Apa Itu Akaun CDS – 6 Info Terkini 2023

Anda mesti baru mula-mula nak melabur saham dan nak tahu apa itu akaun CDS dalam saham ini. Anda datang ke tempat yang betul kerana artikel ini memang untuk anda. Cuma artikel ini agak teknikal sikit dan pada akhir artikel, kami akan rekemen anda untuk ambil ataupun dapatkan akaun CDS yang mana yang bersesuaian untuk anda.

CDS adalah singkatan kepada ‘Central Depository System’ ataupun Sistem Depository Pusat. Segala urusan jual beli anda dalam pasaran saham akan direkodkan dalam akaun ini. Saham anda akan disimpan secara elektronik di dalam sistem yang telah disediakan oleh pihak Bursa Malaysia. Senang kata, kalau nak berdagang saham di Malaysia, wajib buka akaun CDS ini.

Perbincangan agak teknikal, tapi saya akan kupaskan agar mudah faham. Pada akhir artikel, kami juga akan berikan tips dan tempat untuk anda buka akaun CDS ini dan semuanya boleh dilakukan secara online sahaja. 

apa itu akaun cds

Jenis Akaun CDS Yang Ada

Ada 2 Jenis akaun CDS yand ada di Malaysia ini. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza diantara keduanya. Info ini penting bagi menjawab soalan apa itu akaun CDS.

Akaun CDS Direct

Akaun ini berdaftar atas nama anda sendiri dan anda adalah pemegang saham untuk syarikat yang anda beli dan laburkan tersebut. Berikut adalah info lain berkenaan dengan akaun CDS direct yang anda perlu tahu;

  • Anda layak untuk hadir ke mesyuarat agung tahunan yang diadakan setahun sekali kerana anda adalah sebahagian daripada pemegang saham.
  • Boleh memohon IPO. Ini sangat penting kerana anda boleh buat duit cara lain dengan saham melalui IPO. Kami akan bagi penerangan lanjut nanti.
  • Laporan kewangan syarikat akan dihantar kepada anda.
  • Dividen saham akan dimasukkan terus ke dalam akaun anda

Akaun CDS Nominee

Akaun ini, tidak didaftarkan atas nama anda sebaliknya menggunakan nama broker sebagai wakil. Akaun ini mempunyai beberapa kekurangan dan anda boleh dapatkan info lanjut di bawah ini;

  • Tidak layak untuk hadir ke mesyuarat agung tahunan
  • Ada charge yang dikenakan untuk dividen yang diterima
  • Laporan kewangan syarikat tidak dihantar ke alamat anda
  • Tak boleh memohon IPO.

Alang-alang tu kami lebih rekemen untuk anda buka akaun CDS direct. Anda mempunyai banyak kelebihan dan salah satunya adalah straetegi IPO. Anda boleh melabur macam biasa dan pada masa yang sama, tak salah untuk cuba-cuba melabur dalam IPO.

Beza Akaun CDS Conventional vs Islamik

Disebabkan oleh ramai yang mula memilih untuk membuka akaun secara islamik, ianya sudah mula berkembang dan saya sangat rekemen untuk anda membuka akaun CDS Islamik. Jika anda seorang Islam, memang sangat digalakkan untuk membuka akaun secara Islamik kerana ianya wajib. 

Apapun, kalau nak buka akaun CDS dan nak tahu perbezaan secara ringkas berkenaan dengan kedua-dua ini. Akaun CDS islamik ini membolehkan anda untuk berdagang kaunter saham yang patuh syariah sahaja. 

Apa jadi kalau cuba beli kaunter yang tak patuh syariah?

Transaction ini tidak akan terjadi, platform dan broker akan “reject” pembelian tersebut dan anda tidak dapat meneruskan transaksi. Jadi kalau anda menggunakan akaun Islamik, tiada istilah “terbeli” kaunter yang tak patuh syariah. 

Berbeza dengan akaun konvensional, anda boleh beli semua kaunter di dalam Bursa. Ada kebarangkalian yang anda tak sempat pun nak periksa kaunter tersebut patuh syariah ataupun sebaliknya, terbeli kaunter tersebut. 

Untuk lebih menenangkan hati, adalah lebih baik untuk anda buka sahaja akan CDS Islamik.

Kenapa Saya Rekemen Anda Ambil Akaun CDS Direct Dan Bukan Nominee

Salah satu sebabnya adalah kerana, jika anda menggunakan akaun CDS Direct, anda boleh membeli IPO. Berbaloi ke melabur dalam IPO?

Jika kena gaya dan cara, anda boleh mendapat pulangan sehingga 166% untuk satu jenis IPO pada hari pertama ianya didagangkan. Baca kisah bagaimana ada kaunter yang membolehkan anda untuk dapat profit sehingga 166% pada hari pertama dalam video di bawah ini;

Kalau anda mempunyai trading plan dan setup sendiri, tak ada masalah, cuma kalau boleh tengok sekali apa yang IPO boleh offer kepada anda. InsyaAllah berbaloi.

Rakuten Jenis Nominee

Sekarang ini antara platform yang mempunyai marketing yang sangat agresif di Media Social adalah Rakuten Trade. Mungkin anda tidak perasan, tetapi untuk pengetahuan anda, akaun yang ditawarkan ini adalah jenis Nominee. Bermaksud, tidak boleh nak trade IPO di Malaysia.

Alang-alang nak berdagang tu, boleh terus berdagang dengan buka akaun yang boleh trade IPO sekali. Penting untuk pelaburan jangka panjang.

Jenis Akaun Yang Anda Boleh Buka Dalam CDS

Ada 4 jenis, tapi kali ni jenis lain bukan Nominee dan Direct. Tak apa, nanti kami rekemen kepada anda yang mana yang bersesuaian dengan apa yang anda perlukan. Berikut adalah antara beberapa jenis akaun yang anda boleh gunakan untuk trade saham di Malaysia;

Akaun Jenis Cash

Sekarang ini ramai yang tawarkan ini. Saya pun rekemen anda gunakan akaun cash. Kenapa saya kata begitu? Sebab saya hanya galakkan anda untuk berdagang dengan menggunakan apa yang anda ada sahaja. Lagipun memang kebanyakan pelabur pun gunakan akaun ini. Risiko kerugian hanyalah untuk modal yang ada dalam akaun ini sahaja.

Tidak galakkan berhutang dan hanya trade apa yang anda ada sahaja. Tetapi, untuk artikel ini, saya nak beritahu yang ada beberapa jenis akaun lain yang ada untuk akaun CDS.

Akaun Margin

Akaun jenis ini menggandakan limit pembelian pelabur. Misalkata pelabur memasukkan Rm10,000, pelabur boleh membuat pembelian sehingga Rm20,000 jika had limit adalah 2.0 kali. Pelabur boleh membeli saham misalkata sehingga Rm15,000. Cuma kalau untung alhamdulillah, kalau rugi, dah betimpa-timpa kerugian yang kena.

Dalam kes seperti di atas, modal Rm10,000, dan beli saham sehingga Rm15,000. Pelabur akan dikenakan faedah ke atas RM5000 tersebut. Kadang faedah itu bergantung kepada bank dan ikut terma dan syarat yang diberikan.

Akaun Collateral

Ianya lebih kurang macam akaun Margin, akan ada limit belian sehingga 2 kali ganda ataupun 3 kali ganda. Tetapi pelabur perlu untuk selesaikan pembelian dalam tempoh T+3 ataupun kena bayar jumlah dalam tempoh tersebut. Ini adalah antara beberapa syarat penting yang anda perlu tahu berkenaan dengan jenis akaun yang ada dalam pasaran. Harapnya penjelasan jenis akaun ini membolehkan anda untuk menjawab persoalan perihal apa itu akaun CDS.

Jadi Nak Trade Pakai Akaun Yang Mana?

Kami rekemen anda gunakan akaun Islamik, direct sebab anda boleh beli IPO dan hadir dalam Annual Grand Meeting serta akaun cash. Kenapa cash sebab anda cuma trade jumlah yang anda selesa tanpa ada apa-apa tekanan lain. 

Syarat Buka Akaun CDS Ini

Syarat nak buka akaun ini tidak susah pun, asalkan anda seorang yang berumur 18 tahun dan ke atas berserta tidak bankrap, anda boleh buka akaun. Kalau tak dapat nak buka secara online, boleh buka melalui manual form insyaAllah tak ada masalah.

Apapun, harapnya artikel apa itu akaun CDS ini memberikan anda info yang sepatutnya bagi membolehkan anda untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.

Frequently Asked Question

Beza Akaun CDS Dan Trading?

Akaun CDS dan trading biasanya akan dibuka sekali dengan mana-mana broker saham. Ianya adalah 2 akaun yang berbeza.

Jenis Akaun CDS?

Secara ringkas akaun CDS terbahagi kepada jenis direct dan jenis nominee. Perbezaan antara keduanya telahpun kami nyatakan dalam artikel di atas.

Nak Trade Saham Global Perlu Ke Akaun CDS?

CDS cuma digunapakai di Bursa Malaysia sahaja dan jika anda nak trade global, perlu berdaftar dengan pihak yang berkaitan.

Ada ke Akaun CDS Terbaik?

Setiap broker akan ada pro dan kontra, jika buka dengan pihak kami, kami akan memudahkan proses dan memberikan panduan untuk anda trade saham di Bursa Malaysia.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *