Apa Itu NFT – Teknologi Masa Depan

Pada video kali ini, kami akan cover berkenaan dengan topik apa itu NFT dan kenapa ianya menjadi trending dan menjadi sebutan ramai pada masa ini. Ianya adalah hasil pemerhatian dan pemahaman saya sendiri berkenaan dengan topik ini dan harapnya, topik ini memberikan pencerahan kepada anda untuk tahu lebih lanjut berkenaan dengan NFT ataupun Non Fungible Token.

Pada akhir tahun lepas, saya mula berkecimpung dalam dunia crypto, mempelajari lebih lanjut berkenaan dengan dunia Crypto dan cuba untuk membeli beberapa jenis Crypto menggunakan exchange seperti Luno dan lain-lain. Timbul pula topik berkenaan dengan NFT dan saya merasakan yang NFT ini sangat berkait rapat dengan dunia Crypto dan mungkin beberapa aplikasi menarik yang bakal berlaku dalam dunia Crypto.

Tapi sebelum pergi lebih jauh, nak bagi disclaimer siap-siap, artikel ini bukanlah investment advise ataupun nasihat kewangan. Ianya hanya bertujuan untuk tujuan pendidikan dan hiburan semata-mata. Anda perlu untuk buat kajian anda sendiri sebelum membeli ataupun melabur dalam NFT dan Crypto.

apa itu nft

Fungible Token

Sebelum saya berikan penerangan berkenaan dengan Non Fungible Token, tak lengkap kalau tak beritahu apa itu Fungible Token,

Lebih mudah, fungible token adalah aset yang boleh ditukar ganti. RM10 boleh ditukar kepada aset seperti Rm5 2 keping, ataupun RM2 5 keping.

Ini secara asas fungible token.

Non Fungible Token

Apa itu NFT ataupun Non Fungible Token? Ia adalah aset yang unik dan tak boleh ditukar ganti. Maklumat ataupun meta description telahpun direkodkan didalam teknologi blockchain dan menjadikannya unik dan tak boleh ditukar ganti. Ianya tak boleh ditukar dengan unit yang lebih kecil.

Selari dengan perkembangan dunia teknologi crypto, fungsi dan penggunaan NFT ini akan semakin meningkat dan digunakan dengan lebih meluas lagi. 

Sekarang ini, banyak NFT yang dijual dalam bentuk gambar dan seni, tetapi apa2 aset dalam bentuk digital seperti music, video, dan lain-lain boleh dijadikan sebagai NFT dan kemudian boleh dijual semula.

Macam Mana NFT Berfungsi

Dahulu, NFT adalah sebahagian daripada Etherium blockchain ekosistem, tetapi sekarang ini, banyak network lain yang menawarkan NFT dalam blockchain mereka sendiri, antaranya adalah Solana, Binance dan banyak lagi yang tak sempat kami nak sebutkan dalam artikel ini. Hasil perkembangan teknologi juga, makin banyak yang menawarkan NFT dalam ekosistem mereka.

Untuk info, Etherium, Solana dan Binance ini adalah antara digital cryptocurrency yang ada. Anda boleh trade ataupun membeli dan menjual Crypto ini menggunakan exchange seperti Luno ataupun Kucoin.

Digital Aset

Secara mudah, apa itu NFT, ianya adalah aset dalam bentuk digital yang anda sendiri boleh hasilkan melalui pelbagai cara. Yang paling penting adalah kena kreatif dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Ada banyak NFT yang terjual dengan harga yang tak masuk akal, terutama sekali berkaitan dengan NFT dalam bentuk seni lukisan unik dan kadangkala pelik.

Asalkan sesuatu lukisan itu unik ianya boleh mendapat permintaan yang tersendiri. Sekali lagi diingatkan, aset ini adalah unik kerana direkodkan dalam ekosistem crypto sendiri dan menyebabkan ianya tidak boleh ditukar ganti. 

Secara mudahnya ianya adalah seperti ini. Anda memang boleh menjual dan membeli NFT ini di Malaysia kerana sudah ada tempat untuk anda mula menjual koleksi arts seperti ini. Antara tempat yang anda boleh pergi untuk dapatkan info lebih lanjut dan membuat pembelian NFT adalah di Pentas.

Segala transaksi dalam Pentas adalah dalam BNB, Binance currency. Nak tahu berapa nilai BNB, anda boleh google sahaja BNB to USD dan anda boleh dapat apa yang anda mahukan.

Bukan Sekadar Arts

Ada juga beberapa permainan yang sudah mula mengaplikasikan NFT dalam permainan mereka. Item-item yang anda beli dalam permainan di Decentraland, The Sandbox juga adalah dalam bentuk NFT. Decentraland dan The Sandbox ini adalah antara permainan maya terkini.

Tanah yang dijual di sana juga adalah dalam bentuk NFT. Tahun 2021 adalah tahun di mana NFT ini mula mendapat tempat dan yang pastinya, teknologi ini pastinya akan terus berkembang seiring dengan peredaran zaman. Tahun 2022 pastinya akan menampakkan lebih banyak penggunaan Token ini.

Bagaimana Anda Boleh Membeli NFT Ini?

Anda boleh membeli NFT ini di banyak tempat. Di Malaysia, memang pentas.io adalah tempat untuk menjual dan membeli pelbagai jenis NFT di sana. Di sana, majoriti adalah dalam bentuk arts.

Opensea adalah antara tempat lain yang anda boleh mendapatkan pelbagai jenis NFT berkualiti. Jika anda di Malaysia, boleh pergi ke laman web pentas dahulu.

Bagaimana Nak Membuat NFT Dan Jual

Nak buat tak susah pun. Anda boleh dapatkan info di youtube tentang macam mana nak membuat NFT ini. Nak jual pula, saya sarankan anda mula dulu dengan jual di pentas.io. Ini adalah tempat paling mudah untuk anda bermula dan menjual NFT. Dah nampak jalan dan nak cuba lebih advanced lagi, boleh pergi ke laman web lain ataupun dapatkan exposure lain daripada komuniti cryptocurrency lain.

Anda Tak Ada Bakat – Gambar Selfie Ghozali Terjual USD1m

Awal tahun ini mula kecoh apabila gambar selfie seorang pelajar dari Indonesia telah terjual sehingga dianggarkan melebihi $1 juta. Jualan adalah dalam bentuk USD.

Boleh tengok kedai Ghozali di Opensea di SINI.

Opensea menggunakan Etherium dan kemungkinan besar, menggunakan Etherium blockchain untuk mint NFT beliau.

Cuma, bila anda tengok balik kedai selfie Ghozali ini, adakah anda rasa anda tak boleh nak hasilkan NFT? Saya pasti anda mempunyai smartphone berteknologi tinggi yang boleh hasilakn gambar lagi baik daripada gambar selfie di atas. Cuba hasilkan sesuatu dan mula untuk menjual NFT.

NFT Dan Money Laundrying

Memang kadangkala tak masuk akal, image jpeg seperti cryptopunk ini dijual pada harga $11.8M dan ada yang mengaitkan NFT ini dengan money laundering ataupun tempat cuci duit.

Sumber asal cryptopunk

Sejauh mana kebenaran perkara ini saya tak dapat nak pastikan tetapi saya memang kenal ada mereka yang berminat dengan aset digital ini dan memang gemar membuat koleksi item-item rare seperti ini.

Ianya benar ataupun tidak, terpulang kepada pandangan masing-masing.

Kegunaan Pada Masa Depan

Banyak kegunaan NFT ini jika nak diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang. Sebagai contoh, sijil ijazah ataupun diploma boleh dijadikan dalam bentuk NFT untuk diperiksa kesasihan sijil tersebut. Sijil halal pun boleh dilakukan untuk perkara yang sama, menggunakan teknologi NFT dalam menentukan kesahihan sijil tersebut. Paling respek dengan USIM yang sudah memulakan langkah ini dan pastinya, universiti lain pun akan melakukan langkah yang sama tak lama lagi.

Saya juga yakin makin ramai artis di Malaysia yang akan menggunakan NFT untuk mula menjual hasil karya mereka. Sekali lagi, NFT tidak terhad dalam bentuk seni ataupun digital arts seperti lukisan sahaja, boleh sahaja ianya menjadi hasil seperti lagu, video dan bermacam lagi koleksi seni yang anda boleh abadikan dalam bentuk Non Fungible Token.

Banyak Lagi Kegunaan

Harapnya, artikel ini menjawab persoalan apa itu NFT. NFT dan rantaian blok (blockchain) teknologi ini akan berkembang dan terus berkembang selari dengan peredaran zaman. Teknologi ini masih baru bermula dan akan terus berkembang lagi. Banyak lagi inovasi baru yang bakal wujud dalam perkembangan dunia crypto ini dan kepada anda yang membaca sampai habis, teruskan mendapatkan ilmu dan maklumat berkenaan dengan teknologi ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *