7 Info Pengiraan Refinance Rumah 2023

Pada kali ini kami nak berikan input berkenaan dengan pengiraan refinance rumah anda. Apa yang anda perlu tahu berkaitan dengan kos dan pengiraan yang betul untuk lulus pinjaman anda. 

Refinance merupakan antara salah satu cara yang cepat dan mudah untuk dapatkan cash. Anda kemudian boleh gunakan cash tersebut untuk pelbagai kegunaan seperti simpanan, boleh guna untuk kembangkan perniagaan dan mungkin juga untuk pelaburan. Ada juga yang manfaatkan pembiayaan semula rumah ini untuk kurangkan jumlah hutang yang ada.

Jadi, di sini, ada beberapa langkah dan perkara yang anda perlu tahu untuk buat refinance rumah dan kami akan jelaskan satu persatu.

Tempoh Refinance Rumah

Tempoh untuk pembiayaan semula adalah bergantung kepada banyak faktor. Antaranya adalah umur seseorang. Ada sesetegah bank boleh buat pembiayaan semula sehingga umur 65 tahun ataupun 70 tahun bergantung. Jika seseorang itu berumur 40 tahun, dan had umur maksimum pembiayaan rumah adalah sehingga 65 tahun, tempoh maksimum akan menjadi 25 tahun sahaja.

Memang ianya sedikit subjektif dan sangat bergantung kepada faktor umur dan juga polisi bank. Jika anda masih berumur 40 ke bawah, tiada masalah untuk mencuba. Jika dah cecah umur 50 tahun, boleh cuba gabung nama dengan mereka yang lebih muda dan apply 2 nama untuk pembiayaan rumah. Sebagai contoh, gabung nama dengan anak, isteri yang lebih muda dan sebagainya.

Pengiraan Kelayakan Pinjaman Rumah 

Kalau nak buat pinjaman rumah, terutama dalam konteks artikel ini refinance rumah. Kalau boleh cuba untuk kurangkan komitmen bulanan anda sebanyak yang boleh. Paling bagus, cuba buat permohonan dengan bank yang boleh offer pakej refinance untuk loan consolidation. 

Loan consolidation ni apa? Boleh tengok dalam video di bawah ataupun dalam artikel di sini.

Secara ringkas, pakej loan consolidation ini adalah pakej untuk susun semula hutang yang ada. Tak semua bank yang offer pakej seperti ini. Ada kemungkinan, selain daripada dapat cash, sebahagian daripada duit tersebut digunakan untuk membayar hutang-hutang seperti personal loan, kad kredit dan sebagainya.

Nak cuba untuk apply pakej loan consolidation, boleh isi borang di bawah ini.

Refinance rumah ini biasanya dibahagikan kepada 2, satu pembiayaan yang membolehkan anda untuk dapatkan cash dan satu lagi adalah untuk sikitkan hutang ataupun dipanggil loan consolidation. 

Kebanyakan bank di Malaysia memang menawarkan jenis pembiayaan untuk dapatkan cash dan tak semua yang tawarkan pembiayaan untuk kurangkan komitmen hutang. Ya tak semua dan anda boleh cari sendiri.

Step Refinance Rumah

Yang paling penting dalam proses pembiayaan rumah adalah, untuk pastikan yang pembiayaan sudah lulus. Ya, yang paling pertama sekali adalah pastikan pembiayaan anda sudah lulus dan kemudian pergi sign dokumen ataupun dalam istilah lain, letter offer dengan pihak bank.

Selepas sign dokumen dengan pihak bank, seterusnya adalah untuk sign satu lagi dokumen dengan pihak peguam. Dokumen dengan pihak peguam dipanggil “Loan Agreement” dan selepas itu boleh la tunggu duit masuk. Dalam kebanyakan kes, tunggu duit masuk ke dalam akaun anda mengambil masa sehingga 4 ataupun 5 bulan bergantung kepada banyak faktor seperti bank, lawyer, pejabat tanah dan lain-lain.

Untuk bank, memang saya pernah berurusan dengan bank yang lambat untuk proses selepas selesai sign dokumen semua, tapi tak dapat nak sebut di sini. Setakat ini, saya tak akan berurusan dengan bank tersebut lagi. Selain itu, bergantung juga berapa cepat pihak peguam dan pejabat tanah untuk luluskan dokumen. Saya nampak, peguam lebih memainkan peranan penting untuk tentukan duit ataupun urusan diselesaikan dengan cepat ataupun lambat. Salah pilih peguam yang anda lantik, menyebabkan proses menjadi lebih sukar selesaikan dengan cepat.

Pejabat tanah biasanya ada KPI tersendiri, semua dokumen cukup, urusan selesai sekejap sahaja. Kecuali ada kes-kes tertentu seperti PKP di mana pejabat tanah diarah tutup ataupun pernah terjadi, pejabat tanah tutup selama sebulan disebabkan oleh penambah baikan sistem, Hmmm…. Ini terjadi di Johor, harap tak jadi lagi.

Anda Layak Tak Nak Buat Pinjaman Rumah?

Nak tahu layak ke tak kadangkala sangat subjektif. Boleh cuba berhubung dengan pihak kami untuk dapatkan kosultansi percuma sama ada anda layak untuk buat pinjaman pembiayaan rumah ataupun sebaliknya.

Boleh klik link di atas ni ye dan berikan maklumat untuk memudahkan kami untuk hubungi anda.

Pengiraan refinance rumah ini sangat subjektif dan melibatkan banyak faktor. Nasihat saya, cuba dahulu dan apply dengan bank. Boleh juga berurusan dengan pihak kami.

Mungkin, kalau komitmen bulanan anda terlalu tinggi, boleh cuba untuk gabung 2 nama, mana tau dengan 2 nama boleh lepas berbanding dengan 1 nama sahaja. Kalau tak cuba tak tahu.

Refinance Rumah Yang Sudah Habis bayar – Boleh ke?

Boleh ke nak buat pembiayaan semula rumah yang habis bayar. Jawapan mudahnya adalah boleh!

Tapi kena lihat juga status rumah, keadaan rumah dalam keadaan baik ataupun tak, dan yang paling penting adalah, keupayaan bakal peminjam bagi membolehkan pembiayaan lulus. Itu yang paling penting kerana kalau tak lulus pun susah juga nanti.

Dalam kebanyakan kes, refinance rumah yang dah habis bayar adalah lebih mudah sedikit berbanding dengan rumah yang masih dalam pembiayaan. Proses menjadi lebih cepat sedikit jika nak dibandingkan dengan rumah yang masih dalam pembiayaan. Kalau rumah anda dah habis bayar dan sudahpun dapat original geran, tak ada masalah untuk anda buat pembiayaan semula rumah.

Rujukan Berkaitan Dengan Refinance Rumah

Ada beberapa rujukan berkaitan dengan refinance yang anda perlu tahu antaranya adalah pengalaman kami sendiri untuk buat pembiayaan rumah. Anda boleh tengok di sini untuk info lanjut.

Jika anda merupakan, pegawai kerajaan pun, ada sedikit kelebihan kerana ada beberapa bank yang agak suka bagi pinjaman kepada pegawai kerajaan. Ya, bukan setakat personal loan sahaja yang pegawai kerajaan ada sedikit kelebihan, untuk refinance pun mereka ada sedikit kelebihan. Info lanjut boleh rujuk artikel di Refinance LPPSA ke bank di SINI. Juga, boleh tengok video di bawah.

Perlukan Cash? Cuba Refinance

Ada banyak cara untuk dapatkan cash selain daripada personal loan. Salah satunya adalah pembiayaan rumah anda sendiri. Selain daripada tempoh pinjaman yang lebih panjang, iaitu sehingga 30 ke 35 tahun maksimum, anda mempunyai tempat kediaman ataupun dalam bahasa biasanya adalah anda mempunyai aset anda sendiri.

Nak kembangkan perniagaan ataupun apa sahaja, boleh cuba teknik refinance rumah ni. Apapun, sampai sini sahaja dan harap persoalan anda berkenaan dengan pengiraan refinance rumah terjawab dalam artikel pada kali ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *