakan seorang guru cuba untuk menggunakan kaedah debt consolidation bagi mengurangkan beban hutang yang ditanggung setiap bulan.

Kak J merupakan seorang guru dan mempunyai sebuah rumah di Desaru Johor. Akibat daripada hutang yang tidak terkawal seperti kad kredit, personal loan, dan lain-lain, beliau memilih untuk mencuba teknik debt consolidation daripada bank LPPSA ke salah sebuah bank yang ada di Malaysia.

Proses permohonan tidak mengambil masa yang terlalu lama, dokumen semua ada, tak ada masalah untuk selesai permohonan. Cuma, kalau hutang sudah tidak terkawal, permohonan akan menjadi sedikit sukar. 

Apapun, permohonan beliau untuk buat pembiayaan semula selesai dan ianya sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban kewangan Kak J.

Apapun, nak kami bantu anda untuk buat pembiayaan semula ataupun refinance rumah? Boleh ke butang di bawah dan kami perlukan sedikit maklumat untuk kami hubungi anda. Data anda selamat insyaAllah.

Ada juga kes bila hutang terlalu tinggi sampai sudah dapatkan khidmat AKPK, memang tak boleh nak teruskan. Bila nama dah masuk dalam senarai AKPK, memang susah nak buat pinjaman ataupun refinance rumah.

Refinance Rumah Dengan Bank Yang Sama?

Anda tidak boleh membuat pembiayaan semula rumah dengan LPPSA yang sama. Mahu ataupun tidak, perlu untuk gunakan khidmat bank lain di Malaysia ini. Jangan risau, ada banyak bank, anda cuma perlu untuk memilih bank yang betul bagi membolehkan urusan anda lebih mudah.

Pemilihan bank yang salah akan merumitkan proses refinance rumah anda. Kalau anda tak biasa dengan bank yang terlibat dan kos-kos pembiayaan rumah, jangan risau, boleh je klik butang di atas untuk kami bantu apa yang boleh. Urusan anda akan jadi jauh lebih mudah dan cepat.

Dokumen & Kos Terlibat Untuk Refinance Rumah Loan Kerajaan

Nak buat pembiayaan semula, memang ada dokumen yang ada perlu untuk ambil tahu. Secara detail, boleh tengok juga video di bawah ini;

Secara asasnya, untuk pembiayaan rumah bagi mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan, ini adalah antara dokumen yang diperlukan.

  • IC
  • Slip Gaji 3 bulan
  • Bank Statement gaji masuk 3 bulan
  • Pengesahan Majikan
  • Geran Rumah

Jika tiada geran rumah, perlu untuk buat carian di pejabat tanah kerana mungkin geran sudah hilang ataupun pihak peguam tidak berikan geran rumah semasa penyerahan kunci rumah.

Ini adalah asas dokumen yang diperlukan untuk refinance rumah LPPSA ke bank. Mungkin akan ada lagi dokumen lain yang diperlukan bergantung kepada situasi dan keadaan pada waktu tersebut.

Ada masa, perlukan dokumen pasangan, pembiayaan dengan nama bersama agar proses menjadi lebih mudah. Juga, jika komitmen terlalu tinggi, gabungan 2 nama bersama pasangan ini kadangkala memang membantu untuk membolehkan kadar pinjaman lulus dengan lebih mudah.

Tak Tahu Macam Mana Nak Mula?

Kalau buat pembiayaan peribadi, terhad kepada 9 tahun sahaja dan jumlah pun tidak terlalu besar. 

Akan tetapi, kalau anda buat pembiayaan semula, tempoh pembiayaan boleh dilanjutkan sehingga 35 tahun bergantung kepada faktor umur seseorang. Oleh sebab itu, bayaran bulanan menjadi lebih kecil kerana tempoh pembiayaan yang semakin panjang.

Kalau anda tak tahu nak mula dari mana dan macam mana, boleh dan tak salah untuk anda isikan borang di bawah.

Pihak kami akan hubungi anda dalam tempoh 24 jam dan ianya akan memudahkan anda untuk membuat pembiayaan semula rumah anda.

Pegawai Kerajaan Ada Pelbagai Kelebihan

Menjadi pegawai kerajaan, ada pelbagai kelebihan. Selain daripada pencen setiap bulan yang anda bakal dapat diakhir perkhidmatan, dalam pembiayaan semula pun ada sedikit kelebihan berbanding dengan mereka yang bekerja dalam sektor swasta.

Anda boleh mendapat pembiayaan semula ataupun refinance sehingga 100% daripada harga rumah. Untuk pembiayaan semula, kebanyak bank hanya tawarkan sehingga 90% akan tetapi, memang ada pihak bank yang tawarkan sehingga 100% daripada pinjaman rumah. Ya, ini memang satu kelebihan yang tak semua orang ada.

Satu lagi, memang anda bertuah dapat buat pinjaman dari LPPSA kerana tak semua orang ada kelebihan untuk mendapatkan pinjaman dari pihak LPPSA. 

Apa Tunggu Lagi

Sekali lagi, refinance rumah dari LPPSA ke bak memang boleh dan tak salah. Cuma saya sarankan anda sudah ada perancangan hasil daripada duit pembiayaan semula rumah tersebut. Agar dapat digunakan dengan sebaiknya. 

Apa tunggu lagi, jika tak tahu nak mula, boleh klik link di atas dan kami akan cuba hubungi anda secepat mungkin.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *