7 Cara Refinance Kereta 2024

Pada artikel kali ini, kami nak berikan info berkenaan dengan cara refinance kereta. Untuk info, bukan setakat rumah sahaja yang anda boleh refinance, kereta pun anda boleh ambil pendekatan yang sama. 

Persoalannya, macam mana nak refinance kereta tu? Pada kali ini, saya akan tunjukkan stey by step bagaimana cara untuk anda membuat pembiayaan semula kereta. Pastikan anda baca artikel ini sampai habis bagi mendapatkan gambaran mudah bagaimana nak refinance kereta.

cara refinance kereta

Pengalaman Refinance Kereta

Boleh ke sebenarnya nak refinance kereta secara islamik ni? Boleh tak ada masalah asalkan anda gunakan bank-bank yang patuh syariah. Saya sendiri ada pengalaman uruskan rakan-rakan dan sedara mara uruskan refinance kereta mereka. Nak tahu macam mana caranya tu, boleh tengok step by step di bawah ini.

Tujuan Nak Refinance

Ianya berbalik kepada tujuan anda nak membuat pembiayaan semula. Sebelum tahu lebih lanjut berkenaan dengan cara refinance kereta, fikir dahulu apa tujuan anda. Kalau boleh sudah tahu dari awal akan lebih mudah nanti apabila sudah dapat duit.

Mungkin ada yang nak refinance kerena sekarang ni pinjam dengan bank konventional, nak tukar kepada pinjaman secara islamik, tiada masalah dan dibolehkan.

Saya ada rakan yang nak beli tanah, “daripada buat personal loan, lebih baik refinance kereta yang dah nak habis bayar” Pun tak ada masalah kalau anda nak buat seperti ini.

Mungkin anda perlukan cash ataupun apa sahaja, tak ada masalah untuk anda tahu tujuan. Sebolehnya tujuan yang baik seperti nak kembangkan perniagaan dan lain-lain. Kekal dengan tujuan anda dan kemudian cuba ikut step lain yang bakal saya senaraikan di bawah ini.

Cara Periksa Harga Pasaran Kereta

Pertama sekali anda kena tahu berapa harga pasaran kereta anda. Lebih mudah nanti kalau nak buat pembiayaan semula, nanti dah boleh agak berapa banyak cash yang anda boleh dapat. Ianya sama sahaja dengan kalau nak periksa harga pasaran rumah, kenalah tahu berapa harga pasaran dahulu.

Timbul persoalan, macam mana nak periksa harga pasaran kereta? Boleh pergi ke laman web yang saya cadangkan pada akhir artikel ini. Anda boleh terus scroll ke bawah atau baca dahulu step-step lain bagi memudahkan anda untuk periksa harga pasaran kereta. Penting untuk tahu berapa harga pasaran sebelum anda pergi ke bank-bank dan nak buat pembiayaan semula dengan bank.

Di bank pun nanti mereka akan periksa harga pasaran, harapnya tak lari jauh dengan harga yang anda dah periksa.

Nak Refinance Bank Mana?

Akan timbul persoalan, nak buat pembiayaan semula ini, nak buat di bank mana? 

Sebagai seorang islam, saya sangat rekemen untuk anda membuat pembiayaan islamic di bank-bank tempatan. Kalau boleh elakkan pinjaman berbentuk konvensional yang tidak islamic tu.

Caranya adalah, anda call ataupun google sahaja auto finance + daerah di rumah anda. Dari situ pun dah dapat banyak pilihan untuk pembiayaan semula kereta. Lebih mudah berurusan dengan Auto Finance kerana mereka khusus kepada kenderaan berbanding bank biasa. Ini adalah antara step penting dalam cara refinance kereta yang anda perlu tahu.

Alternatif lain, anda boleh je tengok dalam video di bawah ini.

Kelebihan dan Kekurangan Pembiayaan Semula Kereta

Setiap perkara yang anda lakukan pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Ianya termasuklah pembiayaan semula pinjaman kereta anda.

Kelebihan Refinance Kereta

  • Antara kelebihan adalah, pastinya anda akan mempunyai cash yang lebih, boleh gunakan cash tersebut untuk pelbagai kegunaan.
  • Boleh kurangkan bayaran bulanan, terutama kalau dah terdesak dan mempunyai masalah kewangan. Boleh gunakan cara ini untuk kurangkan bayaran bulanan.

Kekurangan Refinance Rumah

  • Terpaksa berhutang lagi dengan bank.
  • Interest akan ditarik lagi panjang, lebih banyak yang akan dibayar pada bank.
  • Harga kereta menyusut, tak boleh nak buat pinjaman banyak.

Ini adalah antara perkara yang anda perlu consider kalau nak buat refinance kereta anda. Kalau masih nak teruskan, tiada masalah.

Cara Kurangkan Bayaran Bulanan Kereta

Macam mana cara nak kurangkan jumlah bayaran kereta pada bank. Artikel ini khusus kepada mereka yang nak kurangkan hutang dengan cepat. Kalau anda nak dapatkan info lanjut untuk kurangkan bayaran bulanan setiap bulan, boleh tengok link yang bakal kami sertakan di bawah ini. 

Untuk kurangkan bayaran bulanan dengan cepat, adalah lebih baik anda baca pandangan dan artikel terkini kami berkenaan dengan topik ini di SINI.

Susah Sangat – Jual Je Kereta

Ni alternatif lain kalau memang anda dah cuba nak refinance kereta tak boleh, boleh cuba untuk jual sahaja. Jual kereta ini taklah susah macam jual rumah, kalau jual rumah tu perlukan banyak step dan melibatkan peguam dan banyak dokumen nak kena sign. Kalau kereta tak la seperti itu.

Kalau nak jual, boleh cuba di Carsome antaranya. Tapi sebelum ke carsome ataupun yang seumpama dengannya, boleh baca dulu tips penting sebelum jual kereta di SINI.

Cara Lain Dapatkan Cash Selain Refinance

Ada banyak cara lain kalau anda nak dapatkan cash selain daripada teknik refinance kereta ni. Berikut adalah antara beberapa idea tambah income yang anda perlu tahu;

Refinance ataupun Top Up Loan Rumah

Kalau anda ada rumah, saya lebih rekemen untuk buat pembiayaan semula rumah. Kenapa? Sebab harga rumah yang kebiasaanya meningkat setiap tahun berbanding dengan harga kereta yang susut setiap tahun. Kalau anda ada rumah, lebih berbaloi nak buat pembiayaan semula rumah. Info lanjut berkenaan dengan cara refinance rumah dan top up loan ini anda boleh dapatkan info lanjut di SINI.

Mula Memahami Teknikal Analisis – Berdagang Saham

Mulakan membaca topik-topik berkaitan dengan saham seperti teknikal analisis dan lain-lain. Ada beberapa artikel yang saya boleh rekemen anda untuk mendapatkan info lanjut dalam teknikal analisis seperti di bawah ini;

Mula Membuka Perniagaan Online

Tak salah nak buat perniagaan online ataupun perniagaan yang berasaskan online ni. Business yang membabitkan perniagaan online ni tak perlukan modal yang terlalu besar dan anda boleh bermula dengan modal yang minima sahaja. 

Berikut adalah antara idea bagi menjalankan perniagaan secara online yang anda perlu tahu.

Apapun, harapnya artikel cara refinance kereta ini dapat memberikan info berguna kepada anda untuk membuat pinjaman semula kereta.

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami di atas bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan topik kewangan di Malaysia. Untuk periksa harga pasaran kereta, boleh tengok link di bawah.

https://www.takaful-malaysia.com.my/lang/bm/contactus/Pages/vehmarketvalue.aspx

https://www.mycarinfo.com.my/Valuation/SearchVehicle?version=free

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *