Boleh ke jual kereta yang belum habis bayar? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda bagaimana caranya untuk anda jual kereta anda yang belum habis bayar dan beberapa tips lain tentang jual beli kereta yang sangat bermanfaat.
Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA) peratusan jualan kenderaan di Malaysia pada tahun 2021 menunjukkan peningkatan yang ketara walaupun negara sedang dilanda kemelut Covid-19 yang merencatkan sedikit ekonomi tempatan. Kadarnya meningkat kepada 63,489 unit pada Oktober berbanding 57,695 unit pada bulan yang sama tahun lalu.
Ini jelas menunjukkan kereta bukan lagi kemahuan kepada masyarakat tetapi sebaliknya keperluan yang digunakan untuk memudahkan perjalanan seseorang. Permintaan pada kereta masih ada walaupun di saat-saat yang sulit. Masih ada ramai yang ingin membeli, dan ramai juga yang mampu memilikinya.
Kereta Aset Atau Liabiliti Atau Kedua-duanya?
Jual beli kereta adalah sejenis transaksi atau perbelanjaan yang besar di mana ia melibatkan nilai wang ringgit yang berpuluh ribu atau lebih untuk sesebuah kereta sahaja. Dalam hal ini anda perlu jelas sama ada kereta yang dipakai itu adalah aset atau liabiliti bagi anda. Kereta yang dibeli untuk dipakai sendiri atau untuk keluarga, ia dikategorikan di dalam liabiliti (hutang yang perlu dibayar).
Sedangkan, kereta yang dibeli untuk tujuan perniagaan servis pengangkutan seperti Grab Car ia tergolong dalam kategori aset. Ringkasnya, sekiranya kereta yang dibeli itu menjadi bebanan hutang kepada anda maka ia adalah liabiliti yang perlu ditanggung.
Kata Robert Kiyosaki, “orang kaya membeli aset, orang kebanyakan membeli liabiliti yang menganggap mereka membeli aset”. Inilah yang sering terjadi kepada masyarakat pada hari ini. Mereka keliru sehinggakan ada yang memaksa diri untuk membeli kereta-kereta idaman yang jauh di atas standard kemampuannya.
Tips selamat sebelum jual kereta
1. Periksa jumlah hutang yang tinggal di bank (loan settlement)
Penting untuk memeriksa hutang sebelum melakukan proses jual beli atau trade in untuk mengelakkan anda dari disenarai hitam oleh bank. Kesannya, anda mempunyai kesukaran untuk membuat pinjaman lagi di mana-mana bank pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, lebih teruk sekiranya boleh diisytiharkan muflis.
Syarat yang membolehkan anda trade in kereta itu adalah selepas 5 tahun (sekiranya anda menggunakan 9 tahun loan), selepas 4 ke 5 tahun (sekiranya anda menggunakan 7 tahun loan).
Cara mengira settlement:
Kereta: MyVi
Settlement loan: RM28,000
Dealer: Ambil RM20,000
Jumlah yang perlu anda bayar: Settlement loan – dealer = RM8,000
Wang sebanyak RM20,000 yang dibayar dealer itu akan diberikan kepada pihak bank. Dan dalam masa yang sama, anda perlu tambah lagi RM8,000 kepada pihak bank juga. Untuk mengurangkan jumlah yang anda perlu tambah, anda boleh mencari dealer yang menawarkan harga lebih tinggi.
2. Survey nilai semasa
Nilai setiap jenis kenderaan berbeza dan sering berubah mengikut tempoh masa tertentu. Oleh itu, lakukan semakan dan survey yang lebih terperinci bagi setiap satu model kereta yang ingin dijual. Faktor-faktor yang perlu anda tekankan adalah seperti nilai semasa, tahun pengeluaran kereta, jenama, model, kapasiti enjin, dan transmisi enjin sama ada manual atau auto.
3. Mohon loan sebelum trade in
Jika anda memilih untuk trade in kereta anda, anda dinasihatkan untuk memohon loan terlebih dahulu. Jangan sesekali ambil risiko untuk trade in sebelum anda pastikan yang loan tersebut lulus. Downpayment yang baik sekurang-kurangnya adalah 10% atau mengikut kesesuaian anda. Perjanjian boleh ditandatangani setelah anda mendapat pemberitahuan dari bank yang loan diluluskan.
4. Baiki kerosakan jika ada, servis mengikut jadual, dan pastikan kebersihan dalam keadaan terbaik
Ramai yang tidak ambil berat tentang hal maintenance kereta sedangkan ianya sangat penting terutamanya jika anda ingin menjual kereta tersebut nanti. Pastikan bahagian luar mahupun dalam kereta dalam keadaan terbaik. Kereta yang mengalami kerosakan harus dibaiki agar harga kereta tersebut tidak jatuh sama ada dari pasaran atau pun pembeli. Jujur kepada pembeli sekiranya ada kerosakan yang tidak boleh anda baiki.
5. Buat iklan atau war-warkan jualan
Iklan membantu anda untuk memberitahu apa yang anda jual kepada umum. Anda boleh menulis copywriting yang power, gambar-gambar kereta dari pelbagai sudut yang menarik, dan menyediakan servis-servis yang menarik seperti pandu uji dan pelbagai lagi. Pada hari ini, proses pengiklanan bukanlah suatu perkara yang sukar untuk dilakukan kerana terlalu banyak medium atau tapak jualan dalam talian yang menyediakan platform secara percuma untuk anda letak iklan.
Senarai website jual beli kereta terpakai yang popular di Malaysia:
- Carsome
- EZsellercar.my
- carlist.my
- mudah.my
- myTukar
- motorist.my
- corousell
- Sime Darby Auto Selection
- Proton Certified Pre-Owned (PCPO)
- MyMotor
- Sime Darby auto selection
- Zigwheels
- Yusing motor
6. Siapkan dokumen penting yang diperlukan
Sama ada anda ingin trade in kereta lama kepada kereta baru atau menjualnya untuk mendapatkan duit tambahan, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen penting untuk memudahkan urusan jual beli. Antara dokumen yang biasa digunakan adalah:
- Geran kereta (RC) atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
- Kad Pengenalan atau Passport
- Permit Import (AP) jika berkaitan
- Penyelesaian Perjanjian Sewa Beli (untuk kereta yang jumlah pinjaman tertunggak)
- Invois pembelian (jika kereta dibeli secara tunai)
- Surat kebenaran pihak ketiga (jika berkaitan)
7. Lakukan pemeriksaan Puspakom
Pemeriksaan Puspakom adalah perkara lazim yang biasa dilalui oleh semua kenderaan persendirian yang ingin menjalani urusan tukar milik. Pemeriksaan ini bertujuan untuk melindungi bakal pembeli daripada membeli atau memiliki kenderaan yang tidak sah seperti kenderaan potong-sambung.
Tips bijak beli kereta terpakai
1. Lakukan pandu uji dan nilai sendiri
Anda mempunyai hak sebagai pembeli untuk memeriksa kereta itu luar dan dalam sehingga anda berpuas hati sebelum membuat keputusan untuk membeli. Selain memeriksa setiap sudut kereta, anda juga perlu membuat pandu uji terlebih dahulu. Kadang kala kualiti sesebuah kereta hanya boleh dinilai sepenuhnya sama ada baik atau tidak apabila kita sendiri yang memandu.
Ini bukan bermaksud perbuatan anda memeriksa laporan servis dan sebagainya itu tidak penting. Tetapi pandu uji membantu anda mencapai tahap puas yang maksimum untuk membuat keputusan yang betul dan tepat. Pengalaman yang berbeza dari anda membaca di atas rekod kepada anda pegang dan rasai sendiri kelancarannya.
2. Pilih pinjaman kereta yang sesuai
Loan atau pinjaman memang diperlukan lebih-lebih lagi sekiranya anda mahu membeli sesuatu aset yang boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Pihak bank banyak menyediakan servis ini kepada peminjam bergantung kepada kelayakan gaji, rekod pinjaman lepas, dan faktor-faktor semasa.
Dari sisi anda pula, anda berhak untuk memilih mana-mana pinjaman yang sesuai dengan kadar pinjaman, faedah pinjaman, jenis kadar faedah, kaedah pengiraan pinjaman yang terbaik, risiko pinjaman, dan sebagainya.
Antara bank yang cukup popular dalam pinjaman kereta di Malaysia adalah seperti RHB Bank (3.18% faedah), Public Bank (3.31% faedah), Maybank (3.40% faedah), Hong Leong Bank (3.24% faedah), Cimb Bank (2.85% faedah), Bank Muamalat (2.95% faedah), Bank Islam (3.00% faedah), AmBank (3.05% faedah), dan Affin Bank (2.92% faedah).
Alternatif lain untuk penjawat awam, anda boleh memohon pinjaman peribadi dari bank atau koperasi organisasi tanpa memerlukan cagaran untuk memperoleh pembiayaan tersebut. Kadar nilai belian kereta juga akan lebih rendah iaitu serendah 2.69%.
3. Ambil tahu tentang jenis insurans kereta
Insurans sering dipandang remeh oleh sesetengah orang bahawa ia hanyalah pembaziran semata-mata. Kononnya mereka adalah pemandu berhemah yang tidak akan terlibat dalam kemalangan di jalan raya. Ada juga dikalangan pemandu yang membeli “insurans celop” atau dalam kata lain insurans sekadar ada yang hanya melindungi sebahagian kereta. Walaupun pengguna jalan raya yang tidak memiliki perlindungan insurans kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90(2) Akta Pengankutan Jalan 1987, tetapi masih ramai yang menganggap sambil lewa.
Insurans sememangnya penting bukan hanya bagi kereta tetapi juga kepada pemandu, penumpang, dan pihak lain yang terlibat dalam kemalangan itu. Ia membanu anda menanggung kerosakan, kecederaan, dan kematian yang berpunca oleh kenderaan anda dalam kemalangan. Syarikat insurans seperti Etiqa, Allianz, Tokio Marine, MSIG, RHB Insurance, AXA, Uni Asia, Lonpac, dan Berjaya Sompo, dan Kurnia ada menawarkan pakej insurans kenderaan yang menarik dan murah.
Resale value (RV) kereta selepas 5 tahun
Kereta adalah liabiliti, yang mana nilainya akan susut bergantung kepada tempoh masa. Semakin lama, akan semakin jatuh nilai pada sesebuah kereta itu. Kebiasaannya, kereta baru akan susut 20% nilainya pada tahun pertama. Apabila masuk tahun kedua sehingga tahun ke sepuluh pula, ianya akan terus susut sehingga 15% hingga 25% pada setiap tahun.
Illustrasi mudah, katakan anda membeli kereta Vios 1.5E (AT) yang baru, dengan harga RM83,000. Baru setahun pakai, nilainya akan jatuh kepada RM66,400. Lepas lima tahun pakai, nilai Vious 1.5E (AT) anda adalah di bawah RM40,00. Tiba-tiba suatu hari anda mahu jual Vios tersebut selepas 5 tahun dengan alasan ingin pakai kereta lain pula. Masa beli dulu, katakan anda bayar deposit RM5,00. Loan pula anda ambil selama 9 tahun dengan kadar faedah sebanyak 4% setahun. Seleps 5 tahun, anda masih berhutang lebih kurang RM40,000 dengan bank. Ini tak lari jauh dengan konsep refinance kereta.
Di antara beratus model kereta yang ada di Malaysia, ada beberapa model yang mempunyai nilai jualan semula atau resale value (RV) yang maintain tinggi walaupun selepas 5 tahun atau lebih. Ini bergantung kepada beberapa faktor yang mempengaruhi RV sesebuah kereta seperti reputasi jenama, harga minyak, kos dan kesediaan alat ganti kerata, dan populariti. Terdapat 5 model kereta di Malaysia yang mempunyai RV tinggi. Antaranya seperti:
- Perodua Myvi
- Honda City
- Toyota Vios
- Honda Civic
- Toyota Corolla Altis
Tips meminimumkan kadar resale value
Kadar susut nilai kereta adalah lumrah yang tidak boleh dielakkan. Sama ada anda bersedia atau tidak, anda pasti perlu untuk berhadapan dengan masalah ini selagi mana anda mempunyai kereta. Namun begitu, kami menyediakan beberapa tips berkesan yang boleh membantu anda untuk meminimumkan atau melambatkan RV kereta itu. Antaranya seperti:
- Pastikan bacaan mileage atau kadar perbatuan adalah rendah
- Beri tumpuan lebih kepada aspek penjagaan. Baiki komponen-komponen yang berkenaan jika mengalami kerosakan
- Beli kereta terpakai untuk mengelakkan kadar susut nilai yang ketara
- Elakkan pengubahsuaian yang terlalu over pada kereta
- Jual kereta sebelum syarikat jenama kenderaan itu keluar model baru
- Pilih warna kenderaan yang popular dan menarik
- Pastikan lakukan seberapa banyak survey yang boleh sebelum membuat keputusan muktamad
- Jangan terburu-buru membuat pilihan dan pastikan ianya pilihan yang terbaik
- Pastikan kereta diservis secara berkala mengikut jadual yang diberi
Kesimpulannya, proses menjual atau membeli kenderaan sama ada yang baru atau terpakai bukanlah satu pilihan yang boleh diambil mudah kerana ia bersangkut paut dengan masa depan anda. Ambil langkah yang terbaik untuk mengkaji dan membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kata putus.
Diharapkan artikel cara jual kereta belum habis bayar ini tentang cara dan tips jual kereta ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang berguna untuk anda melakukan proses jual beli nanti. Tidak kiralah anda sebagai pembeli atau penjual, kedua-duanya saling memerlukan persefahaman dan kebijakan dalam membuat keputusan.
Thanks for the tips. I sold my Exora in 2020, when it still has another year of bank loan. Syukur, dapat buyer yang bayar harga lebih dari loan, maka dapat la duit poket sikit.
waaa, bagus dan terbaik
I ada pengalaman jual keter yg blum abis dibayar. Duit yg dpt balik agak lumayan juga. Tapi bila tringat kat kenangan tu buat I sadis ;( I terpaksa berpisah dgn kereta kesayangan. Asal x jual keter tu. Tapi keadaan x mengizinkan…
hahaha, tak pe pengalaman mengajar kita….
Bagus nya tips dan padat dengan info. Kita pernah jual kereta tapi kereta tu dah settel loans. Alhamdulillah dapat pembeli yang bagus. Nak jual kereta memang kena ada ilmu.
Bab ini memang kurang sikit knowledge but I love reading this for my understanding.. sangat mudah memahami… I pun recently discussing the same topic with my mom, but in her case, she plans to sell kereta yang dah habis loan for a bigger car..
yes, thanks for coming and commeting.
I love this kind of sharing..mmg xreti skit bab2 ni.. and thanks for the info ya
Tq sharing info yang manfaat. Tak semua orang tau tips ni. Pengalaman sendiri jual myvi ambil alza. Alhamdulillah jumpa seller yg baik dan sgt membantu.
alhamdulillah dipermudahkan urusan.
Terima kasih sharing maklumat ni. Dapat juga ilmu jual beli kereta. Selalu husband yang deal bab jual kete ni
tak ada masalah, ok je. tau sikit2 pun ok
Wow thanks for the info and tips, i belum terfikir nak tukar kereta lagi but this is good to know.
thanks for coming
this is such an amazing and comprehensive article. totally suitable for new car owners like myself who hasn’t sold a car before.
Salam,
Nak tanya i nak beli kereta second hand ni from the owner. Owner masih ada hutang dgn bank. Macam mana prosesnya? Owner pun x pandai sebab x pernah jual.
boleh cuba dapatkan advise daripada carsome. ada link dalam artikel atas ni
And saya pun nak beli dgn apply loan pada bank. Mcm mana ye?
Very good tips and advice. Just nak tanya kalau kereta baru and baru pakai 2 tahun lebih nak jual boleh ke?