4 Pembekal Barangan Perniagaan Online – 2024

Ramai yang mencari pemborong atau pembekal untuk barangan perniagaan mereka. Memang tidak dinafikan yang banyak pemborong atau pembekal barangan perniagaan di Malaysia dan di dunia. Tetapi yang menjadi masalah dan dihadapi oleh saya sendiri adalah, di mana nak dapatkan pembekal atau pemborong untuk barangan perniagaan saya.

Sebenarnya, agak sukar untuk mendapatkan barangan perniagaan terutama daripada pembekal atau pemborong di Malaysia kerana tiada tempat yang mudah untuk mencari pembekal yang tersenarai.

Kalau ada pun, beberapa info yang memang diragui dan banyak perkara yang perlu diambil kira. Perlu untuk berjumpa secara face to face dan lain-lain lagi. Semuanya agar kita tidak mahu ditipu dikemudian hari. Jadi, untuk memudahkan anda, saya nak cadangkan senarai pembekal ini yang memang membantu anda untuk mendapatkan barangan atau bekalan untuk barangan yang anda ingin jual. Semuanya ada di tempat yang sama sahaja.

pembekal barangan perniagaan

Di mana nak dapatkan senarai barangan untuk di jual?

Secara jujurnya, tiada tempat atau laman di Malaysia yang menyamai dengan laman web yang saya nak rekemen kepada anda ini. Ianya merupakan satu tempat untuk anda mencari supplier untuk perniagaan anda. Saya pun memang mendapat banyak manfaat daripada laman ini dan menggunakannya untuk mengisi barangan yang saya perlukan untuk perniagaan saya.

Saya nak rekemen 2 tempat untuk anda dapatkan barangan atau pembekal yang berkualiti. Tengok perkongsian BRO INI. Ianya adalah laman untuk pembekal atau anda juga boleh membeli barangan yang disenaraikan untuk kegunaan sendiri.

Barangan di sini boleh dikatakan agak murah dan ramai pembekal dan peniaga online yang mengambil barangan dari sini. Barangan di sini boleh dibeli dengan kuantiti yang sedikit ataupun anda boleh membeli banyak sekaligus. Memang berbaloi terutama kalau anda masih lagi dalam fasa atau ingin menjual dalam skala kecil. Anda boleh cari barangan yang anda mahukan di sana.

Supplier dari China

Satu lagi tempat yang saya nak rekemen adalah laman ALIBABA INI. Alibaba ini menghimpunkan pelbagai pengilang dari China dan anda memang boleh membeli barangan di sini dengan kuantiti yang banyak. Murah dan berbaloi. Barangan di sini hanya boleh di beli dengan kuantiti yang banyak sahaja.

Tetapi harganya memang ternyata jauh lebih murah berbanding dengan Aliexpress. Lagi satu, anda boleh buat custom made lagi dengan barangan yang anda ingin beli untuk anda jual semula. Memang berbaloi untuk anda terutama yang memang sedang mencari pembekal ini.

Beli Barangan Supplier Malaysia

Kebanyakan supplier local pun ambil barang dari Alibaba. Ianya menjual barangan yang lebih kurang sama dengan harga yang kadangkala jauh lebih murah daripada harga pasaran. Cuma, syarat Alibaba adalah anda membeli barangan mestilah dalam kuantiti yang banyak dan Aliexpress ini, anda boleh membeli dengan kuantiti yang sedikit.

Boleh tengok dan search barangan yang anda mahukan di sini untuk dapatkan pelbagai pilihan barangan secara local. Penghantaran cepat dan pantas.

Boleh tengok video di bawah ini bagi mendapatkan info dan tips lanjut berkenaan dengan supplier barang dari China.

Tempat supplier dan pemborong berkualiti

Inilah 2 tempat untuk anda mendapatkan barangan yang anda boleh gunakan untuk perniagaan anda. Apapun, anda masih boleh membeli barangan di Aliexpress dan gunakan untuk kegunaan sendiri. Memang jauh lebih murah daripada pasaran.

Kalau tak percaya boleh cuba bandingkan dengan harga di pasaran. Memang berbaloi. Jadi, kalau anda nakkan senarai barangan atau senarai supplier yang boleh didapati secara online, memang saya sarankan anda dapatkan di 2 laman yang saya rekemen ini.

p/s : Setakat ini, tiada lagi laman seperti Alibaba dan Aliexpress di Malaysia. Kalau dah ada, saya akan maklumkan di blog ini ye.

Selain daripada Alibaba dan Aliexpress, yang terbaik setakat ini adalah anda dapatkan barangan dari Taobao INI. Ianya boleh dikatakan lubuk untuk mereka yang ingin mencari pembekal dari China dengan harga yang terbaik. Sesuak untuk pemborong. Nak tahu tips dan Panduan Borong China, boleh KLIK SINI.

Sebagai alternatif, anda boleh juga cuba membaca tips dari Artikel ini berkenaan dengan 11 pembekal yang anda boleh dapatkan untuk kedai Shopee anda.

2 thoughts on “4 Pembekal Barangan Perniagaan Online – 2024

  1. thank you bro or sis.
    adakah awak bercakap bagi pihak orang di Malaysia? maksud saya, adakah harga di aliexpress dan Alibaba lebih murah dari harga di pasaran Negara kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *