5 Cara Beli Barang di Alibaba & Alternatif

Macam mana cara beli barang di Alibaba? Kalau anda mula mencari pembekal, memang wajib tahu berkenaan dengan laman web popular seperti Alibaba ini. Di sinilah anda boleh mendapat pelbagai barangan yang dijual dari China dengan harga yang murah. Timbul persoalan, macam mana nak beli barang di laman web Alibaba? Apa alternatif yang ada selain daripada Alibaba ini?

Berdasarkan pengalaman dan informasi yang kami ada, artikel pada kali ini kami simpulkan sedikit demi sedikit berkenaan dengan beberapa cara untuk anda mula membeli pelbagai barang di Alibaba secara selamat.

cara beli barang di alibaba

Alibaba vs Aliexpress vs Taobao

Ada banyak sebenarnya tempat memborong dari China dan yang paling popular dan ramai yang gunakan adalah Alibaba, Aliexpress dan Taobao. Persamaan kesemua syarikat ini adalah, ianya berpusat dan China. Akan tetapi, timbul persoalan macam mana nak memanfaatkan ketiga tiga syarikat ini.

Yang menjadi perbezaan ataupun yang membezakan kesemua syarikat ini adalah kuantiti barangan yang anda order ataupun minimum quantity order (MQO). 

Apa Itu MQO

Minimum Quantity Order adalah jumlah barangan minimum yang perlu diletakkan oleh pembekal untuk menampung kos yang diperlukan bagi penghasilan sesuatu produk ataupun barangan milik mereka. 

Pihak mereka perlu untuk menampung kos-kos yang diperlukan bagi penhasilan sesuatu barangan dan biasanya MQO di Alibaba adalah pada kuantiti yang besar kerana mereka menghasilkan barangan yang dijual pada harga yang murah. 

Alibaba – Apa Yang Anda Perlu Tahu

  • Alibaba merupakan laman web e-commerce terbesar di dunia dan dicipta dengan tujuan untuk menghubungkan syarikat pembekal di China dengan penjual di seluruh dunia. 
  • Ianya merupakan laman web Business to Business.
  • Segala pembelian dan urusniaga dilakukan dengan fungsi chat dan email sahaja dan tiada pembelian melalui laman web “add to cart” seperti di Lazada, Shopee dan lain-lain.
  • Nak beli barang di Alibaba ni tak susah pun, pergi sahaja ke kotak search alibaba dan search sahaja barangan yang anda mahukan. Sebagai contoh sekarang saya dalam proses nak deko rumah dan nak cari vinyl flooring sebagai alternatif kepada jubin. Boleh tengok banyak pilihan yang anda boleh dapat. Banyak barangan yang anda boleh dapatkan senarai pembekal dan vinyl flooring adalah salah satu barangan yang bagus.

Taobao – Apa Yang Anda Perlu Tahu

  • Jika Alibaba adalah untuk peniaga besar, Taobao adalah untuk peniaga ataupun pemborong kecil.
  • Kekurangan di taobao adalah, laman web milik mereka adalah dalam bahasa mandarin, akan tetapi ianya tak jadi penghalang pun untuk berurus niaga di Taobao kalau anda tahu cara dan teknik untuk membeli pelbagai barangan di sana.
  • Taobao adalah antara alternatif yang baik kepada Alibaba dan kalau anda nak membeli barangan di Taobao, boleh baca artikel kami di sini berkenaan dengan cara untuk beli barang di Taobao.

Aliexpress – Sedikit Info

  • Aliexpress adalah laman web yang disediakan sebagai platform Business to Customer (B2C).
  • Target mereka bukanlah untuk memborong, akan tetapi untuk consumer di luar sana. 
  • Kebanyakan barang yang dijual di Aliexpress ini tidaklah terlalu murah dan ada kalanya, barangan yang dijual di Shopee ataupun Lazada adalah lebih murah daripada di Aliexpress.
  • Apapun, tak salah kalau anda nak jadikan Aliexpress ini sebagai salah satu daripada laman web untuk anda dapatkan sumber untuk memborong pelbagai barangan.

Pengalaman Beli Barang Di Alibaba

Kalau anda nak beli barangan di Alibaba, ada pelbagai info dan faktor yang anda perlu ambil kira antaranya adalah;

Harga Seunit

Penting untuk tahu harga seunit sebelum membuat apa-apa pembayaran. Sebagai contoh vinyl flooring ini dijual pada harga $2.3 untuk setiap sq meter. Memang banyak info yang tak jelas dan untuk itu, anda boleh cuba menghubungi pihak pembekal untuk mendapatkan info lanjut.

Sama sahaja untuk pelbagai barangan lain, anda boleh terus berhubung dengan pihak pembekal bagi mendapatkan info lanjut.

Minimum Quantiti Pesanan

Semua perkara di dalam Alibaba memang boleh dirunding. Kalau kuantiti pesanan anda tak banyak pun tak mengapa kerana ada kemungkinan pihak pembekal di sana akan berunding untuk menaikkan harga barangan pula. Memang dalam mana-mana bidang pun sama, berunding itu lumrah yang penting ianya memanfaatkan kedua-dua belah pihak.

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran di Alibaba ini ada beberapa pilihan yang anda perlu tahu. Alhamdulillah bagus anda baca sampai habis kerana walaupun kadangkala penjual itu disahkan, lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga untuk elak ditipu dikemudian hari.

Bank Transfer

Cara pembayaran jenis ini agak berisiko. Di sini, pembekal akan menerima pembayaran sebelum produk itu dikeluarkan. Cara ini memang agak berisiko terutama kalau anda membuat pembelian pada kali pertama dan pembekal pula bukan jenis yang selalu anda berurusan. Jika boleh, sebaiknya elakkan daripada membuat pembayaran jenis ini dan pilih pembayaran jenis lain.

Letter Of Credit

Cara pembayaran jenis ini tiada masalah untuk dilakukan cumanya ianya agak rumit untuk dilakukan. Kebiasannya syarikat-syarikat besar sahaja yang menggunakan kaedah pembayaran jenis ini.

Western Union

Kaedah pembayaran jenis ini agak berisiko dan tidak digalakkan untuk anda gunakan. Boleh gunakan kaedah pembayaran jenis ini jika anda dah biasa berurusan dan kenal dengan pihak pembekal. Jika itu tak mengapa.

Paypal

Cara ini lebih selamat dan memudahkan pembeli. Akan tetapi ianya akan merumitkan pembekal kerana nak mengeluarkan duit agak sukar dan negara China mengenakan cukai yang tinggi. Lebih mudah, cara ini tidak popular untuk pembekal dari China.

Escrow

Cara ini adalah lebih digalakkan kerana kerana wang yang digunakan untuk tujuan pembelian akan ditahan oleh pihak ke 3. Wang tersebut akan diberikan kepada pembekal jika pembeli mengesahkan yang mereka sudah menerima barangan tersebut. Kalau nak buat pembelian, boleh gunakan cara ini kerana lebih mudah dan selamat.

Apa Yang Anda Perlu Tahu

Kalau gunakan khidmat Alibaba ini, apa yang anda perlu tahu adalah kena berhati-hati untuk elak daripada ditipu. Bina kepercayaan dengan pembekal dahulu dengan cuba untuk order sample dan beli dalam kuantiti yang paling minima. Ianya penting untuk jangka masa panjang.

Cara Pembekal Yang Sah – Verified Supplier

Pihak Alibaba mempunyai program pengesahan mereka sendiri dan anda boleh cuba membeli dari situ. Risiko untuk ditipu atau di scam itu tetap ada, akan tetapi, membeli dari pembekal yang disahkan ini membolehkan anda untuk mengurangkan risiko untuk di tipu ataupun di scam. Adalah lebih baik untuk anda memilih pembekal yang mempunyai Gold Membership.

Sentiasa Tanya Keadaan Barang Yang Anda Beli

Sentiasa tanya kepada pihak pembekal berkenaan dengan keadaan barang yang anda beli. Follow up adalah sangat penting dalam banyak keadaan.

Beli Barang Anda Sekarang

Tak ada masalah pun nak beli barang di Alibaba. Awal-awal kalau buat pembelian pertama kali itu memang susah akan tetapi kalau dah pernah buat pembelian, ianya tak jadi susah selepas itu. 

Ini adalah cara beli barang di Alibaba, dan jika anda mempunyai bajet yang lebih kecil dan tak nak beli barang yang mempunyai kuantiti yang banyak, boleh juga cuba untuk beli barang daripada platform Taobao. Ianya merupakan satu platform yang baik dan bagus untuk anda bermula.

Related Posts

One thought on “5 Cara Beli Barang di Alibaba & Alternatif

  1. hi malissa. macam mana nak cari shipping yang murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *