17 Cara Trade In Kereta Paling Mudah dan Berbaloi

Apakah cara yang betul dan berbaloi untuk trade in kereta anda? Artikel pada kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda 17 cara trade in kereta paling mudah dan berbaloi. Ikuti perkongsiaan ini sehingga ke penghujungnya.

Selain itu juga, kami akan kongsikan kepada anda beberapa cara dan strategi lain untuk anda memanfaatkan penggunaan kereta anda. Juga beberapa tips dan penggunaan kereta yang anda perlu tahu.

cara trade in kereta

Antara jenama dan citarasa kereta idaman?

Setiap orang memiliki keinginan dan citarasa yang tersendiri untuk memiliki kereta idaman. Kereta baru atau kereta lama, kedua-duanya bukanlah menjadi persoalan yang penting pada mereka adalah kepuasan dalam pemanduan.

Antara jenama kereta yang yang dianggap sangat popular pada rakyat Malaysia adalah seperti jenama Perodua, Proton, Honda, Toyota, dan Nissan. Apabila citarasa kita “high class” maka harganya juga mestlah tinggi setanding dengan kualiti premium yang diberikan. Kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan impian anda untuk memiiki kereta idaman.

Kereta adalah harta alih, mudah susut nilai?

Setinggi atau semahal mana pun kereta yang anda beli, ia pastinya mempunyai susut nilai yang banyak sehingga peratusan harga kenderaan tersebut boleh turun dengan sangat mendadak. Contohnya, bila kita beli sesuatu barang yang berharga RM 1 hari ini, esok bila kita mahu jual kembali harganya sudah berubah menjadi 70 sen sahaja.

Jadi tidak hairanlah, sekiranya ada sesetengah pengguna yang setiap 5 tahun sekali tukar kenderaan lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkemampuan kerana itu juga salah satu cara mereka membentuk pertukaran harta yang bijak dan menguntungkan.

Kategori trade in kereta?

Antara sebab mengapa ramai orang suka untuk trade in kereta adalah kerana ingin kurangkan komitmen bulanan, terlalu perlukan duit segera, kereta terlalu banyak di rumah sehingga susah untuk parking, kereta lama tersadai sahaja, sebagai pendahuluan cover duit deposit kereta baru, dan sebagainya.

Sebenarnya, trade in kereta bermaksud upgrade atau jual kereta lama anda untuk beli kereta baru. Ianya adalah yang selalu dilakukan oleh kita apabila mahu membeli kereta-kereta baru yang ada di pasaran.

Untuk trade in kereta, terdapat dua kategori yang perlu anda tahu iaitu trade in kereta yang sudah habis bayar dan belum habis bayar. Kedua-duanya mempunyai prosuder yang tersendiri.

Cara trade in kereta belum habis bayar

Boleh ke jual kereta lama untuk beli kereta baru sekiranya kereta itu masih tertunggak dengan baki pinjaman di bank lagi? Nak tahu sama ada boleh atau tidak, jom kita baca.

1. Lakukan full settlement

Bila terikat dengan hutang atau loan di bank, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah semak dahulu baki pinjaman terkini. Caranya mudah sahaja, anda walk-in ke mana-mana cawangan bank yang anda berurusan. Kemudian, berikan semua maklumat tentang kenderaan anda seperti nama model, no. plat, dan nama penuh pemilik kenderaan.

Jika anda malas untuk singgah di bank, boleh juga gunakan perkhidmatan dalam talian dengan mengunjungi laman web rasmi bank anda untuk periksa anggaran baki hutang pinjaman kenderaan. Namun cara ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai online banking untuk akaun peribadi dan hire-purchase account dalam akaun yang sama.

Jangan lupa, print out butiran pinjaman tersebut untuk rujukan anda dan pihak lagi satu semasa berurusan nanti.

2. Check harga pasaran semasa

Sebelum beli sesuatu barang, mestilah kita perlu semak dulu tanda harganya kan? Barulah kita boleh anggarkan adakah kita mampu atau tidak untuk membelinya. Sama juga dengan kenderaan, malah untuk berurusan dengan hal berkaitan seperti ini lagi banyak langkah yang perlu diperhatikan agar kita tidak ditipu dan rugi di kemudian hari.

Semak harga pasaran semasa maksudnya di sini kita semak harga kereta terpakai atau kereta second-hand (used car) yang dijual oleh pihak yang membeli kereta (car dealer) kepada pembeli (buyer).

Selain menggunakan cara berbincang dengan pihak yang ingin menjual, anda sebenarnya mempunyai alternatif lain yang lagi mudah iaitu dengan semak sendiri melalui portal iklan automotif paling popular di Malaysia seperti di Carsome.

Isikan sahaja maklumat seperti jenama kenderaan, tahun pengeluaran, kapasiti enjin, jenis model, jenis variant, dan transmission. Semua maklumat ini sekiranya anda lupa boleh rujuk pada slip insurans atau salinan geran kenderaan.

Contohnya:

  • Model: Perodua
  • Kapasiti enjin: 1.5
  • Jenis model: Myvi
  • Jenis variant: Advanced
  • Transmission: Auto
  • Tahun pengeluaran: 2019

Anda akan dapat tahu harga pasaran kenderaan dengan sekali “klik” sahaja. Ianya cukup mudah dan jimat masa.

3. Buat pengiraan

Untuk pengiraan, anda mempunyai dua ketegori keadaan yang perlu diperhatikan. Yang pertama, bagaimana pengiraan bagi kenderaan yang mempunyai nilai jumlah penyelesaian penuh dengan lebih tinggi daripada harga tawaran penjual. Yang kedua, bagaimana pengiraan bagi kenderaan yang mempunyai nilai jumlah penyelesaian penuh dengan lebih rendah daripada harga tawaran penjual.

Kesannya, sama ada anda perlu tambah duit poket sendiri untuk cukupkan modal membeli kereta baru, atau untung dapat lagi lebihan duit dari proses trade in tersebut.

Nilai full settlement tinggi:

Contohnya, anda memiliki kereta Honda lama, tahun keluaran 2017. Full settlement kereta tersebut adalah sebanyak RM 37,000 dan harga pasaran semasa adalah RM 45,000. Dalam situasi seperti ini, anda kekurangan jumlah RM 8,000 untuk dibayar kepada pihak bank bagi menyelesaikan baki pinjaman yang tertunggak. Tidak ada cara lain selain mengeluarkan duit poket sendiri untuk menjelaskan seluruh jumlah keseluruhan tersebut. 

Nilia full settlement rendah:

Contohnya, anda memiliki kereta Axia lama, tahun keluaran 2017. Full settlement kereta tersebut adalah sebanyak RM 15,000 dan harga pasaran semasa adalah RM 19,000. Anda mempunyai baki RM 4,000 untuk gunakan sebagai wang tambahan membeli kereta baru.

4. Dapatkan anggaran harga trade in

Berbeza dengan harga pasaran semasa, trade in kenderaan harganya jauh lebih lebih rendah dan sudah tentunya tidak sama dengan harga sebenar. Kadang anda dapat harga trade in tinggi, dan ada juga yang rendah.

Ianya mahal kerana anda berurusan dengan pihak yang membeli kereta terpakai. Mereka menentukan harga bergantung pada beberapa faktor seperti kos baik-pulih, kos touch-up, kos maintainance, kos pengiklanan, kos operasi, dan sebagainya sebelum mendapat pembeli baru.

Jika anda mahu dapatkan harga yang lebih mahal setanding dengan harga pasaran, anda boleh uruskan segala proses penjualan semula ini secara sendiri. Biasanya ia dilakukan oleh sesetengah orang apabila mereka sudah berbincang, bersemuka, mendapatkan persetujuan, dan menemukan pembeli yang baru. 

Untuk dapatkan anggaran harga trade in kereta lama anda, boleh rujuk kepada sales advisor, atau mana-mana used car dealer yang ada. Nanti mereka akan check satu per satu kenderaan kereta anda yang sebenar sama ada pernah mengalami kemalangan atau tidak, dan sebagainya sebelum menentukan harga.

5. Pergi ke kedai kereta / car dealer

Setelah anda yakin dengan keputusan tersebut, baru pergi berjumpa dengan car delaer yang dipercayai. Tunjukkan juga dapatan maklumat kenderaan anda yang telah anda cari tadi.

Di sini anda perlu bijak buat perbandingan harga car dealer dan anggaran harga yang sudah anda lakukan di rumah. Jika terlalu jauh sangat perbezannya, cari sahaja car dealer lain yang anda rasakan sesuai.

Bila dah dapat harga yang kita suka, car dealer ini akan buat kira-kira. Berapa kemampuan kita dari gaji, berapa downpayment, berapa bayaran ansuran, berapa diskaun, apa dokumen yang diperlukan dan lain-lain. Tips untuk anda, jangan ambil persetujuan terburu-buru. Bawa pulang semua maklumat yang car dealer bagi itu dan fikirkan semula.

Sekarang pun, anda dah boleh lakukan proses ini secara online di Carsome. Boleh ke sini untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan cara trade in kereta.

6. Serahkan dokumen

Apabila sudah bersedia, dan setuju dengan car dealer anda, siapkan pula dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses ini. Antara dokumen yang diperlukan adalah:

Makan gaji:

  • Slip gaji 3 bulan
  • Borang EA/ slip income tax
  • Mykad dan lesen
  • Kalau ada lain-lain pendapatan sertakan bukti (slip gaji, buku bank atau apa-apa yang patut)

Kerja sendiri

  • Bank statement 6 bulan
  • Pendaftaran perniagaan (ROB), (termasuk slip butir peribadi pemilik)
  • Penyata Income Tax
  • Mykad dan lesen
  • Bawa buku akaun

Pastikan slip gaji atau bank statement adalah bersesuaian dengan harga kereta yang kita hendak beli. Jangan lupa siapkan juga duit booking dalam anggaran RM100-200 bergantung pada persetujuan. Dokumen ini tak jauh beza dengan kalau anda nak refinance kereta anda.

7. Tunggu bank telefon

Satu dua hari lepas anda hantar dokumen, bank akan telefon untuk interview mengenai loan yang anda hendak buat dan untuk pengesahan kerja dan pendapatan dan lain-lain. Pastikan handphone sentiasa disisi.

8. Tandatangan perjanjian & serah kereta baru

Tanpa syarat dan perjanjian, mana mungkin proses trade in kenderaan anda boleh berjalan dengan telus dan sempurna. Walau bagaimana pun, pihak car dealer ini biasanya akan membantu dan memudahkan urusan anda dari awal proses sehingga mendapatkan kereta ganti dalam tempoh yang singkat.

9. Terima kereta baru

Tahniah, kereta baru anda sudah sampai! Ketika hari penyerahan, jangan lupa untuk check keadaan kenderaan itu terlebih dahulu sehingga anda berpuas hati.

Ataupun anda boleh tengok video di bawah berkenaan dengan cara proses beli kereta.

Cara trade in kereta sudah habis bayar

Menjual kereta yang sudah habis bayar lebih muda berbanding kereta yang masih berhutang kerana anda tidak perlu fikir tentang banyak perkara khususnya untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak. Langkahnya seperti:

1. Semak harga pasaran kenderaan anda secara online

2. Berurusan dengan mana-mana car dealer yang dipercayai

3. Hantar kereta ke kedai kereta terpakai mereka

4. Berunding dengan harga kenderaan, dan proses yang lain

5. Sekiranya bersetuju, hantar dokumen untuk proses pembelian kereta baru

6. Proses urusan pinjaman kereta baru dengan bank akan mengambil masa beberapa hari. Jadi anda perlu tunggu dahulu

7. Apabila bank setuju, anda perlu menandatangi perjanjian bersama

8. Dapat kereta. Anggarannya dalam masa sebulan selepas tandatangan dengan bank.

Diharapkan artikel berkenaan dengan cara trade in kereta ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk pilihan yang lebih bijak.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *