Cara Beli Rumah Subsale Tanpa Deposit

Macam mana cara beli rumah subsale tanpa deposit? Ini adalah antara beberapa panduan kepada anda kalau anda nak beli rumah dan tak mempunyai cash yang cukup. Ini juga adalah antara beberapa pengalaman saya sendiri sebagai seorang perunding hartanah dan harapnya, ianya membantu anda untuk anda buat pembelian rumah.

Boleh baca artikel ini sampai habis dan harapnya dapat membantu anda untuk beli rumah tanpa keluarkan kos yang terlalu tinggi. Boleh cuba dapatkan ataupun beli rumah pertama anda tahun ini juga.

Cara Beli Rumah Subsale Tanpa Deposit

Dah Ada Rumah Yang Nak Di Beli

Saya anggap anda sudah ada rumah yang nak dibeli, kalau sudah ada rumah akan memudahkan proses. Tengok sahaja senarai rumah untuk dijual di laman web mudah.my ataupun boleh tengok page mudah.my saya untuk senarai rumah yang available untuk dijual.

Untuk lebih banyak lagi tips berkaitan dengan hartanah, boleh sahaja tengok ataupun dapatkan info lanjut di tiktok saya. 

Dah ada rumah yang nak dibeli ini, akan memudahkan proses seterusnya kalau anda nak beli rumah. Tak beli rumah lagi pun tak mengapa, boleh dapatkan info dan boleh baca artikel kami ini sampai habis. Akan membantu anda satu hari nanti.

Pembeli Rumah Pertama Sahaja – Manfaatkan

Untuk pembeli rumah pertama memang ada banyak manfaat yang anda boleh gunakan. Antaranya adalah, pinjaman sebanyak 100% yang anda boleh manfaatkan kalau anda nak beli rumah sama ada rumah subsale ataupun rumah baru. Saya akan terangkan berkenaan dengan pakej pinjaman 100% loan ini dalam artikel di bawah ini nanti.

Lagi satu, anda pun boleh manfaatkan rebat cukai “stamp duty” untuk pembeli rumah kali pertama. Ianya akan sedikit meringankan beban kewangan anda untuk satu jangka masa panjang. Peguam biasanya akan terus laksanakan rebat cukai ini semasa anda membeli rumah.

Skim Pinjaman 100% SJKP

Kalau dahulu nama skim ini adalah skim pinjaman rumah pertamaku. Sekarang ini sudah digantikan dengan Skim Jaminan Perumahan Kredit (SJKP) yang membolehkan pembeli membeli rumah dengan margin sebanyak 100% dan ditambah dengan 10% untuk kos berkaitan dengan kos guaman dan lain-lain. 

Anda boleh gunakan skim ini untuk pekerja dalam sektor kerajaan dan swasta. Jadi, boleh manfaatkan skim ini.

Ianya tertakluk kepada rumah yang berada dalam pasaran subsale (rumah 2nd hand) ataupun rumah baru yang masih dalam pembinaan. 

Harga rumah yang dibolehkan untuk pinjaman ini adalah rumah pada harga RM500k dan ke bawah. Atas RM500k, anda perlulah menggunakan cash sendiri kerana margin pinjaman adalah sebanyak 90% sahaja. 

Nak dapatkan info yang lebih komprehensif, boleh tengok video di bawah ini.

Pinjaman 100% LPPSA – Berbaloi Kalau Nak Beli

LPPSA adalah pinjaman untuk sektor kerajaan yang membolehkan anda membeli rumah dengan margin pinjaman sebanyak 100% dan pada kadar faedah 4% secara tetap.

Kalau SJKP ataupun skim mana-mana bank, ianya menggunakan kadar faedah berubah-ubah. Kalau ada berita OPR naik tu, maka naiklah kadar faedah untuk skim SJKP ini. Cuma nak beritahu siap-siap yang skim LPPSA ini ada beberapa keburukan yang anda perlu tahu. Saya tak dapat nak cerita banyak, nanti artikel ini akan jadi tersangatlah panjang, jadi boleh baca artikel saya di SINI berkaitan dengan keburukan LPPSA.

Berbaloi tak skim ini, pada saya sangat berbaloi. Boleh gunakan skim ini untuk membeli rumah idaman anda.

Gunakan KWSP Kalau Tak Cukup

Nak beli rumah dan anda dapat pinjaman sebanyak 100% memang akan sangat membantu. Kuranglah sedikit deposit anda kalau anda nak beli rumah. Jadi, akan timbul persoalan, macam mana dengan kos guaman ataupun kos penilai yang anda kena bayar?

Untuk kos guaman ataupun kos penilai, anda boleh gunakan duit daripada simpanan anda. Lagi bagus kalau anda gunakan daripada duit simpanan anda dan kalau boleh elakkan daripada sentuh duit KWSP sebagai salah satu dana persaraan anda. Akan tetapi, kalau simpanan tak cukup, tak ada masalah untuk gunakan duit KWSP.

Ya, anda boleh gunakan duit dalam KWSP akaun 2 dengan tujuan untuk membeli rumah. Lagilah sekarang ini dah ada akaun 3 KWSP. Ada banyak fungsi pengeluaran yang anda boleh gunakan salah satunya adalah untuk tujuan membeli rumah. Duit KWSP ini nanti akan terus masuk dalam akaun simpanan anda. Gunakanlah duit itu untuk membayar kos-kos guaman dan kos berkaitan. Jangan masuk dalam skim pelaburan yang ntah apa-apa tu sudah la.

Boleh tengok video di bawah untuk anda dapatkan pengerangan lebih lanjut berkenaan dengan cara untuk keluarkan duit KWSP untuk beli rumah.

Tak Susah Nak Beli Rumah Pertama

Kalau anda memang bercadang nak membeli rumah, ini adalah antara beberapa langkah untuk anda beli rumah pertama anda. Anda boleh membeli rumah tanpa deposit langsung ataupun, masih kena keluarkan sedikit duit untuk cover kos pembayaran yang tak cukup seperti duit booking dan lain-lain kos.

Dah ada rumah idaman anda, tak salah pun nak beli rumah. Ini adalah cara beli rumah subsale tanpa deposit yang anda perlu tahu kalau anda nak beli rumah.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *