Penstrukturan Semula PTPTN – Apa Yang Penting?

Macam mana nak buat penstrukturan semula PTPTN? Ramai yang tahu kalau tak buat pembayaran PTPTN, akan berikan kesan pada CCRIS rekod anda. Kalau nak buat pinjaman rumah, pinjaman kereta dan lain-lain tu, memang pihak bank ataupun pihak institiusi kewangan akan lihat pada laporan CCRIS.

Bila tak buat langsung bayaran, memang rekod CCRIS di bank akan sangat terus dan sukar nak buat pinjaman bank. Antara pilihan cara adalah, sama ada bayar terus semua tunggakan ataupun buat penstrukturan semula pinjaman PTPTN.

Saya akan cuba terangkan satu persatu perbezaan antara kedua-dua ini. 

Penstrukturan Semula PTPTN

Bayar Tunggakan Yang Ada

Anda boleh bayar tunggakan yang ada, ini kalau ada mempunyai cash untuk selesaikan tunggakan yang ada. Ianya lebih mudah dan cepat untuk anda selesaikan masalah hutang PTPTN dan sekaligus membolehkan anda untuk membuat pinjaman sama ada pinjaman kereta ataupun pinjaman rumah.

Buat Penstrukturan Semula Pinjaman PTPTN Anda

Jika nak buat penstrukturan semula, ianya memerlukan seseorang peminjam membayar sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah tunggakan. Jika jumlah tunggakan RM4000, sekurang-kurangnya kena bayar RM2000 dah baru boleh untuk buat penstrukturan semula. Itu dulu, kini berbeza ketika saya menulis artikel ini dan juga akan datang masa anda membaca artikel ini.

Penstrukturan semula pinjaman bagi peminjam yang ada tunggakan pinjaman ​

Peminjam hanya perlu membuat bayaran pendahuluan tunggakan sekurang-kurangnya RM300* dan boleh membuat permohonan penstrukturan semula pinjaman tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan. .

Untuk mengetahui pakej terkini, adalah lebih baik untuk anda berhubung dengan pihak PTPTN terdekat dengan rumah anda. Call sahaja pihak PTPTN bagi mendapatkan info lanjut.

Jika kos yang diperlukan hanyalah RM300, saya rasa tiada masalah kalau anda gunakan cash anda sendiri untuk membuat pembayaran PTPTN. Cuma ada ke cara lain untuk buat penstrukturan semula pinjaman anda?

Penstrukturan Semula PTPTN Menggunakan KWSP

Anda boleh gunakan duit KWSP yang ada dalam akaun 2 untuk anda gunakan bagi membayar hutang PTPTN. 

Anda boleh lakukan untuk membayar hutang PTPTN, nak buat penstrukturan semula ataupun boleh mambayar beberapa bulan sekali. \

Saya rekemen anda buat tolakan gaji dan pada masa yang sama, buat pembayaran PTPTN menggunakan KWSP bagi membolehkan hutang PTPTN ini cepat habis. Lagi cepat habis, lagi banyak perkara lain yang anda boleh lakukan selepas ini.

Apapun, berikut adalah antara perkara yang anda boleh lakukan untuk selesaikan tunggakan dan buat struktur pinjaman PTPTN anda.

  1. Hubungi pejabat PTPTN terdekat dengan rumah anda bagi mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan serta pakej terkini dari pihak PTPTN berkaitan dengan pembayaran semula dan penstrukturan semula PTPTN.
  2. Pegawai akan berikan nasihat berdasarkan kepada rekod pembayaran dan lain-lain. Jika ada tunggakan, biasanya akan diminta untuk selesaikan kesemua tunggakan tersebut. Ataupun separuh daripada jumlah bayaran dan terkini RM300 sahaja. Bergantung kepada pakej dan kaedah semasa.
  3. Kalau RM300, bayar pakai cash sahaja, akan tetapi, tak salah pun kalau nak gunakan KWSP. Kalau tak urgent. Macam mana nak buat pembayaran menggunakan KWSP, nanti kami akan tunjuk step by step macam mana nak buat pembayaran pakai KWSP.
  4. Anda mungkin perlu untuk isi beberapa borang berkaitan dengan penstrukturan semula. Isi borang seperti ini dan hantar ke pejabat PTPTN terdekat. Kalau tak sempat nak ke pejabat PTPTN, boleh sahaja hantar menggunakan courier seperti J&T ataupun Pos.
  5. Dah selesai buat proses penstrukturan semula, akan ada transaksi baru dengan pihak PTPTN. Masa ini anda dah boleh buat pinjaman kereta ataupun dah boleh keluar negara. Apabila anda selesai buat pembayaran ini pun anda dah boleh buat permohonan untuk menjelaskan pinjaman PTPTN.

Cara Lain Selesaikan Hutang PTPTN

Ada cash je boleh terus bayar hutang PTPTN anda. Boleh cuba cari pendapatan sampingan sama ada perlu untuk berniaga online ataupun sebagainya. Daripada cash tersebut, anda boleh gunakan untuk membayar hutang PTPTN.

Sekarang ini ada banyak idea nak tambah pendapatan ataupun idea untuk kurangkan perbelanjaan bulanan. Kalau nak kurangkan belanja bulana, paling bagus anda mulakan dengan syarikat telekomunikasi. Boleh bertukar ke Tune Talk yang merupakan antara pelan mampu milik dan terbaik untuk anda.

Untuk tambah pendapatan, sekarang ini ramai yang sudah mula beralih menggunakan platform di TikTok Shop menjual dan mempromosikan pelbagai barangan sebagai affiliate. Nak tahu macam mana strategi nak promosikan barang sebagai affiliate boleh tengok di SINI.

Apapun, ini adalah antara beberapa info bagaimana cara nak buat penstrukturan semula PTPTN anda. Tak susah pun dan yang lebih penting, cuba selesaikan hutang PTPTN ini secepat mungkin supaya anda boleh fokus kewangan anda pada perkara lain.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *