6 Tips Pilih Skim Persaraan Swasta 2020

Macam mana nak pilih Skim Persaraan Swasta? Bagi yang bekerja swasta, memang perlu difikirkan apakah skim persaraan swasta yang terbaik untuk anda agar walaupun sudah tidak bekerja apabila menjelang usia 50an, anda masih lagi boleh hidup dengan selesa dan tidak terdesak. Lagi awal untuk anda memikirkan apakah skim yang terbaik untuk anda lagi bagus kerana pada usia muda, anda masih boleh lagi mengambil keputusan yang lebih berisiko.

Untuk yang bekerja dalam sektor kerajaan memang tidak perlu risau kerana mereka memang ada skim pencen untuk mereka. Tetapi untuk yang berada dalam sektor swasta, memang anda perlu memikirkan sesuatu untuk persaraan anda. Kalau tidak tentunya akan menjadi lebih susah nanti. Apapun, pada kali ini, kami akan tunjukkan cara yang terbaik untuk anda memilih sendiri tips jangka panjang untuk anda berjaya dalam skim pelaburan yang anda pilih.

Artikel pada kali ini adalah untuk memberikan anda info khusus berkenaan dengan skim ini ataupun dalam bahasa inggeris, private retirement scheme (PRS) di Malaysia. Juga pada akhir artikel, kami akan berikan beberapa alternatif untuk anda membina sendiri dana persaraan anda.

skim persaraan swasta

Pilihan Yang Ada Untuk Anda Pilih

Memang ada banyak pilihan untuk anda pilih. Yang paling penting adalah adakah ianya sesuai dengan apa yang anda cari dan anda mahukan. Saya sarankan untuk anda masukkan beberapa peratus dana ada dalam skim unit trust. Ini adalah antara beberapa item yang penting sekali.

Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengetahui dana yang terbaik untuk melabur dalam unit trust. Sebelum saya pergi lebih jauh berkenaan dengan unit trust ataupun unit amanah, saya sarankan untuk anda baca artikel INI. Saya ada ceritakan dengan lebih detail berkenaan dengan bagaimana konsep unit amanah ini pada artikel tersebut.

Tetapi perlu diingat yang dana unit amanah ini tidaklah menjanjikan pulangan yang banyak. Anda boleh anggap pulangan yang diberikan adalah lebih kurang 10% setahun, mungkin kurang ataupun mungkin lebih. Kalau pulangan lebih rendah daripada KWSP ataupun ASB, lebih baik anda laburkan sahaja di ASB. Apapun, untuk anda tahu apa pilihan yang terbaik dan cara bagaimana untuk memilih dana yang terbaik untuk pelaburan Unit Trust anda, kami galakkan untuk anda dapatkan di SINI. Ianya adalah tips yang lengkap berkenaan dengan cara dan strategi untuk memilih dana yang terbaik.

Penyedia Skim Persaraan Swasta – Private Retirement Scheme

Berikut adalah antara penyedia popular untuk skim persaraan ini bersama dengan bantuan daripada pihak kerajaan bagi menggalakkan mereka yang bekerja terutama disektor swasta untuk mencarum. Boleh tengok senarai yang kami berikan di bawah ini;

Pengeluaran Dana Skim Selepas Isu Covid-19

Pihak kerajaan telah berbesar hati untuk membenarkan pengeluaran bagi dana Skim Persaraan Swasta ini bersempena dengan covid-19. Pengeluaran maksimum adalah sebanyak RM1500. Boleh ikuti berita seperti di bawah;

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan pengeluaran prapersaraaan dari Akaun B Skim Persaraan Swasta (PRS) sehingga RM1,500 bagi setiap ahli.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengeluaran itu yang tidak dikenakan sebarang penalti cukai adalah bagi tempoh April hingga Disember 2020. (Sumber ; Berita Harian)

PRS ataupun KWSP

Nak pilih PRS ataupun KWSP? ini adalah antara jadual pilihan yang anda ada.

Sekadar pandangan peribadi, kalau anda mempunyai dana dalam KWSP, nasihat saya adalah biarkan sahaja. Pergi ke dana PRS apabila anda mempunyai lebihan duit dan sebagai salah satu cara untuk mempelbagaikan bentuk pelaburan anda.

Kami lebih galakkan untuk anda bina sendiri dana persaraan sendiri dengan mempelajari ilmu daripada jenis-jenis pelaburan seperti di bawah.

Bina Sendiri Dana Persaraan Anda

Kenapa anda perlu bina sendiri dana persaraan anda dan tidak bergantung kepada dana daripada mana-mana pihak. Salah satu sebab adalah anda mempunyai kelebihan untuk melihat sendiri dana persaraan anda. Berikut adalah antara beberapa fakta;

  • Pada 31 December 2015, Laporan tahunan KWSP mengesahkan sebanyak 5.4 juta (86%) pencarum aktif mempunyai simpanan kurang RM100,000 dalam Akaun KWSP mereka.
  • Sebanyak 65% ahli yang berusia lebih 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam Akaun KWSP mereka.
  • Hampir 25,000 orang daripada golongan Gen Y Malaysia diisytiharkan bankrupt.
  • Ramai rakyat Malaysia kehabisan Wang Simpanan Persaraan dalam tempoh masa antara 3 ke 5 tahun setelah melakukan pengeluaran penuh simpanan mereka sejurus selepas bersara.

Menakutkan bukan, jadi berikut adalah antara beberapa pilihan yang anda ada untuk tambah peluang pelaburan anda.

Pelaburan Saham

Kalau anda rasa pelaburan daripada dana Amanah ini adalah sekitar 10% setahun, anda bolehlah menggandakan pelaburan anda sehingga 50% setahun melalui pelaburan saham. Ianya boleh dilakukan kalau anda tahu teknik yang betul dan berkesan mengenai pelaburan saham. Kalau anda tidak pernah tahu bagaimana untuk bermula, kami cadangkan untuk anda bermula dengan langkah-langkah untuk membuka akaun dalam saham. Langkah-langkah tersebut ada kami ajar dalam artikel INI.

Memang tidak dinafikan yang saham memang menjanjikan pulangan yang berbaloi dan terbaik. Tetapi tidak semua orang mampu melakukannya. Yang penting adalah teknik yang betul berkenaan dengan cara memilih kaunter yang anda inginkan. Dari situ anda boleh mendapat pelbagai tips dan teknik untuk sukses dalam pelaburan ini.

Kami juga galakkan untuk anda dapatkan tips signal penting dalam Saham INI. Ianya sedikit sebanyak akan membantu anda untuk sukses dalam pelaburan dan sebagai satu permulaan untuk pelaburan yang anda inginkan.

Wahed Invest

Wahed Invest ni macam unit trust dan ianya lebih transparent. Anda dapat monitor pelaburan anda hanya menggunakan applikasi smartphone anda sahaja. Yang lebih menarik adalah, keputusan pelaburan anda dilakukan oleh Robo Advisor iaitu robot. Nak tahu lebih lanjut, boleh tengok beberapa info dan artikel kami di bawah;

Pelaburan Forex – Untung Besar

Salah satu lagi pelaburan yang popular adalah perdagangan mata wang. Kalau anda sudah mengkaji tentang cara untuk tambah pendapatan, tentu anda pernah dengar berkenaan dengan Forex ini. Ianya menjanjikan pulangan yang tinggi dan juga risiko yang tinggi. High Risk High Return.

Gunakan artikel di bawah ini sebagai permulaan untuk anda mendalami apa itu Forex;

Jom Mula Dari Sekarang

Lagi awal anda bermula lagi bagus kerana lebih banyak risiko yang anda boleh ambil untuk sukses dalam apa yang anda ceburi. Saham dan unit trust adalah antara pelaburan yang kami cadangkan untuk anda ceburi sebagai salah satu skim persaraan swasta terutama ketika anda tua nanti.

Selain daripada 2 teknik ini, memang tidak dinafikan ada banyak lagi cara lain yang anda boleh gunakan untuk hari ketika anda bersara nanti. Walaupuna ada banyak cara, kami tetap cadangkan untuk anda laburkan dalam 25% daripada dana persaraan anda dalam mutual fund ini. Ianya adalah pelaburan yang kurang risiko tetapi masih menjanjikan pulangan yang baik. Pilihlah dana yang terbaik untuk anda gunakan.

Leave a Reply

Pin It on Pinterest