5 Cara Pembayaran Kad Kredit 2023

Macam mana cara pembayaran kad kredit yang efektif. Pada kali ini, topik adalah berkaitan dengan tips penting cara dan penggunaan kad kredit. Kalau anda sekarang ini sedang menggunakan kad kredit, pastikan anda baca artikel ini sampai habis ye bagi mendapatkan informasi berkaitan dengan kad kredit.

Kad kredit selalunya digunakan untuk melakukan perbelanjaan berjumlah besar seperti di pusat beli-belah, membuat pembelian barangan elektronik ataupun penginapan hotel. Namun apakah itu kad kredit? Kad kredit merupakan salah satu kaedah pembayaran yang membolehkan anda untuk membelanjakan wang tanpa menggunakan wang anda terlebih dahulu. 

Ianya ibarat pinjaman sementara yang akan dibilkan mengikut tarikh yang ditetapkan pihak bank. Sekiranya anda baru ingin mendapatkan kad kredit, anda perlu ketahui kaedah untuk mengurus dan membayar semula kad kredit anda. 

cara pembayaran kad kredit

MENGAPA GUNA KAD KREDIT?

Kad kredit memudahkan anda untuk berbelanja tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak. Anda juga membina rekod CCRIS dengan mengekalkan rekod pembayaran kad kredit yang bersih. Hal ini sangat membantu apabila anda ingin membuat sebarang pinjaman kewangan.

Kalau anda sedang nak buat pinjaman rumah dan langsung tiada rekod CCRIS, adalah digalakkan untuk anda gunakan kad kredit bagi menunjukkan kepada pihak bank yang anda mempunyai rekod dengan mereka. Ini adalah antara kelebihan menggunakan kad kredit selain mudah dan “cashless”. Maksud cashless adalah, tidak perlu bawa cash dalam dompet yang terlalu banyak.

Perihal berkatain dengan pinjaman perumahan anda boleh baca di bawah ini;

JENIS-JENIS KAD KREDIT

Terdapat lebih 600 jenis kad kredit yang memfokus kepada faedah dan kelebihan masing-masing. Sebelum memohon kad kredit, anda boleh mendapatkan rekomendasi dari pihak bank untuk mendapatkan kad kredit yang sesuai dengan gaya perbelanjaan anda. Fahami kelebihan yang ditawarkan supaya anda dapat memaksimalkan faedah pulangan daripada perbelanjaan anda. 

Di sini, kami akan kongsikan 4 jenis kad kredit dengan faedah berbeza yang perlu anda ketahui.

1. Kad kredit pulangan tunai (cashback card)

Sesuai dengan namanya, kad ini menawarkan pulangan tunai dengan setiap ringgit pembayaran yang anda lakukan. Kadar pulangan yang biasa ditawarkan adalah antara 0.5% hingga 3%, namun kebiasaannya kad ini meletakkan kadar faedah yang tinggi. 

2.  Kad kredit ganjaran (rewards card)

Kad kredit ini menawarkan mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus barangan atau perkhidmatan di bank. Anda boleh mengumpul mata dengan mudah dengan belanja harian anda. Namun, mata ganjaran ini mempunyai tamat tempoh tersendiri.

3. Kad kredit petrol

Kad ini menawarkan faedah-faedah seperti rebat atau pulangan wang setiap kali anda berbelanja di stesen minyak. Kad ini sesuai digunakan untuk mereka yang sering berjalan jauh di jalan raya.

4. Kad kredit khusus (specialty card)

Faedah yang ditawarkan kad ini adalah khusus untuk perkara tertentu. Contohnya, jika anda seorang yang gemar mengunjungi taman tema, anda boleh mendapatkan kad kredit untuk khas untuk mendapatkan diskaun, rebat dan lain-lain.

BUKAN WANG MILIK ANDA

Kad kredit selalunya mempunyai had maksimum yang tinggi. Namun, ia bukanlah lesen untuk anda berbelanja semahunya. Anda perlu ingat bahawa duit yang anda gunakan itu bukan duit anda. Perbelanjaan yang dilakukan dengan kad kredit merupakan hutang anda kepada bank. Anda haruslah memikirkan kemampuan anda untuk membayar semula wang tersebut dan merancang perbelanjaan kad kredit anda. 

Sekiranya anda tidak merancang dengan baik, risau pula anda akan terbeban dengan hutang buat anda. Perkara ini tidak akan terjadi sekiranya anda peka dengan tarikh bil akaun kredit anda.

Kalau nak gunakan kad kredit, pastikan anda mempunyai disiplin yang tinggi dalam menggunakan kad kredit agak memudahkan anda dikemudian hari. Penggunakan yang tidak terkawan hanya akan mengakibatkan kesusahan dikemudian hari nanti.

Sekali lagi kami nak ingatkan, kalau berbelanja guna kad kredit, cara pembayaran kad kredit yang paling efektif adalah sentiasa bayar penuh untuk elak daripada dikenakan “interest”.

TEMPOH PENGEBILAN KAD KREDIT

Ketika menggunakan kad kredit, sebuah penyata bil akan dihantarkan ke rumah anda. Penyata ini merekodkan jumlah perbelanjaan anda dalam tempoh sebulan. Pada bil anda akan ada statement date dan due date. Statement date merupakan tarikh bil dikeluarkan manakala due date adalah tarikh akhir pembayaran. Walaupun ianya disebut tarikh akhir, anda perlu membayar kad kredit anda sebelum tarikh due date atau anda akan dikenakan cas tunggakan. Ingat ya, bayar SEBELUM tarikh due date!

Kebiasaannya jarak daripada kedua tarikh ini sekitar tempoh 20 hari. Sekiranya anda membuat pembayaran penuh dalam tempoh ini, tiada cas dikenakan kepada anda. Anda boleh memilih untuk membayar amaun minimum yang telah dipersetujui dengan bank. Tetapi baki tunggakan akan dikenakan caj tambahan yang sudah tentunya merugikan anda. Sebaliknya, jika anda langsung tidak membuat pembayaran sebelum tarikh due date, anda akan dikenakan faedah berganda (compounded interest). 

Statement date : 18 Okt
Payment due date : 8 Nov
Bayaran akaun pada 8 Nov :
Faedah berganda 
Bayaran minimum 7 Nov :
Baki ke hadapan + faedah Bayaran penuh pada 7 Nov :
Tiada caj tambahan

BAYARAN PENUH VS BAYARAN MINIMUM

Kami sarankan untuk anda sentiasa membuat pembayaran penuh sewaktu dalam tempoh grace period. Utamakan wang anda untuk membayar perbelanjaan kad kredit sebelum membuat perbelanjaan lain. Ingatlah, wang yang telah anda gunakan sebelum ini bukanlah milik anda. Ia merupakan hutang. 

Jika anda hanya membayar minimum, wang yang berbaki akan bertimbun ke dalam penyata hadapan bersama cas tunggakan. Sekiranya anda membiarkan jumlah ini bertambah, anda akan berdepan dengan risiko masalah kewangan dan juga muflis.

Sentiasa cuba untuk membuat bayaran penuh setiap bulan bagi membolehkan anda tidak dikenakan sebarang faedah. Info lanjut berkaitan dengan kad kredit pula anda boleh tengok di artikel di bawah ini;

KAEDAH PEMBAYARAN KAD KREDIT

Terdapat pelbagai kaedah untuk membuat pembayaran kad kredit : 

1. Bayar di kaunter bank. Ini merupakan kaedah asas iaitu dengan mengunjungi bank anda dan membayar secara tunai.

2. Gunakan mesin ATM. Anda juga boleh menggunakan pindahan ATM (ATM transfer). Pergi ke menu Kad Kredit dan masukkan nombor kad kredit anda untuk membuat bayaran.

3. Pembayaran secara online. Perbankan online merupakan suatu yang praktikal pada zaman ini. Anda hanya perlu melayari laman web bank anda mengikuti arahan yang tertera.

4. Sistem autodebit. Anda boleh setkan tarikh pembayaran auto daripada akaun simpanan terus ke akaun kredit. Sistem ini boleh digunakan sekiranya kedua-dua akaun dalah dari bank yang sama.

Penggunaan kad kredit dapat memberikan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Rutin belanja menjadi lebih mudah hanya dengan sekeping kad. Akan tetapi untuk mengekalkan kredit kewangan yang baik, menuntut komitmen dan disiplin dalam menguruskan perbelanjaan. Kami berharap dengan perkongsian cara pembayaran kad kredit ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan dan perancangan yang baik sewaktu berbelanja menggunakan kad kredit.

Jangan lupa untuk follow channel Telegram kami di atas dan dapatkan info terkini berkaitan dengan topik kewangan semasa. Jangan lupa untuk dapatkan ebook percuma 16 tips pelaburan di Malaysia.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *