Quantum Metal vs Public Gold vs Maybank Gold Investment

Ini adalah perbandingan antara Quantum Metal vs Public Gold vs Maybank Gold Investment. Nak melabur mana satu, anda boleh buat pilihan sendiri selepas lihat beberapa perbandingan di bawah ini.

Pelaburan emas ini sangat berbaloi apabila anda tahu dan dapat analisa harga emas. Beli pada harga rendah dan jual semula pada harga yang tinggi. Apapun, dalam artikel ini, kami akan perkenalkan serba sedikit berkenaan dengan teknikal analisis dalam artikel ini.

Apapun, antara ketiga-tiga platform ini, Quantum Metal, Public Gold dan Maybank Gold Investment, mana yang terbaik, anda tentukan sendiri.

quantum metal vs public gold vs maybank gold investment

Perbandingan Quantum Metal vs Public Gold vs Maybank Gold Investment

DetailQuantum MetalPublic GoldMaybank Gold
Profil SyarikatDitubuhkan pada 2012 dan mempunyai 4 pejabat di Malaysia. Pulau Pinang, JB, KL dan Kuching Sarawak.Ditubuhkan pada tahu 2008 dan mempunyai 18 cawangan di Malaysia.Anak syarikat Maybank dan segala transaksi melalui Maybank2u
Websitehttps://www.quantummetal.com.my/https://publicgold.com.my/MaybankGoldAcc
Beli OnlineYaYaYa
Pembelian SerendahRM10RM100RM100
Caj SimpananSehingga 3.5% SetahunTiadaTiada
Patuh SyariahYaYaYa
Penasihat SyariahInternational Shari’ah Research Academy For Islamic Finance (ISRA)Amanie Advisors Sdn BhdTak Dapat Dipastikan
Akaun Emas3 jenis akaun emas: 1.GSA – Gold Storage Account (Simpanan) 2.GCA – Gold Convert Account (Pajak Online) 3.GAE – Gold Asset Enhance (Pelaburan Gae5x dan Gae10x)Akaun Gold Accumulation Program (GAP)Maybank Islamic Gold Account-i
Penebusan Emas FizikalMin 1 GramMin 1 GramMin 1 Gram
Lokasi Emas FizikalGold stored in Brinks SingaporeGold minted & stored in MalaysiaTak Dapat Dipastikan
Fizikal Emas 99.99% / 999.99The Perth Mint AustraliaPublic GoldLondon Bullion Market Association (LBMA)
Business PartnersAngkasa, ACO, Ar-Rahnu Tekun, Bank Muamalat, Affin Bank, The Perth Mint Australia, Brinks & morePartners Pos Malaysia, The Peath Mint Australia, Bank Rakyat, Oracle, Agro Bank, Bank Rakyat, Bank Muamalat, Bank Islam, Ar-Rahnu, Ar-Rahn, Koperasi Dagang Emas, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia & more

p/s Jika terdapat kesalahan fakta, minta tolong betulkan di ruangan komen

Quantum Metal Penipu

Pada satu ketika, isu Quantum Metal ini sangat panas di Facebook. Ada ramai yang mengatakan ianya merupakan satu scam. Jika anda ada perasaan ragu-ragu berkenaan dengan Quantum Metal, boleh baca dalam artikel ini untuk anda tentukan sendiri sama ada ianya scam ataupun sebaliknya. Daripada artikel ini, pasti anda dapat pencerahan yang terbaik berkenaan dengan Quantum Metal.

Ya, sebelum anda nak mula melabur, memang anda kena pastikan dan dapatkan seberapa banyak informasi berkenaan dengan Quantum Metal. Boleh baca artikel yang saya maksudkan itu di SINI.

Public Gold Tipu Juga?

Betul ke Public Gold tipu? Public Gold merupakan platform yang tak asing lagi dalam jual dan beli emas di Malaysia. Ianya agak sinonim, ingat emas ingat Public Gold. Untuk Public Gold, anda boleh juga dapatkan info lanjut berkenaan dengan Public Gold itu di SINI.

Sebelum anda membeli dan menjual emas fizikal Public Gold, anda kena tahu berkenaan dengan spread ataupun dalam Bahasa Melayunya, susut nilai.

Emas Untuk Pelaburan

Saya sangat setuju dengan Tuan Azizul Azli Ahmad yang emas bukan untuk pelaburan. Kalau anda nak buat pelaburan boleh, cuma anda kena tahu teknikal analisis, beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Pelaburan Emas : Antara Simpanan dan Spekulasi

  • Pelaburan emas sebenarnya ialah satu bentuk pengurusan kewangan melalui kaedah simpanan. Dalam simpanan, tujuannya hanya untuk mengekalkan harta, ia bukan bertujuan untuk pelaburan. Cuma ia dinamakan pelaburan emas sebab ia ada kemungkinan untung atau rugi melalui kenaikan dan penurunan harga emas berbanding wang utama saja.
  • Kalau untung pun ia taklah untung sangat dan kalau rugi pun ia taklah rugi sangat. Yang lebih utama ialah kemampuan simpan wang dan kemampuan menjaga nilai wang jangka panjang.
  • Ia sesuai untuk mereka yang susah mendidik diri menyimpan atau elakkan belanja duit kepada jalan yang tak perlu.
  • Konsep pelaburan simpanan emas sebegini juga tidak ada khilaf semua ulama membenarkannya.
  • Sekarang ada pula syarikat yang memperkenalkan kaedah baru menggunakan leveraj. Saya tidak mahu ulas aspek kepatuhan Syariah susunan akadnya, biarlah penasihat Syariah produk itu sendiri menjelaskan dan berikan jawapan, pandai-pandai lah beri jawapan kalau dah berikan kepatuhan Syariah.
  • Saya cuma ingin ulas dalam aspek pelaburan. Menggunakan hutang untuk membeli emas akan mengubah konsep simpanan emas sebelum ini. Struktur berbeza, tujuan berbeza dan teknik pun berbeza.
  • Tak kiralah sama ada anda beli emas 1 dapat 10, atau beli emas, gadai dapatkan tunai untuk belanja hangus, kedua-dua kaedah ini bukan kaedah simpanan emas. Ia adalah pelaburan yang bersifat spekulasi. Ia menjadikan tujuan utama beli emas hanya untuk menunggu harga naik sahaja.
  • Spekulasi dalam pelaburan emas mengundang kritikan ramai ulama. Emas adalah mata wang dan majoriti ulama melarang spekulasi mata wang.
  • Dalam kaedah spekulasi, anda boleh rugi besar sekiranya emas jatuh. Emas dalam akaun boleh jadi ‘negatif’, inilah beza spekulasi dengan simpanan.
  • Dalam simpanan emas, walaupun menggunakan akaun, tidak akan wujud jumlah emas negatif. Selagi ada gram, selagi itu kita tidak rugi.
  • Tapi dalam pelaburan menggunakan hutang, emas boleh jadi negatif kerana kejatuhan. Mereka yang alami situasi negatif ini mungkin join semasa harga mencanak, tiba-tiba merudum.
  • Ada yang kata, sebab itu kena ada ilmu. Betul, tapi ilmu simpanan emas dengan ilmu spekulasi emas adalah berbeza.
  • Walaupun ulama berbeza pendapat tentang isu spekulasi emas ini, ulama tak berbeza tentang simpanan emas.
  • Jadi, untuk lebih selamat, elakkan terlibat dengan pelaburan secara spekulasi kerana mengundang pelbagai risiko.
  • Semoga pelaburan kita di dunia mendapat hasil di akhirat..pelaburan emas terbaik ialah menderma kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan. sumber

Teknikal Analisis Untuk Pelaburan Anda

“Buy Low Sell High” adalah asas dalam mana-mana pelaburan. Kalau anda dapat membeli pada harga rendah dan kemudian jual semula emas pada harga tinggi, memang anda boleh dapat untung yang besar. Apapun boleh tengok dalam video di bawah ini.

Akan tetapi, harga emas tak sentiasa naik, ada masa ianya mendatar dan ada masa ianya menurun. Kalau anda mempunyai kefahaman dalam teknikal analisis, ianya memang akan membantu anda untuk membuat keputusan pelaburan yang tepat.

Nak mahir dalam analisa teknikal ini bukanlah ambil masa yang singkat. Ianya mungkin ambil masa berbulan dan bertahun bergantung kepada keadaan seseorang. Kalau anda serious, tak ada masalah untuk anda mendalami bidang teknikal analisis ini.

Sampai sini sahaja artikel perbezaan antara Quantum Metal vs Public Gold vs Maybank Gold Investment. Apapun, anda buat pilihan sendiri yang mana yang terbaik.

Related Posts

5 thoughts on “Quantum Metal vs Public Gold vs Maybank Gold Investment

  1. Maaf sekadar pembetulan, info terbalik tuan, simpanan rm10 minimum di QM bukan di PG, simpanan minimum PG adalah rm 100. satu lagi di QM juga tiada upah simpan untuk produk GSA, produk GSA sama konsep dgn akaun GAP, jadi kalau dibandingkan kedua-dua tiada upah simpan. Namun upah simpan 3.5% itu adalah untuk produk GAE yang tidak disediakan di PG. Sekian terima kasih 🙂

    1. ok, saya akan betulkan dalam masa terdekat. Terima kasih atas feedback

  2. Salam tuan, tentang Maybank Gold Investment belum dikupas lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *