Hukum Main Saham Haram? Terkini 2021

Anda mesti nak tahu hukum terkini berkenaan dengan hukum main saham. Sebelum pergi lebih jauh, perlu tahu yang ianya bukanlah main saham, istilah lebih tepat adalah pelaburan saham ataupun pemilikan saham. 

Pelaburan saham memang sudah berada lama di Malaysia ini. Daripada pelaburan ini, ada yang sudah menjadi jutawan, sama ada sebagai pelabur ataupun sebagai syarikat yang menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Malaysia. Pun ada juga yang fobia kerana asyik rugi dalam pelaburan saham mereka.

Itulah serba sedikit berkenaan dengan saham. Apapun, artikel kali ini, anda boleh mendapatkan serba sedikit info berkenaan dengan hukum hakam pelaburan saham. Cukuplah buat penenang hati kepada anda yang memang minat nak buat pelaburan dengan saham.

hukum main saham

Apa Itu Saham

Secara ringkasnya, saham adalah perkongsian hak milik dalam sesebuah syarikat atau dengan mudah anda boleh fahami dengan formula di bawah. 

Saham = Ekuiti

Contohnya, analogi yang boleh di bawakan akan cuba kami kongsikan dalam bentuk penceritaan.

Razali – seorang usahawan muda dalam perniagaan pisang goreng. Beliau mempunyai bakat, ilmu, dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan kerana latar belakang pendidikannya adalah Ijazah Sarjana Muda dalam Pernigaan. Walaupun perniagaannya masih setahun jagung tetapi beliau mempunyai visi dan misi yang sangat kuat untuk masa hadapan yang lebih cerah.

Peminjam – ahli keluarga dan sahabat Razali yang yakin dan percaya kepada perniagaan yang dijalankan Razali. Mereka akan mendapat pulangan setiap tahun bergantung kepada keuntungan atau kerugian daripada perniagaan Razali.

Jadi ringkasnya, Razali akan meminjam dari segi kewangan daripada ahli keluarga dan sahabatnya. Peminjam yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat Razali akan melabur atau membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar saham bergantung kepada wang yang dimiliki.

Boleh baca lebih lanjut berkenaan dengan Apa Itu Saham secara lebih detail dalam artikel kami di Apa Itu Saham.

Sedikit Ilmu Teknikal Analisis & Fundemantal Analisis Dalam Saham

Sebelum kami pergi lebih lanjut berkenaan dengan hukum pelaburan saham, adalah lebih baik untuk anda tahu yang ada teknik teknik tertentu dalam analisa saham sesebuah syarikat. Ianya adalah bergantung kepada analisa teknikal dan analisa fundemantal dalam saham. Dengan analisa ini, ianya megelak daripada unsur-unsur perjudian dan ketidak tentuan yang ada dalam pasan saham ini. Lagipun, saya suka dengar pandangan daripada pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menggalakkan untuk orang Islam terlibat dalam saham. Seterusnya mengambil peluang daripada apa yang telahpun saham tawarkan agar umat Islam berdaya saing dengan mereka yang bukan islam.

Apapun, nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan info teknikal analisis dan fundemantal analisis, anda boleh ke artikel di SINI.

Juga, boleh jadikan video di bawah ini sebagai satu rujukan kepada anda terutama kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan tips dan teknik analisa teknikal.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Dengan Hukum Main Saham

Telahpun disepakati yang hukum untuk pelaburan saham ini adalah harus dan dibolehkan dalam islam. Ianya berbeza dengan hukum pelaburan seperti Forex yang mempunyai pandangan yang lebih cenderung kepada ianya haram. Tetapi saham ianya berbeza sama sekali.

Untuk saham, asalkan syarikat yang anda laburkan itu adalah patuh syariah, tiada masalah kerana ianya telahpun melalui proses yang ketat untuk tentukan sama ada syarikat tersebut patuh syariah ataupun sebaliknya. 

Bagi orang awam, cukup untuk anda laburkan dalam saham yang patuh syariah dan elakkan daripada labur dalam saham ataupun kaunter yang tak patuh syariah. Setakat artikel ini ditulis, ada lebih 70% kaunter yang ada dalam Bursa Saham ini adalah kaunter yang patuh syariah. Jadi, memang satu peluang untuk anda membuat pelaburan dalam kaunter-kaunter ini dan mengharapkan ada pulangan daripada pelaburan tersebut.

Untuk penerangan lebih ringkas, boleh tengok video di bawah berkenaan dengan hukum main saham yang anda perlu tahu.

Kaunter yang patuh syariah ini adalah umpama kalau anda beli makanan yang ada cop halal. Kalau nak teruskan buat semakan terhadap syarikat makanan ataupun method macam mana nak dapatkan sijil halal pun tiada masalah. Tapi sebagai orang awam, boleh terus tiada masalah untuk melabur asalkan kaunter tersebut patuh syariah.

Daftar Akaun CDS & Buka Akaun Saham

Seterusnya adalah anda perlu untuk membuka akaun pelaburan saham ataupun Akaun CDS saham. Macam mana nak buka? Anda boleh pergi ke mana-mana broker ataupun investment bank yang tawarkan servis pembukaan akaun CDS saham ini. 

Pihak smartinvest101 sedang dalam proses untuk mendapatkan lesen CMRSL ataupun lesen Remiser saham dan membolehkan untuk kami membantu anda membuka akaun saham dengan kami. 

Apa yang menarik yang dapat kami tawarkan kepada anda;

  • Servis pembukaan akaun secara online sahaja.
  • Support group dalam bentuk Telegram Group
  • Support untuk asas teknikal analisis bagi membolehkan anda untuk menganalisa saham.
  • Jika anda masih belum mempunyai sebarang trading plan, kami boleh guide anda untuk dapatkan tips dan info trading plan dari kami.

Anda sudah boleh membuka akaun CDS dengan kami. Info lanjut berkenaan dengan manfaat dan cara pembukaan akaun boleh KLIK LINK di bawah ini.

Banyak info dan input berkenaan dengan akaun saham yang bakal kami berikan kepada anda. Boleh tengok dulu apa manfaat yang bakal anda dapat.

Info Lain Berkenaan Dengan Hukum Main Saham

Secara ringkasnya untuk hukum main saham ataupun pelaburan saham ini, anda cuma perlu untuk cari kaunter yang patuh syariah sahaja. Sebagai seorang pelabur, ini sudah memadai kerana saya pun adalah seorang pelabur saham.

Tetapi kalau anda perlukan info yang lebih detail berkenaan dengan hukum terkini berkaitan dengan pelaburan saham, anda boleh baca tulisan dan nukilan daripada blog pakdi (link di akhir artikel) untuk tahu lebih lanjut berkenaan dengan method macam mana kaunter ini patuh syariah berdasarkan kepada kriteria apa yang digunakan. Kesemuanya adalam dalam artikel tersebut.

Saham VS Forex & Alternatif Yang Ada

Walaupun Forex adalah market dua arah dimana anda boleh membuat keuntungan sama ada market dalam keadaan menaik ataupun menurun, saham pun tidak kurangnya. Ianya satu arah sahaja, tetapi ada beberapa perkara ataupun kelebihan saham yang membolehkan anda untuk mempunyai winning rate yang tinggi berbanding forex. Terutama sekali kalau mereka yang tidak berapa suka berada di hadapan laptop terlalu lama. Saham di Malaysia adalah antara alternatif anda.

Kenapa saya kata begitu? Kerana faktor pergerakan saham yang lebih perlahan berbanding forex juga kewujudan faktor lain iaitu volume dalam saham. Volume dalam saham adalah lebih penting berbanding dengan forex dan ianya membolehkan anda untuk mempunyai winning rate yang tinggi.

Apapun, harapnya artikel hukum melabur dalam saham ini dapat sedikit sebanyak memberikan anda input berkenaan dengan hukum pelaburan saham. Pastinya anda akan lebih tenang hati melabur saham kerana memang banyak pendapat yang mengatakan ianya patuh syariah. Apapun kepada anda, selamat malabur.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest