7 Kerja Online Untuk Student – 2023

Pada kali ini kami nak berikan beberapa info kerja online untuk student yang anda boleh lakukan sebagai seorang pelajar. Tak kira, anda baru habis SPM ataupun pada masa ini adalah seorang yang belajar di Universiti, ini adalah antara beberapa idea untuk anda tambah pendapatan anda.

Pada kali ini, kami nak kongsikan kepada anda beberapa idea untuk anda tambah pendapatan anda. Takkan nak mengharap pada elaun PTPTN dan juga mungkin elaun daripada mak ayah. Lebih baik cari alternatif untuk tambah pendapatan sendiri dengan beberapa idea yang bakal kami kongsikan kepada anda. Sebahagian daripada idea yang bakal kami berikan ini memang efektif terutama kalau anda kekal konsisten untuk lakukan idea tersebut.

Nak tahu idea apa? Boleh baca artikel ini sampai habis.

kerja online untuk student

Jual Simkad Helo Telco

Menjual simkad Hale Telco adalah salah satu idea yang mudah dan tak perlukan komitmen yang banyak. Saya yakin, sebagai seorang pelajar, anda pasti perlukan talian telefon sama ada untuk menghubungi rakan dan keluarga ataupun untuk data dan internet. Talian Halo Telco adalah untuk anda tambah pendapatan secara part time ataupun secara full time.

Apa sahaja rangkaian telefon yang anda ada sekarang ini, tukar sahaja ke Halo Telco. Apabila dah tukar, dari situ anda dah boleh menjana pendapatan walaupun anda seorang user ataupun anda bercadang nak bertukar menjadi seorang dealer.

Ianya tak perlukan komitmen yang banyak, dan anda boleh lakukan secara santai-santai sahaja. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan sim kad Halo Telco boleh ke SINI.

Oh ya, sebagai student, dan untuk 10 penerima terawal, anda boleh claim simkad Halo Telco secara percuma dari kami. Ya betul free sahaja. Macam mana nak claim, anda KLIK je link di atas ini untuk kami berhubung dengan anda.

Jadi Youtuber – Income Menarik Part Time

Anda membina content ataupun topik yang menyelesaikan masalah orang lain. Anda bantu orang lain selesaikan masalah mereka, dan dari situ income ataupun pendapatan sampingan boleh datang. 

Smartinvest101 youtube channel memberi penekanan berkenaan dengan topik tambah income, pelaburan dan lain-lain. Anda boleh tengok dalam channel Youtube di atas ini.

Anda pun boleh lakukan perkara yang sama dan mungkin lebih baik. Target untuk konsisten upload content sebanyak 1 video seminggu pun sudah sangat memadai. Ada beberapa idea berkenaan dengan cara dapat income dari Youtube yang anda boleh follow seperti di bawah ini.

Dropship Tudung – Menarik Dan Berbaloi

Tak perlu modal besar, boleh guna stail dropship tudung. Ada banyak cara untuk menjadi dropshipper kerana memang pemilik brand ini mencari agen ataupun dropship bagi memasarkan produk mereka. 

Kalau ada modal besar, boleh cuba untuk bina jenama tudung sendiri. Akan tetapi kalau anda seorang pelajar yang belum ada modal yang besar, masih tak ada masalah untuk anda mencuba dengan modal yang minima dahulu. Macam mana tu, boleh baca artikel kami di SINI bagi mendapatkan info lanjut tips untuk menjual tudung.

Alternatif lain, boleh tengok video di bawah di mana kami huraikan secara detail strategi dan tips untuk membuat ataupun menjalankan perniagaan tudung. 

Jadi Penjual di Shopee

Shopee merupakan salah satu platform ecommerce di Malaysia dan lebih menarik, Shopee mempunyai jumlah pengunjung paling ramai dan pembeli paling ramai di Malaysia. Ianya menjadi tempat ataupun gedung menjual pelbagai barangan di Malaysia ini. Anda pun boleh memanfaatkan apa yang ada di Shopee ini.

Ramai yang telahpun berjaya menjadi seorang penjual di Shopee, anda pun jika benar-benar serious, tiada masalah untuk melakukan perkara yang sama. Cuma yang paling penting, konsisten dan pilih yang mana yang paling bersesuaian dengan anda.

Berikut adalah antara beberapa artikel kami berkenaan dengan tips serta strategi untuk menjadi penjual di Shopee.

Boleh bermula dengan artikel ini untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan cara dan strategi untuk menjadi seorang seller yang berjaya di Shopee.

Jadi Penulis – Ambil Upah Menulis

Ya, anda boleh jadi seorang penulis sambila ataupun sepenuh masa. Kebanyakan blog seperti smartinvest101 ini pun mempunyai team penulis sendir dan jika anda memang boleh menulis artikel, dialu-alukan untuk menjadi seorang penulis.

Anda boleh bermula dengan membuat blog pelbagai topik dan dari situ anda boleh konsisten menulis. Pada masa yang sama, boleh juga mempelajari strategi dan tips penulisan terkini di SINI.

Untuk blog, biasanya akan ambil sedikit masa untuk mula mendapat income yang stabil, pada masa yang sama, anda boleh cuba untuk menjadi penulis sambilan di tempat lain dengan bayaran yang bersesuaian. Menarik kan. Kalau tak cuba tak tahu, jadi cubalah jadi penulis kalau memang anda betul-betul berminat.

Ini merupakan kerja online untuk student yang bagus dan saya lihat ramai pelajar sekarang ini sudah mula menjadi seorang penulis secara sambilan ataupun secara tetap.

Jual Makanan Secara Sambilan

Anda boleh juga jual makanan secara sambila sama ada anda masak sendiri ataupun anda cuba jualkan produk orang lain. Sekarang ini anda sudah boleh menjual produk orang lain di kediaman ataupun kampus anda. Produk orang lain yang saya maksudkan adalah, seperti produk Mamasab.

Untuk produk makanan viral yang anda boleh jual, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan. Tak nak cerita banyak, anda boleh dapatkan info lanjut dalam artikel di sini.

Perniagaan makanan ini memang laku sangat dan boleh dikatakan satu perniagaan yang tak terkesan walaupun akibat daripada PKP. Jual makanan seperti Burger ataupun makanan viral lain pun tiada masalah. Boleh mula sedikit demi sedikit dan mana tahu boleh jadi satu pendapatan yang stabil untuk anda.

Promosikan Barang Orang Lain Stail Affiliate

Ada banyak produk yang menawarkan sistem affiliate dan anda boleh cuba untuk menjadi affiliates untuk mereka. Sebagai contoh, jika anda promosi produk di Lazada dan ada yang membeli dari produk tersebut, anda bakal memperolehi sedikit komisyen untuk anda. 

Tak terhad kepada lazada, ada banyak platform lain yang menawarkan produk seperi ini. Antaranya adalah produk dari Solvie ini. Solvie menawarkan sistem Waboost, Fboom dan lain-lain di mana jika ada mereka yang membeli daripada link yang anda bagi, anda akan dapat sedikit komisyen.

Nampak mudah, tapi untuk lakukan perkara ini, perlukan komitmen dan konsisten dalam melakukan marketing. Untuk platform Solvie memang agak menarik kerana mereka tawarkan platform training secara percuma dan produk mereka pun agak bagus. Boleh tengok cara kami review Fboom dan Waboost di SINI.

Cuba sahaja aplikasikan strategi yang pihak Solvie ini berikan dan pada saya ianya satu kerja online untuk student yang bagus dan tidak memerlukan komitmen yang terlalu banyak.

Ada Banyak Lagi, Tapi Cukuplah Idea Ini

Ya, ada banyak lagi sebenarnya kerja online untuk pelajar yang ada tetapi cukuplah beberapa pada kali ini. Seterusnya apa yang anda kena lakukan selepas membaca artikel ini adalah untuk cuba aplikasikan apa yang kami tulis dalam tindakan anda. 

Pilih strategi ataupun pekerjaan mana yang paling bersesuaian dengan apa yang anda mahukan. Dah jumpa lakukan pekerjaan itu secara konsisten.

Related Posts

14 thoughts on “7 Kerja Online Untuk Student – 2023

  1. Wow… these are good ways to earn moolah online. I can use these ideas. Thank you for sharing. More tips pls. Hehehe ^_^

    1. thanks, hope this help students find their extra money.

  2. Wah, memang bagus student awal-awal cari income. Supaya bila lepas grad tak perlu nak bergantung pada kerja. Dah ada income dari awal. Jadi ada la emergency fund, nak invest semua dari awal. Bagus cadangan kerja online macam ni. Memudahkan student. Semua di hujung jari. Jemputlah singgah komen ke entri Syaza ya. ^^

    1. betul, bagus kalau awal2 student dah ada income sendiri. Lagipun sekarang ni ada banyak cara nak tambah income. Memang bagus.

  3. Meriah pilihan budak-budak zaman sekarang. Dulu time Rawlins kat uni, Rawlins ambil upah translate dan menaip assignments and tesis.

    1. Bagus tu, sekarang ni dah ada macam-macam kerja part time ikut skill kita je. Mana yang bagus boleh teruskan.

  4. Idea yang bagus untuk pelajar bekerja sambil belajar. Bila kita keje part time sambil belajar ni memang akan mengajar kita erti kehidupan sebenar dan akan membuatkan kita lebih berusaha untuk belajar supaya kita akan dapat kerjaya yang bagus kelak. Masa iena belajar dulu pun iena bekerja part time. Semangat yang ada masa kerja bila org pandang rendah kita kerja biasa2 tu yg buat kita lebih bersemangat utk belajar dan majukan diri seterusnya berjaya mencapai cita2. Takde la orang pandang rendah dekat kita lagi

    1. betul, penting ada semangat supaya ramai yang nak buat kerja sendiri. Tak la nak mengharapkan duit dari Ptptn ke dan lain-lain. Ada banyak je cara untuk buat part time. Tq kerana datang.

  5. Awww menarik betul idea2 ni! In fact, saya juga pernah buat beberapa perkara di atas semasa student! Skrg pun buat juga sebagai surirumah ❤️

    1. Wah, ok sangat tu, memang bagus, ya sebagai suri rumah pun ada banyak kerja part time boleh buat.

  6. Thanks for sharing this, memang time i jadi student dulu i pun kerja part-time. Now the student got more choices there are many online platforms and online jobs juga

    1. very true, sekarang memang dah ada banyak choice dan boleh tengok di sini pun ada banyak pilihan. Memang terbaik.

  7. Ada juga antara kerja di atas yang anak Saya buat sambil belajar, jadilah kan buat tambah duit jajan dia.. nice sharing..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *