Apa Itu IPO? Strategi Untung 166%

Apa itu IPO? Pada kali ini kami cuba membawakan kepada anda berkenaan dengan topik pelaburan terkini iaitu Initial Public Offering ataupun dalam bahasa mudahnya sebagai IPO. Dalam artikel kali ini juga kami akan gariskan beberapa strategi kalau anda nak melabur dalam IPO.

Teruskan bersama kami sehingga ke akhir artikel kerana ada beberapa tawaran menarik yang bakal kami berikan kepada anda. Kerana yang paling penting sekali dalam anda melabur saham ataupun IPO ini, adakah ianya boleh memberikan keuntungan kepada anda. Ianya adalah berkaitan dengan keuntungan, kerana kalau anda nak buat kerja amal, ada banyak lagi tempat yang sesuai.

Pada bahagian akhir, kami juga ada sertakan beberapa FAQ berkenaan dengan Initial Public Offering dan performance IPO pada tahun 2021 sebagai contoh. Anda boleh lihat selepas itu sama ada betul ke IPO ini berbaloi untuk anda invest dan bermula.

apa itu IPO

Apa Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan IPO

Apabila sesuatu syarikat nak kembangkan perniagaan milik mereka, biasanya apa yang mereka lakukan adalah dengan membuat pinjaman bank. Tetapi, bagaimana kalau syarikat tersebut nak kembangkan modal dan pada masa yang sama tak nak buat pinjaman bank. Apa solusi lain yang syarikat tersebut ada.

Salah satu cara lain adalah dengan menjual sebahagian daripada pemilikan syarikat (baca shares). Dengan menjual sebahagian pemilikan saham daripada syarikat ini, syarikat akan mendapat modal untuk memperbesarkan syarikat ataupun gunakan untuk ap sahaja tujuan yang telah mereka nyatakan dalam prospektus syarikat.

Secara ringkasnya, ini adalah antara beberapa sebab kenapa sesebuah syarikat perlu melalui proses IPO ini. Teruskan pembacaan anda kerana ada banyak lagi informasi yang bakal kami kongsikan kepada anda.

Ada Sebab Lain Ke Sesebuah Syarikat Itu Nak Berada di Bursa

IPO membolehkan sesebuah syarikat itu berada dalam Bursa Malaysia. Antara sebab lain kenapa sesebuah syarikat berada dalam Bursa Malaysia adalah kerana faktor image ataupun branding. 

“Syarikat aku ni, ada dalam Bursa Malaysia”

Kan lain tu, kalau jumpa pegawai bank pun senang nak buat pinjaman kerana faktor branding ini. Sebab itu anda lihat, setiap tahun walau dalam keadaan macam mana pun pasaran saham, ada sahaja syarikat yang masuk dalam senarai IPO dan bakal disenaraikan di Bursa Malaysia. 

Syarikat bakal mendapat keuntungan penjualan pemilikan, pelabur pula boleh beli pemilikan syarikat dan menjualnya dikemudian hari. Teknik ini dipanggil capital gain.

Cara Beli IPO

Jika anda merupakan kakitangan syarikat yang bakal disenaraikan, anda mungkin akan diberikan kuota khas untuk pemilikan saham syarikat tersebut. Jika bukan kakitangan pula macam mana? Jangan risau, ada 2 cara yang biasanya digunakan untuk anda mendapatkan pemilikan dalam IPO. 

Cara pertama adalah dengan melalui website MITI. Anda boleh apply IPO ini melalui laman web MITI tetapi ianya khas untuk bumiputra sahaja. Kepada bukan bumiputra pula, usah khuatir, anda boleh membuat pemilikan ataupun pembelian menggunakan cara kedua. Untuk cara dan pembelian menggunakan website MITI pula, anda boleh dapatkan info lanjut di SINI.

Cara kedua pula anda boleh membuat pembelian untuk pemilikan IPO melalui tawaran kepada awam. Untuk ini, anda boleh membuat pemilikan ataupun pembelian di bank-bank yang ada di Malaysia. Biasanya bank-bank di Malaysia ini memang membolehkan anda untuk membeli IPO. Beli sahaja daripada bank-bank seperti ini.

Pengalaman Beli Saham IPO

Pada bulan Jun 2021, kita ambil kes IPO Pekat sebagai case study ya.

Harga tawaran untuk IPO Pekat ini adalah RM0.32 

Harga jualan pada hari pertama ianya didagangkan adalah RM0.85

Katakan anda beli IPO Pekat ini pada harga tawaran RM0.32 dan anda terus sahaja menjual IPO ini pada harga pembukaan RM0.85. 

Di sini sahaja anda sudah boleh mendapat sehingga 166% daripada keuntungan untuk IPO ini. Menarik bukan. 

Memang ada banyak lagi IPO yang mencatatkan keuntungan pada hari pertama seperti ini. Pada masa sama juga, ada IPO yang mencatatkan kerugian pada hari pertama ianya didagangkan. Jadi, ianya terpulang kepada anda untuk mendapatkan informasi yang betul dan cuba membaca keadaan sentimen pasaran sebelum membuat apa-apa pembelian.

Harap ianya menjawab persoalan apa itu IPO dan memang betul IPO boleh buat duit sebenarnya.

IPO Patuh Syariah

Memang bab hukum ini sangat penting terutama kepada mereka yang sentiasa mencari yang halal dalam pelaburan milik mereka. Ianya sama seperti hukum pelaburan Forex, Saham serta Bitcoin

Informasi berkenaan dengan Hukum IPO ini adalah dalam prospektus. Prospektus dalam IPO ini apa? Prospektus dan apa itu IPO memang tidak dapat dipisahkan. Ianya adalah semua informasi yang anda perlukan berkenaan dengan syarikat yang disenaraikan. Kedudukan kewangan syarikat, nature of business semua ada dalam Prospektus ini.

A prospectus, in finance, is a disclosure document that describes a financial security for potential buyers. It commonly provides investors with material information about mutual funds, stocks, bonds and other investments, such as a description of the company’s business, financial statements, biographies of officers and directors, detailed information about their compensation, any litigation that is taking place, a list of material properties and any other material information. In the context of an individual securities offering, such as an initial public offering, a prospectus is distributed by underwriters or brokerages to potential investors. Today, prospectuses are most widely distributed through websites such as EDGAR and its equivalents in other countries. Source : wikipedia

Anda boleh tengok tips dan ringkasan dalam channel Youtube kami di bawah.

Strategi Melabur Dalam IPO

Macam mana strategi kalau nak membuat pelaburan dalam IPO ini?

Kaji Prospektus dan Fundemantal Syarikat

Anda bukan beli IPO ini sebab ikut orang. Semua orang beli, anda pun beli. Saya harap tidak begitu. Kalau boleh cuba ambil masa untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan IPO yang nak dibeli. Cuba baca prospektus dan misalkata kalau tak faham, boleh rujuk dengan mereka yang lebih pakar.

Juga boleh dapatkan pendapat daripada mereka yang pakar dalam IPO ini. Banyak research house daripada pelbagai bank pelaburan yang akan berikan pendapat mereka berkenaan dengan sesutu IPO. Sama ada sesuai untuk dibeli ataupun sebaliknya.

Strategi Hit & Run

Anda gunakan kesempatan ataupun sentimen pelaburan untuk buat cash pantas. Macam mana tu? Beli masa harga tawaran dan cuba jual semula semasa harga pembukaan. Sama seperti yang kami berikan contoh dalam IPO pekat seperti di atas ini.

Tak salah pun kalau anda nak gunakan strategi ini, ya memang tak salah. Untuk menggunakan strategi ini, anda perlu sangat mahir dengan teknikal analisis.

Strategi Long Term

Kalau anda merasakan yang syarikat ini boleh terus memberikan value yang bagus pada masa akan datang. Tak ada masalah pun untuk tidak jual dan terus simpan pegangan dalam syarikat tersebut. Mana tahu anda rasakan syarikat tersebut bakal jadi seperti “the next TopGlove” memang tiada masalah.

Yang penting anda perlu tahu strategi apa yang anda gunakan.

Terus mula sekarang, kepada anda yang belum mempunyai akaun CDS, boleh buka akaun dengan kami. Prosesnya mudah kerana semuanya dilakukan secara online sahaja. Anda memang perlu ada akaun CDS untuk membeli IPO.

Apapun, harapnya anda sukses dalam pelaburan anda dan artikel apa itu IPO ini sedikit sebanyak memberikan anda informasi yang anda perlukan dan mahukan untuk mula melabur dalam saham dan juga IPO. Mana tahu ianya merupakan antara titik permulaan kepada kejayaan anda dalam pelaburan saham.

Pekat Group

IPO Performance 2021

Biar gambar berbicara. IPO ini adalah subscribtion price iaitu harga tawaran dalam bahasa Melayu dan juga harga pembukaan ataupun opening price. Boleh tengok gambar di bawah dan biarlah gambar yang berbicara.

IPO performance 2021
  1. Hpp
  2. Mobilia
  3. Teladan
  4. Flexdynaamic
  5. Volcano Bhd
  6. Tuju Setia
  7. Pekat
  8. Nestcon
  9. Ramssol
  10. Yenher
  11. CTOS
  12. Senheng – info lanjut di SINI

Setakat ini tahun 2021, semua IPO yang tersenarai menunjukkan keuntungan, anda boleh lihat sendiri info berkenaan IPO baru yang bakal di tawarkan dalam laman web INI Ianya merupakan senarai terkini IPO dan anda boleh lihat performance dan prospektus. Apapun, sekali lagi, nak beli IPO kena ada akaun CDS. Akaun CDS direct bukan nominee ya. Nak buka akaun CDS boleh ke link di atas.

Cara Memilih Saham IPO

Setiap IPO mempunyai prospektus mereka sendiri. Di situ anda boleh lihat kekuatan kewangan, strategi, info, pesaing dan lain-lain. Anda boleh buat pilihan setelah mengkaji prospektus. Di Telegram Channel kami, kami akan alert berkala IPO terlibat dalam market.

Cara Beli IPO

Anda boleh beli IPO melalui bank-bank di Malaysia seperti Maybank dan lain-lain. Selain itu, anda boleh beli juga di laman web MITI seperti yang kami beritahu di atas. Wajib kena ada akaun CDS ye.

Boleh ke buat duit dengan saham IPO?

Boleh, dan memang boleh. Anda lihat sendiri performance tahun 2021 di atas ini. Bergantung kepada strategi anda, cara lain, hit dan run pun tiada masalah. Iaitu beli IPO dan jual pada hari pertama disenaraikan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest