5 Proses Beli Kereta Yang Perlu Anda Tahu

Bagaimana proses beli kereta yang anda perlu tahu. Pada artikel kali ini, kami akan berikan kepada anda beberapa informasi berkenaan dengan tips dan cara untuk anda beli kereta.

Ramai yang mahu membeli kereta baru tetapi tidak ramai yang faham tentang proses atau cara membeli kereta khususnya golongan muda yang berkerjaya. Keinginan mereka untuk memiliki sebuah kereta lebih tinggi berbanding pengetahun mereka tentang ilmu yang perlu dipraktikkan sebelum dan selepas membuat pembelian. Artikel pada kali ini kami akan membincangkan tentang proses membeli kereta yang perlu anda tahu.

proses beli kereta

Rakyat Malaysia VS Beli kereta ketika ekonomi merundum

Wabak Covid-19 memang sesuatu yang tidak dijangka oleh ekonomi dunia. Walaupun belum sampai diistiharkan ekonomi Malaysia lumpuh tetapi kesan dan impak yang besar sedang melanda negara sekarang ini. Lantaran itu, kerajaan sedang berusaha menjalankan pelbagai alternatif untuk mengembalikan semula ekonomi negara kepada asal.

Di sisi yang lain pula, permintaan rakyat Malaysia terhadap industri automotif semakin meningkat dalam tempoh-tempoh pasca sekatan pergerakan. Kajian yang dibuat oleh Carsome, sebuah platform perniagaan kereta terpakai tempatan atas talian menunjukkan responden di Malaysia yang berhasrat untu membeli kereta ketika PKP meningkat sebanyak 32 peratus berbanding sebelum ini. 

Antara faktor perkara ini berlaku adalah kerana masyarakat mahu mengurangkan penularan virus Covid-19 jika menaiki pengangkutan awam seperti LRT, bas, MRT, Grab Car dan sebagainya. Mereka mempunyai pemikiran bahawa memandu dengan kereta sendiri, lebih selamat dan kurang terdedah kepada persekitaran awam yang terbuka. 

Sebelum Membeli Kereta

Pertama sekali, anda perlu faham bahawa kereta adalah liabiliti atau hutang. Berbeza jika anda membeli rumah kerana rumah akan menjadi aset bagi masa depan anda untuk jangka masa yang panjang. Mengapa kereta dikategorikan sebagai liabiliti? Hal ini kerana, pembelian kereta tidak memberi apa-apa pulangan kepada pembeli malah anda tersekat dengan komitmen berterusan yang perlu ditanggung seperti minyak kereta, penyelenggaraan, roadtax, insurans dan perkara-perkara diluar jangkaan.

Melainkan jika anda beli kereta untuk tujuan persendirian dan sumber pendapatan seperti Grab Car. Dalam situasi ini, kereta akan dikira sebagai aset kerana pendapatan dari Grab Car boleh anda gunakan untuk hutang bulanan dan pembelajaan baik pulih lain kereta anda. 

Kemudian, anda perlu pastikan anda membeli kereta berdasarkan keperluan setiap hari dan bukannya untuk bergaya. Ukur baju di badan sendiri itu pepatah yang boleh ditafsirkan untuk memudahkan anda membuat keputusan. Jangan kerana sakan sibuk bergaya, anda sanggup ikat perut dan berbelanja diluar kemampuan. Kesannya untuk jangka masa panjang, anda boleh dibelenggu dengan hutang yang tidak berkesudahan. 

Dari segi loan kereta pula, amnya mempunyai beberapa jenis seperti 5 tahun, 7 tahun, dan 9 tahun. Apakah perbezaannya dan mana yang perlu anda pilih? Semakin lama anda ikat sesebuah loan pinjaman, semakin banyak kerugian yang anda keluarkan. Cara yang ideal, jika anda hendak membeli kereta, dan anda perlukan pembiayaan, hadkan tempoh pinjaman anda kurang dari 5 tahun. Membeli kereta dengan pinjaman 9 tahun bukanlah satu langkah bijak. Jika anda terpaksa mengambil pinjaman 9 tahun untuk kereta anda, ini bermaksud anda sebenarnya tak mampu membeli kereta tersebut.

Ini adalah antara perkara yang penting dalam proses beli kereta.

Memilih kereta idaman anda

Kereta baru atau kereta terpakai? Kereta tempatan atau import? Inilah persoalan yang biasa bermain dalam fikiran setiap orang apabila ingin membeli kereta. Tetapi, membeli kereta terpakai bukan semudah beli kereta baru. Kalau bajet mengizinkan, beli kereta baru memang satu pilihan yang baik dan tidak memeningkan kepala. Bau kereta baru, dan kadar faedah bagi pinjaman sewa-beli juga lebih rendah serta ada jaminan penuh dari kilang antara kelebihan yang tidak boleh dibanding dengan kereta terpakai.

Namun, anda perlu faham dalam membuat penilaian untuk membeli kereta, jangan hanya pandang kepada harga jualannya sahaja dan juga ansuran bulanannya semata-mata tetapi fikirkan juga tentang kos penyelenggaraan di kemudian hari. Buat juga kajian tentang harga alat ganti dan kos servis untuk dapatkan gambaran sebenar. Misalnya, jika anda beralih daripada kereta nasional kepada kereta Continental terpakai, jangan terkejut jika kosnya lebih tinggi untuk digunakan. “Kejuruteraan Jerman” dan “Ketahanan Jepun” bukanlah sekadar retorik, tetapi sebuah kereta ada harinya tentulah akan rosak juga nanti.

Tips untuk anda yang ingin membeli kereta terpakai. Anda perlu tetapkan bajet sebelum membuat keputusan, cari maklumat kereta tersebut dengan membuat survey secara online, tetapkan had usia kereta terpakai, periksa had perbatuan (semakin tinggi nilai perbatuan semakin rendah nilai jualan kereta), periksa sejarah kereta, dapatkan jadual servis kereta, periksa bahagian luar dan dalam kereta, periksa kelengkapan dan peralatan asas lain, periksa enjin, dan pandu uji kereta tersebut beberapa kali sehingga ada yakin dan berpuas hati. 

Kos Tersembunyi Semasa Membeli Kereta

Membeli kereta bukan seperti membeli tepung dan beras di kedai runcit. Yang mana anda beli untuk makan dan bila habis anda beli lagi untuk keperluan seharian. Mula-mula anda beli kereta anda perlu mengeluarkan wang untuk membayar 10% downpaymant kereta. 

Selain itu, kereta yang anda beli memerlukan banyak kos yang perlu ditanggungkan bukan sahaja pada hutang bulanan kereta tetapi juga kos servis, kos penyelenggaraan, kos insurans, kos road tax, kos tol, kos petrol, kos tukar tayar dan lain-lain kos yang tidak anda jangka. Maknannya apabila anda memiliki kereta, automatik anda mempunyai tanggungan yang besar dan perlu sentiasa bersedia dengan wang untuk masa-masa kecemasan. 

Sebagai alternatif, anda pun boleh tengok penerangan kami berkenaan dengan tips dan cara membeli kereta di bawah ini;

Jumpa kereta idaman, terus masuk loan

Proses seterusnya apa yang anda perlu buat selepas anda jumpa kereta idaman anda? Selesai semuanya, anda boleh memohon loan kereta pada mana-mana bank yang terpilih di Malaysia. Dicadangkan kepada anda untuk anda memilih pinjaman Islamik untuk membuat permohonan. Contohnya seperti Affin Islamic (Sewa Beli-i), Bank Islam (Pembiayaan Kenderaan-i), Cimb Bank (Sewa Beli-i), dan bermacam lagi. Jangan lupakan soal kewangan dalam proses beli kereta anda.

Kebanyakan pembiayaan Islam untuk pembelian kereta di Malaysia menggunakan konsep Al-Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB) yang melibatkan kontrak sewaan dan kontrak jualan. Di bawah kontrak sewaan yang dimasukkan di awal transaksi, pelanggan menyewa kereta daripada bank atas kadar dan tempoh sewaan yang ditetapkan, dan mendapat manfaat kereta tersebut. Selepas habis tempoh sewaan itu, bank dan pelanggan menandatangani kontrak penjualan pula, yang membolehkan pelanggan kemudiannya membeli kereta tersebut pada harga yang sangat minimum.

5 dokumen yang anda perlu sediakan untuk membuat loan kereta:

  • Salinan IC dan Lesen(Jika Ada)
  • Slip Gaji 3 Bulan atau 6 Bulan
  • Bank Statement (Penyata Bank) 3 bulan
  • Surat Tawaran Kerja 
  • Penyata KWSP (untuk gaji cash)

Lulus loan kereta 

Kebiasaannya, loan anda mengambil masa selama 2-3 hari bekerja untuk lulus bergantung pada bank yang anda pinjam. Bagi kereta terpakai, anda sudah boleh untuk membuat proses tukar pindah milik kenderaan. Sekarang, anda boleh melakukannya secara atas talian dengan hanya melayari laman web rasmi Portal MySikap JPJ di www.jpj.gov.my

Inilah sedikit sebanyak proses beli kereta. Diharapkan artikel tentang proses membeli kereta ini dapat memberikan anda informasi yang sangat berguna untuk masa depan anda. Jangan membuat keputusan terburu-buru untuk membeli kereta jika anda belum bersedia dengan komitmen yang besar.

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan tips kewangan terkini. Sebaliknya fikirkan dahulu kemampuan, kelebihan, dan kekurangan anda dan kereta yang anda ingin beli itu. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest