8 Tips Bayaran Balik PTPTN Online – 2020

Macam mana nak buat bayaran balik PTPTN online ni? Artikel pada kali ini adalah menjurus kepada kaedah dan tips untuk membuat bayaran balik dan yang lebih penting daripada itu adalah, terus langsaikan hutang PTPTN anda. Ramai yang berjaya langsaikan hutang PTPTN milik mereka dan anda juga pasti boleh melakukan perkara yang sama.

Apabila anda selesai membayar hutang PTPTN, ianya memberikan manfaat kepada kerajaan dan satu lagi peminjam yang baru. Peminjam baru masih lagi boleh meminjam dengan PTPTN, apa jadi jika peminjam lama tidak dapat membayar hutang PTPTN? Pastinya tiada lagi pinjaman untuk mereka yang baru ingin memasuki ke alam IPT. Apapun berikut adalah antara beberapa tips untuk anda membuat pembayaran hutang dengan cepat dan pantas.

bayaran balik ptptn online

Salah Faham Dengan PTPTN

Kami tak mahu sentuh bab politik tetapi terpaksa sentuh juga kerana ianyanya memang antara salah faham yang berlaku. Berikut adalah antara salah faham yang berlaku dan menyebabkan ketidak puasan hati sesetengah pihak.

Beliau berkata, 2 janji dalam manifesto PH ialah memansuhkan larangan perjalanan ke luar negara dan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan.

Katanya, larangan perjalanan ke luar negara dibatalkan sejurus PH memenangi PRU14 dan janji ke-2 akan dibincangkan Kabinet selepas pihaknya menyerahkan kertas konsultasi rakyat yang mengandungi maklum balas orang ramai. 

Sheikh Shahruddin berkata, antara faktor disenaraikan dalam kertas konsultasi rakyat ialah jika penangguhan bayaran balik diperkenalkan, kutipan PTPTN akan merosot kepada RM950 juta setahun kerana 68% peminjam bergaji RM4,000 ke bawah. (sumber : freemalaysiatoday)

Dalam erti kata lain, kerajaan terpaksa tangguhkan bayaran PTPTN kepada mereka yang bergaji RM4000 dan ke atas. Ramai yang sangka, apabila kerajaan baru ambil alih, dah tak perlu bayar hutang PTPTN. Itu adalah sedikit salah faham, apapun, kali ini, kami nak berikan beberapa info penting berkenaan dengan tips dan cara pembayaran balik hutang PTPTN.

Formula Pertama : Jimat Perbalanjaan

Kalau nak bayar balik hutang ini, salah satu cara yang kami rekemen adalah untuk anda jimat belanja. Kawal perbelanjaan dan elakkan daripada kebocoran. Salah satu cara untuk kawal perbelanjaan adalah dengan beli barangan yang perlu sahaja ataupun berbelanja barangan yang sama pada harga yang jauh lebih murah daripada harga asal.

Salah satunya adalah anda membeli barangan secara online sahaja dan tunggu barangan itu sampai ke rumah. Contohnya adalah barangan di bawah ini, kalau anda beli di kedai harganya RM900, tetapi kalau beli secara online sahaja harganya RM700. Tengok barangan yang saya maksudkan di bawah ini. 

Baru-baru ini juga kami ada beli laptop baru, ada sales sempena raya cina, dapar harga diskaun dan barangan tersebut tak sampai pun RM1k. Boleh tengok barang yang kami maksudkan di bawah.

Antara cara lain untuk berjimat adalah untuk berhenti melanggan siaran satelit seperti Astro dan terus gunakan dekoder MYTV. Sekali bayar sahaja tetapi terus dapat banyak siaran.  Boleh tengok dekoder yang saya maksudkan di SINI.

Ada banyak lagi tips dan cara jimat duit di artikel KAMI YANG INI. Lebih banyak anda jimat, lebih banyak duit yang anda dapat simpan dan sekaligus membolehkan lebih cepat anda selesaikan hutang PTPTN. Dengan tekad dan usaha yang betul, tak mustahil untuk anda langsaikan hutang ini dalam masa setahun.

Formula 2 : Tambah Pendapatan

Ada banyak cara untuk tambah pendapatan. Kenapa nak tambah pendapatan, agar bila ada lebihan wang, boleh gunakan untuk langsaikan hutang dengan lebih cepat daripada biasa. Berikut adalah 4 idea untuk anda tambah pendapatan secara konsisten setiap bulan.

Jadi Ejen Hartanah

Cuba jual rumah sebulan 1 biji rumah pun sudah cukup untuk anda bayar hutang PTPTN dengan cepat. Kenapa? Dengan 1 biji rumah tu, komisyen yang anda bakal dapat dalam sekitar RM5000 ke RM6000 dan jika konsisten, memang tak akan amik masa yang lama untuk selesaikan hutang. Kami ada cerita panjang lebar berkenaan dengan tips untuk jadi ejen hartanah ini DI SINI.

Buat Duit Dengan Blog

Anda boleh jadi seorang blogger dan menjana pendapatan sehingga RM1000 sebulan secara pasif. Kalau jadi ejen hartanah, memang anda banyak nak kena keluar jumpa bakal pelangan, tetapi kalau blog, cuma perlu untuk konsisten tulis artikel sahaja dan jana pendapatan. Kami ada tulis beberapa tips untuk jana pendapatan secara konsisten di ARTIKEL INI dan cara tulis dan setup blog SENDIRI DI SINI.

Jadi Youtuber

Youtuber pun merupakan salah satu kerjaya yang lumayan sekarang ini. Apa yang penting adalah untuk anda mempunyai alatan asas yang betul seperti video editing, laptop dan alatan lain. Lepas tu upload video secara konsisten setiap hari ataupun minggu. Saya pun terkejut ada youtuber Malaysia boleh dapat sehingga USD3.5k sebulan ataupun bersamaan dengan RM10k sebulan. Nak tahu lebih lanjut, baca artikel INI.

Pelaburan Saham

Semua tahu saham tu apa kan…. Beli saham semasa harga rendah, jual balik semasa harga tinggi. Betul…. Tepat sekali. Itulah saham. Ianya nampak mudah tapi ada cabaran yang tersendiri dan seseorang itu perlukan minda yang betul untuk sukses. Kalau anda nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan saham, boleh baca artikel kami yang INI untuk info lanjut.

Bayaran Balik 

Amalkan 2 formula ini, kurangkan perbelanjaan dan tambah pendapatan. insyaAllah anda akan dapat selesaikan hutang pinjaman ini dengan pantas dan cepat. Lagilah kalau anda dapat lakukan secara konsisten kan. Cara nak buat bayaran balik ini tak susah pun, lagilah sekarang ini anda dapat lakukan kesemuanya secara online ataupun boleh dilakukan di kaunter terdekat. 

KWSP Akaun 2

Terdapat dua (2) kaedah pengeluaran iaitu:

  1. Melalui Borang Permohonan Pengeluaran Pinjaman Pendidikan di Pejabat KWSP
  2. Melalui online (e-Pengeluaran)

Potongan Gaji

  • Potongan gaji hendaklah melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atau majikan
  • Bayaran balik melalui kaedah ini perlu dirujuk kepada PTPTN terlebih dahulu
  • Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN
  • Peminjam perlu menghantar borang permohonan beserta nama dan alamat majikan kepada PTPTN

Kaunter

  • Cawangan PTPTN di seluruh negara
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Pos Malaysia
  • CIMB Bank
  • Bank Simpanan Nasional

Perbankan Internet

  • Maybank
  • Bank Islam
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Ambank
  • Bank Rakyat
  • Pos Online
  • Agrobank
  • Affin Bank
  • CIMB
  • Bank Simpanan Nasional

(sumber : PTPTN)

Banyak kan cara nak buat bayaran secara online ni, ianya mudah dan memakan masa yang lama pun. Boleh gunakan kesemua cara ini untuk melakukan pembayaran.

Diskaun Bayaran Balik PTPTN Online

Nak dapat diskaun, anda boleh dapat 20% diskaun dengan membuat bayaran penuh. Banyak tu 20%! Tetapi perlu untuk dapatkan pengesahan PTPTN secara terkini kerana ditakuti, waktu anda nak menyelesaikan hutang dan buat bayaran penuh, sudah tiada lagi diskaun seperti ini.

Bayar Lebih Setiap Bulan – Penyelesaian Hutang Awal

Kalau tak mampu nak selesaikan sekaligus, tak ada masalah kerana anda masih boleh membuat pembayaran lebih setiap bulan. Ianya sama sebagaimana saya berjaya menyelesaikan hutang kad kredit pada satu masa dahulu dengan membayar lebih dari minimum. Katakan sepatutnya anda membayar hutang PTPTN sebanyak RM150 setiap bulan, cuba bayar lebih sebanyak RM300 setiap bulan. Ianya memang dapat membantu anda untuk menyelesaikan hutang dengan lebih awal.

Semakan Baki Penyata

Anda boleh membuat semakan baki hutang anda dengan 2 cara iaitu.

  • Baki pinjaman pendidikan boleh disemak melalui menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online di Portal Rasmi PTPTN.
  • Dapatkan laporan CCRIS dan anda boleh lihat baki hutang di sana. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan apa itu CCRIS report boleh baca di SINI.

Selesaikan Hutang Awal – Mudah Urusan Di Kemudian hari

Saya sebagai seorang perunding hartanah sering berjumpa dengan pelanggan yang mempunyai masalah dengan hutang PTPTn. Apabila ada tunggakan, memang kena selesaikan tunggakan dahulu sebelum ke proses seterusnya terutama dalam aspek pinjaman untuk perumahan. Apapun, cuba sedaya upaya untuk selesaikan hutang secara konsisten dan cepat agar memudahkan bakal peminjam yang baru. Boleh baca juga beberapa artikel lain yang berkaitan di bawah ini.

Harapnya, artikel bayaran balik PTPTN secara online ini membantu anda untuk merancang kewangan anda dengan lebih berhemah.

22 Comments

    • smartinvest101
    • smartinvest101
    • smartinvest101
    • smartinvest101
    • smartinvest101
  1. adlina tasya
    • smartinvest101
    • smartinvest101
    • smartinvest101
    • smartinvest101
    • smartinvest101

Leave a Reply

Pin It on Pinterest