Review Luno Malaysia – 9 Info 2023

Pada kali ini kami nak berikan review Luno Malaysia, applikasi ataupun platform yang membolehkan anda untuk menjual dan membeli di Crypto di Malaysia. Juga, pada artikel ini, kami akan berikan beberapa alternatif lain untuk anda membeli coin lain dan apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan Luno ni.

Luno agak sinonim dengan Cryptocurrency dan ianya membolehkan anda untuk membeli pelbagai jenis crypto yang berkualiti yang anda di Malaysia. Apapun, ada beberapa penerangan yang akan kami berikan dalam bentuk video untuk memudahkan kefahaman anda berkenaan dengan applikasi Luno ini.

Saya dah mendaftar Luno ni agak lama tapi mula guna pada November 2021. Ianya kerana keadaan saham yang tak menentu menyebabkan saya mula beralih kepada pasaran crypto. Salah satu cara dan langkah awal adalah semestinya dengan platform Luno.

Apapun, pada kali ini, ini adalah antara pengalaman saya sendiri menggunakan platform Luno di Malaysia.

Segala maklumat dalam artikel ini bukanlah nasihat kewangan dan hanyalah bertujuan sebagai pendidikan, perkongsian dan hiburan. Jika anda mahukan nasihat kewangan, sila dapatkan daripada pakar yang bertauliah.

luno malaysia review

Aplikasi Mesra Dengan Rakyat Malaysia

Walaupun saya mempunyai akaun exchange lain seperti Huobi dan Kucoin, tetapi saya merasakan yang Luno ini merupakan akaun yang mesra dengan rakyat Malaysia. Kenapa mesra? Kerana sangatlah mudah untuk deposit duit dan withdraw berbanding dengan akaun lain.

Menurut artikel dalam blog Luno sendiri, Luno telahpun diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan coin yang ada dalam Luno buat masa ini adalah patuh syariah. Apapun, anda boleh buka akaun Luno di bawah dan claim FREE Rm25 BTC. Bergantung kepada terma dan syarat.

Ataupun boleh masukkan referal code seperti di bawah semasa anda membuat pendaftaran.

27D3FV

Untuk artikel pada kali ini, kami tak akan bagi step by step guide untuk cara-cara nak deposit ataupun withdraw kerana tidak susah pun. Kalau anda biasa gunakan akaun Shopee ataupun Lazada, saya yakin, anda pasti boleh withdraw dan deposit daripada akaun Luno.

Transaksi dalam MYR Ringgit Malaysia

Segala transaksi adalah dalam Ringgit Malaysia berbanding dengan platform lain yang menggunakan currency USD. Ianya sekaligus memudahkan anda untuk mengira keuntungan dan kerugian jika anda berdagang Crypto ini.

Secara asasnya, akan ada 5 coin yang anda boleh buka dalam applikasi Luno ini setakat artikel ini ditulis. Coin tersebut adalah;

  • BTC
  • ETH
  • XRP
  • BCH
  • LTH

Untuk setiap coin ini, anda boleh mengaktifkan wallet masing-masing untuk tujuan pembelian dan penjualan saham. Macam mana nak aktifkan wallet? Cara paling mudah adalah dengan membuat pembelian melalui exchange ataupun terus daripada wallet. Perbezaan pembelian daripada exchange dan wallet anda boleh dapatkan dalam artikel di SINI.

Saya sendiri dah pernah membuat pembelian daripada exchange dan daripada wallet, setakat ini memang tiada apa-apa masalah yang berlaku. Nak withdraw ataupun nak deposit pun tiada apa masalah yang berlaku. Memang platform yang sesuai kalau anda nak mula berdagang Crypto di Malaysia.

Daftar Akaun Luno

Baru nak berjinak-jinak dan nak mula untuk trade Crypto, boleh cuba gunakan platform di LUNO dahulu walaupun cuma ada 5 coin sahaja. Coin yang menjadi tumpuan pastinya Bitcoin dan Etherium dalam platform Luno.

Nak daftar akaun Luno, boleh KLIK link di bawah,

Ataupun anda masukkan code ini.

27D3FV

Anda akan menerima RM25 dalam bentuk BTC mengikut syarat yang telah ditetapkan. Kami sangat mengharapkan anda menggunakan link ataupun code ini bagi kami meneruskan penulisan ataupun artikel-artikel berkualiti seperti ini pada masa akan datang. Juga akan improve lagi artikel Luno Malaysia review ini.

Ada 5 Coin Yang Anda Boleh Mula Jual dan Beli

5 Coin ini pada saya sangat sikit kerana di luar sana ada banyak coin lain yang berpotensi untuk mengalami kenaikan. Saya screenshot beberapa coin yang berada dalam Top10 berdasarkan kepada market cap. Ini adalah antara coin-coin yang besar yang ada dalam pasaran buat masa ini.

Kalau nak trade coin seperti ini, memang anda tak boleh nak gunakan platform Luno. Info lanjut anda boleh gunakan platform seperti Huobi seperti di SINI.

Apapun, saya akan cuba berikan review berkenaan dengan platform Huobi pada masa yang akan datang.

Secara ringkasnya, nak bermula boleh bermula dengan Luno. Nak dapatkan exposure coin lain yang berkualiti, boleh gunakan Huobi dan banyak lain exchange lain yang berkualiti yang ada di pasaran.

Transaksi Murah Sikit Berbanding Saham 

Memang tak boleh nak dinafikan, kalau trade Crypto ini jauh lebih murah dari segi transaksi fee berbanding dengan saham sama ada saham di Malaysia ataupun saham global. Di Luno, kalau anda membeli ataupun membuat transaksi menggunakan wallet, caj yang dikenakan adalah sebanyak 2% setakat artikel ini di tulis. 

Jika anda menggunakan exchange, caj yang dikenakan adalah sebanyak 0.25% – 0.5% bergantung kepada keadaan. Caj ini adalah tetap, anda akan dikenakan caj ini jika membeli sebanyak RM20, ataupun Rm20,000.

Memang murah dan mudah dan nak cover kos transaksi pun tak ada masalah. Cuma kalau nak lebih murah, boleh gunakan platform lain ataupun exchange lain. 

Saya masih menggunakan Luno untuk membuat pembelian crypto adalah kerana mudah untuk saya membuat sebarang deposit dan withdraw berbanding dengan platform lain. Walaupun platform lain mempunyai cara untuk withdraw dan deposit yang tersendiri, tetapi buat masa ini, memang jauh lebih mudah menggunakan platform di Luno.

Untuk pemahaman yang lebih menarik dan mendalam berkenaan dengan topik Crypto ini, jemput lihat video di bawah ini;

Perlu Buat KYC Verification

Perlu diingatkan yang anda masih perlu untuk membuat KYC verification kalau anda menggunakan Luno. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk ambil gambar IC depan dan belakang dan seterusnya untuk ambil gambar selfie. Ini adalah untuk mengelak daripada penipuan, menggunakan akaun orang lain ataupun akaun adik untuk berdagang ataupun isu lain yang melibatkan “money laundering”.

Yang pasti, tak perlu nak sertakan slip gaji dan bank statement untuk buka akaun di Luno ini. Menarik kan, boleh mula sekarang.

Nak Lebih Murah, Boleh Daftar Huobi

Nak transaksi lebih murah dan lebih exposure kepada coin lain, boleh daftar dulu Huobi untuk lihat-lihat dan bermula dahulu. Daftar Huobi di SINI.

Kami akan berikan review berkenaan dengan platform Huobi dalam sedikit masa lagi.Saya sendiri dah gunakan platform Huobi ini, permulaan kalau tak biasa akan jadi sedikit susah tetapi lama-lama akan jadi mudah. 

Buat Analisa Teknikal Analisis

Kebanyakan platform memang ada charting mereka yang tersendiri. Akan tetapi, kalau anda nak buat analisa teknikal untuk Crypto, boleh sahaja gunakan Tradingview. Real time data di Tradingview untuk kebanyakan crypto adalah percuma sahaja. Boleh ke LINK ini untuk info lanjut.

Mula Sekarang, Bila Lagi

Buka je akaun Luno je dahulu, kemudian cuba untuk study coin yang ada dan jika puas hati, boleh membuat pembelian. Kalau nak dapat “feel” cara jual dan beli, boleh je beli jumlah paling minimum dalam wallet dan exchange cuma untuk dapatkan feel jual dan beli crypto je. 

Apapun, harapnya banyak info dan input dalam artikel Luno Malaysia review ini dah diharapkan sedikit sebanyak membantu anda untuk mula melangkah dalam dunia Crypto.

Artikel berkaitan

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *