6 Proses Beli Rumah Subsale Anda Perlu Tahu

Macam mana proses beli rumah subsale? Pada artikel kali ini, kami nak berikan info kepada anda macam mana proses beli rumah subsale yang anda perlu tahu. Mungkin anda sedang dalam perancangan untuk membeli rumah subsale, dan artikel ini memang untuk anda. Kami sehabis baik berikan anda beberapa info berdasarkan pengalaman kami sebagai bekas perunding hartanah.

Juga, macam mana nak dapatkan diskaun dan jimat duit untuk rumah subsale anda. Perkara ini tak ramai agen ataupun peguam kongsikan dan sedikit sebanyak membolehkan anda untuk jimat sikit duit anda semasa membeli rumah. 

Boleh baca dan dapatkan info berkenaan dengan info ini sampai habis kerana ada banyak perkongsian yang bakal kami kongsikan kepada anda.

proses beli rumah subsale

Dah Ada Rumah Yang Nak Di Beli?

Pastikan anda dah ada rumah yang nak dibeli. Ramai yang nak beli rumah tapi belum ada lagi rumah yang nak dibeli. Mencari rumah yang sesuai adalah langkah pertama untuk anda beli rumah subsale. Anda boleh “filter” keadaan rumah berdasarkan kepada lokasi, harga dan juga faktor lain seperti rumah setingkat atau 2 tingkat dan lain-lain lagi.

Nak beli rumah sama ada beli terus daripada tuan rumah (boleh jadi ahli keluarga ataupun sesiapa yang anda belum kenal lagi) ataupun anda boleh membeli melalui khidmat agen ataupun perunding hartanah. 

Ada banyak cara untuk anda mencari rumah untuk dibeli dan antara cara yang paling mudah adalah melalui laman web mudah [dot] my. Ada banyak rumah subsale, lelong dan juga rumah baru yang anda boleh beli dari sana.

Nasihat saya sebelum anda membeli rumah dan buat apa-apa bayaran, pastikan untuk anda lihat dahulu rumah tersebut, cuba untuk masuk ke dalam rumah dan lihat keadaan rumah. Dah puas hati, barulah boleh untuk anda membuat pembayaran.cara ini adalah lebih selamat, elakkan daripada membuat pembayaran ataupun booking sebelum melihat rumah yang anda nak beli.

Bayar Booking Rumah Anda

Dah ada rumah yang anda berminat nak beli, boleh cuba bayar booking rumah anda. Kalau melalui pihak agen, biasanya agen akan minta booking. Jumlah booking adalah bergantung kepada agen ataupun agensi. Jumlah booking kebiasanya adalah 3.18% daripada harga rumah ataupun anda masih boleh cuba berbincang dengan pihak agen. Ada sesetengah agen yang membolehkan anda untuk membayar sehingga RM1000 untuk membuat booking rumah. Akan lebih mudah jika berurusan dengan agen yang fleksible seperti ini.

Pembayaran booking adalah penting untuk tunjukan kepada tuan rumah yang anda memang betul-betul serious nak rumah tersebut. 

Untuk pembayaran booking rumah, boleh buat pembayaran melalui agensi hartanah ataupun anda boleh terus melalui lawyer. Elakkan daripada membuat booking ke akaun agen terlibat ataupun terus ke akaun tuan rumah. Ini untuk elak daripada ditipu dan untuk memudahkan urusan dan proses jual dan beli selepas ini.

Cuba Untuk Dapatkan Pinjaman Daripada Bank

Proses pembelian rumah subsale seterusnya adalah, untuk anda dapat pinjaman rumah daripada bank. Ini kalau anda nak buat pinjaman bank, kalau nak beli cash tak perlu proses ini.

Nak dapatkan pinjaman bank untuk pembelian rumah, ada banyak pilihan yang anda boleh pilih. Kalau pembelian rumah kali pertama, memang kami rekemen untuk anda cuba dapatkan pinjaman dengan jumlah 100% loan ataupun pinjaman full loan. Info berkenaan dengan full loan, anda boleh dapatkan daripada artikel kami di SINI.

Kebiasaannya, proses permohonan pinjaman rumah mengambil masa lebih kurang 2 minggu sahaja sekiranya tiada apa-apa isu berkaitan dengan dokumen pinjaman rumah anda. Manfaatkan masa sebaiknya dan nasihat saya, pastikan anda merancang dahulu paling kurang 3 atau 4 bulan sebelum membuat pinjaman perumahan. Pastikan tiada isu dengan PTPTN, tiada isu CCRIS dan jika anda langsung tiada apa-apa hutang dengan bank, cuba untuk buat 1 hutang dengan tujuan untuk ada rekod CCRIS. Ini akan membantu anda dikemudian hari.

Dokumen Dengan Peguam

Jangan lupa untuk tanda tangan dokumen dengan peguam. Kebiasannya akan ada 2 dokumen yang anda perlu untuk proses jual dan beli rumah.

Loan Agreement

Loan agreement adalah perjanjian dengan bank. Jika loan anda lulus dengan Bank islam sebagai contoh, anda perlu tandatangan perjanjian dengan Bank Islam. Semua maklumat berkaitan dengan proses jual dan beli, apa jadi jika tak bayar, interest rumah dan lain-lain ada dalam perjanjian tersebut. 

Sales Purchase Agreement

Perjanjian jual beli rumah dan salah satu tujuan adalah untuk tukar nama di geran tanah. Perjanjian ini sangat penting untuk proses jual beli rumah anda. Detail berkenaan dengan perjanjian ini anda boleh baca nanti selepas tanda tangan.

Kebiasanya, ini adalah antara dokumen yang anda perlu untuk tanda tangan apabila anda berjumpa dengan peguam. 

Selain daripada cara ini, anda boleh juga dapatkan tips penting untuk jimat duit daripada peguam. Macam mana cara nak jimat duit tu? Boleh tengok dalam video di bawah ini untuk info lanjut.

Tunggu Sehingga Dapat Kunci

Seterusnya tak ada apa yang anda perlu lakukan selain daripada tunggu sehingga semua proses selesai. Kebiasaannya, akan ambil masa sehingga 4 ke 5 bulan dan bergantung kepada keadaan. 

Pada masa ini, adalah penting untuk anda sentiasa follow up agen dan juga lawyer. Lawyer memainkan peranan yang penting pada masa ini, sentiasa follow up lawyer adalah penting agar proses jual dan beli rumah tidak memakan masa yang terlalu lama. Ada masa mungkin anda perlu untuk telefon bank bagi mempercepatkan proses dan tidak terlalu mengharapkan kepada pihak peguam semata-mata.

Proses Beli Rumah Mudah

Secara mudahnya, tak susah pun nak beli rumah. Ikut sahaja step by step yang kami nyatakan dalam artikel ini. Untuk memudahkan anda, boleh juga untuk anda lihat dalam video di bawah ini bagi memudahkan anda memahami dengan lebih detail bagaimana proses jual dan beli rumah. Mungkin ada beberapa kandungan penting yang kami tak nyatakan dalam artikel ini akan tetapi kami nyatakan dalam video di bawah ini. 

Ini adalah beberapa info berkenaan dengan proses beli rumah subsale. Jika anda nak beli rumah subsale, ini adalah perkara penting yang anda perlu tahu sebelum membuat apa-apa pembelian. 

Pembelian rumah sangat penting kerana ianya melibatkan jumlah wang yang besar dan komitmen yang panjang. Komitmen adalah sehingga 35 tahun bergantung kepada umur dan bermacam faktor lain. Pastikan anda tahu apa yang anda lakukan dan amalkan tips dalam artikel ini bagi membantu anda daripada membuat kesilapan yang tidak diingini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest