21 Senarai Barang Burger Yang Perlu Anda Tahu

Apakah senarai barang burger yang penting anda boleh dapat untuk bermula berniaga? Burger adalah makanan yang mula wujud di Eropah sejak abad ke-4 lagi. Ini boleh dibuktikan dari penemuan hidangan daging cincang yang dicampur bersama biji pine, lada hitan dan wain dalam buku Apicius, buku resepi masakan Rom Kuno. Dari satu negara ke satu negara, burger terus menjadi menu popular di kalangan masyarakat dunia terututamanya bagi orang Amerika. Seperti makanan yang lain, setiap daripadanya berevolusi mengikut citarasa tersendiri. 

Contohnya dari burger ayam dan daging lembu yang biasa, ia bertukar kepada beberapa jenis yang lain seperti burger ayam belanda, burger rusa, burger arnab, burger burung unta, dan jangan terkejut ada juga burger nasi lemak. Artikel pada kali ini akan menyenaraikan 25 senarai barang burger yang perlu anda tahu.  

senarai barang burger

Nasib peniaga kecil semasa Covid-19

Pandemik Covid-19 seperti bencana tsunami yang meranapkan semua payung berteduh untuk peniaga mencari sesuap nasi. Segalanya berubah dengan sekelip mata sahaja. Dan hari ini sudah hampir setahun setengah rakyat Malaysia melalui wabak ini sehingga ada yang telah berputus asa. Namun begitu, usahawan perlu bijak dalam merubah strategi perniagaan berdepan Covid-19. 

Belajar dari kebangkitan jenama terkenal seperti Pepsi. Caleb Bradham, pengasas Pepsi mengakui sendiri kenyataan ini. Pada mulanya, beliau hanya seorang ahli farmasi yang mempunyai kedai ubat lalu beliau cuba untuk mencipta resipi baru dari campuran ektrak biji kola, vanilla, dan minyak yang jarang diperoleh lalu di namakan “Brad’s Drink” sehinggalah ditukarkan namanya kepada Pepsi-Cola pada tahun 1903. Tahun tersebut dan beberapa tahun ke depannya merupakan kejayaan yang sangat luar biasa kepada jenama ini sehingga namanya terus melonjak naik dan popular.

Namun begitu, Bradham mengalami kegagalan sekitar tahun 1920 hingga 1930 dan diistiharkan sebagai bankrup. Lelaki cekal ini tidak berputus asa sebaliknya terus berusaha menaikkan semula nama dan rating Pepsi dengan memperkenalkan saiz botol yang baru. Akhirnya, jenama Pepsi sudah dikenali ramai dan menjadi produk sustainable di pasaran.

Begitulah dalam dunia perniagaan, seorang usahawan perlu berfikir kreatif dan bijak dalam mencari solusi apabila terhimpit dengan masalah di belakang hari yang kadang-kala tidak disangka-sangka akan berlaku. Persedian itu perlu dirancang untuk lima atau sepuluh tahun akan datang, dan sebarang potensi untuk gagal juga perlu dikaji agar penyelesaiannya dapat diambil dengan segera. 

Burger kaki lima, untung lima angka

“Hang kerja apa?” tanya bakal ayah mertua. “Saya jual burger tepi jalan je, pak cik.” Jawab bakal anak menantu. 

Anda rasa apa perspektif masyarakat dengan seorang penjaja burger tepi jalan seperti anda? Percaya atau tidak inilah masalah yang sering diutarakan oleh ramai peniaga kecil semasa mereka mahu mula berniaga dulu. Memang ada yang menyokong dan menjadi tulang belakang mereka untuk maju ke depan tetapi tidak kurang juga yang terus mengkeji dan mencaci. Lebih-lebih lagi hari ini ramai para graduan yang lebih cenderung untuk berniaga berbanding memakai kemeja putih dan duduk di bawah aircond sambil menekan papan komputer. 

Hakikatnya, meniaga burger boleh kaya ke? Meniaga burger memang tidak boleh kaya jika anda hanya berfikir untuk berniaga semata-mata. Namun dengan minat dan passion yang tinggi jangan terkejut jika ramai yang telah mendapat puluhan ribu ringgit dalam sebulan hanya dengan burger. 

Burger sama seperti makanan lain yang terus berevolusi untuk memuaskan citarasa pelanggan. Kerana itu orang ramai tidak pernah jemu untuk membeli burger kerana setiap kedai mempunyai lain rasa. Kadang kala mereka menggunakan bahan yang sama untuk membuat burger tersebut tetapi bila anda makan, pastinya rasanya akan tetap berbeza. Itulah uniknya burger, susunan ketika menyusun burger juga boleh mempengaruhi rasanya apabila sampai ke tekak pelanggan. 

Pengalaman ini pernah di kongsi oleh Adam, seorang penjual burger food truck di bawah nama Burgerboy. Semangat beliau dalam dunia perniagaan burger selama 13 tahun  telah berjaya mencipta rekod dengan menghasilkan 120 jenis burger dalam buku menu beliau. 

Malaysia Top 50 best burger di Asia

Siapa kata burger Malaysia tidak sedap? Siapa kata burger Malaysia hanya untuk tekak rakyat Malaysia sahaja? Big Seven Travel mendedahkan “Malaysian Burger on 16” berada dikedudukan tempat ke-43 dari Top 50 Best Burger di Asia. Dengan kedai burger yang semakin banyak, orang ramai mempunyai banyak pilihan dengan rasa yang lebih baik dan pilihan yang lebih sihat. Ini telah menyebabkan banyak kedai makan mencipta burger mereka sendiri ‘designer’ atau dikenali sebagai burger gourmet untuk memenuhi selera para pelanggan. Antara burger baru yang terkenal di Malaysia dan membawa ciri-ciri elemen fusion adalah vegan burger, spinach burger, the double smash burger, skirt burger, loaded burger, cheese burger, chickpeas burger, dan pelbagai lagi. 

Rahsia kejayaan syarikat Ramly di Malaysia?

Jenama bumiputera iaitu Ramly, sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia khususnya kepada peniaga-peniaga burger street Malaysia di luar sana.  Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, pengasas Ramly berkata perniagaan ini pada asalnya hanya berlaku secara kecil-kecilan di rumahnya. Siapa sangka, kini beliau seorang billionaire yang sudah mengaut berbilion ringgit dengan keuntungan produk-produk burger. Daripada 200 keping daging burger sehinggalah 2,000 keping daging dan selepas 4 tahun berniaga, beliau telah mempunyai kilang sendiri kerana bagi memenuhi permintaan sebanyak 10,000 keping daging burger sehari.

Kini, lebih daripada 25,000 gerai Burger Ramly ada di seluruh negara. Malah, pemborong dan pengedar produk Ramly di seluruh negara juga sudah lebih daripada 70 orang. Bukan sahaja di Malaysia, Ramly telah berkembang ke Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar, Kemboja dan Bangladesh.

Apa yang boleh dipelajari dari Dato’ Ramly adalah semangat juangnya yang berani mengambil risiko dan peluang sehingga menyebabakan beliau yakin untuk terus membuat pembaharuan dan bersaing. Selain itu, beliau juga selalu mengingatkan dirinya bahawa kegagalan itu adalah pilihan yang boleh diubah. Liku dunia perniagaan mengajarkan tentang tetap bertahan dan tidak berputus asa apabila berhadapan dengan masalah dan cabaran ketika menguruskan perniagaan. Gagal tandanya anda sedang berusaha untuk berjaya. 

Seorang usahawan mesti berpandangan juah dan proaktif di peringkat awal lagi untuk mencapai apa yang dimahukan. Segalanya memerlukan strategi yang terperinci agar segala perkara buruk yang berpotensi untuk berlaku dapat diminimakan. 

10 tips masak burger sedap

  • Wajib guna daging 70 gram untuk kepuasan ketika makan
  • Jangan tekan daging hingga jusnya terkeluar
  • Tidak perlu belah daging sebaliknya hanya lubangkan ia semasa meletakkan seasoning Lea and Perrins dan Maggie
  • Gunakan air bawang putih untuk menggantikan jus daging yang hilang. Caranya sangat mudah dengan hanya potong bawang putih dan masukkan dalam air kosong dan kemudian, curahkan ketika daging hampir masak
  • Gunakan api yang sederhana untuk elakkan daging kering
  • Roti burger tidak boleh ditekan
  • Masukkan sayur untuk menambahkan kemanisan, selera, dan rasa rich dalam burger
  • Say no to sos murah
  • Gunakan mayonis dan keju yang berkualiti
  • Masak sendiri sos lada hitam menggunakan resipi anda

Bahan asas:

1. Roti burger

2. Roti sosej

3. Daging lembu

4. Daging ayam

5. Sosej

6. Kepingan cheese

7. Sayur-sayuran (kubis, tomato, carrot, timun, bawang besar, dan salad)

Rempah:

1. Sos cili

2. Sos tomato

3. Sos lada hitam

4. Marjerin

5. Telur sepapan

6. Serbuk lada hitam

7. Mayonis

8. Serbuk kari

9. Sos mustard

10. Serbuk perasa

Peralatan memasak:

1. Burger Pan

2. Tong Gas

3. Pembungkus atau polistren makanan

4. Plastik

5. Tisu

6. Penapis sayur

7. Potato masher burger presser

8. Scrapper burger

E-book Bisnes Burger

Bisnes makanan adalah perniagaan yang tidak akan mudah jatuh walaupun bermacam-macam cabaran dan persaingan yang datang. Siapa pun tidak akan pernah terfikir dengan modal di bawah RM 1000, pakai khemah atau payung dan meja lipat sahaja, beli peralatan buger, menu dan stok awal dengan bertemakan pasar malam, anda boleh mengaut empat hingga lima angka pendapatan darinya. 

Untuk mendapatkan rujukan dan bimbingan yang lebih sempurna, anda boleh dapatkan E-book Bisnes Burger hasil tulisan Afiq Dato’ Rusly, Jurulatih Usahawan Makanan & Masakan Komersial Terkemuka Malaysia. Dalam buku ini akan memberikan pendedahan terperinci kepada anda dari mula berniaga burger dari aspek produk, pemasaran, pengurusan, operasi serta khidmat pelanggan sehinggalah bagaimana untuk terus sustain dalam perniagaan ini. 

Di harapkan artikel senarai barang burger dapat membantu usahawan-usahawan muda dan belia yang baru ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan burger. Untuk panduan dan info yang lebih lengkap, anda boleh dapatkan E-book Bisnes Burger, di SINI.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest