6 Step Cara Promote Barang di Facebook 2023

Pada kali ini kami nak berikan info cara promote barang di Facebook. Tiada jawapan betul dan salah dalam strategi mempromosikan barang di Facebook. Apapun, pada kali ini, kami nak kongsi strategi yang kami sendiri gunakan untuk promote barang di Facebook. Strategi ini pula perlukan kos yang minima.

Saya dah gunakan strategi ini dalam mempromosikan servis dan juga beberapa perniagaan saya sendiri menggunakan strategi ini. Pada saya, ianya memang efektif dan berbaloi untuk anda guna juga dalam perniagaan anda. 

Saya gunakan strategi ini dalam menjual unit-unit rumah di bawah pemaju. Ianya memang berkaitan dengan kerjaya perunding hartanah. Average menggunakan strategi ini, lebih kurang 1 ataupun 2 unit terjual menggunakan cara ini. Anda boleh gunakan strategi ini untuk perniagaan anda juga.

cara promote barang di facebook

Susah Nak Dapat Organik Reach Facebook

Kalau anda perasan, semakin tahun, semakin susah nak dapat organic reach. Kalau anda post artikel di dalam Facebook Page anda, tak ramai pun yang nampak dan baca artikel ataupun perkongsian anda itu. Sama juga kalau anda sendiri post sesuatu dalam wall anda. Ada kemungkinan juga, mereka yang friend (baca : kenalan) anda sendrii yang tak nampak pun perkongsian anda tersebut.

Kenapa ini berlaku? Jawapan ringkas, algorithm Facebook bertukar dan cuba fokus kepada perkara yang seseorang itu minat sahaja. Jika algorithm Facebook rasa perkonsian rakan anda itu tiada kaitan dengan anda, ianya tak akan muncul dalam wall anda.

Cara untuk tambah “reach” ataupun mereka yang boleh lihat status anda, salah satunya adalah dengan menggunakan iklan berbayar ataupun FB ads. Jika tiada iklan, sikit lah mereka yang nampak status anda ataupun jualan anda. Kenapa kena iklan? Sebab iklan di Facebook adalah sumber pendapatan utama mereka!

Iklan di Facebook Makin Mahal

Iklan di Facebook juga, makin lama makin mahal. Ini masa saya gunakan dahulu. Algorithm juga sentiasa berubah-ubah. Jika dulu, mungkin anda boleh cuba dapatkan Facebook like sahaja, tetapi sekarang setakat like sahaja tak cukup untuk dapatkan sale ataupun jualan. Kena tambah $$$ lagi.

Disebabkan oleh banyak ketidaktentuan, saya dah mula lari daripada buat iklan di Facebook. Lebih baik saya fokus kepada strategi lain yang lebih mudah dan pada masa yang sama, boleh mendapatkan hasil yang bagus.

Ada ke strategi macam ni? Ya ada, dan saya akan kongsikan dalam artikel ini. Saya akan tunjukkan strategi ini menggunakan cara yang free dan satu lagi adalah menggunakan sedikit modal (tapi modal sangat minima, jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan FB ads).

Post Ke Facebook Group / Facebook Marketplace

Ya, simple sahaja strategi ini. Apapun, jangan berhanti di sini, ada lagi sambungan dan saya minta untuk anda baca sampai habis.

Strategi ini pada saya sangat efektif terutama kalau anda lakukan dengan konsisten. Saya dapat jual konsisten 1 unit ataupun 2 unit sebulan menjual rumah adalah dengan melalui cara ini sahaja. Akan tetapi, saya tak lah lakukan secara manual post satu-satu ke dalam group. Saya buat dengan bantuan software yang saya sendiri guna dan sekali bayar.

Strategi Yang Saya Guna – Post Ke Group

Anda boleh apply strategi ini untuk perniagaan anda. Sebagai contoh saya nak menjual 1 projek rumah di Kulai Johor. Apa yang saya perlu lakukan adalah, saya perlu untuk sertai group-group Facebook Kulai dan yang berdekatan dengannya. Cuba join sehingga 30 ke 40 group yang berdekatan dahulu.

Dah selesai sertai group ini, seterusnya apa yang anda perlu lakukan adalah untuk post iklan anda dalam kesemua group ini. Lakukan secara konsisten sebagai contoh seminggu 2 kali ataupun 2 hari sekali ke dalam group-group ini. Dari sana anda akan nampak hasilnya nanti.

Jika perniagaan anda adalah produk makanan, tiada masalah, boleh cuba post iklan dalam group-group seperti ini. Sekali lagi, lakukan secara konsisten untuk anda nampak hasilnya nanti.

Anda boleh gunakan strategi ini dan ianya percuma sahaja. Cuma, adalah lebih baik kalau anda gunakan akaun Facebook lain untuk elak terutamanya jika akaun anda di banned oleh pihak Facebook.

Strategi Automasi – Paling Berbaloi

Saya dah lama gunakan cara manual post ke group di Facebook ini. Pada satu ketika, saya cuba untuk mencari strategi ataupun cara untuk post iklan ke group Facebook secara automatik. 

Pada masa itu, ada banyak pilihan yang ada, kebanyakanaya mengenakan bayaran secara bulanan. Setelah lama mencari saya terjumpa perisian daripada Solvie, iaitu perisian yang bernama Fboom.

Fboom ada banyak fungsi, tapi saya paling banyak guna fungsi autopost ke Facebook group. Secara ringkas;

  • Kita set sahaja group apa yang kita nak post
  • Set ayat jualan, berserta gambar ataupun sebaliknya
  • Set masa untuk post interval
  • Kemudian biarkan software berjalan ikut interval tersebut.

Ianya berlaku secara automatik. Apapun, kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut, boleh tengok dalam link di bawah ini.

Fungsi Facebook Autopost ini memang dah bagus, tetapi ada juga saya cuba guna fungsi lain yang ada dalam software ini.

  • Auto Share – Share daripada Facebook page ke Group. Tak jauh beza dengan Autopost.
  • Auto Inbox – Katakan anda ada 1000 rakan, anda boleh PM semua rakan anda di Facebook. Menarik kan!
  • Auto Sell Marketplace – Saya tak gunakan fungsi ini sangat
  • Auto Join Group – Saya sertai group-group Facebook yang berkenaan 

Banyak lagi fungsi sebenarnya. Tapi pada saya semua ini agak powerful dan berbaloi untuk tingkatkan strategi pasaran anda. Semua ini anda boleh dapat pada harga RM250 sahaja. Lesen pula adalah seumur hidup. Ini setakat artikel ini ditulis lah, akan datang kalau pihak Fboom mengenakan bayaran bulanan tu saya tak pasti. Sekali lagi, anda boleh tengok info berkenaan dengan ini dalam link di bawah.

Nak tengok macam mana Fboom beraksi, boleh tengok dalam video di bawah. Ianya demo dari kami.

Jadikan Fboom Salah Satu Strategi Anda

Sama ada perniagaan anda adalah perniagaan secara kecil-kecilan ataupun anda mempunyai staf sendiri, ataupun perniagaan anda adalah berasaskan kepada servis seperti agen Takaful, hartanah dan lain-lain, tiada masalah untuk aplikasikan Fboom ini.

Jika anda sudah ada strategi ataupun page sendiri, saya cadangkan untuk cuba sendiri perisian ini dan lihat hasilnya. Juga tak lupa untuk anda gunakan sekali Waboost dalam strategi marketing anda. InsyaAllah banyak yang anda boleh pelajari dan anda boleh dapat untuk tingkatkan jualan untu perniagaan anda.

Nak cara promote barang di Facebook yang efektif, harap artikel ini membantu anda. Jangan lupa untuk kongiskan artikel di kepada mereka yang berkenaan supaya ramai yang mendapat manfaat daripada artikel ini. Teruskan belajar dan mencari strategi yang berkesan untuk perniagaan anda.

Related Posts

27 thoughts on “6 Step Cara Promote Barang di Facebook 2023

  1. Thanks so much for sharing the tips. Yes, it is true that the ads are getting more expensive and most of the time, tak jadi/ tak banyak pun. Huhu.

    1. betul, ni salah satu alternatif yang saya sendiri guna. Boleh cuba.

  2. These are good ways to market and sell your product via Facebook. I shall bookmark this post. I can use these tips to market and sell my book. Thank you for sharing. Please share more of these kinda posts. Very helpful.

    1. thanks for coming. Yes, this is after years of experiment.

    2. thanks, this is really from my own experience.

  3. Bagus kalau guna ads, tapi kena tau jugala, umur, lokasi semua tu dan keluarkan modal. Setakat ni nad tak pernh guna fb ads sebab tak reti, nak orang nampak kita kene rajin datang facebook orang

    1. ads makin mahal, algorithm pun makin berubah, nak cuba cara lain, apply je dalam artikel ni.

  4. Terima kasih nice sharing tips dalam perniagaan online ni. Nanti bole la fafa cuba tips ni bagus dan bermanfaat

    1. sama-sama, memang tips ni saya dah cuba sendiri dan dah nampak result, Fafa bolehlah cuba.

    1. haah memang mudah sangat. Awal2 je agak teknikal sikit, lepas dah biasa memang sangat mudah.

  5. Kalau tak mahir memang tak berapa reti nak promo dekat Facebook nih. Biasanya krik krik jela kalau letak iklan. Tapi mungkin boleh try pula fboom ni , mana tau boleh boost marketing dekat FB.

    1. Boleh sangat tu kalau nak cuba, kos pun tak mahal. Rm250 seumur hidup. Memang berbaloi.

  6. Bagus idea dan tips ni, kadang kita pun blur gak kalau nak promotekan barang orang.. padahal nak membantu je.. lepas ni boleh cuba ni.. nak share kat kawan niaga juga laa…

    1. Thanks sis lin, bolehla share pada kawan2 yang ada business, mana tau sikit sebanyak boleh mambantu.

    1. betul, boleh share kepada mereka yang berkenaan.

  7. Tips yang sangat bagus…. sekarang ni owner business ramai yang pening kepala sbb bila buat fb ads kos semakin mahal tapi convertion kurang

    1. betul ramai dah mengeluh pasal FB ads mahal dan conversion kurang, alternatif lain, boleh cuba yang ni.

  8. Great idea kan guna automated feature FBoom macam ni… menyenangkan semua pihak juga.. promote kat group pun one of the trick too sekarang… nak explore apps ni la..

    1. ya, boleh cuba. Memang salah satu strategi yang bagus.

  9. This is indeed an interesting article with so many useful tips on making FB sales. i learned a lot from you today 🙂

    1. thanks and hope you can apply and share to ur friend also.

  10. Wow…Great idea with the automated feature of FBoom, really learnt your fb ad tips, thanks so much for your experience sharing with us here. Cheers Siennylovesdrawing

    1. welcome and thats great, hope u really like to use this Fboom software.

  11. Menarik tips ni. Nak buat iklan berbayar memang tak mampu
    Just kena rajin jer la buat posting free

  12. Kak dah lama tau psl fb ads ni tp tak ramai yg tau, bagus utk org yg nk kembang kan perniagaan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *