6 Info Apa Itu Saham – 2021

Apa itu saham? Anda mungkin biasa dengar tentang perkataan saham tetapi kemungkinan besar tidak faham apa yang di maksudkan dengannya. Artikel pada kali ini akan menerangkan kepada anda berkenaan apa itu saham dan peluang anda dalam menjana pendapatan dengan membuat pelaburan itu.

Sebagai bonus, anda juga boleh akses training percuma kami berkaitan dengan palaburan saham dan membolehkan anda untuk berjaya dalam dunia pelaburan. Akses kepada training percuma akan kami kongsikan pada akhir artikel ini. Apapun harap anda dapat info berkaitan dengan saham pada artikel ini.

apa itu saham

Apa itu saham?

Secara umummyna, saham adalah perkongsian hak milik dalam sesebuah syarikat atau dengan mudah anda boleh fahami dengan formula di bawah. 

Saham = Ekuiti

Contohnya, analogi yang boleh di bawakan akan cuba kami kongsikan dalam bentuk penceritaan.

Razali – seorang usahawan muda dalam perniagaan pisang goreng. Beliau mempunyai bakat, ilmu, dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan kerana latar belakang pendidikannya adalah Ijazah Sarjana Muda dalam Pernigaan. Walaupun perniagaannya masih setahun jagung tetapi beliau mempunyai visi dan misi yang sangat kuat untuk masa hadapan yang lebih cerah.

Peminjam – ahli keluarga dan sahabat Razali yang yakin dan percaya kepada perniagaan yang dijalankan Razali. Mereka akan mendapat pulangan setiap tahun bergantung kepada keuntungan atau kerugian daripada perniagaan Razali.

Jadi ringkasnya, Razali akan meminjam dari segi kewangan daripada ahli keluarga dan sahabatnya. Peminjam yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat Razali akan melabur atau membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar saham bergantung kepada wang yang dimiliki. 

Cara Membuat Duit dengan Membeli Saham di pasaran saham

Terdapat dua cara melabur dalam saham boleh menambahkan pendapatan anda iaitu melalui:

Keuntungan dari perbezaan harga modal – Jika anda beli saham pada harga RM15 seunit, dan harga saham itu naik ke RM30 seunit, anda telah gandakan wang pelaburan anda 2x ganda.

Untuk teknik perbezaan harga ini, memang perlukan kemahiran dalam teknikal analisis dan fundemantal analisis. Anda boleh tengok video di bawah berkaitan dengan info teknikal analisis yang anda perlu tahu.

Dividen – Anda dibayar untuk memiliki saham. Syarikat yang stabil dan mempunyai kewangan yang kukuh akan membayar dividen setiap suku tahun atau setahun sekali kepada pemegang saham syarikat. Mereka melakukan ini sebagai cara untuk berkongsi keuntungan mereka dengan pemilik syarikat iaitu anda sebagai pemegang saham.

Bursa Saham Di Malaysia

Bursa Malaysia atau dulu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur, menjadi tempat badan lazim kepada semua pelabur. Di tempat ini mereka akan menjalankan aktiviti jual beli antara orang awam (pelabur) dan syarikat (pemilikan perniagaan). Pasaran saham juga merupakan satu tempat di mana syarikat boleh menaikkan modal supaya sesuatu perniagaan boleh dimajukan. 

Bursa Saham berkuasa membuka laluan kepada pelabur individu, terutamanya orang ramai yang tidak mempunyai modal yang besar, untuk membeli saham dan mengaut keuntungan daripada pasaran saham.

Pelaburan Patuh Syariah

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 278: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu.”

Terdapat beberapa kriteria syariah yang telah digariskan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) seperti pemeriksaan aktiviti perniagaan syarikat, pemeriksaan pada nisbah kewangan syarikat, dan pemeriksaan kualitatif. 

Info Tentang Saham

1. Dua bentuk saham

Terdapat dua bentuk saham yang ada di Malaysia iaitu saham biasa/saham ekuiti dan saham keutamaan. Perbezaan diantara kedua-duanya boleh dilihat dari rajah di bawah.

Saham BiasaSaham Keutamaan
Jika syarikat tidak berjaya, maka wang pelaburan akan hilangMemberi hak dividen tetap
Sekiranya berlaku pembubaran, saham biasa akan mementingkan semua liabiliti dalam syarikat.Sekiranya berlaku pembubaran, saham keutamaan akan mementingkan pembahagian aset.
Memberikan pemegang hak pemilikan dalam syarikat, seperti hak untuk berkongsi keuntungan, hak untuk mengundi dalam mesyuarat agung, memilih dan memecat pengarah.Tidak memberi hak mengundi, tetapi hak mengundi boleh dibuat bergantung pada kegagalan untuk membayar dividen ke atas saham keutamaan bagi tempoh masa yang tertentu.

2. Selamat dan patuh syariah

Mengapa selamat? Kerana setiap jual beli saham akan dipantau oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi mengelakkan anda dari ditipu, dimanipulasi, dan mengalami kerugian. 

Mengapa sah dan patuh syariah pula? Kerana khusus kepada pelabur beragama Islam di Malaysia, Majlis Penasihat Syariah (MPS) sentiasa menilai aktiviti perniagaan syarikat-syarikat awam yang tersenarai. Syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MPS sahaja akan diklasifikasikan sebagai patuh syariah.

3. Jumlah pulangan tiada batasan 

Kadar pulangan bergantung pada kebijaksanaan si pelabur. Jika anda melabur dalam unit amanah, keuntungan hanyalah berdasarkan apa yang diumumkan oleh unit amanah tersebut. Namun pelaburan saham di Bursa Malaysia, jika anda ada ilmu yang betul, keuntungan yang boleh anda miliki tiada batasan sama sekali. Tetapi anda juga perlu tahu, untuk mendapat keuntungan 100% tidak mustahil dan untuk rugi 100% juga tidak mustahil jika anda silap dalam melabur. 

4. Isu popular di internet dan media sosial

Berita tentang saham ini sentiasa menjadi paparan yang popular dan trending di media sosial. Kadang-kadang anda sendiri akan berasa muak dengan iklan-iklan dan headline akhbar yang membincangkan isu ini. Untuk pengetahuan anda cuma ada dua sebab kenapa isu ini boleh jadi popular dan sering keluar di mana-mana medium penyiaran. Yang pertama kerana permintaan atau search engine dari orang ramai yang tinggi. Yang kedua, diperakui dan memberi kesan dengan kejayaan-kejayaan dari pelabur terdahulu.

5. Boleh dilakukan secara part time

Anda pelajar, anda suri rumah, anda seorang pegawai? Siapa pun anda, anda boleh membeli dan terlibat dalam saham. Malah apabila anda turut serta, anda tidak perlu berhenti kerja dari kerja hakiki anda kerana aktiviti ini boleh dilakukan secara separuh masa. Lebih-lebih lagi pada zaman serba canggih ini anda boleh menjalankan jual beli secara online sahaja dengan bantuan smartphone atau laptop, dan internet. Jadi lupakan sahaja mindset anda yang beranggapan bahawa aktiviti ini hanya sesuai kepada mereka yang berkolar putih atay berkot hitam sahaja.

6. Boleh Beli & Jual Pada Bila-Bila Masa, Di Mana-Mana Saja

Modal boleh dimasukkan ke dalam akaun saham pada bila-bila masa atau bila kita sudah bersedia untuk mula membeli saham. Manakala, anda juga boleh memperolehi dan mengeluarkan keuntungan bila-bila masa dan tidak perlu menunggu sehingga habis menuai atau setahun lengkap. 

Boleh KLIK butang di atas ini untuk akses kepada training ataupun kelas online saham secara Percuma. Info berkenaan dengan cara buka akaun saham, tips untuk saham dan alternatif berkaitan dengan saham semua ada di dalam page di atas. Apapun, semoga berjaya.

Diharapkan artikel apa itu saham ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak info tentang saham terutamanya sekali kepada yang baru berjinak-jinak untuk menceburi bidang tersebut. Pelaburan adalah peruntukkan duit anda sekarang yang akan memberi harapan kepada masa depan anda nanti. 

Apa Itu Saham Patuh Syariah?

Saham patuh syariah adalah saham yang menepati kehendak syarak dalam urusan perniagaan mereka. Di Malaysia panel syariah suruhanjaya sekuriti adalah pihak berwajib yang menentukan sesuatu syarikat di Bursa itu patuh syariah atau sebaliknya.

Apa Itu Pasaran Saham?

Pasaran saham di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu primary market dan secondary market. Secara ringkas, primary market untuk IPO dan secondary market adalah perdagangan saham yang anda ketahui.

Boleh Ke Buat Untung Melabur Saham?

Boleh dan setiap strategi sama ada IPO, intraday iaitu in dan out pada hari sama ataupun swing trading iaitu pegang selama lebih kurang seminggu boleh memberikan keuntungan.

Apa Itu Saham Koperasi?

Ianya adalah khas untuk mereka yang berdaftar dengan koperasi sahaja. Antara koperasi yang popular dan memberikan pulangan sehingga 14% setahun adalah Bank Rakyat.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest