Refinance Rumah Bank Islam – Berbaloi Cuba?

Artikel kali ini adalah berkait rapat dengan refinance rumah Bank Islam dan sedikit review dari saya yang pernah tolong customer dapatkan loan dari Bank Islam. Bank ini ada beberapa kelebihan yang pada saya agak menarik dan jika anda adalah target customer mereka, agak mudah untuk pinjaman perumahan anda lulus.

Akan tetapi, kalau anda bukan termasuk dalam apa yang mereka target, memang kemungkinan besar, permohonan anda tidak akan diproses. Apa kriteria yang bank Islam suka, semua akan kami beritahu dalam artikel ini. 

Akan ada kemugkinan yang Bank Islam akan bertukar polisi, apapun adalah lebih baik untuk anda dapatkan maklumat lanjut daripada pegawai bank berkaitan bagi tujuan permohonan pinjaman perumahan ataupun pembiayaan semula rumah.

refinance rumah bank islam

Pengalaman Refinance Rumah Bank Islam

Saya ada pengalaman refinance rumah sendiri. Pertama adalah dengan CIMB dan kedua adalah dengan Bank Rakyat. Untuk Bank Islam memang tak ada pengalaman, akan tetapi dah banyak kali saya tolong customer dapatkan pinjaman dengan Bank Islam terutama sekali refinance. 

Artikel ini adalah sedikit sebanyak info yang anda perlukan berkenaan dengan pembiayaan semula dari bank Islam dan apa yang anda perlu tahu dan risiko yang anda perlu ambil. Walaupun tiada pengalaman secara langsung, tetapi apa yang bakal kami kongsikan kepada anda pada kali ini akan sedikit sebanyak membantu anda untuk tentukan sama ada bank ini sesuai dengan anda ataupun sebaliknya.

Semak Bagi Pinjaman Perumahan Bank Islam

Sebelum buat pembiayaan semula rumah, penting untuk anda sendiri tahu berapa baki pinjaman rumah anda buat masa ini. Macam mana nak tahu berapa baki pinjaman, sekurang-kurangnya ada 2 cara yang saya biasa guna untuk dapatkan baki pinjaman.

Dapatkan Laporan CCRIS

Ya, anda boleh tahu berapa baki pinjaman anda dengan mendapatkan laporan CCRIS anda. Sama ada laporan secara percuma di Bank Negara ataupun anda boleh beli sahaja laporan tersebut di beberapa website-website seperti CTOS dan Mycredit dan sebagainya. Sekarang ini pun dah ada eccris yang membolehkan anda untuk dapatkan laporan CCRIS ini secara percuma tanpa perlu ke Bank Negara.

Dah dapat laporan, apa yang anda perlu lakukan adalah, lihat jumlah “outstanding balance” daripada laporan tersebut. Dari situ anda sepatutnya sudah boleh nampak jumlah baki pinjaman perumahan anda. 

Selain daripada pinjaman perumahan, banyak lagi info yang anda boleh dapat daripada laporan CCRIS. Kadangkala anda boleh nampak kad kredit yang anda tidak pernah apply pun ada dan termasuk dalam laporan CCRIS anda. Jika ini berlaku, bolehlah terus sahaja terminate kad kredit tersebut.

Call Customer Service

Misalkata anda sekarang ada pinjaman dengan CIMB, boleh sahaja call CIMB customer servis dengan tujuan untuk dapatkan baki pinjaman perumahan anda. Mesti mereka akan tanya beberapa soalan untuk membuat pengesahan, jawab sahaja semua soalan dan mereka akan berikan kerjasama kemudian nanti. Tak susah nak dapatkan info baki pinjaman dengan cara ini.

Apapun, ini adalah 2 cara yang biasa saya gunakan. Ada sesetengah bank, anda boleh dapatkan penyata dalam akaun online mereka sahaja.

Anda Tergolong Dalam Katogori Ini?

Ada beberapa kategori yang biasanya Bank Islam suka beri pinjaman perumahan. Berikut adalah antara beberapa kategori tersebut.

Pegawai Kerajaan

Kalau anda merupakan pegawai kerajaan, agak mudah untuk dapatkan pinjaman perumahan dari Bank Islam. Boleh kata yang Bank ini sangat suka dengan pegawai kerajaan. 

Akan tetapi, kalau komitmen anda dah terlalu tinggi, ada kemungkinan juga yang pinjaman anda akan ditolak. Satu lagi yang saya biasa berdepan, jika anda merupakan seorang tentera, pun ada kemungkinan yang pinjaman anda akan ditolak juga. Ini adalah kerana, tahun berkhidmat tentera biasanya tidak lama dalam 5 tahun macam tu. Oleh sebab itu, jika customer merupakan tentera, ada kemungkinan yang pinjaman akan ditolak walaupun bekerja dalam sektor kerajaan.

Kerja Swasta

Kalau kerja swasta pula, kerja gaji tetap, gaji masuk dalam bank dan ada caruman KWSP lebih baik untuk dapatkan pinjaman perumahan ataupun refinance. Kalau misalkata anda cuma ada gaji yang masuk dalam bank setiap bulan tetapi tiada caruman KWSP, memang agak sukar untuk anda mendapatkan pinjaman ataupun refinance rumah anda.

Biasanya jika mereka yang ada dalam 2 kategori ini, akan lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman perumahan ataupun refinance dengan Bank Islam.

Jika anda tidak tergolong dalam kategori ini, berikut adalah antara pengalaman saya, customer yang agak sukar untuk dapatkan pinjaman dari bank ini;

  • Kerja Singapore ataupun kerja di luar Malaysia – Jika anda bekerja di Singapore, boleh cuba dapatkan pinjaman dari bank lain.
  • Bekerja sendiri, ada SSM dan walaupun bayar income tax – Tak semua bank boleh terima mereka yang ada perniagaan sendiri. Boleh cuba dengan bank lain. Kalau langsung tak declare cukai, memang susah nak dapatkan pinjaman.

Kelebihan Yang Ada

Ini adalah antara beberapa kelebihan yang ada jika anda nak memohon buat pinjaman dengan Bank Islam.

Cashback – Tak Ada Masalah

Anda boleh dapatkan cashback untuk pinjaman perumahan anda. Berapa banyak cashback yang boleh dapat? Ianya bergantung kepada baki pinjaman anda dan juga jumlah loan yang approve. Daro situ anda boleh tahu berapa banyak cashback yang anda boleh dapat.

Hutang Terlalu Banyak – Gunakan Loan Consolidate

Boleh cuba untuk gunakan pakej loan consolidate untuk kurangkan hutang anda. Ini adalah antara cara yang paling cepat untuk kurangkan bayaran bulanan anda. Teknik ini ada saya ceritakan dengan lebih detail dalam beberapa artikel dan video di bawah ini.

Penerangan akan lebih mudah berkenaan dengan topik ini jika anda tengok video dan artikel lain berkaitan.

Bergantung Kepada Pegawai Bank

Apapun, ianya bergantung dengan pegawai bank yang anda berhubung. Ada pegawai yang “terlalu sibuk” sampai tak sempat nak uruskan pinjaman anda. Ada juga yang terus dan menjawab sebarang pertanyaan di whatsapp lagi selepas itu.

Untuk memudahkan urusan anda nak buat pembiayaan rumah, boleh berhubung dengan pihak kami di link bawah ini. Kami perlukan sedikit maklumat anda untuk kami berhubung dengan anda.

Boleh Teruskan Jika Sesuai Dengan Anda

Jika anda termasuk dalam kategori yang saya nyatakan di atas, memang tiada masalah untuk buat refinance rumah Bank Islam. Jika tak termasuk, anda boleh cuba lagi. Apapun, anda boleh sahaja isi maklumat anda untuk kami hubungi anda dan cadangkan bank yang sesuai untuk anda. Tak semestinya anda tidak termasuk dalam kategori yang biasa Bank Islam bagi mudah untuk pinjaman, terus anda langsung tiada harapan.

Boleh cuba lagi atapun, saya harap artikel ini akan sedikit sebanyak membantu anda untunk pilih dan dapatkan pinjaman yang sesuai untuk refinance rumah anda. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest