3 Cara Beli Barang Dari China – No 2 Best

Macam mana cara nak beli barang dari China. Terdetik soalan ini mungkin sebab anda baru nak mula berniaga atau tercari-cari peluang dan ruang untuk mendapatkan pelbagai barangan yang lebih murah dari China. Apabila barang lebih murah, maka keuntungan itu akan meningkat akibat daripada persaingan.

Persoalannya, macam mana nak beli barang dari China ni? Jangan risau, pada artikel kali ini kami akan tunjuk satu persatu strategi untuk mula membeli pelbagai barangan dari China. 

Bukan sahaja untuk perniagaan, kalau anda nak beli suka-suka pun tiada masalah kerana pelbagai barangan di China memang dijual pada harga yang sangat murah. 

cara beli barang dari china

Mula Berjinak-Jinak Menjual Di Shopee

Sekarang ini Malaysia dalam fasa Endemik Covid-19. Semasa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, saya ada cuba-cuba untuk menjual barangan preloved di Shopee. Pada masa itu mula la nak explore cara setup kedai di Shopee dan siap kaji lagi niche barangan yang berbaloi untuk dijual. Pun dah cuba strategi Dropship, iaitu untuk menjual di Shopee tanpa ada modal yang tinggi.

Dropship pun dah buat, sekarang ni cuba beralih perlahan-lahan untuk mendapatkan pelbagai barangan dari China dengan harga murah. Dah alang-alang dapat harga murah, boleh la cuba jual semula.

Beli Barang Borong Terus Dari China

Anda memang boleh beli barang terus dari China, tapi… itu dahulu, sekarang mungkin susah. Kenapa susah, sejak munculnya pademik Covid-19 juga, sekarang ini di Malaysia khususnya dah masuk ke fasa Endemik. Walaupun sempadan perjalanan ke luar negara memang dah dibuka, akan tetapi, tetap kena hati-hati.

Kenapa kena hati-hati? Takut perkara yang tidak diingini seperti kena varian baru muncul ataupun paling teruk, warded di negara seperti China. Dari segi prosedur dan kos tu, pasti akan jadi sangat leceh.

Lagipun, bila bercerita pasal kos, ini adalah antara kos yang anda kena tanggung kalau pergi secara fizikal ke China.

Perkara Kos Anggaran

1. Tiket Kapal Terbang RM2000

2. Visa RM200

3. Hotel RM600

4. Makan & Pengangkutan RM600

5. Shipping & Bagasi RM500

Jumlah RM3,900

Mahal kan kos kalau travel ke China, ni belum lagi kos-kos lain yang anda kena tanggung seperti makanan dan lain-lain. 

Disebabkan oleh itu, pilihan yang ada hanyalah untuk anda beli sahaja secara online. Sama ada nak memborong ataupun nak beli untuk keguaan sendiri pun tak ada masalah. Kami akan cuba tunjuk satu persatu platform apa yang anda boleh guna untuk mula membeli pelbagai barangan di Taobao.

Beli Barang Dari Aliexpress

Paling mudah adalah dengan menggunakan platform dari Aliexpress ini. Walaupun platform ini direka untuk pengguna dari United States (US), sebagai pengguna di Malaysia pun tak ada masalah untuk cuba membeli pelbagai barangan dari Aliexpress ini. 

Anda boleh mendapat banyak deal-deal menarik pada harga yang tak masuk akal untuk barangan di Aliexpress ini. Nak ingatkan sekali lagi, barangan di Aliexpress ini memang agak murah, tapi kalau anda nak beli secara borong dan jual semula memang tak sesuai. Kalau nak jual semual, lebih baik menggunakan platform daripada Taobao.

Nak beli barang dari Aliexpress, boleh google je laman web mereka atau pergi ke hujung artikel di mana kami link kan ke beberapa laman web.

Cara Mencari Supplier Dari China

Kalau nak mencari supplier ni, tak semestinya kena ke China. Boleh sahaja cari secara online dahulu. Nak cari boleh gunakan kedua-dua platform ini. Untuk pemborong kecil-kecilan yang baru nak bermula dan modal agak sederhana, boleh cuba borong di Taobao.

Kalau nak memborong secara pukal dengan kuantiti yang agak besar, 1000 unit ke atas, boleh cuba cari di Alibaba.  Dah bina networking secara online, tak ada masalah anda nak ke China untuk berjumpa dengan supplier ini.

Boleh juga tengok video di bawah bagi anda mendapatkan penjelasan lanjut berkeaan dengan cara mencari supplier di China.

Cara Beli Barang di Taobao

Untuk mula membeli barangan di Taobao, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda mempunyai akaun sendiri. 

Nak beritahu awal-awal juga, yang laman web Taobao ini adalah dalam bahasa mandarin. Sebelum anda pergi ke laman web Taobao ini dan mula membeli, kami sarankan untuk anda baca dahulu artikel kami berkaitan dengan cara beli barang di Taobao DI SINI.

Ianya akan memudahkan anda kerana disertakan sekali dengan contoh dan harga untuk anda pilih. Berbaloi tak beli borong di Taobao ni? Anda masih kena buat kajian niche dahulu juga dan tak semua barangan adalah berbaloi untuk beli. Kaji dahulu barangan yang anda nak beli untuk memudahkan anda buat keuntungan. Artikel di atas, step by step cara beli barang di Taobao ada sedikit sebanyak kami nyatakan strategi dan perkongsian untuk anda memilih niche killer yang akhirnya membantu anda untuk melariskan jualan anda.

Cara Beli Barang Di Alibaba

Laman web Alibaba ini adalah dalam bahasa Inggeris. Ianya lebih mudah untuk digunakan akan tetapi, perlu diingatkan yang anda masih perlu untuk membeli dalam kuantiti yang sangat banyak. Biasanya dalam 1000 unit minimum bergantung kepada pembekal.

Nak beli barangan di sana, pergi sahaja ke laman web tersebut dan cuba untuk dapatkan quotation kepada yang berkenaan. Ianya mudah sahaja

Nak Beli Di Alibaba Ke Taobao

Kalau nak memborong, memang akan ada pertanyaan ini. Bagi saya, dalam mana-mana perniagaan, lebih baik bermula rendah dahulu ataupun modal yang minima. Beli barang secara borong di Taobao dengan kuantiti yang rendah, dan bila barangan yang anda beli itu dah dapat sambutan, barulah boleh cuba cari di Alibaba, mana tahu boleh dapat murah.

Sekali lagi, strategi ini bergantung kepada keadaan perniagaan anda juga. Kalau rasa yang anda yakin boleh terus beli dengan kuantiti yang banyak, boleh terus sahaja membeli dari Alibaba.

Mula Membeli Pelbagai Barangan di China

Kalau nak membeli sebagai consumer, boleh beli di Aliexpress. Cuma nak beritahu siap-siap, banyak juga barangan di Lazada dan Shopee adalah barangan dari China. Maksudnya memang di jual dari China. Boleh jadi juga penjual yang sama yang menjual di Aliexpress dan kemudian menjual semula di Lazada dan Shopee.

Kalau nak mula memborong ataupun menjual pelbagai barangan seperti barangan bayi, dan lain-lain seperti aksesori kereta, Alibaba dan Taobao adalah tempat yang sesuai untuk anda cuba. Saya lebih rekemen di Taobao sebenarnya kerana jumlah minimum yang lebih sikit, dari situ kita boleh cuba sama ada produk yang kita cuba jual ini laku ataupun tak.

Satu cara lagi nak test market dan nak tahu sesuatu produk ini laku ataupun sebaliknya tanpa membeli di Alibaba ataupun Taobao adalah dengan menggunakan teknik dropshipping. Ya, kos lagilah minima, barang pun tak perlu simpan. Cuma fokus pada marketing je, dan bila dah nampak sesuatu barangan itu dah mula banyak permintaan, boleh la cuba jual sendiri dengan memborong di Taobao. 

Harap artikel cara beli barang dari China ini membantu anda untuk memilih barangan yang terbaik untuk perniagaan anda. 

Link berkaitan:

Aliexpress

Alibaba

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *