Macam mana cara beli emas online menggunakan aplikasi wahed invest. Pada kali ini, kami nak tunjuk macam mana untuk anda beli emas secara online sahaja untuk tujuan pelaburan dengan wahed invest. Kalau anda nak beli emas fizikal, boleh rujuk artikel kami yang lain, tetapi ini lebih kepada emas pelaburan.
Memang ada bermacam-macam pelaburan yang ada di luar sana. Daripada pelaburan emas, krypto, pelaburan berbentuk MLM dan tidak lari juga daripada pelaburan berbentuk penipuan. Jadi, anda kena hati-hati.
Untuk Wahed invest ini pula, adakah ianya pelaburan yang betul-betul disahkan dan bukannya satu penipuan? Anda boleh rujuk artikel kami berkenaan dengan Wahed Invest tipu di sini. Tapi fokus pada artikel ini, macam mana anda nak beli emas dengan applikasi Wahed Invest ini. Malahan, bukan sahaja emas, ada beberapa pelaburan lain yang anda boleh sertai.
Nak bagi disclaimer yang info dalam artikel ini tidak dikategorikan dalam nasihat kewangan “investment advise”. Jika anda nak dapatkan nasihat kewangan, boleh rujuk kepada mereka yang layak dan artikel ini hanyalah untuk panduan umum dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Sila buat kajian anda sendiri sebelum mula melabur dalam mana-mana pelaburan.
Beli Emas Fizikal
Kalau anda nak beli emas fizikal, artikel ini bukan untuk anda. Ada artikel lain yang kami pernah tulis berkenaan dengan tips dan cara untuk beli emas fizikal dan pos hantar sampai rumah. Boleh baca artikel tersebut di SINI dan SINI.
Perlu diingat, yang emas fizikal ni, ada susut nilai. Anda beli sekarang pada harga beli, dan apabila anda tengok harga jual, akan ada sedikit susut nilai. Ini adalah antara risiko yang anda perlu tanggung sebagai pemegang emas fizikal. Saya ada ceritakan lebih lanjut dalam artikel Keburukan Public Gold berkenaan dengan susut nilai. Anda boleh dapatkan info lanjut.
Boleh juga kalau anda gunakan emas fizikal tersebut dan pajak di mana-mana ar rahnu terdekat. Apapun ini adalah antara overall strategi kalau anda beli dan jual emas fizikal la. Tetapi, kalau anda tak mahu nak pening-pening simpan stok emas fizikal, boleh sahaja beli emas dalam platform wahed invest ini.
Antara sebab saya tak invest dalam emas fizikal adalah, saya tak nak pening kepala simpan emas ini. Tak perlu nak ada additional peti besi hanya untuk simpan emas fizikal. Simpan emas dalam bentuk value ini adalah lebih selamat dan tak memeningkan kepala. Ini adalah pendapat peribadi saya sendiri. Anda boleh ikut atau tidak itu terpulang.
Buka Akaun di Wahed Invest Dahulu
Pertama sekali, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda buka dahulu akaun di Wahed Invest. Kalau dah ada tak apa, tapi kalau belum ada, boleh sahaja download applikasi Wahed Invest dengan cari di Apple Store ataupun Google Play Store.
Download applikasi dan mula mendaftar seperti biasa. Jangan lupa untuk anda masukkan referral code di bawah untuk anda dan saya terima RM10 ke dalam akaun.
Mohsan3
Boleh dapat duit free je kalau masukkan code seperti di atas ini. Pendaftaran agak panjang kerana anda perlu menjawab beberapa soalan berkaitan dengan personaliti anda dalam pelaburan. Tetapi jangan risau, sekali sahaja anda perlu menjawab kesemua soalan tersebut.
Beli Emas Di Wahed Invest
Kami anggap anda sudahpun habis menjawab dan selesai membuat pendaftaran. Proses seterusnya adalah untuk anda memilih akaun seperti dalam gambar di bawah.
Klik pada add new dan pilih jawapan kepada persoalan yang ditanya. Untuk portfolio, anda boleh memilih gold acc. Lebih mudah anda ikut je step by step seperti dalam video di bawah ini;
Harapnya video di atas ini memberikan pencerahan kepada anda untuk anda mula melabur dalam pelaburan emas.
Emas Adalah Dalam Bentuk Exchange Traded Fund
Kalau emas yang anda beli tersebut adalah bukan dalam bentuk fizikal, ianya dalam bentuk apa?
Emas tersebut adalah dalam bentuk ETF ataupun dalam bahasa lainnya, adalah dalam bentuk Exchange Traded Fund. Ianya sama sahaja seperti Unit Trust akan tetapi anda hanya boleh membeli di pasaran saham Malaysia sahaja.
Sekarang ini pun sudah banyak platform ataupun tempat yang boleh menjual dan membeli emas secara online. Ya memang banyak. Tapi saya tetap mencadangkan anda kalau nak beli emas secara online, boleh sahaja gunakan platform dari Wahed Invest ini. Sebab selain daripada emas, anda boleh invest ataupun buat pelaburan dalam banyak aset kelas yang lain.
Selain Emas Anda Boleh Beli Apa Lagi?
Anda boleh tengok dalam video yang kami rekemen untuk anda lihat di atas, selain daripada emas, anda pun boleh mula melabur dalam;
- Money Market Fund
- Local REIT
- China Stock
- US Stock
- Gold
- Emerging Market Stock
Dalam banyak-banyak ini, US Stock yang bagi pulangan paling tinggi. Cuma, performance sebelum ini tidak menggambarkan result pada masa hadapan. Ketika artikel ini di tulis, beberapa saham ternama dari US terutamanya Facebook (Meta) sedang mengalami penurunan. Jadi, kalau anda nak masuk dan nak invest dalam US Stock, pastikan anda lakukan analisis anda sendiri sebelum memulakan pelaburan ini.
Kalau anda tak tahu nak mula dan tak ada spesifik tema pelaburan, boleh sahaja gunakan ataupun pilih pelaburan dengan portfolio yang telah pihak Wahed Invest rekemen. Bermula dengan Very Conservative kepada Aggresive. Ini kalau anda tak ada spesifik nak invest dalam mana-mana pelaburan la. Kalau memang anda tahu apa yang anda buat dan yakin untuk masuk dalam US Stock, boleh lakukan demikian dan pilih pelauran ikut tema anda.
Wahed – Pelaburan Berisiko Rendah
Bagi saya, invest dalam app ini agak rendah risiko. Ini kerana, app ini dilaburkan oleh robot, ataupun robo adviser dan fee ataupun caj yang dikenakan pula adalah jauh lebih rendah berbanding dengan Unit Trust.
Kalaupun anda memang melabur sendiri dalam pasaran saham, dan nak dapatkan exposure kepada pasaran di US, boleh melabur dalam US Stock ataupun nak dapatkan exposure dalam China Stock pun tak ada masalah.
Ramai yang kata, nak invest dalam gold kerana faktor inflasi? Pun tak ada masalah untuk melabur dalam gold menggunakan platform Wahed Invest. Apapun, lakukan kajian anda sendiri dan jika betul-betul yakin, masukkan jumlah yang minima dahulu. Dah nampak ada perubahan, boleh tambah lagi dana.
Terima kasih kerana membaca artikel ini sampai habis. Harap artikel cara beli emas secara online menggunakan applikasi Wahed Invest ini dapat berikan anda ilmu baru dan idea baru untuk tambah portfolio pelaburan anda. Gunakan sebaiknya, dan jika anda rasakan info dalam artikel ini bermanfaat, bolehlah share kepada mereka yang lain sama ada di Facebook ataupun whatsapp.