8 Cara Beli IPO Miti & Maybank2u 2021

Macam mana nak beli IPO Miti? Artikel pada kali ini, kami nak berikan sedikit info menarik berkenaan dengan Initial Public Offering (IPO) yang anda boleh gunakan sebagai salah satu daripada medium untuk tambah pelaburan anda. Kalau bercerita pasal IPO ini, memang tidak lari dengan pelaburan saham.

Apapun, kami tunjukkan macam mana langkah step by step untuk anda mula membeli IPO dan sedikit tips penting untuk macam mana nak sukses dengan pelaburan IPO ini. Ada sesetengah IPO yang mencatatkan keuntungan selepas hari pertama diniagakan di Bursa Malaysia.

Tetapi, banyak juga yang mencatatkan pelaburan yang kurang memberangkangkan pada hari pertama. Sebagai pelabur, menjadi kewajipan anda untuk membuat analisa dari segi kekuatan kewangan, pasaran dan lain-lain sebelum melaburkan duit anda dalam IPO ini.

cara daftar ipo miti

Ada IPO Yang Naik Sehingga 150% 2019?

Tahun 2019 merupakan tahun di mana indeks KLCI menunjukkan penurunan sehingga 5% setahun. Walaupun menunjukkan penurunan, ada beberapa IPO yang mencatatkan kenaikan pada hari pertama ianya dilancarkan.

Di akhir artikel ini kami akan tunjukkan senarai IPO mengikut tahun terkini untuk anda buat analisa.

Adat melabur, untung belum tentu, rugi itu pasti.

Memang adat pelaburan seperti itu, ada IPO yang tidak mencatatkan sebarang keuntungan pada hari pertama, ada juga yang mencatatkan kerugian pada hari pertama. Semuanya bergantung kepada banyak keadaan dan analisa teknikal dan fundemantal anda terhadap sesuatu kaunter saham ataupun syarikat. Kalau selepas buat analisa dan anda dapati, IPO tersebut boleh naik pada hari pertama, apa salahnya membuat pelaburan.

Pada Jun 2021, IPO Pekat Naik 166%

Pelaburan IPO ini memang berbaloi, kenapa kami kata begitu? Dalam minggu ini, ada satu IPO Pekat, harga tawaran RM0.32. Dibuka di pasaran saham RM0.85 sen dan diniagakan tertinggi sebanyak RM0.93. Kalau anda beli pada harga tawaran dan jual pada harga pembukaan pun, dah dapat untung 166%. Banyak tak 166% tu? Not bad la kan, kalau nak banding dengan Dividen ASB dan Tabung Haji lebih kurang 5% setahun

IPO ni bagi profit dalam masa beberapa bulan tau. Daripada waktu dibuka kepada MITI dan orang awam, sehinggalah waktu pengenaraian. Memang berbaloi kalau anda nak cuba melabur dalam IPO

Maksud IPO

Dalam bahasa mudah dan ringkas, ianya adalah syer ataupun terbitan saham baru diwujudkan dan dijual pada harga tawaran kepada pelabur awam. Lebih kepada ianya dijual pada harga diskaun dan di bawah harga yang sepatutnya. Disebabkan oleh itu, jika ianya disenaraikan di pasaran saham dan IPO tersebut mempunyai nilai pasaran yang bagus, ada banyak pelabur lain yang cuba membeli IPO tersebut pada hari pertama ianya didagangkan.

Jika permintaan lebih tinggi daripada penawaran (supply & demand), maka harga akan naik dan begitulah sebaliknya. Sebab itu ada kemungkinan IPO ini akan naik pada hari pertama dan ada juga kemungkinan ianya turun pada hari pertama.

Teknik Hit And Run (langgar lari) merupakan antara teknik yang popular. Beli IPO dan jual pada hari pertama. (Lakukan teknik ini berdasarkan kepada pemahaman anda dan tidak semua IPO akan naik pada hari pertama. Analisa dan pemahaman lebih penting untuk tentukan ianya berbaloi ataupun sebaliknya)

Menurut Investopedia, IPO adalah

An initial public offering (IPO) refers to the process of offering shares of a private corporation to the public in a new stock issuance. Public share issuance allows a company to raise capital from public investors. The transition from a private to a public company can be an important time for private investors to fully realize gains from their investment as it typically includes share premiums for current private investors. Meanwhile, it also allows public investors to participate in the offering.

Cara Beli IPO MITI

Nak beli IPO sama ada di MITI ataupun di Maybank2u, CIMB Clicks ni tak susah pun, asalkan anda dah ada akaun CDS dan mempunyai dana yang sanggup anda laburkan, boleh mula untuk membuat pelaburan.

Tapi, sebelum tu, baca dulu artikel kami berkenaan dengan cara buka akaun CDS DI SINI.

Pastikan anda mempunyai akaun CDS untuk IPO. Boleh dapatkan info lanjut dengan Remiser anda ye.

Untuk saham miti, tawaran hanya dibernarkan oleh mereka yang bumiputra sahaja. Jika anda seorang bumi, boleh buat pembelian IPO melalui MITI.

Anda boleh baca FAQ berkenaan dengan cara dan syarat-syarat pembeli seperti di bawah ini.

Untuk membuat pendaftaran MITI, boleh ke LINK SINI bagi membuat permohonan untuk pendaftaran IPO MITI.

Apapun cara beli IPO di MITI ini memang agak rumit sedikit dan perlu untuk anda senaraikan borang-borang dan bukti pendapatan. Adalah lebih baik untuk anda gunakan alternatif lain untuk belajar saham kalau tak nak mengharungi perjalanan untuk beli IPO dari MITI ini.

Anda pun boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan Apa Itu IPO di dalam video di bawah ini;

Cara Beli IPO Maybank2u

Nak beli IPO di Maybank2u pula tidaklah terlalu sukar, boleh ikut langkah-langkah ini bagi memudahkan untuk beli IPO melalui Maybank2u.

Pertama sekali apa yang anda perlu lakukan adalah untuk login ke akaun maybank2u anda seperti biasa. Kemudian pergi ke bahagian Investment seperti di bawah ini;

Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk tekan NO1 dan linkkan akaun CDS anda dengan Maybank2u.

Kemudian akan redirect seperti di bawah. Kalau tiada redirect anda perlu tekan link 2 seperti di atas ye.

Masukkan detail dan klik submit. Kalau sudah linkkan akaun CDS anda tidak perli klik link yang pertama, boleh terus ke eIPO.

Berbaloi Ke Melabur Dalam IPO?

Berbaloi ataupun tidak itu bergantung kepada analisa anda sendiri untuk IPO. Jika analisa anda mengatakan yang kaunter tersebut berbaloi untuk dibeli, tiada masalah. Boleh sahaja buat pembelian dan pastikan anda dapat capai target yang anda inginkan. Jangan lupa set “stop loss” jika analisa anda tidak menjadi seperti yang digambarkan. Lebih baik trigger stop loss awal-awal daripada harga dah terlalu jatuh sampai anda tak boleh nak patah balik daripada harga asal.

Analisa Teknikal & Fundemantal – Macam Mana Nak Bermula di IPO

Sekarang ini ada banyak sangat mazhab dalam teknikal analisis termasuklah kalau anda nak trade IPO. Apapun, saya sangat galakkan untuk anda bermula dengan ebook SISTEM SAHAM Ini untuk bermula. Ianya merupakan satu panduan pelaburan yang baik untuk anda tinggatkan skill anda untuk analisa teknikal saham.

Memang ada banyak lagi tips dan panduan untuk belajar teknikal analisis saham dan tidak terhad kepada ebook sistem saham tersebut. Teruskan belajar dan belajar. Ianya adalah antara panduan yang bagus untuk anda bermula. 

Untuk analisa secara fundemantal pula, kami galakkan untuk anda lihat tips yang ada di SINI pula. Untuk IPO memang anda perlukan tips dan panduan secara teknikal dan fundemantal untuk sukses dalam pelaburan anda. 

IPO Patuh Syariah?

Untuk tahu sama ada IPO itu patuh syariah ataupun sebaliknya anda kena buat kajian sendiri. Kebiasannya, ianya ada dalam prospektus syarikat tersebut. Sekali lagi saya nak ingatkan yang sebagai seorang muslim, adalah diwajibkan untuk mencari yang halal. Oleh sebab itu, IPO yang patuh syariah adalah pilihan terbaik untuk anda. Jika anda bukan muslim, tiada masalah untuk memilih yang patuh syariah ataupun sebaliknya.

Boleh tengok link di bawah ini untuk tarikh dan prospektus IPO patuh syariah yang anda boleh lihat sendiri.

https://www.bursamalaysia.com/listing/listing_resources/ipo/ipo_summary

Alternatif Lain Untuk Pelaburan

Cara beli IPO Miti ini memang memerlukan skill tertentu dan tidak semua jumlah yang anda mohon itu, anda akan dapat. Boleh jadi sebaliknya. Oleh sebab itu, pilihan lain adalah untuk anda cuba trade sendiri pasaran alternatif lain seperti FCPO dan lain-lain.

Cuba Melabur FCPO

FCPO adalah di bawah Bursa Malaysia Derivatif yang khusus untuk pasaran komoditi kelapa sawit. Ianya adalah pelaburan yang sangat agresif yang menjanjikan keuntungan lumayan dan juga kerugian pada masa yang sama. Kalau anda nakkan pelaburan yang agresif, tiada masalah untuk anda cuba apa itu FCPO.

Forex – Halal Ke Harus

Ramai yang bertanya adakah Forex ni halal ataupun harus. Terutama yang memang secara jujur nak melabur dalam Forex. Ianya mempunyai hukum yang tersendiri dan kalau anda nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan Forex ini, boleh ikuti artikel kami di bawah ini;

Semuanya bermula dengan langkah pertama, tak nak pelaburan yang agresif, pelaburan yang sederhana pun tiada masalah. Asalkan anda tahu apa yang anda lakukan. Harap artikel cara beli IPO miti ini membantu anda untuk membuat pelaburan.

Related Posts

20 thoughts on “8 Cara Beli IPO Miti & Maybank2u 2021

  1. This is one detailed explanation berkenaan IPO. Good information buat yang merancang-rancang nak berjinak – jangan simply beli disebabkan terpengaruh dengan kata-kata manis. Belajar dan ask around – here is one great info untuk semua.

  2. ok faham. ilmu baru. tapi kefahaman secara dasar je.
    pernah melabur sekejap dlm unit trust. mungkin beza dgn ini, kan?
    tapi tu la. mungkin consultant tak main peranan. 8 thn, sib baik pulang modal.
    untung sen sen je. sejak tu tak berani nak melabur sejenis dgn nya.
    org biasa, savings biasa2 je 🙂 ha ha ha yg risiko rendah.

    tq for sharing. pada yg ingin faham, inilah artikel pemula utk mereka mula faham.
    detail dan mudah faham 🙂

    1. ya betul, unit trust agak beza yang ni, ni lebih kepada pelaburan saham.

  3. Bab saham atau pelaburan memang tak paham. Lgipun tk de modal. Hehe. Tgk iklan forex dan seumpamanya mcm mudah je buat duit. Sis baca sebagai info ajelah. Apa pun kn ada ilmu dan berguru gak saham ni.

    1. memang kena ada ilmu bab saham ini betul setuju.

      cuma saya lebih rekemen pelaburan yang patuh syariah. Antaranya saham dan elakkan melabur dalam platform macam forex

  4. Bab berkaitan saham, pelaburan ni biasa la dengar suami sembang kan. Tapi memang pernah cakap pada dia, taknak ambik tahu. Sebab macam memeningkan. Hihi..
    Just dengar dan tahu info asas sikit sikit tu boleh la. Hehe

    1. betul, tapi kedepan memang kena mula ambil tahu bab pelaburan ini.

  5. Wahhh artikel yang sangat informatif plak2 khas buat mereka yg suka dlm bidang ni. Thanks for sharing, kte pun nak recce ni

    1. sama-sama

      harap boleh la kita mula melabur, sikit-sikit pun tak mengapa

  6. Risk appetite saya rendah je. Mungkin tak sesuai kot untuk labur dlm IPO. Apa pun, bab2 pelaburan ni mmg kena ada ilmu, tak boleh main sembrono je. Kalau bernasib baik, mungkin dpt la beginner’s luck. Kalau tak, habis la duit simpanan.

    1. kalau tak larat nak main saham, boleh je labur dalam platform lain macam wahed invest tu.

  7. Nampak bagus ni bagi yang pandai main trade..Marsha ni tak pandai. Tumpang happy untuk kawan-kawan yang success!

  8. Kawan Sis ramai yang buat saham, sedikit sebanyak time gini ada le juga nampak income tepi masuk.. cuma Sis yee memang tak faham bab saham gini..

  9. Nak belajar la buat investment dalam saham ni.. terus click nak belajar how to buka CDS account, but sadly only Bumi can buy IPO under MITI ye.. but non-Bumi pun boleh buat urusniaga using Maybank2U tak after ada CDS account? nak explore ni..

    1. boleh explore tak ada masalah. Boleh dapat profit best tuuu

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Pin It on Pinterest