Keburukan SSPN – Penting Sebelum Langgan 2024

Pada artikel kali ini, kami nak kaji sedikit keburukan SSPN yang anda perlu tahu terutama sebelum anda nak langgan pakej ini. Selain daripada keburukan, ada juga kebaikan pada pakej ini. Sebelum anda beli mana-mana pekej bolehla buat kajian terperinci dahulu dan jika sesuai, tak ada masalah nak langgan SSPN ini.

Sijil Simpanan Pendidikan Nasional ini memberikan fokus kepada pendidikan anak. Ada kemungkinan yang kos pendidikan makin lama makin mahal dan takkan nak mengharapkan pada PTPTN sahaja kan. Jadinya, simpanan dari kecil ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk mengurangkan beban dan kos pendidikan yang semakin lama semakin meningkat.

Jadi, penting untuk anda ketahui beberapa keburukan SSPN sebagai satu panduan sebelum subscribe mana-mana pelan.

keburukan sspn

Dividen Tak Tinggi Mana

Di dalam laman web SSPN seperti yang anda boleh rujuk di SINI, mereka menawarkan dividen tahunan sehingga 4% setahun.

4% ni banyak atau tidak? Ianya bergantung dengan kadar inflasi semasa. Direkodkan kadar inflasi adalah sehingga 3% sehingga 5% akan tetapi akibat dari covid ini, inflasi semakin meningkat dari masa ke semasa.

Akibat dari covid, mungkin akan mula berlaku kenaikan harga baranan runcit seperti ayam, telur, minyak dan lain-lain lagi. Kalau nak dibandingkan dengan pelaburan seperti Wahed Invest ataupun ASB yang memberikan pulangan yang lebih tinggi, memang tak adil. Tetapi SSPN datang dengan beberapa manfaat lain yang anda boleh gunakan.

Cukuplah sekadar untuk lawan inflasi akan tetapi, ianya tidaklah setinggi mana.

Coverage Untuk Nyawa – Tak Ada Medical Card

SSPN ini menawarkan insurans ataupun takaful nyawa dan juga mungkin penyakit kritikal bergantung kepada pakej yang anda ambil. Jangan silap jika anda fikir ianya cover medical card yang kalau anda sakit dan pergi ke hospital swasta, boleh cover kos tersebut.

Tiada lagi pakej medical card dalam SSPN ini pada masa artikel ini ditulis. Manfaat yang bakal diperolehi ini hanya apabila meninggal, ada sakit kritikal ataupun lumpuh sehingga tak boleh berjalan sahaja. Jadi, jangan letak expectation anda terlalu tinggi ya.

Simpanan Untuk Anak – Bukan Dewasa

SSPN ini hanya simpanan untuk anak-anak dan bukan untuk dewasa. Orang dewasa boleh menyimpan di Tabung Haji ataupun ASB. Kalau nak lebih advanced tu, boleh cuba Wahed Invest ataupun Raiz Invest. Kalau nak lebih advanced lagi, boleh invest dalam Bitcoin melalui platform Luno ataupun Huobi.

Kami pun pernah buat review dulu, tentang tempat terbaik untuk simpan duit anak di mana. Dalam artikel tersebut juga, dalam banyak-banyak tempat, ada 1 tempat yang terbaik jika nak dibandingkan dengan beberapa tempat lain kerana faktor manfaat yang diberikan. Nak tahu kat mana tu, boleh tengok artikel kami di SINI.

Kelebihan SSPN

Dah cerita pasal keburukan, kali ini kami nak cerita berkenaan dengan kelebihan SSPN pula. Ada beberapa kelebihan dan bila lepas kami cerita kelebihan dan keburukan, lebih mudah untuk anda timbang tara sama ada ianya sesuai ataupun sebaliknya.

Pelepasan Cukai Taksiran

Paling menarik, setiap tahun pasti akan ada pelepasan cukai hanya dengan melanggan pakej dari SSPN ini. Daripada bayar cukai, baik simpan di sini dan anda boleh dapat rebate cukai dari kerajaan. Menarik kan.

Nak buka akaun pula anda boleh tengok step by step seperti dalam video di bawah ini;

Rebate cukai adalah sehingga RM8000 bergantung kepada tahun taksiran. Anda kena periksa sendiri kerana setiap tahun adalah berbeza jumlah rebate yang diberikan khusus untuk SSPN

Rancang pembayaran cukai anda dan pastinya, SSPN adalah salah satu daripada alat untuk anda gunakan bagi mengurangkan bayaran cukai secara sah. Gunakan sebaiknya apa yang ditawarkan oleh pihak SSPN ini.

Jaminan Simpanan Oleh Kerajaan

Simpanan anda dijamin kerajaan.Jadi tak perlu nak fikirkan kalau-kalau SSPN ni bankrupt kerana memang simpanan anda dijamin. Anda ada sedikit peace of mind daripada memikirkan perkara yang tidak sepatutnya.

Jika berlaku perkara yang tak diingini seperti SSPN bankrupt, tak ada masalah kerana simpanan anda di jamin kerajaan.

Produk Simpanan Patuh Syariah

Simpanan dan pelaburan dalam SSPN ini adalah patuh syariah dan tak perlu risau sekali lagi. Memang ada banyak pelaburan yang patuh syariah di Malaysia ini, dan apapun, SSPN adalah salah satu pelaburan yang anda boleh menfaatkan. 

Ada Cabutan Bertuah

Antara manfaat lain dalam SSPN adalah cabutan bertuah. Mana tahu anda salah seorang yang bertuah sehingga mendapat hadiah cabutan bertuah. Alang-alang nak membuat pelaburan, pastikan pelaburan tersebut berbaloi dan kalau bertuah, boleh dapat hadiah daripada cabutan bertuah tersebut.

Manfaat Takaful – Ada La

Antara manfaat lainnya adalah manfaat takaful bagi membolehkan peserta menerima manfaat takaful sekiranya berlaku kematian, kecacatan kekal ataupun penyakit kritikal bergantung kepada pakej yang telah dipilih. 

Ada banyak lagi manfaat lain semua anda boleh tengok dalam official page SSPN seperti dalam butang di atas.

Kalau sesuai dengan apa yang anda mahukan, tak ada masalah untuk anda subscribe pakej ini.

Boleh Pilih Dan Manfaatkan

Manfaatnya tidaklah besar jika nak dibandingkan dengan hibah takaful tetapi anda boleh gunakan dan manfaatkan apa yang ditawarkan oleh SSPN ini.

Nak dibandingkan keburukan dan kebaikan, saya nampak lebih banyak kebaikan yang anda boleh dapat daripada Sijil Simpanan Pendidikan Nasional ini. Ya, memang setiap produk ada saja kekurangan dan jika anda merasakan pulangan dividen rendah, manfaat takaful yang tidak komprehesif, boleh sahaja untuk anda subscribe takaful ataupun hibah daripada pengendali takaful di Malaysia.

Untuk pelaburan, boleh cuba untuk kaji wahed invest ataupun pelaburan dalam cryptocurrency ini. 

Banyak kebaikan dan kami harap keburukan SSPN ini tidaklah sampai anda menafikan ada perkara yang baik yang ditawarkan oleh produk ini. Buat kajian dengan terperinci dan jika anda merasakan yang ianya sesuai, boleh terus melanggan produk ini.

Related Posts

30 thoughts on “Keburukan SSPN – Penting Sebelum Langgan 2024

  1. ada akaun sspn utk anak..masa tu buka sbb ada ganjaran insentif khas dpt rm 500..selain dr tu dpt juga pelepasan income tax..tq for sharing keburukan sspn

  2. Memang ada tanya kawan-kawan untuk simpanan anak. Setakat ni baru tabung haji. Memang ada terfikir untuk sspn ni. Yela duit utk belajar semua kan.

    1. SSPN ni kalau nak simpan memang antara tempat yang sangat ok. Silakan.

  3. Setakat ni baru buka akaun asb untuk anak2. Belum lagi bukak SSPN. terima kasih share info ni

  4. perkongsian yang baik, ada masa nak baca tentang investment dewasa tu, bagus ada link senang nak rujuk. terima kasih atas perkongsian

      1. dah buka akaun public mutual untuk kegunaan anak akan dtg. tah baloi ke tak..huhu

        1. ok je, cuma kalau saya nampak SSPN lagi berbaloi.

  5. Setakat ni simpanan anak-anak buat di Tabung Haji. Masih pertimbangkan untuk buka akaun SSPN kemudian.

  6. Anak saya ada yg dah ada akaun SSPN ni tp tak berapa aktif sbb masing2 dah keja, kdg2 bagus jgk buat simpan an utk pendidikan

    1. dah bagus sangat ada SSPN tu, teruskan puan, agar terus bermanfaat.

  7. Masa awal baca tajuk. saya terus terfikir ‘ahhh sudahhhh’
    Sekali baca sampai habis, terus lega.
    Betul, apa produk pun ada kurang dan lebihnya. TQ sharing info nie

    1. haha, biasala tu, nak tarik orang baca. Terima kasih komen sini bro

  8. Start early the best kan! Walaupun rendah tapi bila mereka dah capai usia masuk zaman uni nanti, duit yang terkumpul tue cukup untuk meringankan beban especially kos tertiary study yang agak tinggi!

    1. Great article about SSPN you really made a lot of effort to dive into details thanks for sharing

    2. betul, sebab tu penting untuk mula menabung dalam sspn

  9. wah.. jelas dan mudah faham artikel ni. sangat membantu untuk saya yang kurang arif bab ni. boleh kongsikan juga pada kawan-kawan tentang ni!

    1. tak ada masalah untuk kongsikan, memang bagus sspn ni

    1. betul, saya paling suka manfaat potongan cukai jika menabung dalam sspn ni.

    1. ya, kalau simpanan utk anak, so far sspn ni paling bagus.

  10. Simpanan untuk anak-anak ni kena pelbagai dan konsisten menabung. Saya ada beberapa akaun untuk anak-anak ni. Macam tabung bunian pun ada juga. Semua sikit-sikit bank in. Kalau ada yang bulanan dah tetap rm berapa tu lg mudah macam SSPN Intan tu. Start small amount tp konsisten. Ada org dia nak start angka besar dan tertumpu kepada 1 tempat simpanan. Kalau boleh ibu bapa menyimpan di ASB, Tabung Haji, Insurans dan bank lain yang ada manfaat luar biasa ke kan. Hehehe. Takpe start small. Saya takmo anak dibebani hutang selepas tamat universiti. Sebab mak dah kena sampai hari ni masih bayar hutang pinjaman pendidikan. Huhu.

    1. alhamdulillah niat suci murni.

      sebab tu menabung dari awal dan sspn ni pun banyak sangat manfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *