Beza Leasehold Dan Freehold – Info Penting

Apa beza leasehold dan freehold? Memang kerjaya saya sebagai seorang perunding hartanah, kalau hartanah leasehold tu, agak susah sedikit nak jual. Memang ada pembeli bila tanya sahaja, rumah leasehold ke freehold? Kalau leasehold terus tak mahu nak teruskan niat pembelian.

Sebenarnya, saya ada sahaja pengalaman membeli rumah saya sendiri iaitu rumah leasehold 2 kali iaitu satu rumah di Johor Bahru dan satu lagi di Kulai Johor. Saya akan cuba cerita dengan lebih detail pengalaman saya beli rumah leasehold secara lebih detail di dalam artikel ini di perenggan bawah.

Biasanya pembeli akan lihat 2 perkara sebelum tengok keadaan rumah. Yang pertama adalah harga rumah yang nak jual, yang kedua adalah status rumah sama ada leasehold ataupun freehold. Kalau freehold memang tak dinafikan, akan lebih mudah terjual.

Harapnya artikel ini akan merubah pandangan anda berkenaan dengan status tanah sama ada leasehold ataupun freehold. Kalau anda beli rumah freehold, apa yang anda boleh lakukan.

beza leasehold dan freehold

Bagaimana Nak Semak Status Leasehold dan Freehold?

Pihak penjual sama ada pemaju ataupun agen hartanah akan iklankan rumah dan kemudian terpulang kepada anda untuk tentukan kesahihan maklumat yang diterima. Salah satu cara yang paling mudah untuk lihat status sama ada freehold ataupun leasehold adalah dengan melihat ataupun mendapatkan akses kepada geran rumah. 

Boleh dapatkan daripada agen, biasanya agen tak akan bagi dengan mudah sebab ada maklumat penjual ataupun boleh buat carian di pejabat tanah.

Daripada geran ini, anda dapat melihat status sama ada freehold ataupun leasehold, juga info lain seperti rezab melayu. Banyak info yang anda dapat lihat di dalam geran hak milik rumah tersebut.

Maklumat lain seperti rumah bumi lot ataupun international lot (non bumi) juga sekatan lain seperti kebenaran pihak kerajaan negeri untuk buat proses pindah milik (consent) ada dalam geran tersebut. Di bawah ini saya tunjuk contoh rumah yang mempunyai status freehold dan leasehold untuk memudahkan anda. 

Artikel pada kali ini, saya tak tunjuk sekatan-sekatan ini kerana kalau saya beritahu akan panjang terlebih pula. Mungkin dalam post atuapun artikel lain ataupun video lain saya beritahu berkenaan dengan sekatan ini untuk pengetahuan anda.

Pun anda boleh tengok video di bawah ini untuk penerangan yang jauh lebih ringkas.

Apa Maksud Freehold

Freehold bermaksud pegangan bebas ataupun dalam istilah lain, pemilikan tanpa tempoh tertentu. Ianya akan tertulis perkataan “selama-lamanya” seperti mana dalam contoh geran di bawah. 

Ada perkataan selama-lamanya ini, memang betullah rumah ni freehold. 

Contoh geran di atas adalah untuk geran di negeri Johor dan tak jauh berbeza sangat pun untuk digunakan di negeri lain. Saya memang agak aktif sebagai seorang perunding hartanah di kawasan selatan tanah air dan kawasan yang saya “cover” adalah Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan juga Selangor. Nak jual ataupun nak beli rumah ataupun tanah, boleh pm saya ataupun isi je borang di bawah ini.

Info lanjut berkenaan dengan hartanah ataupun nak jual rumah, boleh isi je di link atas.

Apa kelebihan hartanah freehold ni?

Hartanah freehold memang power, untuk info tuan puan. Ni benda yang orang Malaysia suka sangat. Apa yang best sangat pasal hartanah freehold ni? Meh aku terangkan.

Pertama, hartanah freehold tu macam hartanah forever punya. Bukan setakat sementara je. Jadi, tak perlu risau pasal tarikh tamat tempoh pajakan macam hartanah leasehold.

Kedua, hartanah freehold ni boleh jadi investasi jangka panjang yang steady. Sebab, nilainya cenderung meningkat dari masa ke masa. Lagi lama simpan, lagi besar potensi kenaikan nilai dia.

Nak buat proses pindah milik pun biasanya mudah dan tak susah, akan tetapi masih lagi kena tengok sekatan.

Ok, giliran hartanah Leasehold pula untuk pengetahuan anda.

Kalau nak refinance rumah pun tak ada masalah kalau hartanah freehold.

Apa Itu Hartanah Leasehold?

Leasehold adalah hartanah dengaan had ataupun tempoh tertentu. Biasanya 99 tahun dan semua maklumat ini ada di dalam geran tanah. Bermula pada ataupun berakhir pada. 

Macam biasa, boleh tengok contoh di bawah ini.

Jika geran rumah anda itu ada perkataan pajakan ini, betulah itu rumah leasehold. Akan tetapi, perlu ingat tak semua hartanah mempunyai tempoh sehingga 99 tahun. Ada yang 60 tahun dan sebagainya. Semua maklumat ini ada dalam geran tanah dan anda perlu ambil kira.

Sedikit tips dan info kalau anda nak beli hartanah leasehold.

Beli hartanah yang mempunyai tempoh pajakan 60 tahun dan ke atas. Lagi lama tempoh berbaki lagi baik. Kerana ada kemungkinan, anda akan dan perlu menjual tanah tersebut satu hari nanti.

Kalau anda jumpa rumah berstatus leasehold dengan tempoh pajakan yang agak lama iaitu 60 tahun ke atas, lokasi dan harga pun ok, tak ada masalah nak beli dan ambil tanah tersebut. 

Cuma kalau nak beli hartanah leasehold, akan ada persoalan.

Apa Akan Jadi Kalau Dah Habis Tempoh Pajakan?

Ini adalah antara soalan yang paling kerap ditanya walaupun tempoh pajakan itu masih lama lagi iaitu lebih 60 tahun. Akan tetapi tak ada masalah pun kalau nak tahun info ini secara lebih awal terutama apabila rumah dan tanah ini akan diwariskan kepada anak dan cucu pada masa akan datang.

Apabila pajakan tamat, rumah ataupun tanah berkenaan perlu dikembalikan kepada tuan tanah biasanya pihak pejabat tanah negeri masing-masing. Akan tetapi anda masih boleh cuba memohon untuk panjangkan lagi tempoh dan ada sesetengah tempat di Johor, anda boleh memohon untuk tukar status daripada leasehold kepada freehold!

Kalau nak mohon untuk panjangkan lagi tempoh, mestilah akan ada bayaran kan.Tapi memang anda boleh memohon untuk panjangkan lagi tempoh premium yang dah tamat dan panjangkan semula tempoh pajakan selama 99 tahun lagi.

Cuma bila permohonan di tolak atas sebab seperti pembangunan dan lain-lain, memang pihak kerajaan akan bagi pampasan lagilah kalau ada bangunan atas rumah ataupun ada tanaman atas tanah. Jadi tak perlu nak risau sangat sebenarnya. Kalau tiada langsung pampasan yang diberikan, ianya akan bawa kesan yang sangat buruk kepada imej kerajaan terutama kerajaan negeri.

Saya tak nak ceritakan terlalu detail berkenaan dengan cara pengiraan bayaran premium hartanah leasehold kerana ianya terlalu teknikal dan saya percaya cara kira adalah berbeza untuk setiap negeri. Jika anda yang membaca artikel ini dari Selangor dan saya berikan cara kira berdasarkan kepada keadaan di negeri Johor, ianya adalah berbeza. Untuk cara kira, anda boleh rujuk kepada mereka yang lebih pakar.

Untuk refinance rumah, saya dah banyak kali tolong client refinance hartanah leasehold di Johor, tak ada apa-apa sekatan. Akan tetapi saya pernah tolong client refinance rumah di Selangor, ada perlu dapat kebenaran daripada pihak berkuasa negeri. Kalau perlu dapat kebenaran ini, biasanya akan ambil masa sedikit untuk proses selesai.

Mana Lebih Berbaloi Freehold dan Leasehold?

Saya dah terangkan beza leasehold dan freehold. Kalau tanya saya secara jujurnya saya lebih rekemen untuk anda ambil rumah dengan status tanah freehold. Ianya lebih baik dan berbaloi. 

Akan tetapi kalau jumpa rumah dengan harga dan lokasi yang OK, walaupun leasehold, tak ada masalah. Asalkan tempoh pajakan masih lama 60 tahun ataupun mungkin berbaki lagi 80 tahun. 

Apapun, ianya akan terpulang kepada anda kerana anda sendiri yang tentukan. Apapun, harap artikel ini akan bantu anda untuk buat pilihan yang betul terutama sekali untuk rumah kediaman anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *