10 Contoh Ayat Power Tarik Pelanggan

Bagaimana mengubah kuasa ayat menjadi wang? Artikel pada kali ini, kami akan membantu anda menarik pelanggan dengan menggunakan skill dalam copywriting. 

Tak susah pun, yang penting ada kesungguhan dan jangan lupa untuk pelbagaikan lagi strategi marketing dan cara untuk tarik pelanggan anda.

Kami juga akan rekemen beberapa platform ataupun strategi utuh untuk mula tarik pelanggan dan pelanggan membeli dengan anda. Macam mana tu? Boleh baca sampai habis.

ayat power tarik pelanggan

Penting ke Copywriting ?

Kemahiran dalam copywriting sangat penting dalam dunia bisnes tidak kira secara dalam talian mahupun secara langsung. Anda perlu ingat, bisnes akan lingkup jika tiada transaksi yang masuk melalui pelanggan. Dan transaksi juga tidak akan berlaku tanpa kepercayaan pelanggan terhadap produk atau servis yang anda jual. Penulisan iklan atau copwriting adalah salah satu cara terbaik untuk memasarkan produk anda secara besar-besaran tanpa memerlukan tenaga yang banyak. 

8 Tips Dalam Copywriting 

1. Kaji manfaat pada produk atau servis anda

Pelanggan pada hari ini lebih bijak kerana mereka lebih suka “mengkaji” dan “membandingkan” satu jenama dengan jenama yang lain secara terperinci sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Jadi anda perlulah bijak dan bersedia luar dan dalam tentang apa yang anda pasarkan kepada mereka khususnya manfaat yang boleh mereka dapatkan dari produk tersebut dan bagaimana produk tersebut mampu membantu mereka dalam kehidupan seharian. Ini adalah kunci untuk anda bina sebuah “killer headline” yang mampu mempengaruhi pelanggan. 

2. Kaji kelemahan pesaing

Mengkaji kelemahan pesaing bukanlah bermaksud anda mahu menjatuhkan bisnes mereka. Namun sebaliknya, ia akan membantu anda untuk membezakan produk anda dengan produk pesaing. Wujudkan perasaan “rugi” atau “menyesal” kepada pelanggan jika mereka tidak membeli produk anda.

3. Tahu siapa audience anda

Setiap bisnes yang berjaya kebiasaannya mengkhususkan kepada sekelompok atau sekumpulan golongan masyarakat yang di yakini akan menjadi pembeli tertinggi produk itu. Contohnya bagi syarikat Apple Inc, mereka mempunyai sasaran pembeli yang berusia 25 hingga 34 tahun untuk produk seperti iPhone, Macbook, Apple TV, dan Air Pod. Manakala Ipad lebih menarik minat pelanggan yang berusia lebih daripada itu. Anda hanya perlu tahu, setiap manusia di dunia ini tidak akan mampu untuk melihat setiap iklan yang ada melainkan ia mempunyai kepentingan kepadanya. 

4. A.P.U.S (Adakah Penting Untuk Saya?)

Hari ini, produk atau servis yang anda jual tidaklah terlalu penting untuk pelanggan berbanding kemampuannya dalam memenuhi semua keperluan pelanggan. Kadang kala walaupun sesuatu produk itu lebih mahal dari pesaingnya, ia tetap menduduki carta tertinggi dalam pasaran. Mengapa? Hal ini disebabkan pelanggan ada rasa yakin dengan kelebihan yang terdapat pada produk tersebut. 

5. Fokus tentang “kamu”, bukan “kami”

Menulis agak sukar untuk menyampaikan sesuatu mesej berbanding bercakap. Jika bercakap, anda boleh menunjukkan ekspresi wajah, gaya tubuh, dan antonasi yang mengambarkan emosi tetapi sebaliknya bagi penulisan. Dalam copywriting, anda perlu faham yang anda menulis untuk pelanggan bukan diri anda. Jadi gunakanlah ayat-ayat yang mudah difahami, dan memberi maksud kepada diri mereka sendiri. 

Ianya sangat sesuai kalau anda nak gunakan strategi ini dalam kedai Shopee ataupun kedai Lazada anda. Apa kelebihan dan keunikan produk anda dan kenapa anda harus fokus kepada pelanggan anda bukan anda sendiri.

6. Fahami medium anda

Ketahui lokasi yang sesuai untuk meletakkan iklan anda sama ada di media sosial, surat khabar, majalah, billboard, atau sebagainya. Teknologi terkini mungkin anda boleh memanfaatkan Facebook Ads, kedai Shopee dan yang terbaru teknologi NFT dalam mempromosikan perniagaan anda. Gunakan kesemua kesempatan yang anda ada.

7. Elakkan T.B.M (Terlalu Banyak Maklumat)

Ayat panjang lebar terlalu membosankan untuk dibaca. Anda bukannya mahu membuat laporan berita. Copywriting yang berkesan cukup dengan elemen simple, kreatif, dan bermakna.

“less is more” kata orang putih, cuba untuk sikitkan maklumat agar nampak hebat dan menarik.

8. Bina urgency

Urgency yang dimaksudkan adalah bagaimana membuat pelanggan membeli produk anda tanpa berfikir dua tiga kali. Kenapa pandangan pertama itu sangat penting dalam bisnes? Ianya penting kerana itulah yang menentukan sama ada produk anda laku atau tidak. Jika pelanggan masih meletakkan produk anda dalam senarai “menunggu akhir bulan”, atau “menunggu esok”, jangan haraplah produk tersebut akan terjual.

Cipta suatu “desakan halus” untuk mereka beli produk itu. Contohnya, dengan promosi terhad, tawaran yang luar biasa, atau sebagainya. Biar mereka terasa satu keperluan dan terikat untuk memiliki produk itu dengan kadar segera.

Contoh Ayat Power Pelbagai Iklan

1. Iklan Kambing Perap Frozen

“Isteri mengidam makan kambing, tapi suami tak tahan bau kambing. Kesian kat isteri. Bayangkan anda boleh dapatkan kambing perap yang mudah, ringkas, sedap,  berkhasiat, dan paling penting tidak berbau. Rasa kuah cecah tradisi dan kambing premium yang segar terhidang lengkap dalam set kambing perap bertaraf lima bintang. Dengan Kambing Perap Frozen, kini tidak risau lagi jika isteri mengidam sepuluh kali pun. Wasap sekarang untuk dapatkan free delivery”.

2. Iklan Tudung

“Setiap kali nak pakai tudung mesti butang pin hilang. Mencari butang pin pun dah sejam belum gosok lagi, pakai tudung lagi. Bayangkan kalau dapat  pakai tudung tanpa pin. Lambat pun tak perlu gosok tudung. Kain sejuk, dan selesa sangat. Tudung Jasmina hadir dengan rekaaan terkininya yang membantu ramai Muslimah di luar sana. Dapatkan di laman web kami”.

3. Iklan Perfume

“Malu nak dekat dengan orang. Badan berbau, ketiak berpeluh. Seronoknya kalau bau wangi sewangi-wanginya. Sebatu pun orang masih boleh bau lagi. Bukan susah pun. Sembur je dengan perfume Raika. Lepas mandi, sembur pada badan. Nak lagi wangi, sembur lagi sikit lepas pakai baju. Confirm wangi berdouble. Dijamin kawan-kawan mendekat macam belangkas. Tekan link whatsapps ini sekarang untuk dapatkan Perfume Raika”.

4. Iklan Produk Kecantikkan

“Isteri nak pikat suami tak pandang janda lagi. Tapi tak nak guna cara moden. Jamu Nenda ada solusinya. Ramuan khasiat bahan semula jadi dan akar kayu yang diadun sendiri dengan resepi rahsia. Lepas ni suami tak nak pergi jauh. Makin saying. Tekan link whatsapps ini sekarang”.

5. Iklan Kuih Raya

“Bila makan cepat je habis, tapi bila buat macam nak menangis. Apa nak susah, kalau anda boleh beli kuih raya dengan harga borong. Satu bekas RM15 saja. Anda kenyang, tetamu pun gembira, raya pun meriah. Dapatkan kuih raya anda tahun ini di Kedai Suraya. Waze je Kedai Suraya. Mesti jumpa. 100 pelanggan pertama akan dapat 1 balang kerepek percuma”.

6. Iklan Air Jagung Viral

“Apa yang pekat, sejuk, dan berkrim. Kalau pekena waktu panas-panas memang terbang tinggi sampai kayangan. Air Jagung Viral sekali rasa terus ketagih minta sebalang. Wasap sekarang untuk dapatkan free delivery”.

7. Iklan Baju

“Tudung, baju, seluar, semua nak gosok tiap-tiap pagi. Lecehnya dah lah kelam-kabut nak pergi kerja. Bayangkan anda tak lagi kelam-kabut. Kerja anda menjadi kurang sebab dah tak perlu nak gosok lagi baju anda. Baju Kurung Salwani tak perlu lagi digosok. Kainnya sentiasa tegang, licin, dan sejuk. Sesuai di pakai ke tempat kerja dengan rekaan ekslusif jahitan tangan. Dapatkan saja di kedai Shopee kami”.

8. Iklan Coway

“Anak menangis nak susu, tapi air panas tak masak-masak. Stressnya. Bayangkan anda boleh buat susu dengan segera. Tekan-tekan je keluar air panas. Bukan saja panas, malah bersih dan menyihatkan untuk seisi rumah. Anak pun boleh tidur lena dengan susu. Hanya serendah RM 65 sebulan anda boleh dapatkan penapis air Coway. Tekan link whatsapps ini sekarang”. 

9. Iklan Kopi

“Lesu je badan nak pergi kerja. Nikmati kelazatan dan keharuman kopi sempurna dari Kopi Happy. Kini hadir dengan Zero Sugar. Jom bangkitkan semangat pagi dengan Kopi Happy. Tekan link whatsapp di bawah ini sekarang”.

10.  Iklan Produk Penjagaan Kereta

“Kilatkan kereta lama menjadi baru. Tidak perlu susah-susah beli kereta baru kalau anda boleh make over sendiri. Sekali sapu hilang segala calar bergesel. Lepas ni akak-akak pun boleh buat sendiri. Tak perlu guna mesin. Tak perlu hantar kedai. Dapatkan produk ini di kedai Shopee kami”. 

Pengaruh Emosi Pelanggan

Fakta mengatakan, 80% mengapa pelanggan mahu membeli produk atau servis anda daripada iklan adalah disebabkan pengaruh emosi dan mesej psikologi yang sangat kuat terhadap diri mereka. Walaupun keinginan pelanggan untuk mendapatkan produk tersebut sangat tinggi tetapi mereka juga berdepan dengan emosi ketakutan untuk mengeluarkan sejumlah wang baginya. Oleh itu, gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menyampaikan mesej produk anda dengan berkesan. 

Diharapkan artikel berkenaan dengan tips ayat-ayat power untuk tarik pelanggan ini dapat memberikan anda informasi yang berguna dalam mengembangkan lagi bisnes ke peringkat yang lebih tinggi. Nak berjaya tak mudah, dah kaya tersenyum lebar. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *