Quantum Metal (QM) Penipu 2024

Betul ke Quantum Metal ini penipu dan tak boleh nak dipercayai? Apapun, dalam mana-mana pelaburan tak kisahlah pelaburan saham, pelaburan emas dan lain-lain pelaburan, adalah lebih baik untuk anda buat kajian terperinci dahulu. Sama juga dengan pelaburan dalam Quantum Metal ini.

Anda datang ke artikel ini mesti sebab nak tahu lebih lanjut sama ada QM ini betul ataupun tidak. Apapun, anda boleh baca dengan baik untuk tahu lebih lanjut berkenaan dengan hujah kedua-dua belah pihak.

Quantum Metal ini secara ringkasnya adalah pelaburan emas yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada pelabur. Akan tetapi, adakah ianya legit dan boleh dipercayai? 

Artikel pada kali ini tidak untuk menyalahkan sesiapa, akan tetapi lebih kepada memberikan anda hujah daripada kedua-dua pihak yang menyokong QM dan juga yang menyatakan QM ini scam. Pun juga, artikel ini tidak dikategorikan sebagai nasihat kewangan “investment advise”. Jika anda nakkan nasihat pelaburan, boleh dapatkan daripada pelabur bertauliah. Artikel ini adalah sebagai “educational and entertainment only”

Dah nampak dan tahu hujah daripada kedua-dua belah pihak, kemudian anda tentukan sendiri sama ada ianya boleh dipercayai ataupun sebaliknya.

quantum metal penipu

Keburukan Quantum Metal

Antara yang tak bersetuju dengan konsep perniagaan Quantum Metal ini adalah saudara Alwi Adam. Apapun boleh follow facebook beliau dan baca penerangan beliau di bawah ini.

Siri 2. Masuk sistem la baru reliable.

Ini juga saya kongsikan waktu sesi bersama consultant QM dengan penuh rahmah dan professional.

Team saya telah mengkaji banyak produk dalam pasaran. Sebabnya client kami yang tanya. Dan memang advisor kami akan selidik dulu.

Kisahnya QM memang dah lama pun, dah team member kami dah daftar seawal 2016. 

Seawalnya ia platform beli jual emas. Takda isu pun. Asalkan boleh link dengan inventori. 

Cumanya pengiktirafan Shariah dari Isra bermula tahun 2019. Dan tahun 2020, Dr Bad dari Isra mention program dan pakej ini shariah compliant. So we accepted this. 

Hanya bila tak renew dan bertukar sahaja membuatkan kami melihat kembali, seiring dengan concern jika floating loss dan apa yang termaktub dalam Shariah documents, SOP, contract, serta memo. Kami hanya perlukan penjelasan sahaja, seperti posting email reply tempoh hari.

Quantum Metal Payment Delay

Habis viral dalam akhir tahun 2023 di mana Quatum Metal ada menyatakan yang payment mereka akan ada sedikit kelewatan. Boleh tengok screenshot ataupun tangkap layar di bawah.

quantum metal payment delay

Nampak menyeramkan dan anda boleh kaji jawapan dari mereka yang lebih arif berkenaan dengan isu teknikal ini. Harapnya pihak QM tak memburukkan lagi keadaan dan kita semua harap ianya akan menjadi jauh lebih baik dan tiada lagi payment delay ini pada masa yang akan datang.

Kepada anda yang membaca artikel ini, kaji dan buat keputusan dengan betul sebelum mula melabur dalam apa-apa platform pelaburan termasuklah Quantum Metal.

Satu lagi penerangan daripada saudara Zayed Zulkifli

Quantum metal ni panas balik 3-4 hari lepas. Aku pun dah comment pasal quantum metal setahun lepas. Nak comment 3-4 hari lepas akaun aku kena ban dgn facebook. Dan orang dok up balik posting aku 2017 pasal OTC stock di US. Hairan tiba2 je. Rupa2nya ada kaitan dgn quantum metal. 

Antara isu yg aku sentuh ialah:

1. Misleading agent atau promoter yg menampakkan only upside of the investment. Sedangkan emas ada turun naik. Kalau guna leverage, naik 10 kali cepat, jatuh pun 10 kali cepat. Kalau cerita bab naik mmg tak nampak langit. Sekarang emas jatuh forming double top, untung ke rentung?

2. Bab syariah produk dia, dari tahun lepas ada perbalahan. Khilaf etc. ini serah pada yang ahli. Bab emas ni, item ribawi transaksi kena lani on spot. Beli emas dapat emas. Kalau produk simpanan emas, secara shariahnya, akaun itu kena ada backup physical gold. Jangan atas paper ada 10,000 nilai emas, tapi dalam inventory hanya ada physical emas nilai rm5,000. Ini dah tak comply. Shariah auditor kena monitor dan audit benda ni. Shariah advisor boleh buat guidelines to comply shariah. Tapi auditor shariah kena verify depa patuh ke tidak.

3. Legitimacy of the investment. So far, depa tidak menjanjikan fixed return every month. Ada laporan kewangan walaupun tidak diaudit, itu bukan menanda ia akan menjamin keuntungan. The company makes money by charging fee for simpanan as well as selling and buying gold (physical or paper). Kalau ada weaknesses atau red flags dalam financial reports, itu belum penentu akhir ia adalah scam. Kat bursa pun berlambak2 syarikat yg banyak red flags dalam audited financial reports. Yg kita boleh avoid, avoid lah. 

Kalau quantum metal menjanjikan dividend, itu dah menjadi kesalahan. Sebab mereka bukan jual unit saham syarikat mereka. Apa yg mereka tawarkan ialah keuntungan dari kenaikan harga emas. Mungkin aku takde maklumat lain.

Kebaikan Quantum Metal

Berikut adalah kenyataan patuh syariah berkenaan dengan Quantum Metal daripada Facebook Page Ust Lariba. 

PENCERAHAN MENGENAI QUANTUM METAL (QM) OLEH ISRA

Awas panjang ….

Semalam, International Shariah Research Academy (ISRA) telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai penglibatan mereka dengan QM.

ISRA merupakan penasihat syariah QM. 

Pencerahan ini kemungkinan berpunca daripada banyak pertanyaan, tuduhan dan juga tohmahan mengenai produk2 QM terutama sekali produk Quantum Leverage.

Scammer online forex haram juga mengambil peluang ini untuk menyamakan produk Quantum Leverage dengan leverage dalam online forex haram, walaupun kedua-duanya adalah amat berbeza.

Ditambah pula dengan sikap tidak bertanggung-jawab sesetengah agen QM yang begitu ghairah mempromosi produk Quantum Leverage dengan cara yang mengelirukan, sehingga ada yang mengatakan “dapat emas percuma” dan juga “janji untung.”

Oleh itu, dipersilakan untuk mentelaah penerangan ISRA di bawah ini. Penerangan dalam laman web ISRA juga mengandungi helaian penerangan kepatuhan syariah untuk ketiga2 produk yang baik untuk kita semua fahami (dalam bahasa Inggeris).

Semoga bermafaat.

Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.

Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah….

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

International Shariah Research Academy (ISRA) ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Bank Negara Malaysia sebagai institusi penyelidikan berkaitan kewangan dan Syariah Islam. ISRA diiktiraf di peringkat global sebagai akademi penyelidikan utama global dalam industri kewangan Islam dan telah mendapat banyak penghargaan. ISRA disokong oleh sekumpulan penyelidik kanan yang berpengalaman dan profesional. ISRA Consulting menawarkan perkhidmatan perundingan yang luas dan komprehensif dalam khidmat nasihat, penyelidikan, latihan dan terjemahan dalam bidang kewangan Islam dan Syariah.

~~~~~~~~~~~~~~~

ISRA Consulting (IC) telah menerima banyak pertanyaan mengenai status produk emas yang ditawarkan oleh Quantum Metal Sdn Bhd (QM) [No. Syarikat 1011907-U]. Dalam hal ini, kami ingin membuat penjelasan berikut:

a) IC dilantik sebagai perunding Syariah untuk mengkaji struktur tiga produk yang ditawarkan oleh QM.

b) Sebagai perunding Syariah, kami mengkaji dan mengeluarkan pernyataan Syariah mengenai produk berikut:

I. QM GOLD STORAGE ACCOUNT (GSA)

II. QM GOLD ADVANCE ACCOUNT (GAA)

III. QM GOLD LEVERAGE ACCOUNT (GLA)

Boleh baca lebih lanjut dalam artikel di SINI

Apapun, untuk isu syariah memang tiada isu kerana Quantum Metal telahpun disahkan patuh syariah sebelum ini. Dah patuh syariah, quantum metal penipu lagi ke? Cuma beberapa isu daripada tuan Alwi Adam perlu untuk di jawab.

Kebanyakan pelabur pula agak ragu-ragu dengan produk Quantum Metal Glod Leverage Accoung (GLA) yang menawarkan sehingga 10x daripada pinjaman asal. Bermaksud jika anda beli emas 4g, anda dapat pinjaman sebanyak 9 kali ganda 36g. Memang banyak diulas berkenaan dengan isu ini tetapi secara peribadi saya tak cadangkan kalau anda nak buat pelaburan dengan menggunakan duit hutang dan bukan duit sendiri. Itu cuma pandangan peribadi sahaja.

Pun anda boleh tengok video di bawah sebagai info lanjut.

Apapun, kalau anda nak melabur dalam QM, buat kajian sendiri dan ketahui yang mana baik dan yang mana buruk. Untuk pilihan kalau nak melabur dalam emas, ada banyak pilihan lain seperti di Public Gold, Wahed Invest dan lain-lain lagi. Apapun adakah quantum metal penipu dan scam? bukan saya yang tentukan, anda sendiri yang tentukan. Kaji berkenaan dengan produk ini dan kalau rasa yakin baru mula melabur.

Related Posts

2 thoughts on “Quantum Metal (QM) Penipu 2024

  1. Assalamualaikum, mohon pencerahan mengenai caj perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai fee dalam produk gca atau gae. Saya dah join qm ni dan sudah membeli gae×5. Saya bertanya pada orang yang guide saya mengenai caj perkhidmatan ini. Katanya akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 3.5% daripada jumlah pembiayaan selama setahun tempoh pengurusan. Maksudnya dalam tempoh setahun akan dikenakan 3.5% sebagai caj perkhidmatan pembiayaan 5 kali ganda gae. Contoh saya beli 1 unit gaex5 bersamaan RM 100 nilai gram emas, then qm akan membiayai saya RM 400 gram emas so saya akan ade RM 500 nilai gram emas. Katakanlah pada masa itu nilai gram emas 1 gram bersamaan RM 200. So maksudnya saya mempunyai 2.5 gram emas bersamaan RM 500. Saya tunggu dalam masa setahun untuk jual balik emas dan katakan kenaikan harga emas selepas setahun menjadi RM 250 untuk 1 gram emas. So nilai harga emas dalam gae saya adalah sebanyak RM 624 kerana 2.5 gram × RM 250. Apabila mahu menjual saya dikenakan caj perkhidmatan 3.5% daripada jumlah pembiayaan awal2 tadi bersamaan 3.5% × RM 400 iaitu sebanyak RM 14. Saya juga perlu membayar RM 400 iaitu hutang pembiayaan saya. Maka RM 625 – RM 14 – RM 400 bersamaan RM 211. Saya ingin mempersoalkan mengenai caj perkhidmatan yang dikenakan dalam bentuk peratus tersebut iaitu 3.5%. Mengikut rujukan link ini http://kpipm64.blogspot.com/2012/04/caj-perkhidmatan-yang-diharuskan-oleh.html?m=1 iaitu mengenai hukum mengenakan caj perkhidmatan, saya mendapati mengenakan caj perkhidmatan mengikut peratus adalah bertentangan dengan hukum Islam kerana caj tersebut tidak tetap. Persoalannya kenapa perlu dikenakan caj mengikut peratus? Lagi satu kenapa caj tersebut dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman atau pembiayaan? sedangkan berdasarkan rujukan di link tersebut menyatakan bahawa caj dikenakan perlulah mengikut kos pengurusan bukan mengikut nilai pinjaman yang telah diberikan. Dan saya telah menonton video Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum mengenakan caj perkhidmatan atau pembiayaan atau pinjaman. Dalam video tersebut UAS menyatakan caj tidak boleh dalam bentuk peratus. Saya tak kesah pihak atasan mengesahkan samaada halal atau haram perkhidmatan sesebuah syarikat yang pasti saya ingin anda menjawab persoalan saya. Kerana saya tak nak menjadi seperti bagaikan lembu dicucuk hidung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *