Boleh Ke Jual Rumah Yang Belum Habis Bayar?

Macam mana cara jual rumah yang belum habis bayar? Sebenarnya, tak ada masalah pun kalau nak jual rumah yang masih belum habis bayar. Sebab ramai yang terfikir, kalau nak jual rumah, wajib kena habis bayar dahulu baru boleh jual. Akan tetapi, tak perlu habis bayar dulu pun anda dah boleh jual rumah anda.

Saya akan cuba seringkas yang mungkin untuk jelaskan isu ini dalam artikel kali ini. Jangan lupa, kalau anda nak jual rumah, memang tak ada apa2 masalah kecuali, kalau anda adalah seorang yang muflis di bawah jabatan insolvensi. Kalau setakat ada masalah kewangan dan masuk dalam program AKPK ni, tak perlu nak risau sangat pun.

Jual Rumah Yang Belum Habis Bayar

Pengalaman Jual Rumah Belum Habis Bayar

Saya sebagai seorang perunding hartanah memang kerap ada yang minta tolong untuk jualkan rumah mereka dan kebanyakan kes adalah mereka yang masih belum habis bayar. Ada juga beberapa kes yang memang dah habis bayar kemudian berniat nak menjual rumah milik mereka.

Saya sendiri pernah menjual rumah saya yang pada waktu itu masih dalam pinjaman lagi. Ada 2 biji rumah saya sendiri yang saya jual selepas PKP berakhir dan alhamduliilah ianya selesai. 

Untuk info, memang kebanyakan client yang datang nak menjual rumah, mempunyai baki tunggakan rumah dengan bank. Tak ada masalah pun sebenarnya kalau anda nak jual cuma untuk setiap kes itu unik. Ada rumah yang mempunyai sekatan, ada yang baru je beli dan nak jual sebab ada masalah kewangan dan lain-lain. 

Untuk kes-kes seperti ini, adalah lebih baik untuk anda cuba dapatkan konsultasi percuma dengan saya ataupun team saya untuk periksa harga pasaran rumah anda secara percuma. Khusus untuk rumah yang berada di kawasan Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor sahaja. Boleh hubungi kami melalui borang di bawah dan kami akan hubungi anda dalam 24 jam.

Saya Anggap Anda Sudah Ada Pembeli

Saya akan terangkan sedikit info untuk memudahkan anda meletakkan expektasi berapa dan bila anda akan dapat duit dan bila kes ini akan selesai. Untuk itu, saya anggap anda sudah ada pembeli dan menjual rumah anda pada harga “fair price” iaitu harga yang tak terlalu mahal dan tak terlalu murah.

Proses mencari pembeli ini adalah proses yang paling susah dan paling penting. Disini, marketing adalah amat penting untuk dapatkan pembeli baru dan anda boleh cuba menjual rumah anda di laman seperti Facebook, ataupun laman berbayar lainnya seperti di mudah.my. Yang paling penting, anda dapat jual rumah anda pada harga yang berbaloi dengan apa yang anda beli dan harapnya, dapatlah sedikit keuntungan.

Sekali lagi, di sini penting kalau anda serahkan kepada perunding hartanah kerana mereka dah biasa lakukan kerja-kerja seperti ini dan pastinya akan memudahkan anda untuk membolehkan rumah anda terjual. Nak jual sendiri pun tak ada masalah sebenarnya, apapun, anda boleh periksa harga pasaran rumah secara FREE sahaja dengan klik je butang di bawah ini.

Tandatangan Perjanjian Jual Beli

Perjanjian jual beli ini ada yang panggil Sales Purchase Agreement (SPA). Perjanjian ini penting sebagai bukti pindah milik. Dengan menandatangani perjanjian ini, ianya membolehkan anda untuk menyelesaikan baki pinjaman, menukar nama anda di geran tanah kepada pemilik baru dan selesaikan baki pinjaman di bank.

Ini secara ringkaslah, ada banyak lagi fungsi perjanjian ini. Apapun, yang lebih penting semuanya selesai.

Bank Akan Buat 2 Kali Pembayaran

Jika anda masih belum menyelesaikan baki pinjaman anda, geran rumah anda itu sebenarnya dipegang oleh pihak bank. Mereka akan serahkan geran anda tersebut hanya setelah pinjaman anda selesai.

Untuk pengetahuan anda, di sini pembeli akan selesaikan baki pinjaman rumah anda melalui wakil mereka iaitu peguam. Pihak peguam akan mengarahkan bank untuk membuat pembayaran kali pertama untuk mendapatkan geran original daripada pihak bank. Kalau anda mempunyai hutang dengan Bank Islam sebagai contoh, pihak lawyer akan arahkan bank pembeli (lulus CIMB sebagai contoh) untuk membuat pembayaran kali pertama kepada Bank Islam.

Lepas bayar, dapatlah geran original daripada bank asal. Pihak peguam akan meminta untuk menukar nama dipejabat tanah pula kepada nama pembeli. 

Dah tukar kepada nama pembeli, barulah pihak bank akan membuat pembayaran kali kedua kalau ada untuk selsaikan baki pinjaman kedua dan seterusnya membolehkan pihak penjual mendapatkan sedikit keuntungan kalau ada.

Ada sahaja kes yang penjual terpaksa topup sedikit duit kerana tak ada apa-apa keuntungan diperoleh hasil daripada penjualan rumah tersebut.

Jadi kesimpulan di sini, pembelilah yang akan menjelaskan pinjaman ataupun loan anda sekiranya belum habis bayar lagi. Akan dijelaskan melalui pinjaman baru yang dilakukan. Harap ini bakal menjawab persoalan anda.

Anda Dapat Jual Rumah Anda

Cuma bila ada isu kalau nak jual perumahan mampu milik yang ada sekatan, biasanya proses akan ambil masa yang lebih panjang. Sebab itu setiap kes adalah unik dan penting untuk anda dapatkan pandangan mereka yang lebih pakar.

Yang lebih penting sekali adalah, anda dapat menjual rumah anda dan ini adalah cara biasa jual rumah yang belum habis bayar. Untuk info, memang kebanyakan client saya yang saya berurusan ini, majoriti memiliki rumah yang masih belum habis bayar. 

Kalau anda nak jual rumah anda, memang tak ada masalahpun asalkan bukan seorang yang bankrupt ataupun muflis. Anda ada masalah kewangan pun tak ada masalah nak jual rumah. Apapun, kalau nak jual rumah, boleh cuba jual rumah anda dan semoga dipermudahkan urusan anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *