Keburukan Public Gold – Penting Sebelum Invest

Apa keburukan Public Gold yang anda perlu tahu? Biasanya kalau anda nak beli emas Public Gold ini, memang untuk tujuan pelaburan. Kalau untuk hiasan, tak cari di Public Gold akan tetapi cari di kedai emas.

Cuma persoalan di sini, berbaloi ke beli emas jenama Public Gold ini? Apa info yang anda perlu tahu sebelum anda memulakan pelaburan jenis ini. Apa alternatif di luar sana selain Public Gold yang anda boleh ceburi kalau anda nak mula pelaburan jenis ini.

Boleh baca satu persatu sehingga habis artikel ini dan anda dapat banyak info dan input berguna kalau anda nak mula melabur dalam Public Gold.

keburukan public gold

Susut Nilai – Ini Anda Perlu Tahu

Emas Public Gold ini sama je seperti emas fizikal yang lain, ada susut nilai ataupun dalam bahasa Inggeris, “spread”. Anda beli je hari ini, dan kalau anda nak jual semula, harga akan susut dalam 6% ke 9% kalau anda nak jual pada hari yang sama. 

Kalau nak “break even” tu, anda kena jual semula emas apabila harga naik 6% ke 9%. Bila akan naik, tak tahu, Boleh jadi akan makin naik ataupun boleh jadi harga semakin menurun kerana faktor supply dan demand. 

Ini lebih kurang sama kalau anda beli kereta, biasanya harga kereta, lepas sahaja keluar dari showroom, harga akan jatuh sehingga 10% dan akan terus jatuh setiap tahun. 

Cuma bezanya, emas jatuh 6% ke 9% selepas anda membeli dan kemugkinan akan ada kenaikan bergantung kepada keadaan semasa. 

Jadi, persoalan yang anda sendiri perlu untuk jawab. Adakah anda tak ada masalah, barangan yang anda beli susut nilai sebanyak 9% sejurus selepas anda beli untuk tujuan pelaburan. Kalau anda tak ada masalah boleh teruskan niat anda dan kami juga akan berikan alternatif macam mana nak beli emas Public gold ini.

Nak Simpan Di Mana?

Sebelum saya lontarkan persoalan ini, adalah lebih baik untuk saya beritahu, anda boleh membuat pembelian emas Public Gold di laman web PG Mall. Boleh ikuti link di bawah ini untuk tahu laman web yang saya maksudkan.

Anda boleh membeli emas di PG Mall seperti di atas ataupun di mana sahaja cawangan PG Mall di seluruh Malaysia. Cuma persoalan besar yang anda perlu tanya adalah, di mana anda nak simpan emas ini?

Adakah anda perlu untuk sewa peti khas di luar sana nanti? Saya pernah terbaca buku mengenai pelaburan emas, di mana penulis menyimpan emas di safety box di luar sana. Anda pun boleh gunakan strategi yang sama untuk cari tempat untuk simpad emas dan yang lebih penting berbaloi dengan bajet anda. Sewaan boleh jadi secara bulanan ataupun mingguan mengikut pakej yang ditawarkan.

Nak lebih jimat, boleh simpan dalam peti besi di rumah. Harga pun tak lah mahal, saya periksa di Shopee, harga untuk peti besi dalam RM100 ke bawah pun dah boleh dapat. Boleh tengok pilihan harga di SINI.

Apabila anda simpan, kata kunci (baca : password) itu mungkin hanya anda ataupun pasangan sahaja yang tahu. Ataupun mereka lain yang terdekat. Saya boleh kata, kalau memang anda serious nak simpan emas ini, bolehlah invest dalam safety box ini untuk memudahkan anda untuk ingat tempat anda simpan emas ini.

Tak Banyak Design Menarik?

Tak juga sebab saya nampak ada banyak variasi juga lah emas Public Gold ini. Sekali lagi boleh tengok di link bawah ini kalau anda nak tengok design terkini Public Gold. 

Kalau anda membeli emas di laman web PG Mall memang dari segi design tu, tak adalah banyak pilihan sangat. Akan tetapi, kalau anda beli dengan dealer ataupun di kedai mereka, memang ada banyak pilihan yang ada untuk anda.

Kalau anda tak kisah pasal design, boleh terus beli di PG Mall dan kalau nak pilihan lain yang ada, boleh terus ke branch yang terdekat dengan anda. 

Berbaloi Melabur Emas?

Bagi saya berbaloi cuma kalau boleh diversifykan ataupun pelbagaikan pelaburan anda. Bukan hanya emas semata-mata. Boleh juga untuk anda explore pelaburan seperti Wahed Invest yang membolehkan anda membuat pelaburan menggunakan konsep Robo Advisor dan lain-lain.

Juga pelaburan hartanah ataupun anda boleh membeli emas secara online (tanpa ada susut nilai di dalam app Wahed invest) saya ada terangkan cara untuk membeli emas dengan cara tersebut dalam artikel di SINI.

Kalau anda memang terlalu bergantung pada pelaburan emas, terutama emas fizikal pun pada saya tak berbaloi kerana harga akan drop 9% pada hari yang sama anda beli. Harga emas akan naik pada masa akan datang? Mungkin akan naik dan tak mustahil untuk turun juga. 

Alternatif Pelaburan Lain

Ini cuma cadangan sahaja dan perlu diingatkan ini bukanlah nasihat pelaburan. Anda masih perlu untuk mendapatkan pandangan daripada pakar kewangan berkenaan dengan strategi pelaburan yang sesuai dengan situasi dan keadaan anda. 

Pelaburan Di Wahed Invest

Boleh mulakan dengan pelaburan yang berisiko rendah seperti Wahed Invest. Ianya tak jauh beza pun dengan pelaburan menggunakan unit trust, cuma pada saya lebih murah dari segi kos kalau menggunakan Wahed dan lebih mudah untuk faham. Anda pun boleh membuat analisa teknikal carta Wahed Invest dan boleh mula membeli ketika harga sedang jatuh.

Sumber Tradingview – anda boleh claim free trail 30 day di SINI

Pelaburan Saham

Ok, dah habis pasal Wahed yang pada saya pelaburan yang agak simple, anda boleh bermula dengan RM100 dan boleh melabur emas pun dalam Wahed Invest ini. Kita pergi kepada satu pelaburan lain yang lebih agresif sikit, iaitu pelaburan saham.

Di sini anda perlukan satu analisa yang jitu dan padu untuk satu pelaburan jangka masa panjang ataupun shoer term investment. Ada juga istilah BTST (buy today sell tomorrow) memang satu pelaburan yang agak agresif. Strategi memilih kaunter adalah sangat-sangat penting dan saya rekemen untuk bermula dengan RM5000 kalau anda nak memilih untuk melabur dalam pasaran saham.

Pelaburan FCPO

Terakhir adalah FCPO ataupun pelaburan pasaran hadapan Kelapa Sawit. Info berkenaan dengan pelaburan ini, anda boleh dapat dalam artikel kami di bawah ini.

1 Apa Itu FCPO

2 Tips buka Akaun FCPO

Cuma nak beritahu yang pelaburan FCPO ini sangatlah agresif. Anda boleh dapat untung Rm1000 dalam masa sehari, sangat boleh dan tiada masalah pun. Dan… anda juga boleh rugi sebanyak RM1000 dalam masa sehari dan mungkin lebih. Ianya sangat berisiko “high risk high gain”

Ianya boleh jadi satu alternatif yang baik untuk pelaburan emas.

Pelaburan Emas Sesuai Untuk Anda

Adakah pelaburan emas sesuai untuk anda? Ini adalah antara beberapa keburukan Public Gold yang anda perlu tahu dan alternatif yang ada. Adakah ianya sesuai untuk anda? Anda boleh lihat dan pastikan sendiri.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *