17 Jenis Pelaburan di Malaysia 2023

Apa pilihan pelaburan di Malaysia yang ada sekarang ini? Selepas Pasca Covid-19 ini, artikel yang berkaitan dengan pelaburan dan simpanan adalah antara artikel yang mendapat “view” paling tinggi. Nampaknya, rakyat Malaysia sudah mula untuk menyimpan dan memikirkan pilihan pelaburan yang ada.

Artikel pada kali ini akan lebih membincangkan tentang pilihan pelaburan yang ada di Malaysia. Kami berikan pilihan pelaburan berdasarkan kepada rating daripada yang risiko rendah kepada yang risiko tinggi. Berdasarkan kepada kesesuaian anda, pilih yang mana yang terbaik. 

Walauapapun jenis pelaburan, adalah lebih baik untuk anda membuat pelaburan ilmu. Ini adalah antara pelaburan yang paling penting kerana jika anda tak tahu apa yang anda lakukan ataupun tak biasa dengan pelaburan tersebut, akan mempunyai risiko untuk rugi. Fahami pelaburan anda dan lihat beberapa pilihan pelaburan yang akan kami cadangkan kepada anda.

pelaburan di Malaysia

Tabung Haji

Tabung Haji adalah antara simpanan ataupun pelaburan yang memberikan pulangan yang konsisten dan hampir tak akan rugi. Salah satu manfaat pelaburan di Tabung Haji adalah anda tak perlu untuk bayar zakat simpanan. Saya ada tuliskan berkenaan dengan info zakat simpanan ini di artikel INI.

Sebelum melabur, pastikan anda mempunyai jumlah simpanan yang mencukupi. RM1000 adalah satu jumlah yang baik untuk bermula. Lepas itu, cuba kembangkan kepada RM10000 dan kepada satu jumlah yang anda selesa untuk membuat pelaburan. Info lanjut berkenaan dengan Tabung Haji boleh baca di SINI.

ASB

Amanah Saham Bumiputra juga adalah salah satu tempat yang bagus untuk anda membuat pelaburan yang ada di Malaysia. Pulangan yang dijanjikan juga agak konsisten dan biasanya ASB menjanjikan pulangan sehingga 6% – 8% setahun. Kalau anda belum ada akaun ASB boleh baca beberapa artikel kami di bawah untuk cara dan tips pembukaan akaun.

Unit Amanah – Unit Trust

Anda mempunyai duit dan dana ini akan diberikan kepada pihak ketiga untuk diuruskan. Ada banyak syarikat seperti ini di Malaysia. Nasihat saya, jangan laburkan semua duit anda dalam unit amanah, laburkan sebahagian sahaja dalam dana unit amanah ini. Selebihnya anda cari ilmu untuk memulakan pelaburan ataupun perniagaan anda. Nak cari ilmu bagaimana? Panduan di bawah ini adalah antara tempat yang bagus untuk bermula.

Info lanjut berkenaan dengan unit amanah ataupun unit trust pula, anda boleh baca 2 artikel tekini kami berkaitan dengan topik ini;

Private Retirement Scheme (PRS)

Alternatif kepada KWSP adalah skim persaraan swasta. Kerajaan juga sejak kebelakangan ini memberikan suntikan dana kepada skim-skim persaraan ini. Ianya adalah sebagai salah satu alternatif untuk persaraan anda. Info lanjut berkenaan dengan PRS ini anda boleh baca artikel kami yang sebelum ini di SINI.

Saham

Siapa yang tak kenal atau tak tahu pasal saham. Ianya adalah antara pelaburan berisiko tinggi dan kebanyakan trader yang bagus yang saya kenal mengambil masa bertahun untuk menjadi bagus. Kalau anda nak melabur dalam saham, cuba belajar dalam tempoh 2 atau 3 tahun dan jangan lupa, strategi yang anda perlu gunakan dalam trading saham pun penting.

Info lanjut berkenaan dengan pelaburan saham, boleh baca beberapa pilihan artikel kami di bawah;

pelaburan saham

Boleh juga rujuk video di bawah berkenaan dengan cara buka akaun CDS saham.

FCPO

Kalau saham, anda melabur dalam syarikat. Kalau FCPO ni anda melabur dalam pasaran komoditi. Yang dilaburkan adalah dalam Futures Crude Palm Oil. Kenapa saya rekemen pelaburan ini sebagai salah satu jenis pelaburan di Malaysia? Kerana ianya patuh syariah dan anda boleh bermula dengan modal sekitar RM2k. Ianya jauh lebih berisiko berbanding saham.

Untuk info lanjut berkenaan dengan FCPO ini, anda boleh baca lebih lanjut di artikel kami di bawah;

Forex 

Forex pun antara pelaburan yang bagus cuma anda kena tahu ada 2 pendapat yang mengatakan forex ini haram dan harus. Kami nukilkan pendapat tersebut dalam artikel ini. Ianya merupakan antara pelaburan yang agresif dan berisiko tinggi. Boleh baca 2 artikel kami berkenaan dengan Forex di bawah ini;

Wahed Invest

Wahed invest ni unik sikit berbanding dengan Unit Trust ataupun unit amanah di Malaysia. Pelaburan di lakukan oleh robot. Robot yang kami maksudkan adalah Robo Advisor. Ianya merupakan antara pilihan pelaburan yang baik dimana kesemua pilihan pelaburan boleh anda lakukan menggunakan App sama ada Android ataupun Apple Iphone.

Untuk info lanjut berkenaan dengan Wahed Invest ini, anda boleh dapatkan di Artikel ini. Info berkenaan dengan yuran dan bayaran semua ada dalam artikel tersebut. Kalau sesuai dan nak cuba, boleh mulakan pelaburan anda. Modal permulaan pelaburan adalah RM100 sahaja.

Raiz Invest – Pelaburan Bentuk Baru

Sama seperti Wahed Invest, pelaburan melalui Raiz invest hanya menggunakan applikasi dalam Android dan juga Apple IOS. Ianya merupakan antara alternatif yang baik kepada ASB, Tabung Haji dan juga Wahed Invest. Nak dapatkan info lanjut berkenaan dengan Raiz invest ini, anda boleh dapatkan di artikel Apa itu Raiz Invest ini.

Ianya antara pelaburan bentuk baru yang anda boleh cuba. Seperti biasa, masukkan nilai yang kecil dahulu kemudian barulah masukkan pelaburan yang lebih besar apabila sampai masanya.

Saham Bank Rakyat

Ketika Tabung Haji dan ASB mengumumkan dividen yang rendah. Bank Rakyat mengejutkan rakyat Malaysia dengan mengumumkan dividen sebanyak 14% setahun jauh lebih tinggi dari yang lainnya. Bagi saya sangat berbaloi!

Cara nak beli saham bank rakyat ni pula anda boleh baca di artikel kami di SINI.

Pelaburan Emas

Ada yang kata emas ni kalis inflasi. Bagi saya emas ini tak sesuai sebagai satu pelaburan, tapi sebagai salah satu cara untuk elakkan nilai duit susut. Kalau duit ada masalah inflasi tetapi tidak emas. Apapun sebagai alternatif, boleh baca beberapa artikel kami yang berkaitan dengan pelaburan emas dan info berkaitan dengan emas di bawah;

Pelaburan Hartanah

Hartanah adalah antara salah satu pelaburan yang penting dan alternatif untuk anda. Teknik yang biasa digunakan adalah, beli rumah kemudian sewakan. Lakukan berulang-ulang kali sehingga anda mempunyai jumlah rumah yang tertentu.

Nampak mudah tetapi anda perlu untuk mempunyai pendapatan yang stabil sebab perlu untuk buat pinjaman dengan bank. Juga skill dan teknik untuk mencari rumah yang baik untuk tujuan pelaburan. Boleh baca artikel kami khusus berkenaan dengan pelaburan hartanah di bawah

Fixed Deposit

FD pun antara alternatif yang baik dan mempunyai risiko yang rendah untuk tujuan pelaburan ataupun tempat untuk simpan duit. Menariknya FD ini, ianya adalah antara alternatif yang baik kepada Tabung Haji dan ASB. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan FD, boleh ke bank-bank berhampiran anda.

Simpan Duit

Sebelum memulakan pelaburan adalah diingatkan untuk anda simpan duit. Jumlah minima adalah RM1000 dan selepas itu cuba untuk dapatkan RM10000 sebelum mula melabur. Kalau anda tiada simpanan RM1000, lupakan hasrat untuk membuat pelaburan. Kenapa? Saya ada pengalaman mereka yang nak melabur, tetapi Rm1000 pun tiada dalam simpanan. 

Untuk tips penting simpan duit, boleh tengok 2 artikel di bawah ini;

Idea Business Online

Kalau anda mencari idea untuk perniagaan online, berikut adalah antara beberapa idea yang kami boleh berikan kepada anda untuk memulakan perniagaan. Ianya bukan pelaburan seperti dalam topik ini, tetapi lebih kepada perniagaan. Baca artikel di sini berkaitan dengan idea terkini perniagaan online di SINI.

Jangan Lupa Subscribe Takaful

Jangan lupa untuk anda subscribe takaful. Ianya penting sebagai salah satu alat untuk elak daripada bencana kewangan yang tidak diingini. Info berkenaan dengan takaful boleh anda dapatkan di bawah ini;

Mana Yang Sesuai Dengan Anda

Ada banyak jenis pelaburan di Malaysia ini. Anda boleh pilih yang mana yang paling sesuai dengan apa yang anda mahukan. Yang penting, pastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi sebelum mulakan pelaburan ini. Yang lebih penting adalah pelaburan ilmu dan buku-buku ataupun blog yang mempunyai topik kewangan.

Teruskan pembacaan anda dalam kewangan dan manfaatkan pulangan dan strategi pelaburna anda.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *