Gaji Minimum Untuk Beli Kereta Bezza – 2024

Berapa gaji minimum untuk beli kereta Bezza? Sekarang ini kereta dah jadi satu keperluan untuk ke mana-mana tak kira sama ada untuk mereka yang masih bujang ataupun yang sudah berkahwin. Kalau masih belum berkahwin itu, mungkin boleh sahaja menggunakan motosikal dan melanggan perkhidmatan Grab untuk sementara waktu, akan tetapi untuk mereka yang sudah berkahwin, memang wajib untuk guna kereta walaupun kereta murah dan kecil.

Perodua Bezza adalah kereta yang tak terlalu mahal dan tidaklah terlalu murah, sesuai untuk golongan pertengahan di Malaysia ini. Kalau tak mampu yang baru, banyak lagi pilihan kereta terpakai untuk kereta Bezza. Tak susah nak dapat, barangan spare part pun mudah, kalau nak jual semula pun harga agak tinggi kerana ada banyak permintaan, kalau memang anda nak kereta Bezza, dan mampu, tak ada masalah nak dapatkan satu.

Gaji Minimum Untuk Beli Kereta Bezza

Jutawan Pun Pakai Kereta Bezza

Tak ada masalah pun pakai kereta Bezza, bukanya kereta yang standard rendah kerana apa? Kerana jutawan pun pakai kereta Bezza!

Pempengaruh Khairul Aming mendedahkan yang dia tidak mempunyai aset seperti rumah dan kereta mewah.

Sebaliknya, lelaki yang cukup terkenal dengan video memasak pendek itu melabur wangnya dengan membeli kilang dan mesin untuk memudahkan kerja-kerja pengeluaran jenama sambal miliknya.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh netizen, Khairul Aming berkata, satu-satunya pinjaman wang daripada bank yang dimilikinya sekarang hanyalah untuk kereta peribadinya, Perodua Bezza.

Khairul Aming dedah tidak memiliki rumah, hanya ada satu pinjaman bank | Astro Awani

Jadi tak ada masalah pun sebenarnya kalau anda nak guna kereta Bezza. Kalau memang anda target nak beli kereta Bezza, teruskan niat murni anda.

Kat Mana Nak Beli  Kereta Bezza?

Sebelum nak pergi lebih jauh, timbul persoalan kat mana paling sesuai kalau nak beli kereta Bezza. Kalau anda nak beli kereta Bezza baru, memang pilihan terbaik adalah pergi ke Showroom Perodua yang paling dekat dengan rumah anda!

Cuma nak beritahu siap-siap, kalau nak beli kereta baru ini, ada kemungkinan yang anda perlukan sedikit masa untuk dapat kereta Bezza tersebut. Mungkin sehingga 6 bulan baru anda boleh dapat kereta itu. Jadinya, pilihan lain adalah dapatkan sahaja kereta terpakai.

Kalau anda boleh consider kereta terpakai, saya paling rekemen beli kereta di Carsome. Pilihan kereta banyak dan setiap kereta yang nak dijual, akan melalui carsome internel inspection! Maksudnya setiap kereta yang nak dijual, pihak Carsome akan periksa dahulu ada kerosakan dan sebagainya, ini agak sedikit menguntungkan pembeli untuk elak daripada isu kereta tak ok dan sebagainya. Risiko itu tetap ada, akan tetapi ianya berkurang dengan pemeriksaan tersebut.

Nak beli kereta di Carsome, tekan je link atas, pilih kawasan dan jenis kereta yang anda nak, tak terhad kepada kereta Perodua Bezza sahaja. Gaji sekitar RM2000 dengan tiada komitmen yang terlalu tinggi tak ada masalah untuk apply dan dapatkan kereta tersebut. 

Bezanya dengan kereta baru, tempoh masa untuk dapat kereta taklah terlalu lama sebab kereta memang sudah ada. Apabila permohonan pinjaman telahpun lulus, anda dah boleh terus dapat kereta dan tak perlu tunggu sehingga berbulan lamanya untuk dapat kereta. Menarik kan! Jadi apa pilihan anda, nak kereta Bezza yang baru ataupun nak yang terpakai? Pilihan di tangan anda.

Oh ya, nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan Carsome, boleh tengok video di bawah.

Berapa Gaji Yang Sesuai Beli Kereta Bezza?

Gaji minimum yang diperlukan untuk membeli sebuah kereta seperti Perodua Bezza akan bergantung kepada beberapa faktor seperti harga kereta, tempoh pembiayaan, kadar faedah pinjaman, komitmen kewangan lain, dan banyak lagi. Selain itu, syarat-syarat pembiayaan dan kadar faedah boleh berbeza dari bank kepada bank atau institusi kewangan yang berbeza.

Mula-mula sekali kita kena tengok berapa harga Perodua Bezza di Carsome. Rata- rata harga Perodua Bezza terpakai di Carsome adalah dalam sekitar Rm33000 – Rm40,000. 

Harga perodua Bezza baru adalah dalam sekitar;

  • BEZZA 1.0 STD G. RM 34 580.00. TEMPAH SEKARANG. Manual. RM 367/bulan.
  • BEZZA 1.0 STD G. RM 36 580.00. TEMPAH SEKARANG. Auto. RM 388/bulan.
  • BEZZA 1.3 PREMIUM X. RM 43 980.00. TEMPAH SEKARANG. Auto. RM 466/bulan.
  • BEZZA 1.3 ADVANCE. RM 49 980.00. TEMPAH SEKARANG. Auto. RM 529/bulan.

Ambil kira anggaran pinjaman bulanan selama 9 tahun, anggaran bayaran adalah sekitar RM400 – RM500 sebulan. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Ianya sesuai untuk mereka yang bergaji sekitar RM1500 – RM2000 untuk memiliki kereta ini dengan syarat tiada komitmen lain yang besar. 

Kalau anda mempunyai komitmen lain yang besar seperti pinjaman perumahan dan lain-lain, ianya tidak terpakai kalau anda nak memiliki kereta ini.

Ada juga mereka yang bergaji lebih besar sehingga RM4000 dan ada yang RM5000 sebulan pun menggunakan kereta Perodua Bezza ini.

“Buat apa nak berhabis banyak di kereta” kata sebahagian besar mereka.

Bagi saya, nak memiliki kereta Perodua Bezza ini tidaklah kereta yang agak mahal dan ianya mudah dan murah untuk didapati.

Syarat Beli Kereta Bezza

Nak beli kereta Bezza ini tidaklah terlalu sukar. Lagi mudah kalau anda mempunyai gaji dan bekerja, ianya akan jadi jauh lebih mudah untuk memiliki kereta ini.

Ada dokumen ini, mudah dan murah untuk anda mempunyai kereta Perodua Bezza ini.

  • IC
  • Slip Gaji 3 bulan
  • Bank Statement 3 bulan
  • Penyata KWSP

Ianya akan jadi jauh lebih mudah kalau pendapatan bersih anda adalah RM2000 dan ke atas tanpa ada komitmen lain yang terlalu besar. Kalau komitmen setakat PTPTN itu tak mengapa, masih boleh tutup sebelah mata lagi.

Selain daripada faktor gaji, ada beberapa perkara penting lagi yang anda perlu ambil kira kalau nak beli kereta secara umum di Malaysia. Ini adalah antara apa yang anda perlu ambil tahu.

  • Umur: Anda perlu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk membeli kereta di Malaysia. Walau bagaimanapun, jika anda ingin mengambil pinjaman untuk pembelian kereta, bank mungkin akan menetapkan umur minima yang lebih tinggi, biasanya 21 tahun ke atas.
  • Lesen Memandu: Anda perlu mempunyai lesen memandu yang sah. Jika anda tidak mempunyai lesen memandu, anda perlu mendapatkan satu sebelum boleh membeli dan memandu kereta.
  • Pendapatan: Untuk mendapatkan pinjaman kereta dari bank atau institusi kewangan, anda perlu mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menampung bayaran bulanan pinjaman. Syarat pendapatan boleh berbeza dari bank kepada bank dan juga bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh pembiayaan.
  • Bayaran Muka: Anda perlu menyediakan bayaran muka atau deposit untuk pembelian kereta. Jumlah bayaran muka bergantung kepada harga kereta dan syarat-syarat pembiayaan, tetapi ia biasanya antara 10-20% daripada harga kereta.
  • Laporan Kredit: Bank atau institusi kewangan akan menilai laporan kredit ataupun CCRIS anda sebelum memberikan pinjaman kereta. Pastikan laporan kredit anda bersih dan tiada masalah yang serius yang boleh menjejaskan kelulusan pinjaman.
  • Dokumen Peribadi: Anda perlu menyediakan dokumen peribadi seperti kad pengenalan, lesen memandu, borang permohonan pinjaman, dan dokumen lain yang mungkin diperlukan oleh bank atau peniaga kereta.

Pengalaman Beli Kereta Bezza

Tiada masalah yang ketara pun bila pakai Kereta Perodua Bezza ni sebab spare part senang dapat. Servis pun OK lah, cuma kalau banyak sangat tu, kadangkala servis di luar daripada servis centre pun dah OK.

Lebih berbaloi kalau guna Bezza 1.3 sebab memang best nak bawak kereta untuk perjalanan jauh, bonet pun besar dan yang lebih penting sekali, jimat minyak. Bonet Bezza besar sikit dari Myvi dan harga pun murah sikit, ini adalah antara perkara yang saya suka dan sedikit pengalaman guna Perodua Bezza.

Kalau Mampu Tak Salah Pun Beli Kereta Bezza

Gaji minimum untuk beli kereta Bezza ini banyak bergantung kepada komitmen bulanan anda. Kalau komitmen tak besar, tak ada masalah pun nak beli kereta ini walaupun gaji dalam lingkungan RM2000. Berbaloi atau tak, memang berbaloi.

Related Posts

8 thoughts on “Gaji Minimum Untuk Beli Kereta Bezza – 2024

  1. Betul kenyataan tu. Masa I dapat kenaikan pangkat, I fikir nak beli kereta antarabangsa. But then ada seorang uncle maklum – kereta untuk bawa u ke sana sini. Bila U sampai, duit dalam wallet you yang menentukan status u.

    So, I pun beli kereta jenama negara sebab ianya lebih murah dan mudah untuk diselenggara.

    1. setuju, pilih yang mudah diselenggara lebih mudah untuk jangka masa panjang

  2. kalau nak guna sebagai keperluan boleh la dengan bajet dan ekonomi masa kini, tapi jika sekadar menjadi ikutan baik tak perlu. However, the prices are very cheap compare dengan kereta lain.

  3. Interesting sharing ye, this is a good reference for those yang nak go for a car – new or second hand! Worth reading and benchmark for me..

  4. thanks so much for sharing this calculation across , it’s helpful to those new car buyer to consider their ability to own it. cheers Siennylovesdrawing

  5. actually Bezza is very affordable car isn’t it. We can consider buy this car even low income

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *