4 Lubuk Supplier China Wajib Tahu 2023

Kalau nak berniaga online, kenalah pandai cari lubuk supplier China yang murah. Supplier memainkan perana penting dalam perniagaan online dan pada artikel kali ini, kami nak tunjuk kepada anda beberapa supplier yang murah dari China yang anda boleh dapatkan.

Kalau nak dapat barang murah, cari di China! Pernah dengar? Sering kita dengar tapi macam mana nak cari pembekal dari China. Nak meniaga di Shopee ataupun lain-lain tempat, memang perlukan supplier yang berkualiti. Kebanyakan mereka yang menjual tu memang ramai yang dapatkan pembekal dari China.

Jadi, kalau nak dapatkan pembekal, nak dapatkan dari mana? Minta baca artikel ini sampai habis ye.

lubuk supplier china

Cari Supplier Di Taobao

Taobao merupakan satu laman web yang membolehkan anda untuk membeli pelbagai barangan dari China dengan harga yang murah. Yang lebih menarik, pelbagai barangan yang anda beli tersebut boleh dibeli secara online sahaja. Selepas beli, tunggu sahaja barangan yang anda beli tersebut sampai ke rumah anda.

Beberapa tahun dahulu, ramai yang buat trip ke China untuk dapatkan pelbagai barangan dan mengebali pembekal di sana. Cumanya, kalau anda ke China, kos agak mahal kerana perlu untuk memikirkan kos tiket kapal terbang, kos makanan dan penginapan, dan lain-lain. Belum lagi masa yang anda gunakan untuk berurusan dengan pembekal di sana. Oleh sebab itu, jalan yang lebih mudah adalah dengan menggunakan platform online.

Platform online membolehkan anda untuk membeli pelbagai barangan pada harga yang berbaloi. Salah satu platform online untuk membeli pelbagai barangan dan merupakan lubuk supplier China terbaik adalah Taobao.

Kalau anda nak tahu lebih detail berkenaan dengan Taobao, jemput baca artikel INI di mana kami ada ceritakan lebih berkenaan dengan cara untuk mula membeli barang di Taobao.

Baca juga perkongsian Bro Nigel Ong seperti di bawah ini untuk anda dapat gambaran yang lebih baik berkenaan dengan strategi dan cara untuk mencari pembekal yang efektif di Taobao.

Sebagai alternatif, anda pun boleh tengok dalam video di bawah ini.

Alibaba

Taobao adalah untuk segmen pelanggan pertengahan, iaitu untuk kuantiti pemborong kecil-kecilan. Alibaba sebaliknya adalah untuk pemborong besar-besaran dengan kuantiti yang lebih banyak.

Kalau anda merupakan pemborong ataupun peniaga yang baru nak bermula, saya lebih rekemen untuk anda dapatkan info lanjut di laman web Taobao dahulu. Jika perniagaan anda sudah stabil dan ingin membeli barangan dalam kuantiti yang banyak, boleh buat pembelian di Alibaba. 

Dalam sesetengah keadaan, anda perlu untuk untuk membeli minimum 1000 unit barangan. Apapun, tak salah kalau anda lihat dahulu laman web alibaba untuk info lanjut.

Nak beli dalam kuantiti yang banyak, memang Alibaba adalah tempat untuk anda cari. Cuma, kalau anda baru sahaja bermula dan tak ada modal yang terlalu besar, saya tak rekemen untuk anda cuba di Alibaba dan lebih rekemen anda untuk cari pembekal di Aliexpress ataupun di Taobao terlebih dahulu.

Aliexpress

Aliexpress adalah laman web runcit untuk anda beli barangan dalam kuantiti yang kecil. Anda boleh membeli pelbagai barangan walaupun dalam kuantiti 1 unit sahaja. Kalau di Malaysia, ianya adalah alternatif kepada Shopee dan Lazada. Cuma, barangan yang anda beli tu, akan ambil masa untuk anda dapat kerana penghantaran adalah dari China. 

Kebanyakan barang memang jauh lebih murah daripada barangan yang ada di Malaysia. Jadi, memang tak salah nak jadikan Aliexpress sebagai salah satu platform untuk dapatkan supplier dan kemudian, cuba jual semula barangan tersebut di Shopee umpamanya.

Walaupun harga barangan di Aliexpress tidaklah terlalu murah, akan tetapi, masih ada juga barangan yang berbaloi untuk anda jual semula dan tak salahpun untuk anda anggap yang Aliexpress adalah salah satu lubuk supplier dari China yang anda patut kaji dan dapatkan info lanjut.

Bangood

Salah satu lagi platform yang anda boleh manfaatkan kalau anda nak cari pembekal dari China adalah Bangood. Sama seperti Aliexpress di mana, laman web adalah dalam bahasa Inggeris dan ianya memang memudahkan anda untuk mencari pelbagai barangan yang anda mahukan.

Nak dapatkan info lebih lanjut berkenaan dengan Bangood, anda boleh ke SINI.

Mula Berniaga Di Shopee Sekarang

Dalam artikel lubuk supplier China ini, kami kemukana 4 supplier yang anda boleh dapatkan secara online sahaja. Daripada senarai pembekal ini, anda boleh memulakan perniagaan anda sekarang juga.

Kalau anda nak berniaga di Shopee, memang penting untuk anda dapatkan pembekal yang bagus dan dengan harga yang murah. Untuk sukses dalam menjadi seorang peniaga di Shopee, boleh dapatkan info lanjut juga dalam perkongsian di bawah.

Nak berniaga di Shopee memang perlukan strategi dan antara strategi penting adalah untuk dapatkan senarai pembekal di Shopee. Untuk pembekal, tak terhad kepada pembekal di China sahaja, tak salah untuk anda dapatkan pembekal dari Jepun, Vietnam dan lainnya. Untuk info dan cara untuk anda dapatkan senarai pembekal boleh baca lebih lanjut di SINI.

Mula Berniaga Dropship

Bila dah ada pembekal, tak ada masalah untuk mula berniaga secara Dropship. Dropship ini merupakan satu konsep yang sangat menarik. Konsep dan asas dropship ini kami ada sertakan dalam artikel lain, anda boleh lihat lebih lanjut dalam artikel SINI.

Pun tak salah kalau anda nak berniaga secara Dropship di Shopee. Bro John Jenin adalah antara mereka yang berjaya menjadi penjual di Shopee menggunakan konsep Dropship dan saya yakin, anda pun pasti boleh melakukan perkara yang sama. 

Di antara banyak-banyak konsep dropship, saya paling rekemen kalau anda boleh consider untuk buat dropship tudung. Kenapa tudung? Boleh tengok dalam video di bawah ini.

Mula Dapatkan Info Lubuk Supplier Sekarang

Di antara 4 senarai lubuk supplier China yang kami nyatakan dalam artikel ini, yang paling kami rekemen adalah untuk anda dapatkan info lanjut berkenaan dengan Taobao. Taobao, walaupun dalam bahasa mandarin, merupakan satu platform yang bagus untuk anda mencari pembekal pelbagai barangan pada harga yang murah dan berbaloi. Kalau anda betul bersungguh untuk cari pembekal dari China, saya rekemen anda mulakan dengan taobao dahulu.

Harap artikel ini memberikan anda info berguna untuk dapatkan senarai lubuk supplier China yang bagus dan berkualiti. Teruskan mencari ilmu yang bagus dan pembekal dari China adalah antara alternatif yang baik untuk anda bermula. Mana tahu selepas ini, anda boleh dapatkan senarai pembekal dari Jepun, Vietnam ataupun Indonesia juga.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *