11 Info Apa itu Best Invest – 2023

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi info tentang apa itu Best Invest. Kesan dari penularan COVID-19 yang melanda satu dunia telah menyebabkan berlaku penurunan ketara pasaran saham tempatan. Bukan hanya individu, isi keluarga, dan perniagaan sahaja yang terjejas malah kos sara hidup juga semakin meningkat sehingga menyukarkan lagi masyarakat untuk menampung kehidupan seharian. 

Namun begitu, ini adalah waktu yang sangat tepat untuk anda membuka langkah baru dengan memulakan pelaburan. Waktu ini adalah waktu yang sangat tepat untuk anda melabur dalam dana unit amanah kerana harganya sedang jatuh dan rendah. Malah anda boleh melabur dengan harga jauh lebih murah. Ringkasnya, anda beli ketika jualan seunit rendah anda anda jual semula ketika harganya mencanak tinggi. 

apa itu best invest

Apa itu Best Invest?

BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment) atau juga dikenali sebagai Best Invest adalah sebuah platform pelaburan digital robo-pintar Unit Amanah yang diluluskan oleh Surahanjaya Sekuriti Malaysia. Ia juga merupakan anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad. 

1. Fokus dalam Shariah-ESG

Pernah dengar berkenaan unit trust? Makna lain bagi unit trust adalah unit amanah. Untuk pengetahuan anda, wang yang gunakan untuk membeli unit dana amanah akan dilaburkan di dalam pasaran saham. Menariknya, pendekatan patuh Shariah-ESG menyediakan pengurusan kewangan secara inklusif.

Terutamanya dalam keadaan global dan ekonomi kini, kombinasi patuh shariah dan ESG dapat mendorong risiko yang disesuaikan dan pulangan yang konsisten untuk jangka panjang. Environmental, Social and Governance (ESG) merupakan kriteria yang digunapakai untuk menilai kesan amalan dan pelaksanaan sesebuah syarikat kepada prestasi kewangan dan operasi mereka.

2. Yuran pembukaan akaun secara percuma

Kebanyakan mana-mana pelaburan memerlukan anda mengeluarkan sedikit wang pelaburan untuk kerja-kerja membuka akaun. Berbeza dengan pelaburan ini, di mana tiada yuran yang dikenakan untuk anda membuka akaun. Anda hanya perlu mengisi butiran akaun di aplikasi yang disediakan dan kemudian anda boleh menggunakan sistem itu sepenuhnya tanpa sekatan. 

3. Tiada had umur untuk melabur 

Jika anda berumur 18 tahun ke atas, warganegara Malaysia, dan mempunyai MyKad atau Pasport yang sah, anda sudah layak untuk menjadi salah seorang pelabur dalam pelaburan jenis ini. Lebih mudah sekiranya anda juga boleh melakukan perbankan atas talian di bawah FPX. 

4. Jumlah minimum pelaburan serendah RM10

Anda boleh mula melabur di dalam mana-mana dana unit amanah yang ditawarkan dioleh pelaburan ini dari serendah RM10 sahaja. Ini memberikan peluang kepada anda terutamanya yang mempunyai gaji dalam gred B40 iaitu bergaji RM4K ke bawah untuk berpeluang membuat pelaburan unit amanah kendalian Bank Islam dengan mudah dan juga murah.

Bagi saya ini adalah antara point ataupun perkara yang sangat menarik untuk anda cuba sendiri. Saya pasti tentu anda mempunyai Rm10 sebagai modal pelaburan. Cuma, kalau modal anda kecil, keuntungan pun akan lambat nanti.

5. Dilengkapi dengan aplikasi mudah alih pelaburan atas talian

Best Invest bertujuan menyediakan platform pelaburan atas talian yang mudah digunakan bagi pelabur baru dan sedia ada untuk melakukan transaksi pelaburan (pembelian, penjualan dan pertukaran) di dalam dana unit amanah BIMB Investment. Aplikasi ini juga menawarkan struktur yang sistematik, telus dan tersusun untuk pembinaan kekayaan individu melalui pelaburan dalam aplikasi Robo-Pintar dan teknologi data besar. 

Hampir 20,000 pengguna telah mendaftar melalui aplikasi ini dan jumlah tersebut semakin bertambah pada setiap hari. Mudahnya, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Apple AppStore atau Google PlayStore secara percuma untuk pengguna Apple iOS dan Google Android di Malaysia.

6. Cas transaksi pelaburan secara percuma

Tiada cas transaksi pelaburan yang dikenakan bagi anda setiap kali anda membuat pelaburan. Sangat menguntungkan bagi anda kerana anda hanya perlu fokus membuat transaksi untuk pelaburan sahaja dan bukan pada lain-lain kos yang dikenakan. 

7. “Do it For Me” & “Do It Yourself”’

Aplikasi ini menawarkan individu peluang untuk mula melabur dengan memilih, sama ada fungsi “Do it for Me” (Lakukan untuk Saya) atau ”Do it Myself” (Lakukan Sendiri). Fungsi “Do it for Me” membolehkan sistem Robo-Pintar mengenal pasti dan memilih kaedah pelaburan terbaik, dana yang sesuai dan jumlah pelaburan berdasarkan profil risiko pelabur. 

Kini, pelabur boleh menguruskan pelaburan mereka dengan lebih bijak dan boleh memberi tumpuan yang lebih kepada mencapai matlamat pelaburan mereka. Secara alternatif, fungsi ”Do it Myself” membolehkan para pelabur membuat keputusan mereka sendiri dan melabur dalam dana pilihan mereka tanpa bantuan sistem Robo-Pintar Best Invest.

8. Menggunakan teknologi Robo-pintar

Robo-pintar adalah platform digital yang menggunakan teknologi ‘big data’, analitik dan algoritma untuk memproses sejumlah besar maklumat atau data yang kompleks secara sistematik untuk membantu dan membantu pengguna membuat keputusan yang tepat.

Tidak sama seperti penasihat-robo, platform robo-pintar Best Invest membolehkan anda memilih dana unit amanah yang anda ingin laburkan, berapa lama dan berapa. Kemudian, ia akan menguruskan portfolio pelaburan anda mengikut pilihan yang ditetapkan

9. Pengeluaran dan pelaburan 24 jam

Menariknya, pelabur bebas mengeluarkan atau melaburkan wang pada bila-bila masa sahaja selama 24 jam. Jadi anda tidak terikat untuk mengikut masa yang telah ditetapkan oleh sistem mereka sebaliknya anda boleh menyusun masa anda sendiri mengikut kelapangan waktu yang ada. 

Ini adalah antara info yang menarik berkenaan dengan apa itu Best Invest di Malaysia.

10. Memenangi anugerah berprestij di peringkat global

Baru-baru ini pelaburan ini telah memenangi anugerah E-Commerce – Financial Services Award di Malaysia Technology Excellence Awards 2020. BIMB Investment juga telah memenangi anugerah Pengurus Aset Islam dan Dana Terbaik Malaysia selama tiga tahun berturut-turut sejak 2017 dan Pulangan Penyesuaian Risiko Terbaik untuk Pengurus Dana Pelaburan Prinsip ESG di Anugerah Kewangan Islam Terbaik 2019 yang dianjurkan oleh Alpha Southeast Asia Ia juga telah dinobatkan sebagai Pengurus Aset ESG Terbaik di Anugerah Kewangan Islam 2019 oleh Aset Triple A, sebuah anugerah yang mengiktiraf sumbangan dan pencapaian terbaik BIMB Investment dalam pembangunan ESG, kemampanan dan pengurusan aset di Asia.

11. Pelaburan patuh syariah

Konsep kewangan Islam adalah kaedah pembahagian kewangan yang sedang dipraktikkan di Malaysia. Bezanya konsep muamalat Islam dengan konvensional adalah ia menggunakan 100% undang-undang Syariah. Di mana elemen yang menjuruskan kepada riba dari segi nominal atau berlebihan adalah dilarang. Ia jelas mengetengahkan prinsip pembahagian risiko dan keuntungan individu. 

Dalam pelaburan, anda perlu bijak mencari masa yang tepat dan inilah waktunya untuk anda memulakan langkah baru kerana peluang dan ruang sudah terbentang luas di hujung jari anda sahaja. 

Diharapkan artikel berkenaan dengan apa itu Best Invest ini dapat memberikan anda info yang berguna untuk menambah aset anda untuk jangka masa yang panjang.

Jika anda meminati topik-topik kewangan, jangan lupa untuk subscribe channel Telegram kami dengan KLIK link di atas.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *